Harian Metro: Setempat |
- 'Siapa kenal saya?'
- Pemaju pangsapuri condong diberi tempoh 2 minggu
- Kereta penyunting berita disimbah cat hitam
- Helah bantu mangsa
- Pegawai 'rockers' tak ingat pertuduhan
| Posted: "Siapa saya...siapa kenal saya?" tanya wanita warga emas berusia 70-an secara tiba-tiba apabila dia dipercayai hilang ingatan selepas mendapatkan rawatan di Unit Pesakit Luar Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11 pagi itu, warga emas dikenali sebagai Ah Soi ditemui merayau di sekitar HSA dan gagal mengingati apa-apa berkaitan diri dan tempat tinggalnya.
"Ketika ditanya, Ah Soi langsung tidak dapat mengingati maklumat berkaitan dirinya dan hanya minta dihantar ke taman perumahan di sekitar Johor Jaya.
"Kami dapati Ah Soi datang ke HSA bersendirian. Kami harap waris atau sesiapa yang mengenali wanita ini dapat membantu kami mengesan keluarganya," katanya.
"Wanita itu dibawa ke sini pada jam 3 petang dan kami masih berusaha mengesan warisnya. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan wanita itu diminta menghubungi talian 07-3534827/4861," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
| Pemaju pangsapuri condong diberi tempoh 2 minggu Posted: Shah Alam: Pemaju pangsapuri Indahria, Seksyen 22, di sini, diberi masa dua minggu untuk membaiki kerosakan struktur dan mendapan teruk di pangsapuri itu. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pangsapuri itu dibina sebelum 2008 dan mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) pada 2009.
Khalid berkata, pemaju memaklumkan kejadian itu bukan salah mereka kerana punca masalah disebabkan aliran sungai dan kerja yang dibuat pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor.
|
| Kereta penyunting berita disimbah cat hitam Posted: Kuala Lumpur: Kereta milik penyunting berita di meja Bahasa Inggeris Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) L Jaiarajo, 54, yang diletak berhampiran rumahnya di Taman Desa, di sini disimbah cat hitam dan merah, semalam. Cermin depan kereta Kia Spectra itu turut dipecah dan sebuah lagi kereta jirannya yang diletak di lokasi sama disimbah cat, dalam kejadian awal pagi itu.
"Saya menyedari kereta dipecah dan disimbah cat jam 7.30 pagi semalam. Malam sebelum kejadian itu, isteri saya lihat kereta kami berada dalam keadaan baik.
|
| Posted: Seorang penghantar mi bukan saja malang akibat terbabit kemalangan, namun dia turut disamun dua lelaki yang berpura-pura ingin membantu menghantarnya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Mangsa yang dikenali sebagai Wong, 20, berkata, dalam kejadian di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, di sini, jam 10 malam kelmarin, mangsa yang menunggang motosikal berseorangan untuk ke pasar malam di kawasan berkenaan dilanggar dari belakang sebuah kereta Proton Perdana mengakibatkan dia terjatuh.
"Kedua-dua lelaki terbabit berkeras ingin menghantar saya ke klinik berhampiran dan saya yang kesakitan serta pening akibat kemalangan itu dipapah masuk dalam kereta mereka.
"Takut diapa-apakan, saya nekad keluar dari kereta itu dan melarikan diri walaupun kedua-dua kaki serta dagu berdarah akibat kemalangan sebelum itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang mengesahkan kejadian berkata, susulan laporan dan maklumat diterima daripada mangsa, sepasukan anggota ronda bermotosikal Balai Polis Wangsa Maju terserempak kereta Proton Iswara dipercayai terbabit kes berkenaan pagi semalam.
|
| Pegawai 'rockers' tak ingat pertuduhan Posted: Ipoh: Seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Perak yang tampil berpakaian ala 'rockers' didakwa di dua Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas 13 tuduhan menerima wang RM390,000 daripada dua kontraktor balak. Amir Sharifud-Din Aliman, 59, didakwa menerima wang itu daripada individu berkenaan di Gerik antara April 2010 dan Januari tahun lalu.
Malah, sebelum didakwa, tertuduh menengking jurugambar sambil berkata; "Suruh saya buka seluar ka? Sudah ambil gambar tak cukup ka?." Dalam mahkamah pula, tertuduh memberi amaran kepada wartawan dengan berkata; "Buat laporan baik-baik, aku berdoa, jika tidak akan dilaknat Allah, tujuh keturunan dapat anak cacat." Tertuduh yang tampil dengan gaya ala 'rockers' berikutan memakai jaket hitam dan seluar panjang gelap turut ditegur anggota polis bertugas dalam mahkamah supaya menanggalkan lilitan sapu tangan di kepalanya.
Semua kesalahan itu dilakukan antara 9 April hingga 24 November 2010 dan 27 Januari hingga 21 Oktober 2011, membabitkan penerimaan wang RM10,000 sebanyak sekali terimaan RM20,000 (tujuh kali), RM30,000 (tiga kali) dan RM50,000 (sekali).
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment