Harian Metro: Arena |
- Benam ego Pakistan
- Kekurangan bukan halangan
- Usaha keras 6 tahun berbaloi
- Pemain Kelantan terima durian runtuh
- Kerana terpaksa
- Katrina ulat buku
- Jinzhe idam juara dunia
- Rooney milik United
- Van Ginkel sah sertai Chelsea
- Final epik Djokovic, Murray
| Posted: 06 Jul 2013 11:37 AM PDT Johor Bahru: Skuad negara berjaya mengubat kekecewaan gagal merebut tiket ke Piala Dunia 2014 di Belanda menerusi Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia apabila menewaskan gergasi Asia, Pakistan 3-1 pada perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan semalam. Turun dengan misi untuk melakar kemenangan, skuad bimbingan Paul Revington berjaya memenuhi hasrat menerusi aksi meyakinkan meskipun sedar peluang untuk ke Belanda sudah tertutup rapat.
Skuad negara dihadiahkan pukulan sudut penalti pertama dan ia disempurnakan dengan baik oleh Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-14.
AKSI skuad negara ketika menentang Pakistan. Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil menjadikan kedudukan 3-1 menerusi jaringan padang selepas menerima hantaran cantik daripada Faizal pada minit ke-38.
Sementara itu, pada satu lagi perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan, Jepun bangkit untuk menewaskan Afrika Selatan menerusi pukulan penalti shoot-out 1-0 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa sebenar.
|
| Posted: 06 Jul 2013 11:36 AM PDT Kuala Lumpur: Kekurangan infrastruktur gelanggang latihan tidak menghalang Sarawak meraih pingat emas selepas mengatasi Johor, 3-2 pada final acara bola tampar wanita di Sukan Malaysia (SUKMA XVI) di Stadium Tertutup MBSA Seksyen 19, Shah Alam, semalam. Sarawak menang pertarungan sengit mendebarkan selama lebih dua jam dengan keputusan 25-23, 25-14, 13-25, 18-25 dan 16-14. Sekalipun Johor mempamer kebangkitan di set kedua namun ia tidak cukup menjinakkan Sarawak yang kental bertahan menafikan setiap percubaan dilakukan pemain Johor untuk menang set kelima.
"Kejayaan meraih pingat emas Sukma begitu bermakna buat pasukan ini yang saya anggap seperti anak sendiri kerana sembilan pemain masih dikekalkan sewaktu kami memenangi pingat emas, juga menewaskan Johor 3-1 di Sukma Kuantan tahun lalu.
"Pada pertengahan 1990-an, sukan bola tampar seperti tidak disebut dalam sukan di Sarawak. Sejak itu, saya mencari pendekatan terbaik, merangka strategi dan mencari pemain berbakat untuk dilatih dan sejak mengambil alih pasukan pada 1997 dan awal 2006, pasukan bola tampar Sarawak muncul antara disegani. "Sekarang mereka memberikan hasil kerana bola tampar wanita Sarawak memenangi 10 daripada 12 pingat SUKMA," kata jurulatih berasal dari Bintulu itu.
"Kami harap dapat beraksi pada lebih banyak pertandingan luar untuk meningkatkan lagi prestasi dan kewibawaan pasukan ini. Sasaran saya adalah beraksi pada Sukan SEA dan membantu pasukan negara memenangi pingat pada temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu." Dalam satu lagi saingan final acara bola tampar lelaki, Selangor tidak menghadapi masalah menewaskan Sarawak, 3-0 untuk meraih pingat emas. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Posted: 06 Jul 2013 11:35 AM PDT Kuala Lumpur: Usaha keras selama enam tahun akhirnya berbaloi buat atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Kedah, Muhamad Azam Azmi apabila membawa pulang pingat emas Muay Thai bagi kategori 42-45kg. Azam, 16, menewaskan wakil Selangor, Mohd Farid Najmi Mohamad Baki 5-0 dalam satu pertarungan sengit.
