Pages

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Guo mungkin melihat semula

Posted: 04 Sep 2013 08:44 AM PDT

Hong Kong: Kanak-kanak malang yang buta apabila matanya dikorek seorang wanita mungkin dapat melihat semula suatu hari nanti apabila sebuah hospital menawarkannya rawatan mata elektronik kepadanya.

Perogol silap sasaran

Posted: 04 Sep 2013 08:39 AM PDT

London: Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dilaporkan pitam selepas diberitahu mangsa serangan seksualnya itu membawa virus maut HIV.

Kim Kardashian mahu berbogel lagi

Posted: 04 Sep 2013 08:38 AM PDT

Los Angeles: Kim Kardashian dilaporkan bercadang berbogel sekali lagi untuk majalah dewasa Playboy.

Castro gantung diri

Posted: 04 Sep 2013 08:37 AM PDT

Washington: Bekas pemandu bas yang dipenjarakan seumur hidup kerana menculik, memperkosa dan mengurung tiga wanita untuk dijadikan sebagai hamba seks selama sedekad didapati menggantung diri di selnya semalam.

Bapa belasah perogol anak hingga mati tidak dihukum

Posted: 04 Sep 2013 08:33 AM PDT

Houston: Seorang bapa yang membelasah perogol anaknya sehingga mati terlepas daripada tindakan undang-undang.

'Biar saya habis dulu'

Posted: 04 Sep 2013 08:32 AM PDT

Jakarta: Menteri Hal Ehwal Agama Suryadharma Ali dikecam kerana dilaporkan berasa jengkel apabila ucapannya merasmikan sebuah masjid 'diganggu' seruan azan lapor media, semalam.

Penoreh sekat jalan ke lapangan terbang

Posted: 04 Sep 2013 08:31 AM PDT

Surat Thani: Beribu-ribu penoreh getah menyekat jalan masuk utama ke lapangan terbang di selatan Thailand semalam, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap kerajaan agar menyediakan bantuan bagi menangani masalah kejatuhan harga bahan komoditi itu.

Pelajar sekolah terjun sungai kerana tertekan, cinta

Posted: 04 Sep 2013 08:30 AM PDT

Bangkok: Mayat seorang pelajar berusia 18 tahun ditemui di tebing Sungai Chao Phraya dipercayai membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai itu dari Jambatan Rama 9, semalam.

Ujian getir Barack Obama

Posted: 04 Sep 2013 08:29 AM PDT

Washington: Pentadbiran Presiden Barack Obama berdepan ujian getir semalam ketika cadangannya menyerang Syria dibahaskan di Dewan Perwakilan yang dikuasai pembangkang selepas ia berjaya melepasi cabaran di Senat.

Cameron desak AS bertindak

Posted: 04 Sep 2013 08:28 AM PDT

London: Disekat oleh Parlimennya sendiri daripada mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria, Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam menggesa AS segera bertindak atau berdepan lebih banyak risiko serangan senjata kimia oleh rejim Bashar al-Assad.

No comments:

Post a Comment