Pages

Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


TMG nilai semula kontrak

Posted: 09 Sep 2013 08:47 AM PDT

Kuala Lumpur: Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Tan Aik Mong akan menilai semula semua kontrak jurulatih, namun perlu bertemu dengan kesemua 28 mereka yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Misi satu mata

Posted: 09 Sep 2013 08:23 AM PDT

Montevideo: Argentina dan Colombia masing-masing hanya memerlukan satu mata untuk memastikan tiket ke Piala Dunia, awal pagi esok dan lebih banyak pasukan dari benua Amerika Selatan mengesahkan kemaraan bergantung kepada keputusan.

Jerman sasar tiga mata

Posted: 09 Sep 2013 08:23 AM PDT

Torshavn, Faroe: Jerman sekali lagi menyasarkan tiga mata dalam usaha mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2014 apabila menentang pasukan kerdil, Kepulauan Faroe awal pagi esok.

Chedjou julang cabaran Cameroon

Posted: 09 Sep 2013 08:22 AM PDT

Cape Town: Pemain pertahanan Aurelien Chedjou meledak jaringan penting membantu Cameroon menewaskan Libya, 1-0 di Yaounde untuk menjadi pasukan terakhir layak ke pusingan akhir kelayakan benua Afrika bagi Piala Dunia tahun depan.

Yuran luar biasa

Posted: 09 Sep 2013 08:21 AM PDT

Paris: Penolong jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane (gambar) menyifatkan yuran perpindahan luar biasa dibayar kelabnya untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Wales, Gareth Bale sebagai "tidak dapat difahami" dalam suasana ekonomi semasa.

Maksimum lima pemain asing: Hoddle

Posted: 09 Sep 2013 08:20 AM PDT

London: Bekas pengurus England, Glenn Hoddle menggesa kerajaan Britain dan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris mengambil tindakan mengehadkan jumlah pemain luar dalam Liga Perdana.

UUM cemerlang

Posted: 09 Sep 2013 08:19 AM PDT

Sintok: Pasukan Universiti Utara Malaysia (UUM) melakar kejayaan cemerlang apabila menjuarai acara berpasukan dan individu Kategori Nett pada Kejohanan Golf Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke-41 di Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.

20 pelatih Jepun lawat Malaysia

Posted: 09 Sep 2013 08:19 AM PDT

Kuala Lumpur: Seramai 20 pelatih karate-do Jepun yang terpilih dari Sekolah Tinggi Shodai membuat lawatan singkat ke Malaysia, baru-baru ini.

Pahang tunjuk belang

Posted: 09 Sep 2013 08:19 AM PDT

Gopeng: Kolej Matrikulasi Pahang (KMP) muncul juara keseluruhan Karnival Ko-kurikulum, Sukan dan Permainan Matrikulasi (KAKOM) Zon Tengah di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng kelmarin.

Tagih sentuhan Beng Hai

Posted: 09 Sep 2013 08:16 AM PDT

Kuala Lumpur: Sentuhan bekas pengendali skuad hoki negara Tai Beng Hai kembali ditagih Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk membentuk pasukan bagi menghadapi saingan Sukan SEA di Myanmar, pada Disember.

No comments:

Post a Comment