"Saya puas hati dan gembira dengan prestasi dipamer Azam. Saingan lawan amat hebat namun nasib menyebelahi kami. Kemenangan ini satu bonus dan pemangkin untuk terus maju ke depan. "Saya harap Muay Thai akan terus dipertandingkan di SUKMA memandangkan ia turut dianjurkan di Sukan Sea dan mungkin di Sukan Asia. SUKMA adalah medan buat atlet remaja untuk terus berkembang dan menilai prestasi masing-masing," katanya yang berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kulim. Mengulas kunci kejayaan Azam, Rudzuan berkata, aksi tangkas serta cepat bertindak dan tidak terburu-buru membuat serangan menjadi kelebihan buat Kedah membawa pulang pingat emas pertama Muay Thai. Sementara itu bagi kategori wanita 42-45kg, wakil Kelantan, Nuur Aina Ab Rahim membuktikan ketangkasannya selepas menewaskan Ayu Arynafa Iza Azmi, 5-0. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Pemain Kelantan terima durian runtuh Posted: 06 Jul 2013 11:32 AM PDT Kota Bharu: Pemain Kelantan yang beraksi dalam final Piala FA sehingga berjaya menumbangkan Johor Darul Takzim (JDT), 29 Jun lalu, bakal menerima durian runtuh sebanyak RM30,000 seorang. Ganjaran itu termasuk kejayaan melayakkan diri sekali lagi dalam saingan Piala AFC bagi musim depan sekali gus memberi peluang kepada The Red Warriors untuk terus beraksi di pentas antarabangsa.
"Kerana kesuntukan masa dan menyambut Ramadan maka tiada perarakan piala FA dibuat untuk masa ini. Piala FA cuma akan 'display' (dipertontonkan kepada penyokong) di Stadium (Stadium Sultan Muhammad IV) malam ini (semalam). "Setiap pemain yang beraksi di final dan berjaya mempertahankan Piala FA serta melayakkan kita (Kelantan) ke Piala AFC, kita hadiahkan RM30,00 setiap orang," katanya.
|
| Posted: 06 Jul 2013 11:31 AM PDT Kuala Lumpur: Adi Alifuddin Hussin, nama yang cukup gah dalam acara lontar peluru. Meskipun acaranya mungkin kurang mendapat tempat di hati peminat tempatan, Adi Alifuddin tetap cemerlang menyumbang pingat buat Malaysia. Selaku senior dan dilabel yang terbaik dalam acara lontar peluru, Adi Alifuddin inginkan 'penggantinya' kelak melakar kejayaan lebih baik untuk negara. Bagi Muhammad Ziyad Zolkefli, ketika pertama kali melihat Adi Alifuddin beraksi, dirinya amat mengagumi kehebatan atlet dari Terengganu itu. Lantas, Adi Alifuddin menjadi idolanya dan pencetus semangat untuk melakar kejayaan lebih hebat di peringkat tempatan mahupun dunia. Kata Ziyad, Adi Alifuddin bukan saja sering menaikkan semangat rakan seangkatan, muka baru atau pelapis tapi dia tidak lokek ilmu serta seorang yang pemurah dan sering belanja rakan-rakan skuad lontar peluru makan sekali gus menjadikan hubungan mereka lebih rapat. Ikuti sesi pertemuan mereka sejurus tamat latihan di Bukit Jalil baru-baru ini. Soalan: Bagaimana anda boleh terbabit dalam sukan ini? Jawapan: Semuanya bermula di sekolah rendah iaitu ketika darjah lima apabila saya dipaksa mewakili rumah sukan dalam acara ini. Hakikatnya, saya tidak tahu langsung mengenai lontar peluru dan hanya kerana dipaksa semata-mata. S: Walau dipaksa, anda mampu sampai ke tahap ini hingga bergelar atlet elit negara? Macam mana pula? J: Kebetulan pula bila ke sekolah menengah, guru itu mengenali saya dan tahu pencapaian saya dalam acara lontar peluru di sekolah rendah. Lantas beliau melatih saya dalam acara ini secara aktif hingga menang pelbagai kejohanan di sekolah, daerah dan juga memecahkan rekod di kejohanan Little Athletics Australia sewaktu tingkatan dua. S: Diandaikan rasa cinta pada sukan ini secara perlahan-lahan hadir dalam diri anda? J: Ya, lama-kelamaan saya mula cintakan sukan ini apatah lagi sudah bergiat secara aktif. Atas pencapaian cemerlang di sekolah, saya juga mendapat panggilan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ketika di tingkatan tiga namun hanya memilih berhijrah ke sini (Bukit Jalil) selepas selesai menduduki PMR. S: Di mata kasar anda, bagaimana pembangunan atau perkembangan acara lontar peluru di Malaysia? J: Lontar peluru tidak popular di negara ini. Tapi contohnya seperti saya, bila