Harian Metro: Global |
- 2 jam terperangkap dalam tong derma
- Pemindahan kepala manusia tidak mustahil
- Tangan 'saksi' putus ditetak
- Wartawan dirogol di Tahrir
- Gempa di Aceh
- Indonesia lulus undang-undang kontroversi
- Rundingan sulit dengan pemisah
- Orang utan mati dipukul
- Alasan Yingluck jadi Menteri Pertahanan
- Mursi tolak kata dua
| 2 jam terperangkap dalam tong derma Posted: 02 Jul 2013 09:09 AM PDT Oklahoma City: Gara-gara mahu mencari gelang tangan yang dipercayai dibuang bersama pakaian lama, seorang wanita terperangkap selama dua jam dalam bekas mengumpul pakaian terpakai untuk tujuan amal, semalam. Terdahulu, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan memanjat tong berkenaan untuk mencari beg berisi pakaian lama yang dibuangnya. Bagaimanapun, tiba-tiba dia terjatuh dan gagal keluar dari situ.
![]() TONG mengumpul barangan terpakai yang 'memerangkap' seorang wanita penghidap sklerosis. "Disebabkan saya menghidap sklerosis berbilang, tidak lama kemudian saya mula kejang otot dan tidak mampu keluar sendiri," katanya. Sementara menunggu bantuan tiba, beberapa penderma lain tidak menyedari wanita terbabit terperangkap di dalam tong itu lari apabila terdengar jeritan meminta tolong. Wanita itu kemudian diselamatkan sepasukan anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian. Pegawai bomba bertugas, Brian Stanalan berkata, wanita terbabit keletihan dan kehilangan banyak air dalam badan. "Dia terperangkap dua jam di bawah sinar matahari dan bekas ini diperbuat daripada besi," katanya. Tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu menemui semula barang kemas yang dicarinya. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
| Pemindahan kepala manusia tidak mustahil Posted: 02 Jul 2013 09:00 AM PDT Rome: Cara pembedahan pemindahan kepala Frankestein mungkin menjadi realiti selepas seorang saintis berkata, pembedahan pemindahan kepala manusia sepenuhnya kini boleh dilakukan. Dalam dokumen yang diterbitkan baru-baru ini, Dr Sergio Canavero dari Turin Advanced Neuromodulation Group di Itali berkata, kemajuan dalam kejuruteraan sel membolehkan pakar bedah secara teori mencantumkan saraf tunjang.
Cubaan seumpama itu pernah dilakukan pada 1970, menyaksikan kepala seekor monyet dipindahkan ke seekor monyet lain di makmal di Ohio, Amerika Syarikat. Walaupun monyet itu hidup selama lapan hari, ia tidak boleh menggerakkan leher kerana 'akson' dalam saraf tunjangnya tidak boleh dibaiki.
Bagaimanapun, menurut Canavero, masalah teknikal paling besar ialah untuk menyambung saraf tunjang penderma dengan penerima. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
| Posted: 02 Jul 2013 08:59 AM PDT Patna (India): Seorang budak perempuan kehilangan sebelah tangannya apabila ditetak penjenayah ketika keluarganya cuba membebaskan adik mangsa yang diculik. Media semalam melaporkan, Uzma Ara, 8, dalam perjalanan ke Patna ibu negeri Bihar, timur India bersama keluarganya.
Bapa Uzma, Ainul Ansari berkata, penculik terbabit menyasarkan anaknya kerana dia menjadi saksi penting dalam kejadian penculikan Julfikar. Uzma dilaporkan cedera parah dan masih dirawat di sebuah hospital kerajaan di Patna akibat kehilangan sebahagian daripada tangan kanannya. Ainul berkata, Uzma diserang berhampiran stesen kereta api di Patna pada Jumaat lalu.
Dia juga membuat aduan kepada polis kerana menjadi mangsa peras ugut, tetapi pihak berkuasa enggan menyiasat kes berkenaan. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
| Posted: 02 Jul 2013 08:54 AM PDT Kaherah: Seorang wartawan menjadi mangsa rogol beramai-ramai ketika rakyat Mesir turun ke jalan raya pada malam yang turut menyaksikan 44 serangan ganas lain ke atas wanita. Lima lelaki dilaporkan menyerang wartawan kelahiran Belanda itu menyebabkan mangsa "cedera parah" dan perlu dibedah untuk menyelamatkannya. Laporan lain menyatakan, selain wartawan berusia 22 tahun itu, seorang nenek dan kanak-kanak berusia tujuh tahun turut menjadi mangsa serangan seksual. Seorang saksi kejadian berkata, mangsa dipercayai wartawan pelatih dan diserang ketika merakamkan gambar penunjuk perasaan di Kaherah.
"Tiada polis kelihatan di situ." Berjuta-juta orang kini turun ke jalan raya di sekitar Dataran Tahrir untuk mendesak Presiden Mohamed Mursi berundur. Aktivis dari kumpulan Operasi Antiserangan Seksual merekodkan 44 kes insiden berlaku pada malam kelmarin saja. Pertubuhan itu turut menggesa wanita menjauhi Dataran Tahrir sehingga keadaan kembali terkawal. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
| Posted: 02 Jul 2013 08:54 AM PDT Lampahan (Indonesia): Satu gempa bumi sekuat 6.1 magnitud melanda Aceh semalam dan mengorbankan lima orang serta mencederakan puluhan yang lain. Sejumlah bangunan turut musnah, suasana panik melanda penduduk setempat yang pernah mengalami gempa bumi dan tsunami besar pada 2004.
Kemusnahan rumah berlaku di daerah yang berada kira-kira 320 kilometer dari Banda Aceh. Doktor di sebuah klinik awam di Lampahan, Ema Suryani berkata, seorang kanak-kanak terbunuh akibat dihempap dinding bangunan yang runtuh. "Kami menerima kira-kira 50 orang yang cedera kerana bangunan mereka runtuh akibat gegaran itu," katanya. Daripada jumlah itu, kata Ema, 30 parah dengan sesetengahnya cedera di kepala. Selebihnya, Ema berkata, mengalami kecederaan ringan seperti luka kecil dan calar.
"Orang ramai panik dan segera berlari ke tempat terbuka untuk menyelamatkan diri," katanya.- AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
| Indonesia lulus undang-undang kontroversi Posted: 02 Jul 2013 08:53 AM PDT Jakarta: Ahli Parlimen akhirnya mencapai persetujuan berkompromi mengenai Undang-undang Pertubuhan Massa semalam ketika kesatuan pekerja terbesar Indonesia berikrar untuk membawa isu itu ke Mahkamah Perlembagaan. Undang-undang itu yang menyekat kebebasan menganjur dan mengadakan perhimpunan beramai-ramai mencetuskan tunjuk perasaan di Jakarta, semalam. Rang undang-undang itu diluluskan selepas 311 daripada 561 ahli Parlimen yang hadir mengundi menyokongnya, manakala kira-kira 50 menentang. Selebihnya bersikap berkecuali.
April lalu, pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia, Muhammadiyah, berkata mereka akan meningkatkan tentangan jika ia diluluskan di Parlimen. Sementara itu, Presiden Konfederasi Syarikat Pekerja Indonesia, Said Iqbal berkata, mereka akan membawa isu berkenaan ke mahkamah. "Melalui undang-undang ini, kerajaan tempatan boleh membubarkan kesatuan tempatan jika mereka melakukan mogok," katanya. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
| Rundingan sulit dengan pemisah Posted: 02 Jul 2013 08:52 AM PDT Bangkok: Majlis Keselamatan Kebangsaan Thai (NSC) mengadakan rundingan sulit dengan kumpulan pemisah tanpa pengetahuan Malaysia, dalam usaha untuk menamatkan kekacauan di selatan negara itu. Penasihat NSC Charoon Ampa berkata pihaknya bersedia berunding dengan lebih banyak kumpulan yang tidak sehaluan dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN) kumpulan yang terbabit dalam rundingan damai dengan kerajaan Thai di Kuala Lumpur. Langkah mengadakan rundingan itu dilakukan selepas beberapa siri serangan di wilayah selatan yang dipercayai dilakukan kumpulan pemisah yang tidak ada kaitan dengan BRN. Charoon juga berkata, kerajaan Thai tidak dapat melayani tuntutan BRN yang mendesak tentera negara itu diundurkan dari Pattani, Narathiwat dan Yala serta lima daerah di Songkhla sebagai cara untuk menghentikan keganasan sepanjang Ramadan ini.
"Buat masa ini, kita akan menggunakan rundingan berkenaan sebagai saluran untuk mencapai keamanan," katanya. Pihak berkuasa Thai percaya serangan Sabtu lalu di daerah Krong Pinang di Yala yang meragut nyawa lapan askar dilakukan oleh kumpulan serpihan yang membantah rundingan damai dengan BRN. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
| Posted: 02 Jul 2013 08:50 AM PDT Jakarta: Penduduk sebuah kampung di Indonesia memukul hingga mati seekor orang utan Sumatera yang didakwa menganggu kehidupan harian mereka. Orang utan betina dewasa itu sebelum ini diselamatkan dari sebuah kampung di Aceh selepas cedera parah.
"Penduduk memukul orang utan liar itu kerana mengganggu mereka," katanya.
Binatang itu juga menjadi sasaran pekerja ladang di Sumatera yang melihat mereka sebagai pengacau. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
| Alasan Yingluck jadi Menteri Pertahanan Posted: 02 Jul 2013 08:49 AM PDT Bangkok: Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata, keputusannya untuk mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan ialah kerana mahu mempercepatkan keputusan berkait dengan tentera. Katanya, dengan menjadi perdana menteri dan menteri pertahanan akan membenarkan kerajaan memberi sokongan lebih baik kepada tentera.
Pemimpin Demokrat, Abhisit Vejjajiva sebelum ini menuduh kerajaan berhasrat menguasai jawatankuasa Kementerian Pertahanan bagi mempengaruhi rombakan tahunan pegawai kanan tentera yang akan diadakan sedikit masa lagi. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
| Posted: 02 Jul 2013 08:48 AM PDT Kaherah: Presiden Mesir, Mohamed Mursi menolak kata dua tentera untuk memaksa penyelesaian kepada krisis politik negara itu dan mendakwa pasukan keselamatan itu tidak merujuk kepadanya terlebih dulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Pada masa sama, Mohamed Mursi bertegas untuk meneruskan pelan yang dirangkanya bagi mencapai perpaduan dalam negara. Tokoh berfahaman Islam itu menganggap tempoh 48 jam diberi pemimpin tentera semalam boleh mengelirukan orang ramai.
"Presiden republik tidak dirujuk mengenai kenyataan dikeluarkan pasukan tentera. Presiden melihat sesetengah kenyataan itu membawa maksud yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam suasana negara yang kompleks.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

No comments:
Post a Comment