Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Final pasti sengit

Posted: 11 Sep 2013 10:18 AM PDT

Kuantan: Pertembungan dengan skuad bawah 23 tahun Myanmar (B-23) di perlawanan akhir Pestabola Merdeka, Sabtu ini bakal menjanjikan aksi lebih sengit namun jurulatih Malaysia B-23 Ong Kim Swee yakin mereka sudah cukup bersedia.

Messi julang misi Argentina

Posted: 11 Sep 2013 09:47 AM PDT

Asuncion: Lionel Messi menjaringkan dua gol sekali gus mengesahkan tiket Argentina ke pusingan akhir Piala Dunia selepas menewaskan Paraguay 5-2 semalam.

Itali, Belanda tempah tiket

Posted: 11 Sep 2013 09:46 AM PDT

Paris: Itali dan Belanda muncul pasukan pertama Eropah layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing, awal pagi semalam.

AS, Costa Rica hela nafas lega

Posted: 11 Sep 2013 09:46 AM PDT

Columbus, Ohio: Amerika Syarikat (AS) dan Costa Rica meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan sementara nasib Mexico masih tidak menentu selepas perlawanan kelayakan CONCACAF semalam.

Hodgson tak kisah

Posted: 11 Sep 2013 09:45 AM PDT

Kiev: Pengurus England Roy Hodgson mempertahankan pasukannya berikutan kritikan bekas kapten pasukan kebangsaan Gary Lineker selepas keputusan hambar seri 0-0 menentang Ukraine pada kelayakan Piala Dunia.

Ramires minat pulang ke Benfica

Posted: 11 Sep 2013 09:45 AM PDT

London: Pemain tengah Chelsea, Ramires membayangkan dia berminat untuk kembali beraksi bersama bekas kelabnya, Benfica dalam liga Portugal pada masa depan.

Kem sukan jana minat

Posted: 11 Sep 2013 09:44 AM PDT

Pulau Pinang: Pembangunan sukan di peringkat akar umbi terus menjadi agenda utama Milo untuk meneruskan penganjuran kem sukan bertemakan 'Go Further'.

SMKSS wakili Terengganu

Posted: 11 Sep 2013 09:44 AM PDT

Dungun: Kekuatan barisan atlet Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) terserlah apabila menjuarai Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu (MSST), baru-baru ini.

Honda jagoan Sektor Industri

Posted: 11 Sep 2013 09:43 AM PDT

Melaka: Pasukan Honda Sdn Bhd muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sektor Industri 2013 anjuran Ohara Disk (M) Sdn Bhd selepas menewaskan CTRM Aero Compositer, 3-1 di final, baru-baru ini.

Hodak yakin juara

Posted: 11 Sep 2013 09:43 AM PDT

Kota Bharu: Biarpun terpaksa berdepan tugas berat dalam baki dua perlawanan di peringkat Kumpulan C, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tetap optimis pasukannya mampu mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.

No comments:

Post a Comment