Harian Metro: Arena |
- Bangga raih perak
- Jelmaan Adebayor
- Wenger nafi pancing Khedira
- Ledakan Young
- Ronaldo masih sayang Red Devils
- Ancelotti tak bimbang
- Ibrahimovic julang PSG ungguli Trofi Juara-Juara
- Xavi penyelamat maruah Barcelona
- Garcia mantap
- Hodak puas aksi Harimau Selatan
| Posted: 03 Aug 2014 11:48 AM PDT Glasgow: Ooi Tze Liang menutup cabaran negara pada hari terakhir acara terjun Sukan Komanwel dengan pingat perak 10 meter platform lelaki di Kolam Renang Diraja Komanwel, Edinburgh, awal pagi semalam. Dia mengumpul 433.70 mata kurang 82.85 berbanding juara Olimpik 2012 dari England, Tom Daley yang meraih pingat emas dengan 516.55, manakala gangsa milik Vincent Riendeau dari Kanada (429.25).
"Memang saya mahu emas kedua dan yakin dengan persembahan saya sejak dari terjunan pertama lagi... apapun pingat perak ini tetap jadi kebanggaan saya," katanya.
Ooi Tze Liang Ditanya apa yang akan dilakukan dengan ganjaran itu, Tze Liang sambil tersenyum berkata: "Belum tahu lagi tapi saya akan menyimpannya untuk keperluan penting.
"Pastinya kejayaan ini juga menguatkan azam saya untuk lebih bekerja keras menghadapi Sukan Asia Incheon pula," jelasnya.
|
| Posted: 03 Aug 2014 11:46 AM PDT London: Bintang baru Arsenal, Alexis Sanchez membuat penampilan pertama tetapi penyerang Perancis, Yaya Sanogo paling mencuri tumpuan apabila meledak empat gol ketika membelasah Benfica 5-1 pada saingan pramusim Piala Emirates, kelmarin. Penyerang antarabangsa Chile itu yang berpindah dari Barcelona bulan lalu, masuk sebagai pemain gantian pada lewat permainan tetapi sebelum itu Sanogo serta penyerang Costa Rica, Joel Campbell sudah meletakkan Arsenal di posisi selesa.
Aksi kelmarin menyaksikan skuad bimbingan Arsene Wenger itu mempunyai banyak pilihan di bahagian serangan pada musim baru nanti.
SANOGO (jersi merah) jaring empat gol jinak Benfica. "Sanogo berdepan kecederaan selama dua tahun sebelum dia menyertai kami. Jika anda menyaksikan rekod jaringannya sebelum dia berdepan kecederaan, ia amat menakjubkan.
"Campbell sudah melakukan yang terbaik. Saya gemar melihat aksinya yang mengawal bola dengan baik," katanya.
|
| Posted: 03 Aug 2014 11:43 AM PDT London: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, pihaknya tidak melakukan sebarang tawaran kepada Sami Khedira yang juga pemain tengah Real Madrid. Khedira salah seorang pemain yang membantu Jerman memenangi Piala Dunia, berdepan persaingan sengit untuk berada dalam kesebelasan utama di Madrid selepas ketibaan bintang Colombia, James Rodriguez dengan Arsenal dikaitkan dengan pemain itu.
Ditanya mengenai perkara itu, Wenger sekadar menjawab: "Tidak." Ketika ditanya lagi adakah beliau pernah menyemak status pemain tengah itu, Wenger sekadar berkata: "Saya tidak tahu apa-apa." - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/04 |
| Posted: 03 Aug 2014 11:43 AM PDT Ann Arbor, AS: Ashley Young meledak dua gol untuk membantu Manchester United mengatasi Real Madrid 3-1 di hadapan penonton teramai dalam perlawanan bola sepak di Amerika Syarikat semalam. Javier Hernandez turut meledak satu gol buat Manchester United dengan jaringan tunggal lawan menerusi sepakan penalti Gareth Bale.
Langkah itu tidak memberi impak kepada juara Eropah untuk memburu jaringan penyamaan namun ia menceriakan kira-kira 109,318 penyokong di Stadium Michigan.
YOUNG (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama pemain Manchester United. "Sudah tiga ratus ribu penyokong menyaksikan kami dan kami kini di Miami untuk final, ia akan menarik minat lebih ramai lagi," katanya.
Skuad kendalian Van Gaal kembali mendahului pada minit ke-37 apabila sepakan lencong Young menggegar gawang sebelum Hernandez melengkapkan kemenangan pada minit ke-80 apabila menanduk masuk bola hantaran Shinji Kagawa.
|
| Ronaldo masih sayang Red Devils Posted: 03 Aug 2014 11:41 AM PDT Ann Arbor, AS: Cristiano Ronaldo mengakui dia mungkin kembali ke Manchester United suatu hari nanti. Ronaldo muncul wira di United selepas mengharungi tempoh enam musim yang cemerlang di bawah kendalian Alex Ferguson.
Walaupun mengatakan dia gembira di Bernabeu, Ronaldo turut tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama United pada masa depan.
|
| Posted: 03 Aug 2014 11:41 AM PDT Madrid: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti tidak bimbang dengan tiga kekalahan dalam aksi persahabatan pasukannya di Amerika Syarikat dan yakin pemainnya akan berada di prestasi terbaik menjelang Piala Super Eropah menentang Sevilla pada 12 Ogos ini. Real tewas 1-3 dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United dalam perlawanan Piala Juara Antarabangsa di Michigan semalam yang turut menyaksikan juara Eropah musim lalu itu tewas kepada dua wakil kelab dari Serie A, AS Roma dan Inter Milan.
"Namun, saya yakin kami akan bermain dengan semangat berbeza dalam saingan Piala Super Eropah," kata pengendali dari Itali itu yang mengemudi Real menjuarai Liga Juara-juara Eropah 2014 dalam musim pertamanya bersama kelab itu.
Sebelum perlawanan, Ancelotti berkata, kelibat Ronaldo tidak akan digunakan dalam aksi itu, namun beliau merubahnya apabila penjaring terbanyak Real itu didapati kembali cergas sepenuhnya dengan pemain baru James Rodriguez dan Toni Kroos mula menyertai pasukan yang kini dalam rangka persiapan bagi menghadapi musim baru.
"Ia perkara biasa hari ini kerana kami tidak menurunkan barisan terbaik seperti Cristiano atau pemain lain.
|
| Ibrahimovic julang PSG ungguli Trofi Juara-Juara Posted: 03 Aug 2014 10:34 AM PDT Beijing: Zlatan Ibrahimovic meledak dua gol dalam masa 20 minit buat membantu Paris St Germain memenangi Trofi Juara-Juara bagi kali keempat selepas menewaskan Guingamp 2-0 di Beijing, kelmarin. Pemain Sweden itu berjaya menemui jaring lawan seawal minit kelapan menerusi sepakan lencong jarak jauh sebelum mencetak jaringan kedua hasil sepakan penalti, dalam perlawanan yang menemukan juara Liga Perancis dan Piala Perancis setiap tahun itu.
Kerancakan perlawanan di ibu negara China itu sedikit membosankan, dengan aksi kurang menarik terutama tonggak PSG, Marco Verratti dan Thiago Motta di bahagian tengah.
|
| Xavi penyelamat maruah Barcelona Posted: 03 Aug 2014 10:33 AM PDT Nice, Perancis: Sentuhan pemain senior membantu menyelamatkan maruah Barcelona apabila seri 1-1 dengan Nice dalam aksi persahabatan di selatan Perancis kelmarin. Pemain veteran Xavi Hernandez dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua selepas kelab Catalunya itu ketinggalan 0-1 kepada kelab dari Ligue 1 itu di Stadium Allianz Riviera.
Sebelum itu, penyerang Argentina, Dario Cvitanich meletakkan Nice di depan menerusi penalti selepas pertahanan kental skuad kebangsaan Sepanyol, Gerard Pique mengasarinya dalam kotak penalti.
|
| Posted: 03 Aug 2014 10:33 AM PDT Akron, AS: Sergio Garcia kekal mendahului tiga pukulan selepas pusingan ketiga kejohanan Jemputan WGC-Bridgestone semalam manakala Rory McIlroy cuba mencabarnya di tangga kedua ketika dua pemain Eropah itu bertembung sekali lagi dalam perebutan kejuaraan. Dua minggu selepas McIlroy mengatasi cabaran sengit Garcia pada pusingan akhir sebelum menjuarai Terbuka British, pemain Ireland Utara itu kini cuba mengejar bukannya dikejar.
Dia mengumpul jumlah keseluruhan 14 bawah par 196 dengan berbaki satu pusingan manakala McIlroy birdie dua lubang terakhir termasuk menolak masuk birdie dari jarak 35 kaki pada lubang terakhir untuk merakam 66 dan 11 bawah par keseluruhan.
Sergio Garcia "Saya tersalah congak beberapa pukulan putt di beberapa tempat selain melakukan beberapa putt yang tidak bagus," kata Garcia sekalipun berpuas hati dengan permainannya dan sedia bertembung sekali lagi dengan McIlroy.
"Sergio mengejar saya di Royal Liverpool. Saya akan cuba mengejarnya minggu ini," jelas McIlroy yang boleh merampas kedudukan Scott sebagai pemain nombor satu dunia.
|
| Hodak puas aksi Harimau Selatan Posted: 03 Aug 2014 10:28 AM PDT Johor Bahru: Rekod bersih tanpa kalah sepanjang tiga aksi persahabatan menjelang saingan Piala Malaysia bermula 13 Ogos ini mengundang rasa puas buat ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Bojan Hodak. Apa tidaknya, kelibat pemain simpanan yang dipertaruhkan untuk menguji kesesuaian perancangan jurulatih dari Croatia itu membuahkan hasil selepas pemain Johor DT mampu memberi persembahan terbaik.
"Tidak semestinya jika kelapan-lapan pemain itu yang kembali bersama Johor DT selepas menyertai kem latihan skuad kebangsaan akan diberi tempat dalam kesebelasan utama.
Pada perlawanan yang menemukan dua juara iaitu Johor DT selaku juara Liga Super dan Polis berstatus juara Liga Perdana menyaksikan anak didik Hodak yang rata-rata barisan pemain simpanan menewaskan skuad bimbingan Azman Adnan 3-0.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment