Harian Metro: Setempat |
- Guna hologram palsu
- MPAJ arah henti kerja
- Polis buru lelaki miliki 7 rekod jenayah lampau
- Tiada lagi amaran premis makanan kotor
- Budak didera ibu saudara, ayah tiri
| Posted: 03 Jul 2013 11:54 AM PDT Sabak Bernam: Berikutan sikap pengguna yang kurang mengambil berat untuk memeriksa ketulenan sesuatu produk kesihatan dibeli, sebuah kedai yang membekalkan produk kesihatan kepada peruncit di daerah ini dikesan mengaut keuntungan berganda dengan menjual produk kesihatan palsu. Bagaimanapun, kegiatan peniaga berkenaan terbongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Penguat kuasa Farmasi Selangor menyerbu sebuah rumah kedai dan stor pengedaran ubat berkenaan di Taman Perdana, Sungai Besar, jam 11 pagi, semalam.
"Kami melakukan serbuan selepas melakukan siasatan selama sebulan hasil maklumat orang ramai dan siasatan awal mendapati pengedar hanya menggunakan hologram palsu sebelum mengedarkannya kepada peruncit seterusnya barangan tiruan yang mengundang pelbagai risiko kesihatan itu sampai kepada pengguna," katanya.
PENGUAT kuasa Farmasi Selangor memeriksa produk kesihatan palsu yang dirampas di Taman Perdana, Sungai Besar, semalam. Serbuan membabitkan rampasan sebanyak 35 produk dan barangan kesihatan tidak berdaftar dan menggunakan hologram palsu bernilai RM160,000.
Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali bagi kesalahan individu dan denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan membabitkan syarikat. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04 |
| Posted: 03 Jul 2013 11:54 AM PDT Ampang: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah mengeluarkan arahan henti kerja kepada pihak pemaju untuk sementara waktu sehingga siasatan punca kejadian selesai dilakukan. Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPAJ, Rosliza Mohd, berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada pemaju projek berkenaan untuk berhenti kerja serta-merta bagi menilai dan mengkaji punca kejadian tebing runtuh itu.
Menurutnya, pegawai daripada Jabatan Kejuruteraan dan Unit Cerun MPAJ melawat tapak pembinaan terbabit dan mendapati kegagalan pemaju untuk mematuhi langkah keselamatan.
|
| Polis buru lelaki miliki 7 rekod jenayah lampau Posted: 03 Jul 2013 11:43 AM PDT Kuala Lumpur: Seorang penagih dadah yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh berhampiran pusat beli belah Times Square, Jalan Imbi, 16 Jun lalu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan dan pernah ditangkap kerana memiliki senjata berbahaya.
Ku berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakancop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakancop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Menurut seorang penghantar ais krim yang menyaksikan kejadian itu, mangsa dan seorang suspek lelaki berusia 50-an bergaduh sebelum imangsa masuk ke dalam kereta.
|
| Tiada lagi amaran premis makanan kotor Posted: 03 Jul 2013 11:42 AM PDT Putrajaya: Pastikan premis makanan bersih atau diarah tutup serta-merta. Itu kata dua yang diberikan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat kepada semua pengusaha premis makanan di sini yang tidak mementingkan kebersihan. Katanya, PPj tidak lagi memberi amaran seperti yang dilakukan sebelum ini sekiranya premis berkenaan kotor, sebaliknya terus menutupnya untuk memberi kesedaran kepada pengusaha lain supaya tidak memandang ringan terhadap aspek kebersihan kedai.
Aseh juga berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk menghebahkan nama kedai yang didapati tidak menjaga kebersihan ini kepada orang ramai supaya mereka boleh membuat penilaian sendiri dan tidak makan dikedai berkenaan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04 |
| Budak didera ibu saudara, ayah tiri Posted: 03 Jul 2013 11:36 AM PDT Sungai Buloh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menanggung derita 10 hari selepas didera ibu saudara dan ayah tirinya dalam kejadian di Paya Jaras, di sini. Penderitaan mangsa berakhir selepas diselamatkan jiran yang membawanya ke Hospital Sungai Buloh pada jam 10 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, kanak-kanak itu mengalami lebam di seluruh badan, kesan melecur di kedua-dua paha dan luka di kepala.
Junaidi berkata, selepas 10 hari didera wanita itu mangsa diselamatkan jirannya dan dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan.
"Pemeriksaan juga mendapati terdapat parut melecur di kedua-dua paha, kesan dera lama yang dipercayai dilakukan ayah tiri mangsa," katanya. Junaidi berkata, berikutan itu polis menahan ibu saudara mangsa yang berusia 28 tahun di Paya Jaras, semalam dan turut memanggil ayah tiri mangsa untuk disoal siasat. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment