Harian Metro: Arena |
- FAM kena kecam lagi
- Kelantan pertahan emas kali kedua berturut-turut
- Sukan gimnastik bolot anugerah
- Bukan kerana wang
- Harapan masih ada
- England tebus kecewa
- 'Usah pamer aksi yo-yo'
- Jerman tepati ramalan awal
- Jalaluddin terkilan
- PFA labur lebih RM5j bina semula pasukan Perlis
| Posted: 07 Jul 2013 09:00 AM PDT Johor Bahru: Kesal dengan mutu pengadilan yang didakwa teruk ketika aksi terakhir Liga Super membabitkan Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor kelmarin, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat segera meningkatkan mutu pengadilan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) yang dilabel masih di tahap amatur. Pengerusinya Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, FAM selaku badan induk bola sepak tempatan tidak boleh berlengah lagi dalam meningkatkan mutu pengadilan di negara ini yang didakwanya amat rendah.
"FAM kena ambil langkah drastik untuk mengatasi masalah ini dengan segera. Penonton membeli tiket berhak disajikan perlawanan yang adil tapi apa yang berlaku semalam (kelmarin) amat mengecewakan.
PENJAGA gol Johor DT, Muhd Al-Hafiz Hamzah (kanan) menyelamatkan bola daripada pemain Selangor, Francis Forkey Doe, kelmarin. Zulkurnain berharap Datuk Hamidin Mohd Amin yang baru dilantik sebagai Setiausaha Agung baru FAM dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah yang sekian lama membelenggu arena bola sepak negara.
"Kalau boleh pembaharuan ini perlu bermula pada saingan Piala Malaysia, tidak perlu hingga dua atau tiga musim lagi," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Kelantan pertahan emas kali kedua berturut-turut Posted: 07 Jul 2013 08:56 AM PDT Kuala Lumpur: Kira-kira 17 tahun lalu, sukan ragbi bukan sukan diminati golongan muda. Jika ada, hanya dimainkan di tiga buah sekolah saja di Kelantan. Sejarah itu sudah bertukar apabila pasukan ragbi Kelantan meraih pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 selepas menewaskan Melaka 36-0 pada final ragbi 7 sebelah di padang Kolej Canselori Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, semalam.
"Kami membuat permulaan goyah perlawanan pertama melawan Terengganu tapi akhirnya menang 10-12 selepas ketinggalan 0-10.
"Selepas SUKMA, pertandingan itu akan menjadi satu lagi tumpuan kami. Kami mahu meneruskan rentak kemenangan dan mengangkat martabat ragbi Malaysia sebagai satu sukan menyeronokkan ditonton dan dimainkan," katanya selepas menyaksikan pasukannya melakukan enam try dan tiga conversion pada perlawanan menarik berlangsung di bawah panas terik yang turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Jerih payah berlatih dan keserasian pasukan semakin baik daripada satu perlawanan ke satu perlawanan. Kami mempamer permainan berpasukan dan tidak membuka ruang kepada lawan.
|
| Sukan gimnastik bolot anugerah Posted: 07 Jul 2013 08:56 AM PDT Kuala Lumpur: Sukan gimnastik menguasai anugerah Olahragawan dan Olahragawati temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 yang melabuhkan tirai pertandingan secara rasminya semalam. Altet Selangor, Danniel Iskandar Richard, 17, merangkul tiga emas dan dua perak manakala Esmelda Arecia Menti Alfred Gelin, 13, muncul wira Sarawak selepas menghadiahkan dua emas, dua perak dan satu gangsa.
Danniel menghadiahkan emas dalam acara berpasukan, individu keseluruhan dan kekuda pelana manakala perak dalam acara palang tunggal dan melombol. Esmelda meraih emas dalam acara melombol dan batang titian, perak dalam acara senaman lantai dan palang bertingkat, gangsa dalam acara individu keseluruhan.
"Penyertaan beberapa sukan dari negeri amat memuaskan seperti ragbi membabitkan penyertaan 14 buah negeri sementara Muay Thai, silambam lelaki dan wanita, bina badan dan bola keranjang lelaki dengan penyertaan 13 kontinjen.
Sementara itu, Selangor dinobatkan sebagai juara keseluruhan temasya ke-16 sekali gus berjaya menyekat penguasaan Terengganu untuk muncul juara keseluruhan buat kali kelima.
|
| Posted: 07 Jul 2013 08:55 AM PDT Kuala Lumpur: Biar apapun keputusan yang akan dilakukan oleh pemenang pingat emas ping pong acara perseorangan dari Kedah, Muhd Ashraf Haiqal Rizal ia bukan kerana duit. Itu tegas Ashraf selepas dikhabarkan menerima tawaran untuk bersama kelab baru yang berpangkalan di Zon Tengah bagaimanapun ia menuntut pengorbanan dan perlu meninggalkan negeri tercinta, Kedah.
"Biarpun jumlah wang yang ditawarkan itu lebih tinggi berbanding apa yang diberikan oleh Kedah, wang bukan isu utama, sebaliknya ia adalah demi untuk karier saya semata-mata," katanya.
Kemenangan itu cukup berharga buat Ashraf pada penyertaan terakhirnya di SUKMA apabila dikhabarkan ping pong tidak akan dipertandingkan dua tahun lagi.
"Inilah emas pertama dan mungkin yang terakhir di SUKMA. Dua tahun lalu saya sekadar meraih gangsa. Saya harap boleh terus melakar kejayaan buat negara selepas ini," katanya yang akan memberi fokus kepada Sukan SEA.
|
| Posted: 07 Jul 2013 08:54 AM PDT Johor Bahru: Skuad negara berpeluang cerah menjejak kaki ke Piala Dunia 2014 di Belanda sekali gus menamatkan kemarau gagal layak ke pentas tertinggi itu sejak 2002 dengan menewaskan Jepun menerusi penentuan penalti 4-3 selepas seri 1-1 pada penentuan tempat kelima dan keenam pada kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia semalam. Meskipun sekadar menamatkan saingan di tempat kelima dan gagal merebut tiga tiket yang ditawarkan ke Piala Dunia, secara matematik penamat kelima itu sebenarnya hampir pasti untuk meletakkan skuad negara sebagai antara pilihan utama merebut baki slot ke Belanda.
Meskipun barisan pemain negara memberikan aksi terbaik mereka, ketua jurulatih Paul Revington tetap menganggap persembahan semalam di bawah kemampuan sebenar skuad negara.
Turun dengan misi untuk mencatat kemenangan sekali gus mengutip sebanyak mungkin mata bagi memperbaiki kedudukan ranking dunia, skuad bimbingan Paul Revington di depan seawal minit ke-10 selepas Muhammad Razie Abd Rahim menyempurnakan pukulan sudut penalti dengan baik.
Pasukan lawan yang dibimbing oleh Keon Wook Kang sekali lagi dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-33 tetapi kali ini ia disia-siakan saja oleh barisan pemain Jepun.
|
| Posted: 07 Jul 2013 08:54 AM PDT Johor Bahru: England menebus kekecewaan tewas kepada Argentina pada saingan separuh akhir apabila menewaskan Korea Selatan 2-1 pada penentuan tempat ketiga dan keempat pada kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia semalam. Skuad bimbingan Bobby Crutchley di depan pada minit ke-12 menerusi gol padang sumbangan Ben Arnold dan keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Sementara itu Pakistan yang melalui kempen hambar pada kejohanan ini meskipun menjuarai saingan peringkat kumpulan, menebus kekecewaan mereka dengan menduduki tempat ketujuh daripada lapan pasukan selepas menewaskan Afrika Selatan 6-2 semalam.
|
| Posted: 07 Jul 2013 08:53 AM PDT Johor Bahru: Jangan pamer aksi yo-yo lagi. Demikian ingatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada barisan pemain negara selepas menamatkan kempen di kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia semalam dengan menewaskan Jepun bagi penentuan tempat kelima dan keenam. Meskipun gembira dengan keputusan yang diraih anak buah Paul Revington kerana ia mencerahkan peluang skuad negara beraksi pada Piala Dunia 2014 di Belanda, Tengku Abdullah menganggap aksi tidak konsisten termasuk ketika bertemu Jepun semalam sehingga mengheret perlawanan ke penentuan penalti shoot-out harus diatasi sebelum bermulanya saingan Piala Asia, Ogos depan.
"Persembahan kita macam yo-yo, tak konsisten. Ini yang menjadi kebimbangan saya," katanya.
"Kami (MHC) bersikap terbuka tapi saya harapkan beliau kekal di Malaysia, terpulang kepada beliau.
|
| Posted: 07 Jul 2013 08:53 AM PDT Johor Bahru: Jerman menepati ramalan mendominasi saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia apabila muncul juara selepas menewaskan Argentina 4-2 pada aksi final di Stadium Hoki Taman Daya, malam tadi. Jerman bermula baik apabila berada di depan pada minit ke-22 menerusi jaringan padang sumbangan Christopher Zeller tetapi ia tidak bertahan lama apabila Argentina menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian hasil pukulan sudut penalti Gonzalo Peillat.
Namun Argentina mempamer semangat melawan dan hasilnya Matias Paredes berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-35 menerusi jaringan padang.
|
| Posted: 07 Jul 2013 08:47 AM PDT Kuantan: Rasa terkilan tidak dapat disembunyikan kapten Pahang, Jalaluddin Jaafar biarpun skuad itu berada dalam kelompok lima pasukan teratas Liga Super musim ini. Pemain paling senior itu berkata, jika bersandarkan sasaran awal, skuad itu mahu berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik tetapi aksi tidak konsisten pada empat baki terakhir perlawanan memadamkan sasaran itu.
"Oleh itu, saya harap prestasi lebih baik dapat dipamerkan dalam saingan Piala Malaysia selepas Pahang gagal meraih gelaran juara dalam saingan liga dan Piala FA.
|
| PFA labur lebih RM5j bina semula pasukan Perlis Posted: 07 Jul 2013 08:46 AM PDT Kangar: "Bukan RM2 juta atau RM5 juta, malah kami memperuntukkan lebih daripada itu bagi membina semula skuad Singa Utara," tegas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abd Rahman mengenai pelaburan besar pasukan itu menjelang saingan Liga Malaysia 2014. Rozabil berkata, pasukan itu juga akan dibina dengan lebih kuat seperti pasukan elit lain termasuk membawa perubahan menyeluruh dalam PFA daripada pucuk pimpinan hingga pemain selain sudah mengenal pasti penaja besar yang akan menaja pasukan.
"Kami tidak boleh dedahkan berapa jumlah tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan, namun kami mempunyai sumber kewangan bagi menyelesaikan tunggakan itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama persatuan penuh kontroversi itu semalam.
"PFA akan menyaring dengan teliti pemain yang bakal dibawa masuk pada musim depan dengan menekankan kepada beberapa perkara termasuk rasuah dan komitmen mereka kepada pasukan," katanya.
Rozabil berkata, biarlah perkara serta isu yang berlaku pada musim sebelum ini dilupakan dan sedia membuka lembaran baru.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment