Harian Metro: Arena |
- Alasan tutup aib
- Real sah mula runding
- Spurs pikat Soldado
- Aksi akhir City, Bayern
- Commons julang Celtic
- Roma jinak Bintang MLS
- Hadiah hari jadi Victoria
- Piala Presiden 2015 di Asia
- Zakry, Fairuz intai suku akhir
- Kemunculan pertama Aimar
| Posted: 01 Aug 2013 09:42 AM PDT Sepang: Keletihan berpuasa menjadi alasan ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal selepas skuad bimbingannya mencatat keputusan buruk pada tiga siri perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab dari Liga J di Jepun. Alasan yang pasti tidak dapat terima peminat setia skuad negara itu umpama mahu menutup malu kekalahan memalukan skuad negara menentang tiga kelab berbeza sebelum ini.
"Pengajaran yang saya dapat di sini, kita tidak harus bermain dengan kelab yang boleh dikatakan mempunyai tahap permainan tinggi ketika bulan puasa. Kalau kita datang ke Jepun pada masa akan datang, mungkin bukan ketika Ramadan.
RAJAGOBAL pikul tugas hingga kontrak berakhir 31 Disember. Ditanya mengenai desakan demi desakan supaya beliau segera mengundur diri berikutan prestasi buruk berterusan skuad negara, Rajagobal berkata: "Saya tidak tahu kenapa ada pihak yang suka sangat saya undur diri.
"Ini bulan Ramadan, jangan buat dosa. Kalau kita nak kritik, biarlah tepat dan konkrit.
|
| Posted: 01 Aug 2013 09:37 AM PDT Los Angeles: Real Madrid mengesahkan sudah memulakan rundingan untuk cuba mengikat Gareth Bale, menurut jurulatih Carlo Ancelotti ketika spekulasi menyebut kelab gergasi Sepanyol itu sedia memecah rekod perpindahan dunia buat pemain sayap itu. "Sukar bercakap mengenai Bale kerana dia bukannya pemain Real ketika ini," kata Ancelotti semalam.
Kelab Bale, Tottenham Hotspur berdepan pelbagai persoalan mengenai bintang sayap mereka itu, yang diundi pemain terbaik musim lalu oleh rakan seangkatan Liga Perdana Inggeris selepas menjaringkan 26 gol.
Sejak itu laporan di Britain dan Sepanyol menyebut Real bersedia membayar lebih daripada £80 juta (RM394 juta) yang mereka bayar kepada Manchester United ketika mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo pada 2009.
Bale menghabiskan lima jam di pusat latihan Spurs, Enfield di utara London kelmarin dan memberitahu Villas-Boas dia berminat menyertai Real, menurut laporan televisyen Sky Sports.
|
| Posted: 01 Aug 2013 09:35 AM PDT London: Tottenham Hotspur bersetuju dengan Valencia untuk membeli penyerang Sepanyol Roberto Soldado, umum kelab utara London itu semalam. Minggu lalu pengurus Spurs Andre Villas-Boas mendedahkan kelab Liga Perdana Inggeris itu berunding dengan kelab Sepanyol itu.
"Kami bangga mengumumkan persetujuan dengan Valencia bagi perpindahan Roberto Soldado bergantung kepada pemeriksaan perubatan," kata satu kenyataan dalam Twitter rasmi @SpursOfficial.
Dia berhijrah ke Valencia pada 2010 dan menjaringkan 80 gol dalam 146 perlawanan bersama kelab itu.
|
| Posted: 01 Aug 2013 09:35 AM PDT Munich: Manchester City mengatasi AC Milan untuk menempah pertemuan final dengan Bayern Munich pada kejohanan pramusim Piala Audi selepas kemenangan 5-3 di Arena Allianz, awal pagi semalam. Naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu mendominasi setengah jam pertama menentang Milan yang berwajah baru, mendahului selepas tiga minit menerusi pemain sayap Sepanyol David Silva.
Edin Dzeko menyumbat dua gol dalam tempoh empat minit untuk meletakkan City 5-0 namun kelab Itali itu bangkit menerusi gol Stephan El Shaarawy dan Andrea Petagna.
|
| Posted: 01 Aug 2013 09:32 AM PDT London: Tandukan Kris Commons membantu bekas juara Eropah Celtic menang 1-0 ke atas kelab Sweden Elfsborg Boras manakala Fenerbahce masih berpeluang ke Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 menentang Salzburg pada perlawanan pertama pusingan ketiga kelayakan, awal pagi semalam. Celtic, juara Scotland yang layak ke pusingan kedua awal tahun ini selepas kemenangan manis di peringkat kumpulan ke atas Barcelona, dilihat mungkin seri tanpa jaringan hingga Commons memecah kebuntuan pada minit ke-76 apabila menanduk masuk hantaran silang Emilio Izaguirre.
Penyertaan Fenerbahce dalam pertandingan itu masih menjadi tanya tanya apabila mereka hanya disenaraikan dalam undian selepas penggantungan dua tahun di Eropah kerana menentukan keputusan perlawanan ditarik balik sementara oleh Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) dua minggu lalu.
|
| Posted: 01 Aug 2013 09:32 AM PDT Kansas City, Missouri: AS Roma membuktikan kejaguhan kelab Serie A apabila mudah mengatasi Bintang Major League Soccer (MLS) 3-1 pada perlawanan persahabatan pramusim, semalam. Pemain tengah Belanda, Kevin Strootman memerlukan hanya empat minit untuk meletakkan Roma di depan manakala Alessandro Florenzi (m-47) dan Junior Tallo (m-68) mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan untuk menambah gol pada babak kedua buat juara tiga kali Itali itu.
Pertahanan, Omar Gonzalez, yang kembali selepas membantu AS memenangi Piala Emas CONCACAF, akhirnya menyelamatkan sedikit maruah Bintang MLS dengan gol menerusi tandukan pada minit ke-91. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02 |
| Posted: 01 Aug 2013 09:25 AM PDT Carlsbad, California: Pilihan utama Victoria Azarenka, bermain kali pertama sejak menarik diri kerana cedera di Wimbledon, meraikan hari jadinya dengan kemenangan pada Terbuka California Selatan, semalam. Victoria, juara Terbuka Australia dan menduduki ranking ketiga dunia, melangkah ke suku akhir dengan kemenangan 6-2, 6-3 pada pusingan kedua ke atas bekas juara Terbuka Perancis Francesca Schiavone dari Itali.
Dia tidak beraksi sejak menarik diri daripada Wimbledon selepas cedera lutut kanannya ketika menewaskan pemain Portugal, Maria Joao Koehler pada pusingan pertama.
|
| Posted: 01 Aug 2013 09:25 AM PDT Akron, Ohio: Kejohanan golf Piala Presiden membuat kemunculan sulung di Asia pada 2015 apabila pasukan Amerika Syarikat (AS) dan Antarabangsa bertemu di Korea Selatan, umum pesuruhjaya Jelajah PGA AS Tim Finchem, semalam. Kelab Golf Jack Nicklaus Korea, 64 kilometer barat Seoul di Incheon, dipilih hos pertembungan dwitahunan antara AS dan skuad bukan Eropah dengan format seperti Piala Ryder.
Kejohanan di Korea itu Piala Presiden kelima dianjurkan di luar AS selepas Afrika Selatan menjadi hos di Fancourt pada 2003, Royal Montreal (Kanada) pada 2007 dan Royal Melbourne (Australia) pada 1998 dan 2011. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02 |
| Zakry, Fairuz intai suku akhir Posted: 01 Aug 2013 09:24 AM PDT Beregu badminton profesional negara Mohd Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari yang akan beraksi di Kejohanan Dunia di Guangzhou, China 5 hingga 11 Ogos ini, mendapat suntikan semangat selepas mendapat penajaan daripada dua kelab. Kelab Sukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Granular, Bangkok menjadi dua kelab yang akan menaja kedua-dua pemain itu untuk terus bergiat di pentas antarabangsa.
Zakry berkata, sasaran ke suku akhir cukup realistik untuk dia dan Fairuzizuan capai di Kejohanan Dunia kerana undian yang agak sukar.
"Peluang untuk menang tetap ada, namun bagi melepasi suku akhir agak tipis kerana kami perlu pula berdepan pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng." Meskipun bernaung di bawah dua kelab, Zakry berkata tidak akan berlaku konflik kerana perjanjian yang dibuat turut membabitkan kepentingan bersama.
|
| Posted: 01 Aug 2013 09:20 AM PDT Johor Bahru: Bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar akan membuat penampilan pertama bersama Johor Darul Takzim (DT) apabila menentang kelab Liga A Australia, Perth Glory pada aksi persahabatan di Stadium Larkin, 14 Ogos ini. Pemain paling mahal Liga Malaysia (Liga M) itu yang akan menyertai skuad Harimau Selatan musim depan dengan nilai RM6.1 juta (AS$2 juta) dikhabarkan sudah mengesahkan penampilannya untuk beraksi pada perlawanan itu yang menjadi medan pemanas badan sebelum memulakan kempen Piala Malaysia, 20 Ogos ini.
Turut bersama Aimar pada perlawanan itu ketua jurulatih baru Johor DT, Cesar Ferrando Jiminez yang akan menilai corak permainan skuad Harimau Selatan dan bakal menjadi penasihat kepada Azmi Mohamed yang mengambil alih tugas daripada Fandi Ahmad yang kini memegang jawatan pengurus pasukan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment