Harian Metro: Arena |
- Tak takut jumpa Jerman
- Chua anggap misi tidak mustahil
- 'Kami akan main mati-matian'
- LionsXII tidak perlukan pemain import
- Hodak optimis cemerlang
- Tiada konspirasi
- Petanda positif Pahang
- Ridzuan kecewa prestasi hambar
- Penyudah tumpul punca terikat
- Azimat pukulan kidal
| Posted: 03 Jul 2013 10:10 AM PDT Johor Bahru: "Setiap hari kami memang menantikan peluang untuk bertemu Jerman." Demikian nada berbeza pengendali skuad hoki negara Paul Revington (gambar) menjelang pertemuan dengan pasukan nombor satu dunia itu pada suku akhir Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia hari ini. Ketika rata-rata pasukan cuba mengelak daripada bertemu Jerman bagi memastikan dapat melangkah lebih jauh sekali gus memburu tiket ke Piala Dunia, pengendali dari Afrika Selatan itu seolah-olah tidak kisah, malah menanti-menanti saat bertemu pasukan ranking pertama dunia itu.
"Seperti kita bertemu Australia pada final Piala Sultan Azlan Shah, begitulah keadaannya ketika ini.
PEMAIN negara melakukan senaman ringan menjelang aksi bertemu Jerman. Cuma yang sedikit merisaukan Revington sekiranya ada masalah kecederaan membabitkan anak buahnya sebelum turun bertemu Jerman.
|
| Chua anggap misi tidak mustahil Posted: 03 Jul 2013 10:05 AM PDT Johor Bahru: Meskipun harapan untuk mencatatkan kemenangan ke atas Jerman dilihat begitu tipis, penyerang veteran skuad hoki negara, Chua Boon Huat tetap tenang sambil menegaskan tidak mustahil untuk menewaskan pasukan ranking pertama dunia itu pada pertemuan suku akhir Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia hari ini. Bagi Boon Huat, tiada apa yang perlu digeruni kerana dia yakin skuad kali ini sudah cukup bersedia untuk menentang mana-mana pasukan.
"Semua pemain perlu menguatkan tekad untuk tewaskan Jerman sebab tidak ada yang mustahil di dunia ini," katanya.
|
| Posted: 03 Jul 2013 10:04 AM PDT Johor Bahru: "Apa pun yang berlaku, kami akan bermain mati-matian." Demikian tekad penjaga gawang skuad utama negara, S Kumar menjelang pertemuan dengan pasukan nombor satu dunia, Jerman pada perlawanan peringkat suku akhir Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, hari ini.
"Mereka ranking nombor satu dunia ke, pemenang pingat emas ke atau apa saja, saya tak kisah semua itu sebab yang pasti kita akan cuba mati-matian untuk memastikan dapat melangkah ke separuh akhir," katanya.
"Ini adalah percubaan kelayakan Piala Dunia yang ketiga untuk saya dan ia juga mungkin terakhir. Saya tak mahu kecewa sekali lagi," katanya.
"Semua strategi terpulang kepada jurulatih. Tapi untuk saya, kita perlu perkemas benteng pertahanan kerana dua perlawanan terakhir kita nampak beraksi terlalu terbuka," katanya.
|
| LionsXII tidak perlukan pemain import Posted: 03 Jul 2013 10:03 AM PDT Johor Bahru: Walaupun hanya dibarisi pemain bawah 23 tahun dan kehadiran beberapa pemain senior, LionsXII mampu menidakkan penguasaan pasukan negeri dan kelab dari Malaysia apabila muncul juara Liga Super musim ini tanpa kelibat pemain import mahupun pemain naturalisasi. Senario itu nyata memberi tamparan buat pasukan negeri dan kelab yang berbelanja besar bagi menguatkan barisan pemain masing-masing, namun terpaksa akur dengan pasukan dari Seberang Tambak Johor itu yang hanya baru dua musim beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga M).
"Bagi saya tiada pasukan lemah pada saingan liga musim ini sebaliknya kesemua pasukan hebat malah kami terpaksa merombak pemain musim ini dan hampir kehilangan Shahril Ishak, Baihakki Khaizan dan Isa Halim yang pada awalnya mahu beraksi di Liga Thailand namun hasil pujukan mereka kekal bersama LionsXII.
"Kita terlepas banyak peluang terhidang dan apabila di bilik persalinan pada akhir babak pertama, saya arah pemain supaya lebih tenang dan tidak terlalu ghairah mencari gol dan ternyata ia berhasil.
|
| Posted: 03 Jul 2013 10:02 AM PDT Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak optimis mampu meneruskan rentak kemenangan ketika menentang LionsXII di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu ini, selepas menundukkan Perak, 1-0 di Stadium Perak, Ipoh kelmarin. Kejayaan menjulang Piala FA buat kali kedua berturut-turut dengan membenam musuh ketat musim ini, Johor Darul Takzim (DT) 1-0 turut memberi tonik tambahan kepada kepada 'Pahlawan Merah' untuk beraksi cemerlang sebelum Liga Super menutup tirai.
Bagaimanapun, katanya, peluang merebut tempat keempat itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya, malah cabaran getir menanti di perlawanan terakhir Liga Super itu.
|
| Posted: 03 Jul 2013 10:02 AM PDT Kuala Lumpur: "Tiada konspirasi pihak tertentu untuk menjejaskan cabaran pasukan Harimau Muda A di kejohanan ini." Penjelasan itu diberikan Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (Universiade 2013) Profesor Dr Kamal Nasharudin Mustapha mengenai dakwaan ada pihak cuba mensabotaj persiapan jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee apabila dua pemain disenaraikan terpaksa diketepikan akibat masalah pendaftaran. Menurut Kamal, pihaknya sudah sedaya upaya menyelesaikan masalah itu termasuk memohon kepada Jawatankuasa Penganjur Universiade 2013, Kazan, Russia supaya membenarkan pemain baru menggantikan Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa dan Adam Nor Azlin yang tidak dibenarkan beraksi pada saat akhir.
"Kami sudah memohon kepada jawatankuasa penganjur untuk mendaftar pemain baru bagi menggantikan dua pemain ini dan pemain yang mengalami kecederaan tapi penganjur bersikap tegas dan hingga kini belum memberikan maklum balas kepada kami. "Dengan tempoh yang agak singkat sebelum perlawanan pertama Jumaat ini (esok), sukar mencari pemain pengganti kerana ia prosedur yang rumit apabila membabitkan visa. Masalah ini juga turut menimpa pasukan lain kerana mereka tidak dapat menggantikan pemain cedera dalam senarai 18 pemain yang didaftarkan," katanya ketika dihubungi Arena Metro di Kazan semalam.
"Bagi saya, ini peluang terbaik untuk Harimau Muda A mendapat pendedahan serta pentas terbaik bagi persiapan mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar hujung tahun ini.
Untuk rekod skuad negara gagal melepasi halangan peringkat kumpulan pada temasya edisi 2011 di Shenzen, China selepas tumpas ketiga-tiga perlawanan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04 |
| Posted: 03 Jul 2013 10:00 AM PDT Kuantan: Kejayaan Pahang menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 2-1 kelmarin bukan saja menyuntik semangat pemain malah memberi petanda positif selepas tewas dalam dua perlawanan sebelumnya. Kejayaan itu membuka peluang buat skuad kendalian Dollah Salleh merebut posisi empat pasukan terbaik Liga Super musim ini biarpun terpaksa bersaing dengan ATM dan Kelantan.
"Pemain sudah mula menemui sentuhan dan persefahaman yang ditunjukkan membuktikan mereka kembali fokus terhadap perlawanan. "Kemenangan ini diharap memberi semangat baru untuk beraksi lebih cemerlang terutama menghadapi saingan Piala Malaysia," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04 |
| Ridzuan kecewa prestasi hambar Posted: 03 Jul 2013 10:00 AM PDT Seremban: Jurulatih Negeri Sembilan, Ridzuan Abu Shah kecewa anak buahnya gagal menjaringkan gol walaupun berjaya mengimbangi kekuatan Johor Darul Takzim (DT) serta menguasai sebahagian besar permainan pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin. Menurutnya, banyak peluang terhidang tapi gagal dimanfaatkan sebaliknya pemain lawan bijak melakukan penyudahan tepat apabila menang menerusi gol jaringan Jasazrin Jamaluddin dan Nurul Azwan Roya.
"Antara peluang terbaik cubaan Shahurain (Abu Samah) dan Mohd Nazrin (Mohd Nawi) tapi tiang dan palang gol menjadi penghalang. Ini membuktikan dominasi belum cukup mengesahkan kemenangan.
Beliau mensasarkan kemenangan kedua sejak mengambil alih tugas itu daripada Divaldo Alves selepas menewaskan Tentera sebelum ini.
|
| Posted: 03 Jul 2013 09:59 AM PDT Kuala Terengganu: Kegagalan penyudah antara faktor utama menyebabkan Terengganu gagal meraih mata penuh apabila diikat 0-0 oleh pasukan berstatus kelab, PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin. Pada perlawanan itu, tuan rumah yang turun tanpa kelibat perancang tengah lincah, Ismail Faruqi Ashari mempamerkan aksi hambar selain ketumpulan serangan diketuai Jean-Emmanuel Effa Owana dan Ashari Shamsuddin.
"Kami memiliki beberapa peluang keemasan menghasilkan gol tapi penyerang gagal memanfaat peluang di depan gawang lawan.
Sementara itu, pengendali PKNS FC Abdul Rahman Ibrahim kecewa apabila kedua-dua pasukan tidak menunjukkan prestasi memuaskan.
|
| Posted: 03 Jul 2013 09:58 AM PDT Kuala Lumpur: Dua tahun lalu, pasukan sofbol wanita Pulau Pinang berputih mata apabila kecundang pada perlawanan peringkat kumpulan. Kekecewaan itu ditebus apabila meraih pingat emas dengan mengenepikan cabaran Perak, 14-0 pada final SUKMA XVI di Padang A Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, semalam.
Ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan Ong Lian Bee puas hati dengan prestasi dipamer pemain ketika menangani cabaran lawan pada perlawanan akhir itu. "Kesabaran berlatih tiga kali seminggu, mengikuti kelas teori dan tidak jemu berlatih teknik baru membantu kejayaan kami. "Sejak mengambil alih pasukan ini dua tahun lalu, saya mengadakan banyak perlawanan untuk meningkatkan keserasian.
"Saya berterima kasih kepada JKKK Bukit Tambun, Simpang Ampat atas jasa baik membenarkan kami menggunakan padang bola mereka sebagai tempat latihan. "Sebagai anak Pulau Pinang, saya bangga kerana pasukan ini langsung tidak menyerlah pada SUKMA dua tahun lalu," katanya, dua kali terpilih sebagai Pembaling Bola (pitcher) Terbaik MSSM.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment