Harian Metro: Setempat |
- Warga emas disamun, ditetak di kepala
- Perokok tak faham bahasa!
- 'Tetamu' sapu RM20,000
- Imam rumah terbakar nyaris nahas
- Mulut berbau racun
| Warga emas disamun, ditetak di kepala Posted: 23 Jun 2013 12:41 PM PDT Klang: Seorang lelaki warga emas menerima 11 jahitan di dahi selepas ditetak dan disamun sekumpulan lelaki bersenjatakan parang yang hanya berjaya melarikan telefon bimbit berharga tidak sampai RM100 di hadapan rumahnya di Jalan Meru, di sini, kelmarin. Menceritakan semula kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Ng Tham Leong, 65, berkata dia sedang menunggu rakannya untuk pergi minum pagi di sebuah restoran sebelum sebuah kereta Proton Waja dinaiki lima lelaki tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya. Menurutnya, tindakan terbabit mengejutkannya sebelum empat daripada lelaki bersenjatakan parang menyerangnya dan cuba merampas dompetnya.
"Dalam keadaan kelam kabut, saya melihat seorang daripada mereka menetak dahi saya menyebabkan dahi berasa panas sebelum mendapati darah mula mengalir," katanya. Katanya, dalam keadaan lemah, dia kemudian menjerit bagi menarik perhatian jiran menyebabkan kumpulan lelaki itu panik dan hanya sempat merampas telefon bimbit sebelum melarikan diri.
NG melakonkan semula bagaimana dia diserang oleh penyamun di hadapan rumahnya. "Ini kejadian pertama menimpa dan menyebabkan saya trauma," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
|
| Posted: 23 Jun 2013 12:36 PM PDT Sepang: Tidak tahu dan tekanan selepas menaiki kapal terbang menjadi antara alasan perokok yang ditahan dalam Ops Terbang 1 yang dijalankan Jabatan Kesihatan Selangor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) selama dua hari berakhir semalam. Operasi besar-besaran yang pertama kali diadakan tahun ini dijalankan selepas menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai kegiatan itu, walaupun Jabatan Kesihatan Selangor dan Pejabat Kesihatan KLIA sudah melakukan aktiviti penguatkuasaan tiga kali dalam sebulan.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, sepanjang dua hari operasi itu dijalankan, pihaknya mengeluarkan 595 notis kesalahan membabitkan 383 atau 64.4 peratus kepada warganegara dan 212 atau 35.6 peratus lagi dikeluarkan kepada bukan warganegara.
Dr Azman berkata, langkah itu juga diambil bagi melindungi orang awam terutama kanak-kanak dan warga emas daripada kesan rokok basi yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang tidak merokok.
Sementara dalam operasi itu, beliau berkata, sebanyak 277 kompaun dengan nilai RM31,845 sudah dibayar dikaunter yang disediakan, manakala mereka yang belum berbuat demikian diberi tempoh sebulan untuk menjelaskannya bagi mengelakkan mereka didakwa di mahkamah.
|
| Posted: 23 Jun 2013 12:29 PM PDT Alor Setar: Kemeriahan majlis perkahwinan sepasang pengantin baru di Kampung Keriang Pulau, Tandop, di sini bertukar duka apabila beg tangan milik pengantin perempuan dan sepupunya yang mengandungi barang kemas dan wang tunai bernilai hampir RM20,000 yang diletakkan dalam bilik pengantin, lesap dipercayai dicuri 'tetamu tidak diundang', kelmarin. Kejadian hanya disedari jam 3.30 petang oleh pengantin perempuan, Noriza Ramli @ Haron, 30, yang ketika itu mencari minyak panas tetapi dia mendapati beg yang diletakkan dalam bilik pengantin lesap.
Noriza berkata, dalam beg tangannya itu mengandungi wang tunai RM400 termasuk wang tunai suaminya, Nazrul Ismail, 32, dan sebuah telefon bimbit, manakala beg tangan sepupunya, Intan Syafinar Zainol, 20-an pula mengandungi barang kemas serta wang tunai RM800 dan kad mesin juruwang automatik (ATM).
"Bukan itu saja, malah Mykad kami, kad ATM dan sijil pernikahan kami yang disimpan dalam beg tangan itu turut hilang," katanya, semalam.
Sementara itu, ibu mentua mangsa, Mariam Othman, 55, berkata, dia mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila seorang wanita berjubah datang menghampirinya sambil meminta plastik kosong secara tiba-tiba.
|
| Imam rumah terbakar nyaris nahas Posted: 23 Jun 2013 12:28 PM PDT Arau: Seorang imam masjid bukan saja tinggal sehelai sepinggang, malah hampir terbabit dalam kemalangan jalan raya berikutan bimbang keselamatan anaknya yang mungkin terperangkap dalam kebakaran membabitkan rumahnya di Jalan Padang Nyu, semalam. Dalam kejadian jam 12 tengahari, rumah separuh kayu milik lelaki berkenaan hangus dan dia tidak sempat menyelamatkan sebarang barang berharga di rumahnya.
"Ketika itu, saya hanya terfikir keselamatan anak kerana khuatir dia terperangkap di dalam rumah.
Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana anaknya, Shariza Hanim, 29, keluar dan tiada sesiapa yang mengalami kecederaan ketika kejadian terbabit.
Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Daerah Arau Abu Bakar Saad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12.22 tengahari dan tiba ke tempat kejadian lapan minit kemudian. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24 |
| Posted: 23 Jun 2013 12:22 PM PDT Tongod: Meskipun diberi minum racun dan dibuang tanpa sehelai pakaian sebaik dilahirkan, namun nasib tetap menyebelahi seorang bayi lelaki apabila ditemui penduduk dalam keadaan masih hidup sebelum diberi rawatan tradisional. Namun, keadaan bayi malang itu ditemui di depan rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di Ladang KJS di Kampung Inarad, di sini, kira-kira jam 5.30 petang pada 16 Jun lalu, dilihat semakin lemah.
Difahamkan, bayi itu dipercayai cuba digugurkan ibunya ketika kandungan berusia lima bulan, tetapi sebaik 'dilahirkan', bayi berkenaan terus bernyawa.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih melakukan siasatan.
"Namun, oleh kerana keadaannya semakin lemah, bayi itu dihantar ke Klinik Bergerak Kampung Inarad, kelmarin, bagi mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum satu laporan polis dibuat," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment