Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Jijoe anggap biasa...

Posted: 06 Aug 2013 03:44 PM PDT

Kuala Lumpur: Beraya di perantauan bukan perkara asing buat jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang yang buat sekian kali terpaksa berjauhan daripada keluarga tercinta di Terengganu kerana komitmen latihannya di Melbourne bersama ketua jurulatih John Beasley.

Pentas terakhir

Posted: 06 Aug 2013 03:42 PM PDT

Rochester: Pemain nombor satu dunia, Tiger Woods serta juara Terbuka British, Phil Mickelson akan bersaing untuk merebut gelaran pada kejohanan utama terakhir musim ini Kejohanan PGA Ke-95 yang bakal berlangsung di Oak Hill Country Club.

Venus sudah sedia

Posted: 06 Aug 2013 03:41 PM PDT

Toronto: Juara Grand Slam tujuh kali, Venus Williams sedia untuk melancarkan kempen kejohanan WTA Toronto dan percaya sakit belakang yang mengganggu ketika Wimbledon tidak akan berulang lagi.

AYPG 2013 makin mencabar

Posted: 06 Aug 2013 03:41 PM PDT

Putrajaya: Temasya edisi ketiga, Sukan Para Remaja Asia Malaysia (AYPG 2013) berlangsung pada 26 hingga 30 Oktober dijangka lebih meriah apabila 14 sukan dipertandingkan berbanding hanya lima di Tokyo, Jepun tiga tahun lalu.

CTRM tekad pertahan gelaran

Posted: 06 Aug 2013 03:40 PM PDT

Melaka: Pasukan bola sepak CTRM Sdn Bhd menanam tekad mempertahankan kejuaraan Liga Industri pada musim ini.

Penjara Melaka yakin cemerlang

Posted: 06 Aug 2013 03:40 PM PDT

Melaka: Pasukan bola sepak Penjara Melaka aktif mengadakan perlawanan persahabatan di negeri itu bagi menyediakan pasukan mantap untuk mengharungi Liga Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) bermula bulan depan.

Tamparan buat Paul

Posted: 06 Aug 2013 03:40 PM PDT

Kuala Lumpur: Ketika saingan Piala Asia penghujung bulan ini memerlukan barisan pemain terbaik bagi mencapai misi layak ke Piala Dunia 2014, ketua jurulatih skuad hoki negara Paul Revington terus berdepan cabaran merealisasikan impian itu.

203 atlet dapat duit raya awal

Posted: 06 Aug 2013 03:39 PM PDT

Kuala Terengganu: Atlet Terengganu yang mempamerkan aksi cemerlang dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 baru-baru ini mendapat duit raya lebih awal apabila kerajaan negeri mengumumkan ganjaran istimewa buat pemenang pingat emas, perak dan gangsa.

Tiada pemain automatik

Posted: 06 Aug 2013 03:39 PM PDT

Kuala Lumpur: Ong Kim Swee menegaskan tiada jaminan buat setiap pemain untuk secara automatik berada dalam skuad bawah 23 tahun (B-23) negara ke Sukan SEA Myanmar hujung tahun ini, sekali gus memberi mesej jelas kepada pemain Harimau Muda A supaya meningkatkan prestasi jika tidak mahu disingkir.

Shakir tekad tak lepas aksi

Posted: 06 Aug 2013 03:39 PM PDT

Seremban: Sekalipun belum cergas sepenuhnya susulan kecederaan pangkal paha pada saingan Liga Super, penyerang Negeri Sembilan Ahmad Shakir Md Ali yakin dapat beraksi pada kempen Piala Malaysia bermula 20 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment