Harian Metro: Arena |
- Kepulangan Nazmi tiada penjelasan
- 'Kami akan berjaya'
- Hukuman Hazard tidak ditambah
- Misi kembali prestasi terpuji
- QPR pecah rekod perpindahan kelab
- Kelebihan Ghana bertemu Cape Verde
- Idam lepasi suku akhir
- Juve mungkin goyah tanpa Vucinic, Conte
- Beckham dermawan
- Mickelson hampiri catatan magis
| Kepulangan Nazmi tiada penjelasan Posted: Kepulangan pemain sensasi negara, Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia seharusnya tidak disalah erti, sebaliknya ia adalah satu keputusan baik bagi meneruskan karier pemain muda negara itu. Bapa pemain berusia 19 tahun itu, Mansor Mustapha berkata, beliau sendiri tidak dapat memberikan maklumat lebih lanjut mengenai anaknya itu kerana masih belum mendapat penjelasan terperinci dengan Nazmi sendiri yang pulang kelmarin.
"Semua ini adalah untuk kebaikan Nazmi. Dia berada dalam keadaan baik dan tidak menghadapi sebarang tekanan," katanya.
Usaha untuk mendapatkan komen Nazmi menemui jalan buntu selepas tinjauan ke rumahnya semalam mendapati tiada sesiapa menghuni rumah itu.
Menurut laporan laman web FOX Sports.my, Nazmi mendapat pelepasan selama enam bulan.
|
| Posted: Penyerang Arsenal, Lukas Podolski menegaskan kelab yang disertainya itu pasti akan memenangi pemburuan untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara. Arsenal akan menanti kunjungan Stoke malam ini untuk mengelak daripada meraih keputusan hambar selepas sekadar seri 2-2 ketika bertemu Liverpool.
"Kami perlu bersaing untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara dan inilah fokus utama kami.
Arsenal melepaskan gol pertama pada lima perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, satu fakta yang pasti akan diambil kira oleh Stoke yang sentiasa mencetus masalah buat Gunnners.
"Kami perlu bermula dengan baik sejak minit pertama dan menjaringkan gol pertama.
|
| Posted: London: Penggantungan tiga perlawanan Eden Hazard kerana menyepak seorang budak pengutip bola ketika Chelsea bertemu Swansea pada separuh akhir Piala Liga kekal selepas Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris tidak bercadang menambah hukuman itu. Hazard dibuang padang kerana salah laku berikutan insiden di Stadium Liberty, yang menyaksikannya bergelut dengan budak pengutip bola, Charlie Morgan selepas remaja itu enggan memberikannya bola.
Namun satu kenyataan FA kelmarin menyebut: "Pemain Chelsea, Eden Hazard tidak akan dikenakan hukuman tambahan penggantungan tiga perlawanan kerana salah laku.
|
| Posted: Pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta mengakui pasukannya mesti melakar kemenangan berturutan jika mereka mahu mengembalikan semula kegerunan lawan apabila berdepan Blues. Azpilicueta dan rakan sepasukannya berkunjung ke Newcastle malam ini selepas kecewa seri 2-2 di kelab bermasalah, Reading pada pertengahan minggu apabila mereka dibolosi dua gol lewat perlawanan selepas berada di ambang kemenangan.
Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez menegaskan pasukannya, ketika ini di tangga ketiga Liga Perdana namun hanya lima mata di depan pasukan tangga kelima, Everton, bermain cemerlang namun tidak menuai hasilnya.
Azpilicueta turut akur kemerosotan prestasi semasa turut menjejaskan keyakinan pasukan dan memberi amaran mereka perlu melupakan kesan perlawanan Reading dengan segera menjelang pertemuan di St James' Park.
"Ia juga berkaitan keyakinan. Apabila pasukan bagus, lebih mudah untuk membuka minda dan menangani situasi ini. Kini kami perlu memulihkan keyakinan diri kerana kami mempunyai perlawanan penting sebelum rehat aksi perlawanan antarabangsa." Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
| QPR pecah rekod perpindahan kelab Posted: London: Queens Park Rangers memecahkan rekod perpindahan mereka untuk mengikat Christopher Samba manakala Arsenal menyambar pertahanan Sepanyol, Nacho Monreal ketika jendela perpindahan pemain Januari ditutup di England, awal pagi semalam. QPR ketika ini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris dan pengurus, Harry Redknapp berharap bekas pertahanan tengah Blackburn Rovers, Samba mampu membantu mengukuhkan benteng pertahanannya.
"Saya amat gembira dapat kembali ke Liga Perdana. Ia liga terbaik di dunia," kata Samba dalam laman web QPR.
"Kami gembira Nacho Monreal bersetuju menyertai kami," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger. "Kami sudah lama memantau perkembangannya dan hari ini semuanya selesai." Stoke City melakukan dua perpindahan lewat apabila membeli penjaga gol antarabangsa England, Jack Butland dari Birmingham City dan pemain sayap Amerika Syarikat, Brek Shea dari FC Dallas. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
| Kelebihan Ghana bertemu Cape Verde Posted: Port Elizabeth: Juara empat kali, Ghana bertindak cemerlang tepat pada masanya dan sepatutnya menamatkan kemaraan pasukan kerdil, Kepulauan Cape Verde apabila kedua-dua pasukan bertembung pada suku akhir Piala Negara-Negara Afrika, awal pagi esok. Selepas bergelut dengan keputusan seri pada perlawanan pembukaan kumpulan menentang DR Congo, Black Stars berada dalam kelas tersendiri apabila mudah mengatasi Niger 3-0 dengan satu daripada persembahan terbaik mereka buat sekian lama.
"Kami bangkit menentang Niger tapi dengan 11 pemain yang beraksi kali pertama pada kejohanan ini, kami boleh bertindak lebih cemerlang," kata bekas pemain pertahanan antarabangsa itu.
"Ia tidak mudah menentang pasukan dengan permainan fizikal, penuh taktikal seperti Cape Verde, yang tidak rugi apa-apa pada peringkat ini," kata pengendali itu.
|
| Posted: Mali berhasrat untuk melepasi saingan suku akhir buat kali kedua berturut-turut pada saingan Piala Negara-Negara Afrika apabila mereka bertemu tuan rumah, Afrika Selatan awal pagi esok yang menyaksikan 60,000 tiket habis dijual. Setahun lalu, penyerang berbadan sasa, Cheick Tidiane Diabate menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki enam minit untuk memaksa tuan rumah, Gabon beraksi pada masa tambahan serta penentuan penalti yang menyaksikan Mali muncul pemenang.
Mali menewaskan Afrika Selatan 2-0 pada saingan suku akhir ketika mereka menjadi tuan rumah kejohanan sama 11 tahun lalu dan sudah memenangi semua empat aksi suku akhir sebelum ini dengan tiga daripadanya pada masa sebenar sementara satu lagi menerusi penentuan penalti.
Igesund yang berharap dapat memenangi Piala Negara-Negara Afrika selepas baru enam bulan mengambil alih kerusi panas itu daripada Pitso Mosimane, lebih bimbang dengan barisan pemain Mali berbanding penyokong setia mereka.
"Barisan pemain mereka juga berbadan sasa. Saya menyaksikan perlawanan ketika mereka seri bertemu Congo dengan semua 11 pemainnya sangat tinggi.
|
| Juve mungkin goyah tanpa Vucinic, Conte Posted: Milan: Kelebihan tiga mata Juventus ke atas Napoli di puncak Serie A mungkin tergugat hujung minggu ini apabila pasukan juara itu berkunjung ke Chievo tanpa penyerang, Mirko Vucinic dan jurulatih, Antonio Conte. Vucinic seorang daripada beberapa pemain yang digantung satu perlawanan kerana kelakuan agresif terhadap pengadil selepas beliau enggan menghadiahkan penalti pada saat akhir ketika seri 1-1 dengan Genoa, baru-baru ini.
Pada pertengahan minggu, Juventus terkandas pada separuh akhir Piala Itali di tangan Lazio, yang menduduki tangga ketiga Serie A, enam mata di belakang pendahulu itu, berikutan gol lewat perlawanan Sergio Floccari di Stadium Olimpik.
|
| Posted: Bekas kapten England, David Beckham menyertai kelab pendahulu Liga Perancis, Paris Saint-Germain menerusi kontrak selama lima bulan yang menyaksikan dia akan mendermakan keseluruhan gajinya kepada dana kebajikan kanak-kanak. Pemain tengah berusia 37 tahun itu yang muncul antara ahli sukan popular di dunia dengan mempunyai kekayaan bersih £190 juta (RM934 juta), tidak menyertai mana-mana pasukan sejak meninggalkan Los Angeles Galaxy tahun lalu.
"Saya amat bertuah. Saya berusia 37 tahun dan menerima banyak tawaran. Saya memilih Paris kerana saya dapat melihat apa yang ingin dilakukan oleh kelab ini," kata Beckham yang tamat kontraknya pada 30 Jun ini.
Berita mengenai ketibaan Beckham muncul pada hari terakhir pintu perpindahan pemain awal pagi semalam, setahun selepas bekas perancang tengah Old Trafford itu dikaitkan dengan kelab itu.
Ia juga menaikkan reputasi Ligue 1 yang dilihat kurang menarik minat pemain bintang yang lebih cenderung memilih beraksi pada Liga Perdana Inggeris.
|
| Mickelson hampiri catatan magis Posted: Phil Mickelson (gambar) hampir melakar catatan magis golf 59 namun terlepas peluang pada lubang terakhir sekali gus menyebabkannya berpuas hati dengan 60 dan mendahului empat pukulan pada kejohanan Terbuka Phoenix, semalam. Cubaan birdie Mickelson dari jarak 25 kaki pada lubang terakhirnya, lubang kesembilan par-empat di TPC Scottsdale, berlegar-legar di mangkuk lubang namun tidak masuk.
Paul Goydos turut melakar catatan sama pada 2010 di kejohanan Klasik John Deere. Al Geiberger (1977), Chip Beck (1991) dan David Duval (1999) turut mencatat 59 dalam jelajah AS.
Pemain Ireland, Padraig Harrington dan AS, Brandt Snedeker, Ryan Palmer, Ted Potter dan Jeff Maggert berkongsi kedudukan 64.
Memulakan saingan dari lubang ke-10, juara empat kejohanan utama itu bermula dengan empat birdie berturut-turut. Dia membenam empat birdie lagi dari lubang ke-16 par-tiga hingga lubang pertama par-empat.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment