Pages

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Black Jesus mati dicekik

Posted: 30 Aug 2013 02:55 PM PDT

Port Moresby: Seorang pemimpin kumpulan agama yang menggelar dirinya Black Jesus dan diketahui membunuh pengikut sendiri untuk mendapatkan darah mereka, dibunuh dalam kawasan hutan di Papua New Guinea, semalam.

Bekal ganja ke penjara guna anak panah

Posted: 30 Aug 2013 02:40 PM PDT

Washington: Seorang lelaki membalut ganja pada anak panah dan melepaskannya dari busur ke arah tingkat dua bangunan penjara untuk membekalkan dadah itu kepada banduan, lapor media semalam.

Pemandu bas salib diri kerana dipecat

Posted: 30 Aug 2013 02:39 PM PDT

Asuncion: Lima pemandu bas yang dipecat majikan dan seorang daripada isteri mereka mempunyai cara tersendiri untuk memprotes tindakan itu dengan menyalib diri sendiri menggunakan paku sepanjang 38 sentimeter.

Menteri bantah Ratu Dunia

Posted: 30 Aug 2013 02:35 PM PDT

Jakarta: Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia semalam menyeru supaya pertandingan Ratu Dunia dibatalkan.

Peladang batal tunjuk perasaan

Posted: 30 Aug 2013 02:34 PM PDT

Bangkok: Peladang getah di seluruh Thai kecuali di selatan semalam mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran Selasa depan.

Serangan bermula Rabu?

Posted: 30 Aug 2013 02:34 PM PDT

Damsyik: Presiden Perancis Francois Hollande semalam mengukuhkan harapan AS untuk membentuk gabungan antarabangsa sebagai kemungkinan menyerang Syria selepas ahli Parlimen Britain menolak sebarang pembabitan negara itu.

Israel ambil langkah berjaga-jaga

Posted: 30 Aug 2013 02:34 PM PDT

Baitulmaqdis: Israel menempatkan sistem pertahanan Kubah Besi di Tel Aviv semalam ketika AS semakin hampir melancarkan serangan tentera ke atas Syria, lapor media.

Penduduk mahu saman polis syariah

Posted: 30 Aug 2013 02:29 PM PDT

Banda Aceh: Penduduk Kampung Karang Anyar di Langsa, Aceh semalam merancang mengambil tindakan saman malu terhadap polis syariah selepas pasukan berkenaan mendakwa diserang sekumpulan lelaki mabuk.

Suspek bunuh 350 orang ditangkap

Posted: 30 Aug 2013 02:27 PM PDT

Mexico City: Polis Mexico semalam menangkap seorang bekas anggota kanan kartel dadah Sinaloa yang dituduh terbabit dalam pembunuhan lebih 350 orang yang ditemui dalam beberapa kubur besar pada 2011.

'Singa Sunni' mengaku lancar serangan

Posted: 30 Aug 2013 02:19 PM PDT

Baghdad: Kumpulan yang ada hubungan dengan al-Qaeda semalam mengaku bertanggungjawab terhadap keganasan di bandar raya yang meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan pertumpahan darah besar-besaran berulang di Iraq.

No comments:

Post a Comment