sudah berjaya pecah rekod kebangsaan orang ramai mula 'pandang' kita. Namun, senario ini hanya di Malaysia saja, jika di negara lain acara lontar peluru sememangnya diminati terutama Eropah khususnya di Slovakia. Lontar peluru adalah sukan teras, ada di Olimpik cuma entah mengapa tidak mendapat sambutan. Jika kejohanan dibuka secara percuma pun tiada pengunjung yang datang tengok. S: Berdasarkan pengalaman anda, apakah hala tuju sukan lontar peluru ketika ini. Mungkin jika sekarang ini sebut saja nama 'Adi Alifuddin Hussin' semua mengenali anda, tetapi bagaimana pula selepas ini, sekiranya anda bersara? J: Buat masa ini di Malaysia, saya menduduli ranking pertama. Namun susah untuk menjangkakan masa depan sukan ini di Malaysia kerana jarak antara atlet ranking nombor dua dengan saya amat jauh. Malah muka barupun susah untuk mengejar kedudukan ini. S: Mungkin ada nasihat untuk generasi akan datang? J: Mungkin apa yang saya cakap di sini agak pedih tapi itu adalah hakikat. Mereka yang berada di 'bawah' saya tidak menjalani latihan seperti saya dulu. Saya dulu terima saja apa yang diarah jurulatih. Namun, malangnya mereka pada masa ini tidak. Bagi saya, budak sekarang terlalu manja. Tidak boleh macam ini. Saya nasihatkan anda untuk menjadi seseorang yang lebih keras, bersemangat waja dan terima saja apa yang diarahkan jurulatih. S: Bagaimana dengan Ziyad? J: Ziyad seorang yang rajin berlatih dan menerima apa yang diajar serta diarahkan jurulatih. Inilah yang saya mahukan pada mereka yang berada di 'bawah' saya serta generasi akan datang. S: Selain sibuk menjalani latihan, apa aktiviti lain di luar? J: Skuad lontar peluru sememangnya rapat. Kami biasa anjurkan aktiviti bersama. Kadang-kala jurulatih anjurkan hari keluarga di tempat peranginan contohnya di Port Dickson. Pendek kata, hubungan persahabatan antara kami amat kukuh dan jika ada masa lapang, kami akan keluar bersama. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Posted: 06 Jul 2013 11:27 AM PDT Kuala Lumpur: Katrina Ann Abdul Hadi bukan saja hebat 'menari' di kolam renang tapi ratu renang berirama negara ini juga hebat mengulangkaji pelajaran, seorang 'ulat buku' sekali gus ingin bergelar penulis buku atau novel satu hari nanti. Soalan: Jika bukan atlet, anda seorang... Jawapan: Saya mungkin menjadi penulis buku. S: Mengapa?
S: Anda akan realisasikan impian ini? J: Ya, saya akan realisasikan cita-cita ini kerana sememangnya gemar menulis serta membaca. S: Dalam cintakan sukan, mungkin anda ada meminati kereta. Ada kereta idaman? J: Ada. Kereta idaman saya ialah Audi TT 6. S: Ada meminati perkara lain? sukakan haiwan misalnya? J: Saya pecinta haiwan. Saya amat sukakan kucing. S: Selain sukan renang berirama, mungkin anda ada kelebihan lain? J: Seorang yang 'multi-tasking', boleh membuat pelbagai perkara atau tugasan pada masa sama. Saya juga boleh melukis dan mereka. Malah, saya yang hasilkan logo untuk acara renang berirama. Bukan setakat itu saja, saya juga mereka pakaian renang skuad kebangsaan dan banyak lagi. S: Apa hobi anda? J: Selain menulis dan membaca, saya juga suka menari. Kebetulan pula menari adalah rutin dalam renang berirama. S: Jika orang tidak mengenali anda, mereka sering menganggap anda seorang... J: Ada yang menganggap saya seorang yang sombong kerana sifat yang agak pendiam jika tidak kenal orang sangat. Namun, ada juga yang mengatakan saya seorang yang suka mengambil berat tetapi lurus, berdisplin dan garang. S: Tugas anda sebagai seorang atlet kebangsaan, pastinya banyak ke tugasan luar negara. Negara mana yang anda suka? J: Saya suka Perancis. Meskipun hanya ke sana beberapa hari, tetapi negara itu sangat cantik. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Posted: 06 Jul 2013 11:23 AM PDT Beijing: Mungkin Li Jinzhe, 23, gagal menjejakkan kaki ke final kejohanan utama sebelum ini. Namun persembahan mantap musim ini menaikkan semangatnya untuk menetapkan sasaran pingat di Kejohanan Dunia Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) 2013 di Moscow, Russia, pada musim panas ini.
"Prestasi saya amat baik ketika ini. Saya baru saja selesai sesi latihan fizikal di Amerika Syarikat (AS) dan baru pulang ke tanah air kelmarin. Sesi latihan itu memberi saya tenaga secukupnya. Saya begitu cergas dan amat bertenaga pada masa ini," katanya.
Kemudian, Jinzhe menambah 9sm lagi, 8.34m untuk merangkul gelaran Liga Berlian 2013 di Shanghai, Mei lalu.
Seminggu selepas itu di Cabaran Dunia IAAF Beijing, Jinzhe membuktikan kemenangannya di Shanghai bukanlah sekadar kebetulan.
|
| Posted: 06 Jul 2013 11:22 AM PDT London: Pengurus baru pasukan Manchester United David Moyes mengesahkan Wayne Rooney tidak akan dijual. Beliau berkata demikian pada sidang media pertama sejak beralih ke Old Trafford.
Chelsea, Arsenal dan Paris Saint Germain (PSG) diramal menjadi lokasi perpindahan buat penyerang England itu namun Moyes menegaskan anak buahnya itu akan kekal di Old Trafford.
"Saya bertuah kerana sudah mengenali Wayne ketika usianya baru 16 tahun.
"Selepas berbincang dengannya beberapa kali, bagi saya perkara lalu itu tidak perlu diungkit lagi.
|
| Posted: 06 Jul 2013 11:21 AM PDT London: Chelsea menandatangani pemain tengah Belanda, Marco van Ginkel. Namun, nilai perpindahan pemain berusia 20 tahun itu dari Vitesse Arnhem tidak didedahkan. Yang pasti, dia mengikat perjanjian lima tahun di Stamford Bridge.
"Saya gembira bersama pemain hebat di kelab utama ini. Saya benar-benar gembira, apatah lagi stadium dan padang latihannya amat menakjubkan.
Jaringan 11 gol yang dicatatnya musim lalu membantunya meraih anugerah Pemain Berbakat Belanda untuk pemain berusia bawah 21 tahun. Malah, dia juga menerima pengiktirafan antarabangsa.
Dia kini menjadi pemain kedua ditandatangani Jose Mourinho selepas Andre Schurrle dari Bayer Leverkusen. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Posted: 06 Jul 2013 11:20 AM PDT London: Andy Murray akan cuba memecahkan rekod yang sekian lama ditanggung Britain untuk menjadi pemain lelaki pertama menjuarai Wimbledon sejak 1936. Selepas Fred Perry, 77 tahun lalu, ketika zaman amatur, seluar panjang flanel dan raket kayu, menjelang Perang Dunia Kedua di Eropah, Britain masih tercari-cari juaranya di gelanggang Kelab Seluruh England.
Malam ini, dia akan menentang pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic yang menewaskannya di final Terbuka Australia, Januari lalu biarpun Murray menang satu-satunya pertemuan mereka di Wimbledon sewaktu Sukan Olimpik London yang membolehkannya meraih pingat emas.
"Saya tewas tetapi saya tidak menyesal." Ini adalah final ketujuh utama buat Murray dengan satu-satunya gelaran Grand Slam diperoleh di New York tahun lalu selepas menewaskan Djokovic dalam aksi lima set di perlawanan akhir.
Djokovic menewaskan Murray dalam perlawanan merebut gelaran di Melbourne tahun ini, begitu juga pada 2011.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment