Harian Metro: Global |
- Mati jika makan buah lagi
- Kulit menggelupas seperti serangga
- Konspirasi besar
- Gajah bermukim di kediaman penduduk
- Rogol penyanyi akibat cinta ditolak
- Lelaki ditahan berkaitan kehilangan warga AS
- Lelaki ditahan berkaitan kehilangan warga AS
- Penduduk keturunan Hispanik atasi kulit putih tahun depan
- Pengsan di awan
- Ramai rakan lawat Raffi
| Posted: Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi. Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.
Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.
"Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati," katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.
"Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
| Kulit menggelupas seperti serangga Posted: London: Kanak-kanak kecil yang berani ini masih mampu tersenyum di depan kamera meskipun berdepan dengan masalah kesihatan yang teruk. Kulit tubuh Maisy Keetch, tujuh, akan melecur walaupun dengan sentuhan paling lembut.
Walaupun dengan dakapan daripada ibunya, Amy, akan menyebabkan kulit kanak-kanak itu merah menyala, kelihatan seperti melecur.
Amy dari London Tenggara berkata: "Sebaik dia dilahirkan, saya tahu ada yang tidak kena. Dia meraung sekuat-kuat hati. Tangannya dilitupi tanda gelap dan lidahnya merah menyala. Mulanya saya terkedu. Akhirnya, saya menyedari, bayi saya memerlukan saya untuk menjadi kuat." Amy belajar daripada jururawat cara-cara menjaga Maisy, termasuk membalutnya serta memberitahu anak sulungnya, Harry yang ketika itu berusia empat tahun supaya berlembut dengan adiknya.
"Mulanya dia cuba menggosok kulitnya yang melecur, tetapi ia menyebabkannya sakit. Merangkak juga membuatnya sakit. Saya terpaksa meletakkannya di dalam 'walker' yang dialas dengan kapas. "Satu hari ketika berjalan di luar dengan memimpin tangannya, dia jatuh. Saya menarik tangannya tetapi kulitnya mengelupas, tergantung seperti sarung tangan." Bagaimanapun, Maisy yang sering menggunakan kerusi roda kerana kakinya terlalu sakit untuk berjalan, sudah tahu untuk menjaga keadaannya. Dia memberitahu kanak-kanak lain di tadika supaya mereka lebih berhati-hati apabila bermain dengannya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
| Posted: Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Anis Matta mendakwa kes yang menimpa Luthfi Hasan Ishaaq sebagai satu konspirasi besar. Anis menyeru semua ahli PKS agar menentang gerakan pembanterasan rasuah yang dianggap sudah keterlaluan dan bertindak sesuka hati. Luthfi yang juga bekas Presiden PKS didakwa Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) terbabit dengan kes rasuah import daging lembu. "Tindakan PKS itu satu konspirasi besar bertujuan memusnahkan PKS," katanya ketika dalam sidang akhbar di pejabat DPP PKS di Jakarta, semalam.
"Peristiwa itu bagaikan satu tamparan yang membangunkan PKS daripada lena," katanya.
|
| Gajah bermukim di kediaman penduduk Posted: Pekanbaru: Sekumpulan gajah liar keluar daripada habitatnya hingga "bermukim" di halaman kediaman penduduk di Desa Pinggir, Bengkalis. "Bukan saja merosakkan tanaman, gajah itu juga tidur di halaman kediaman penduduk," kata seorang penghuni desa Pinggir yang hanya dikenali sebagai Brinda, semalam. Kumpulan gajah liar sebanyak empat hingga enam ekor itu keluar dari hutan sejak seminggu lalu.
"Lama-kelamaan gajah itu memasuki kawasan kediaman penduduk dan beberapa ekor daripadanya turut tidur di halaman rumah kami," katanya.
Penduduk berharap Balai Konservasi Daya Alam (BKSDA) menghantar pasukan mereka untuk menghalau kumpulan gajah liar berkenaan. - antaranews.com Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
| Rogol penyanyi akibat cinta ditolak Posted: Jakarta: Gara-gara menolak cinta peminat, seorang penyanyi dangdut tempatan dirogol secara bergilir-gilir "Mangsa diperkosa oleh peminatnya, Edi atau Coki dan empat rakannya selepas dia diberi minuman keras," kata jurucakap Polis Tangerang, Shinto Silitonga, semalam.
Shinto berkata, selepas disoal siasat, Edi mengaku merogol mangsa kerana mahu membalas dendam setelah penyanyi dangdut itu menolak cintanya. "Dia terpikat kepada penyanyi itu selepas mereka bertemu 25 Disember lalu. Marah kerana cintanya tidak dilayan, Edi merancang merogolnya. Dia dan rakan sekampung memerangkap mangsa dengan mengajaknya bersiar-siar sebelum memaksanya minum minuman keras lalu memperkosa mangsa pada 24 Januari lalu," kata Shinto. - Detik Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
| Lelaki ditahan berkaitan kehilangan warga AS Posted: Ankara: Polis di Istanbul semalam menahan seorang lelaki yang didapati bertukar-tukar mesej melalui Internet dengan seorang wanita New York yang dilaporkan hilang. Jurucakap polis Istanbul berkata, sebelum itu, lelaki terbabit ditahan untuk disoal siasat berhubung kehilangan wanita berkenan, Sarai Sierra (gambar), ketika bercuti di situ.
Tidak dapat dipastikan sama ada Sarai - seorang peminat seni fotografi - bertemu dengan kenalannya itu. Dia mengunjungi Istanbul pada 7 Januari lalu dan membuat lawatan sampingan ke Amsterdam, Belanda, dan Munich, Jerman. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
| Lelaki ditahan berkaitan kehilangan warga AS Posted: Ankara: Polis di Istanbul semalam menahan seorang lelaki yang didapati bertukar-tukar mesej melalui Internet dengan seorang wanita New York yang dilaporkan hilang. Jurucakap polis Istanbul berkata, sebelum itu, lelaki terbabit ditahan untuk disoal siasat berhubung kehilangan wanita berkenan, Sarai Sierra (gambar), ketika bercuti di situ.
Tidak dapat dipastikan sama ada Sarai - seorang peminat seni fotografi - bertemu dengan kenalannya itu. Dia mengunjungi Istanbul pada 7 Januari lalu dan membuat lawatan sampingan ke Amsterdam, Belanda, dan Munich, Jerman. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
| Penduduk keturunan Hispanik atasi kulit putih tahun depan Posted: Los Angeles: Populasi penduduk keturunan Hispanik di California akan seimbang dengan komuniti kulit putih tahun ini sebelum menjadi kumpulan terbesar di negeri itu pada 2014 - kali pertama keadaan itu berlaku sejak negeri berkenaan diasaskan pada 1850. Data bancian menunjukkan, negeri paling padat di Amerika Syarikat (AS) itu akan menjadi negeri ketiga menempatkan warga kulit putih bukan majoriti selepas New Mexico dan Hawaii. Berdasarkan maklumat Bancian AS, perubahan itu berlaku seiring dengan pertumbuhan populasi Hispanik di seluruh negara yang meningkat kepada 16.7 peratus secara keseluruhan pada 2011 berbanding 12.5 peratus pada 2000. Perkembangan itu berlaku ketika AS berpolemik mengenai imigran selepas Presiden Barack Obama menyatakan untuk melakukan reformasi kepada golongan berkenaan. Dalam ucapannya di Las Vegas itu, Obama menggesa Kongres memberi kewarganegaraan kepada imigran yang masuk ke AS secara sah. Laporan baru dikeluarkan Jabatan Kewangan California menunjukkan, penduduk kulit putih merangkumi 40 peratus keseluruhan populasi negeri itu pada 2010 berbanding Hispanik 38 peratus. California didiami kira-kira 38 juta orang. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
| Posted: Sebuah pesawat syarikat Alaska Airlines yang sepatutnya menuju ke Seattle membuat pendaratan cemas di Portland malam kelmarin selepas juruterbangnya pengsan. Jurucakap Alaska Airlines, Paul McElroy, berkata pembantu juruterbang mendaratkan pesawat awam itu dengan selamat selepas memaklumkan keadaan kecemasan itu bagi membolehkan rawatan segera diberikan.
Katanya, seorang doktor dalam pesawat berkenaan membantu juruterbang berkenaan sehingga pesawat itu selamat mendarat di Portland.
Ia sepatutnya tiba di Seattle pada jam 9.30 malam. McElroy berkata, juruterbang yang pengsan itu berkhidmat dengan syarikat Alaska Airlines selama 28 tahun dan kini diletakkan di bawah pemantauan perubatan selama enam bulan.
|
| Posted: Jakarta: Raffi Ahmad telah didakwa Badan Narkotika Nasional (BNN) sebagai suspek utama dalam kes penyalahgunaan dadah. Pengacara program "Dahsyat" itu didapati positif menggunakan dadah metilon. Beberapa hari selepas menghadapi dakwaan BNN itu, Raffi dikunjungi beberapa rakan artis, termasuk pasangan suami isteri Anang dan Ashanty.
"Dia cukup tabah menghadapi situasi itu dan kelihatan tenang saja. Dia juga tidak mahu membabitkan sesiapa," kata Anang ketika ditemui di bangunan BNN di Jakarta Timur.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment