Harian Metro: Arena |
- Tindakan berani Ramdan
- Orbit de Futsal tawar hadiah lumayan
- Libasan Biru Kampung Idaman tawar RM5,000
- Peluang cerah laksana impian
- Harimau Selatan longlai
- Selangor mula langkah kanan
- Terengganu hampir terjerat di laman sendiri
- Bukan RM250,000 tapi RM318,500
- Hodak tagih anak buah lupakan kekalahan
- Jurulatih LionsXII akui berdepan ujian getir
| Posted: 08 Jan 2013 01:07 PM PST Kuala Lumpur: Juara baru Grand Prix Final Kebangsaan, Misbun Ramdan Misbun (gambar) meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjalani latihan bersama bapanya, Datuk Misbun Sidek di kelab Nusa Mahsuri. Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai yang dihubungi mengesahkan hal itu dan berkata, Ramdan tidak menunjukkan tanda tidak puas hati sebelum menghantar surat untuk keluar.
"Dalam surat itu, dia menyatakan hasratnya untuk meninggalkan BAM atas alasan masalah peribadi." Justeru Chin Chai berkata, pihaknya tidak dapat menghalang Ramdan, apatah lagi selepas pemain itu tidak hadir menjalani latihan semalam.
Selain muncul juara GP Kebangsaan, Ramdan kini menduduki ranking ke-87 dunia.
|
| Orbit de Futsal tawar hadiah lumayan Posted: 08 Jan 2013 12:55 PM PST Kuala Lumpur: Orbit de Futsal akan mengadakan kejohanan terbuka bertemakan perpaduan dan semangat setiakawan sempena pembukaan gelanggang itu pada 27 Januari ini. Pemiliknya, Nik Mohd Radzi berkata, kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan, RM6,000 dengan juara membawa pulang RM3,000 berserta piala, medal dan barangan sukan Figos.
"Kejohanan ini bertujuan merapatkan hubungan dan mengucapkan terima kasih. Justeru, saya harap semua pasukan yang dahagakan pertandingan sempena tahun baru ini menyertai kejohanan itu sebagai pemanas badan untuk kejohanan lebih besar seperti Karnival Futsal Harian Metro dan Hidup Bola Milo," katanya.
Selain beliau, Orbit de Futsal Segambut turut diterajui bekas pemain skuad Olimpik Barcelona 1992, Adnan Ibrahim.
Borang penyertaan boleh dimuat turun menerusi web www.kelate.net/kejohanan-futsal-terbuka-orbit-de-futsal-segambut/. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
| Libasan Biru Kampung Idaman tawar RM5,000 Posted: 08 Jan 2013 12:55 PM PST Kuala Lumpur: Kira-kira 150 regu tanpa kelibat pemain negeri atau negara akan bersaing merebut ganjaran hampir RM5,000 pada kejohanan Libasan Biru Sepak Takraw Terbuka Selangor Piala Kampung Idaman, Klang dari 23 hingga 24 Februari. Kejohanan bakat baru di Dewan Serba Guna dan Dewan PIBG, Kampung Idaman ini menawarkan RM2,000 buat regu juara, naib juara RM1,000 dan pasukan yang tewas separuh akhir, RM500 serta empat pasukan tewas suku akhir, RM100.
Hanya RM80 dikenakan sebagai yuran penyertaan bagi setiap regu yang perlu mempunyai tiga pemain dan satu simpanan tapi pemain negeri, Angkatan Tentera dan Polis serta negara yang berusia kurang 40 tahun, tidak dibenarkan menyertai kejohanan.
|
| Posted: 08 Jan 2013 12:55 PM PST Kuala Lumpur: Pelumba remaja, Jazeman Jaafar bakal melangkah ke kejuaraan berprestij, Formula Renault 3.5 (FR3.5) musim ini, kejuaraan yang bakal merealisasikan impiannya untuk menjadi pelumba Formula Satu (F1). Pelumba berusia 20 tahun ini terus mendapat sokongan PETRONAS bagi menyertai siri FR3.5 dan sekali lagi akan bersama pasukan Carlin, pasukan sama yang melonjakkan karier perlumbaannya dalam saingan Formula 3 Britain (F3) sejak tiga tahun lalu.
FR3.5 adalah kejuaraan utama Kejuaraan Siri Dunia Renault yang diiktiraf sebagai perlumbaan perantara sebelum pelumba melangkah ke F1, kejuaraan tertinggi dalam sukan pemotoran.
|
| Posted: 08 Jan 2013 12:54 PM PST Kuala Lumpur: Pahang mencalar imej pasukan berbelanja besar musim ini, Johor Darul Takzim FC selepas mencipta kebangkitan dengan kemenangan 3-2 selepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama pada aksi pertama Liga Super di Stadium Darulmakmur malam tadi. Ternyata reputasi hebat barisan serba bintang pasukan Harimau Selatan itu seakan tidak memberi sebarang makna biarpun mereka membariskan bintang Sepanyol, Daniel Guiza, kapten kebangsaan, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya untuk menggempur kubu Pahang.
Namun jaringan itu tidak disahkan pengadil kerana dia terlebih dulu mengasari penjaga gol Darul Takzim, Muhammad Al-Hafiz Hamzah yang cuba menangkap bola hantaran jauh pemain Pahang.
Ketinggalan 0-2, Pahang bangkit memburu gol dan usaha mereka berhasil apabila penyerang berusia 24 tahun, Mohd Fauzi Roslan meledak gol pada minit ke-50.
Amukan Tok Gajah gagal dibendung pasukan pelawat apabila Fauzi bijak melepasi kawalan pertahanan dalam kotak penalti sebelum melepaskan sepakan lencong ke penjuru gawang untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-72.
|
| Posted: 08 Jan 2013 12:53 PM PST Shah Alam: Selangor memulakan langkah kanan pada perlawanan pertama saingan Liga Super apabila meraih tiga mata selepas menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kedua-dua pasukan beraksi seimbang pada separuh masa pertama dengan Negeri Sembilan hampir di depan seawal minit ke-7, namun cubaan penyerang Emmanuel De Poras gagal menghasilkan gol. De Poras mempunyai peluang terbaik sekali lagi pada minit ke-23, tapi gagal melakukan rembatan selepas menerima hantaran cantik Eddy Helmi Manan.
Gandingan De Poras serta Eddy Helmi sekali lagi hampir menjaringkan gol seminit sebelum tamat babak pertama, tetapi De Poras gagal melakukan penyudah dengan baik.
Beberapa cubaan menarik menerusi Mohd Amri serta awang import mereka, Francis Forkey Doe selepas itu bagaimanapun gagal untuk menambah gol. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
| Terengganu hampir terjerat di laman sendiri Posted: 08 Jan 2013 12:53 PM PST Kuala Terengganu: keghairahan Terengganu memburu kemenangan pertama di laman sendiri ketika bertemu Felda United hampir menjerat diri sebelum pemain tengah, Ismail Faruqi Ashari menjadi penyelamat tuan rumah apabila tendangan sudutnya terus menerjah jaring untuk mengikat kedudukan 1-1 hingga tamat perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam. Telahan perlawanan yang pada mulanya dijangka tidak dihadiri ramai penonton kerana berlangsung pada sebelah petang nyata meleset kerana dihadiri hampir 10,000 penyokong untuk menyaksikan perlawanan terbabit. Sebelum itu, pada minit ke-52, penyerang lawan, Mohd Ghaddar melenyapkan sorakan penonton tuan rumah apabila bijak memperdaya tiga pertahanan Terengganu sebelum merembat ke kiri gawang, menewaskan penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.
Ismail Faruqi kemudian menjadi penyelamat skuad Penyu apabila sepakan sudut melencong masuk, menewaskan penjaga gol Felda, Mohd Helmi Eliza Alias pada minit ke-57.
Pengurus, Kamaruddin Mohamad berkata, matlamat pasukan untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata tercapai.
|
| Bukan RM250,000 tapi RM318,500 Posted: 08 Jan 2013 12:53 PM PST Kota Bharu: Penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha diminta memberi penjelasan berhubung bayaran menggunakan bank draf berjumlah RM250,000 yang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kelmarin. Penasihat Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata, Norshahrul atau Mat Yo tidak menyatakan sama ada jumlah itu untuk bayaran perpindahan atau pampasan tebus kontrak yang masih berbaki 13 bulan bersama Kelantan sebelum berpindah ke Johor Darul Takzim.
"Harus diingat, bayaran perpindahan dan pampasan tebus kontrak dua perkara berbeza dan saya harap Mat Yo dapat menjelaskan perkara ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bonus sempena kejayaan menjulang Piala Malaysia tahun lalu dan merangkul tiga kejuaraan di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Lundang, di sini semalam.
"Jika hanya bayar RM250,000, untunglah kalau begitu. Kami juga boleh ambil pemain yang ada kontrak bernilai berjuta-juta tapi bayar RM250,000 seperti ditetapkan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan terus bermain dengan pasukan baru. "Itu tidak betul dan tidak seharusnya berlaku. Mustahil bagi seorang pemain yang dinobat 'Pemain Paling Bernilai' tiga tahun berturut-turut hanya bernilai RM250,000." Menurutnya, Mat Yo juga belum mendapat sijil perpindahan daripada KAFA dan sepatutnya tidak boleh beraksi bersama pasukan baru.
"Pemain yang sudah berpindah ke pasukan lain boleh menghantar tawaran untuk mengikuti rombongan menunaikan umrah dijangka pada 7 atau 20 Julai ini. Kepada pemain yang bukan beragama Islam pakej itu akan ditukar kepada wang tunai." Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
| Hodak tagih anak buah lupakan kekalahan Posted: 08 Jan 2013 12:52 PM PST Kota Bharu: Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menuntut pemain melupakan seketika tiga kejuaraan yang dirangkul tahun lalu bagi mengelak tekanan ketika berdepan PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini. Skuad The Red Warriors (TRW) yang sudah kehilangan satu trofi musim ini apabila tewas 3-4 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penentuan penalti Perlawanan Sumbangsih juga perlu menebus kekecewaan itu.
Bagaimanapun, perlawanan pertama di gelanggang sendiri bagi aksi pertama Liga Super musim ini memberi kelebihan kepada gergasi Pantai Timur itu untuk mempamer aksi cemerlang.
Sementara itu, penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat bersedia untuk diturunkan selepas kecewa tidak dapat beraksi ketika menentang ATM. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
| Jurulatih LionsXII akui berdepan ujian getir Posted: 08 Jan 2013 12:52 PM PST Kuala Lumpur: Jurulatih LionsXII, V Sundramoorthy mengaku pasukannya bakal berdepan ujian getir pada perlawanan pertama Liga Super apabila turun menentang pendatang baru, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini. Biarpun memiliki rekod baik pada penampilan pertama Liga Super musim lalu dengan menduduki tangga kedua, ketinggalan 10 mata di belakang juara Kelantan, pengendali pasukan dari Singapura itu tetap mengarahkan pemain supaya tidak mengambil mudah saingan kali ini.
Menurutnya, mereka mempertaruhkan 29 pemain dengan purata umur 21.8 tahun dan hanya 15 pemain daripada skuad musim lalu dikekalkan dengan sasaran untuk layak ke final Piala Malaysia atau Piala FA tahun ini.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment