Pages

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Gagal jual tiga traktor curi

Posted: 10 Jan 2013 02:22 PM PST

Serdang: Empat lelaki yang dianggap penyamun amatur berputih mata selepas tindakan mereka cuba menjual tiga traktor berharga RM210,000 gagal selepas ditahan polis, Sabtu lalu.

Semua mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun itu baru pertama kali terbabit kegiatan itu dengan harapan mendapat wang mudah.


Namun kegiatan mereka tumpas selepas pemilik syarikat traktor jenama Kubota yang berpusat di Puchong, di sini, membuat laporan polis pada 3 Januari lalu selepas pelanggan mereka di Ipoh membuat aduan mengatakan pesanan mereka tidak sampai walaupun sudah enam hari dihantar.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati empat lelaki terbabit termasuk pemandu syarikat penghantaran traktor itu berpakat melarikan jentera berkenaan sebelum menyimpannya di sebuah stor di Taiping untuk dijual semula kepada pembeli.


Katanya, pembabitan pemandu syarikat itu terbongkar selepas usaha syarikat traktor itu menghubungi pemandunya gagal selepas talian telefon bimbit ditutup menyebabkan majikannya membuat laporan polis kerana curiga dengan kejadian itu.


"Hasil siasatan kami menyerbu sebuah stor di Taman Simpang Bersatu, Taiping, yang menyimpan alat jentera bernilai RM210,000 dan menahan empat lelaki masing-masing dua di Tanjung Malim dan dua lagi di Ipoh.

"Semua yang ditahan tiada rekod jenayah lampau dan mereka disyaki baru mencuba untuk bergiat aktiviti curi dengan niat mahu menjual alat jentera itu," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11

Jeritan selamat bapa

Posted: 10 Jan 2013 02:15 PM PST

Ampang: Jeritan seorang anak perempuan meminta pertolongan menyelamatkan nyawa bapanya yang nyaris ditetak empat lelaki dalam kejadian samun di hadapan rumah mereka di Pandan Perdana, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Lim Ah Bah, 59, bersama anak perempuannya yang berusia 19 tahun baru pulang dari membeli makanan dan meletakkan kereta di hadapan rumah.


Menurutnya, ketika itu, anaknya terlebih dahulu masuk dalam rumah namun tiba-tiba datang dua motosikal dinaiki empat lelaki menghalang laluannya.

"Saya yang terkejut cuba melarikan diri namun gagal apabila dikepung sebelum mereka membuka baju saya kerana menyangka saya memakai rantai emas.


"Berang tidak menjumpai rantai emas, mereka mengacukan parang menyebabkan saya terkejut dan melarikan diri namun terjatuh," katanya.


Lim berkata, lelaki terbabit kemudian cuba menetaknya namun dia sempat menghalang menggunakan tangan kanan.

"Anak saya menjerit sekuat hati meminta pertolongan menyebabkan jiran kami keluar untuk melihat apa yang berlaku.


"Panik melihat jiran keluar, semua lelaki terbabit melarikan diri," katanya.

Menurutnya, anaknya membawanya ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan kejadian itu sebelum dia dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11

Beg merah cetus gempar

Posted: 10 Jan 2013 02:13 PM PST

Kuala Lumpur: Satu beg merah mengandungi kotak hitam berbalut plastik yang dibawa seorang pemandu teksi ke Balai Polis Travers, di sini, selepas ditinggalkan penumpangnya mencetus kegemparan apabila ia disyaki bom, jam 6.45 petang semalam.

Difahamkan pemandu teksi berkenaan mengambil seorang penumpang lelaki di ibu negara dan selepas satu jam memandu penumpang terbabit menghilangkan diri dan meninggalkan beg merah itu dalam teksinya.


Memikirkan beg berkenaan kemungkinan mengandungi barangan berharga dan pemiliknya secara tidak sengaja tertinggal dalam kenderaan itu menyebabkan pemandu teksi terbabit menghantarnya ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, selepas diperiksa kandungan beg berkenaan didapati mencurigakan apabila kotak hitam sebesar pemain DVD dipasang suis butang dan cip elektronik menyerupai bom.


Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur digegaskan ke tempat kejadian.


"Kami terima bungkusan berkenaan yang dibawa seorang pemandu teksi yang mendakwa ia ditinggalkan penumpangnya.

"Ketua balai yang membuka bungkusan ini ternampak satu suis pada kotak hitam yang mencurigakan sebelum ia diletakkan di pekarangan balai polis untuk pemeriksaan UPB," katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut didapati kotak itu kosong dan ia hanya dummy bom buatan sendiri dan tidak mengandungi bahan letupan.

"Polis sudah mengambil keterangan pemandu teksi dan kini mengesan individu yang meninggalkan bungkusan itu dalam teksinya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11

Anak dalam perut gugur

Posted: 10 Jan 2013 02:13 PM PST

Alor Gajah: Seorang wanita yang mengandung empat bulan keguguran selepas kereta dipandu adiknya terbabit kemalangan di Jalan Bandar, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang, Norazura Md Saberi, 29, yang tinggal di Pulau Sebang menaiki Perodua Viva dipandu adiknya, Norshazlin, 25, bersama kakaknya, Noraini, 28, dan seorang lagi adiknya, Norizati, 13, terbabit kemalangan bersama tiga kenderaan lain.

Mereka empat beradik yang dalam perjalanan ke Kelemak turut membawa seorang bayi perempuan berusia dua bulan dipercayai anak kepada Norhazlin.

Kejadian dipercayai berlaku selepas Mercedes-Benz dipandu Norzila Ibrahim, 49, dan anaknya, Mohd Syazwan Helmi Shamsuri, 12, dari Kelemak dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain termasuk Perodua Viva dinaiki mangsa.


Saksi, Jasni Johar, 43, berkata, ketika kejadian Mercedes-Benz berkenaan hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah Proton Wira dari arah sama dipandu seorang wanita berusia lingkungan 30-an menyebabkan kereta terbabit berpusing dan menghala semula ke arah Kelemak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11

'Belum mati sudah sengsara'

Posted: 10 Jan 2013 02:07 PM PST

"Belum mati lagi sudah sengsara, apatah lagi selepas mati. Itulah akibat diterima sesiapa yang memakai susuk," kata Pengamal Perubatan Islam, Pusat Rawatan Pakar dan Terapi al-Quran Darul Hikmah Abdul Malek Ladzim al-Azhari.

Menurutnya, Islam melarang umatnya memakai susuk kerana amalan itu menyebabkan pengamalnya mempercayai jin atau makhluk lain selain Allah dan perbuatan menduakan Allah adalah syirik serta berdosa besar. Abdul Malek berkata, pemakai susuk bukan saja berdepan situasi paling menyeksakan kerana terpaksa melalui pelbagai prosedur menyakitkan ketika memasukkan susuk, tetapi perlu mematuhi proses pantang larang.


"Apabila si pemakai sudah membuat perjanjian dengan jin, pantang larang pula bergantung kepada pengamal perubatan. Ada yang tidak boleh melangkah telur, tidak boleh terkena air hujan yang jatuh dari atap rumbia dan sebagainya.

"Bagi mendapatkan kesan yang cepat dan baik, lebih dari seekor jin dimasukkan ke dalam anggota si pemakai," katanya ketika dihubungi mengulas mengenai pemakaian susuk.


Menurutnya, jin yang digunakan untuk menyerap ke dalam tubuh sebagai 'pendinding diri' akan mengganggu hidup pengamalnya sekiranya tidak melayan kehendak serta amalan pelik diperturunkan sejak sekian lama.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11

No comments:

Post a Comment