Pages

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Dipenggal helikopter sendiri

Posted: 06 Sep 2013 11:30 AM PDT

New York: Seorang lelaki berusia 19 tahun tahun terpenggal diri sendiri dengan helikopter kawalan jarak jauhnya.

Orang mati berpeluang dengar muzik

Posted: 06 Sep 2013 11:23 AM PDT

Stockholm: Sebuah syarikat Sweden, Pause Ljud & Bild menawarkan keranda lengkap dengan speaker dua hala dan akaun dengan khidmat muzik Spotify untuk membolehkan muzik terus berkumandang dalam kubur.

Tersepit celah tembok kerana PSP

Posted: 06 Sep 2013 11:22 AM PDT

Dalian: Seorang remaja belasan tahun diselamatkan dari ruang sempit antara dua tembok di sini, di timur laut China, semalam.

Penanam getah, polis bertempur

Posted: 06 Sep 2013 10:46 AM PDT

Bangkok: Penunjuk perasaan yang menuntut subsidi pertanian bagi mengimbangi kerugian akibat kejatuhan harga getah dunia bertempur dengan polis di selatan Thai, melontar batu dan botol mengandungi asid.

Kerajaan, penoreh capai persetujuan

Posted: 06 Sep 2013 10:45 AM PDT

Bangkok: Kerajaan Thai semalam berkata, ia mencapai persetujuan dengan kebanyakan penoreh getah yang mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran sejak dua minggu lalu.

4 anggota tentera elit dijel

Posted: 06 Sep 2013 10:44 AM PDT

Yogyakarta: Tribunal tentera Indonesia semalam menjatuhkan hukuman penjara terhadap empat anggota tentera elit kerana terbabit dalam serangan penjara dan membunuh empat tahanan sebagai membalas dendam.

Ringgit Malaysia palsu dikesan di Thailand

Posted: 06 Sep 2013 10:44 AM PDT

Bangkok: Persatuan Tukaran Mata Wang Asing Thai memberi amaran kepada orang ramai mengenai penggunaan mata wang asing palsu di negara itu, terutama di wilayah selatan yang menyaksikan Ringgit Malaysia palsu paling banyak beredar.

Video kejam penentang Syria

Posted: 06 Sep 2013 10:43 AM PDT

New York: Satu rakaman video yang mula beredar di Internet semalam menunjukkan tentera Presiden Bashar al-Assad dibunuh di depan kamera oleh kumpulan penentang yang mahu menggulingkan rejim itu.

Budak 6 tahun diarah kahwin anak perogol

Posted: 06 Sep 2013 10:40 AM PDT

New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dikunci dalam bilik sebelum diperkosa dipaksa berkahwin dengan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak perogolnya.

Enam dipenjara seumur hidup

Posted: 06 Sep 2013 10:39 AM PDT

Bangalore: Sebuah mahkamah di selatan India semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas enam lelaki yang merogol seorang pelajar undang-undang secara bergilir-gilir di kampus sebuah universiti tahun lalu.

No comments:

Post a Comment