Harian Metro: Global |
- Penggulingan Mursi bertentangan dengan ajaran Islam: Qaradawi
- 92 kahwin 22
- Pengemis kecil merokok, bogel
- Gempa 6.4 magnitud gegar Sumatera lagi
- 'Superman' tangkap pencuri daging
- Askar mara di Homs
- Snowden ditawar suaka Venezuela, Nicaragua
- Setengah juta tunai solat Jumaat terakhir Syaaban
- Tarikh mohon visa umrah dilanjut
- Gaji pembantu rumah Ramadan RM2,940 sebulan
| Penggulingan Mursi bertentangan dengan ajaran Islam: Qaradawi Posted: 07 Jul 2013 09:04 AM PDT Riyadh: Ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al-Qaradawi semalam berkata, campur tangan tentera dalam penggulingan Mohamed Mursi bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai demokrasi. Kata Yusuf, tentera Mesir perlu menarik diri daripada pentas politik.
"Sheikh Yusuf berfatwa bahawa rakyat perlu menyokong Presiden Mohamed Mursi dan mempertahankan perlembagaan," katanya dan disiarkan akhbar Egypt Independent.
|
| Posted: 06 Jul 2013 11:03 AM PDT Baghdad: Seorang petani Iraq berusia 92 tahun melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita 70 tahun lebih muda daripadanya di majlis perkahwinan bersama dua cucunya yang berusia belasan tahun, Khamis lalu. Musali Mohammed al-Mujamaie mengahwini Muna Mukhlif al-Juburi dalam majlis yang berlangsung selama empat jam. Dua cucu Musali yang berusia 16 dan 17 tahun juga melangsungkan perkahwinan di majlis yang diadakan di utara Baghdad.
"Saya gembira dapat berkahwin pada majlis yang turut menyaksikan perkahwinan cucu saya. Saya berasa seperti berusia 20 tahun," katanya.
MAJLIS perkahwinan Musali dan isteri barunya turut melangsungkan perkahwinan bersama dua cucunya. |
| Posted: 06 Jul 2013 10:56 AM PDT Nanjing: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditemui mengemis dalam keadaan bertelanjang dan merokok di bandar raya ini sudah dihantar pulang ke kampungnya. Gambar menunjukkan kanak-kanak itu melutut meminta sedekah di jalan raya di ibu negeri wilayah Jiangsu itu mengejutkan penduduk China sejak dua hari lalu.
Polis menahan kanak-kanak itu serta bapanya, Rabu lalu dan menghantar mereka pulang ke kampung di Chenlong, 200 kilometer ke utara Nanjing.
Sementara itu, kanak-kanak terbabit ketika ditanya mengenai tindakannya mengemis dalam keadaan bertelanjang berkata, dia lebih mudah mendapat wang daripada orang ramai dengan berbuat demikian. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Gempa 6.4 magnitud gegar Sumatera lagi Posted: 06 Jul 2013 10:55 AM PDT Jakarta: Satu gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan pulau Sumatera semalam, beberapa hari selepas gegaran di pulau berkenaan menyebabkan 36 orang terbunuh di Aceh dan beribu-ribu penduduk hilang tempat tinggal. Dalam kejadian semalam, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tidak ada laporan diterima mengenai kerosakan. Gempa itu berlaku di kawasan cetek 23 kilometer di pesisir pantai barat daya Sumatera. Pusat gempa itu begitu hampir dengan Mentawai yang pernah dilanda bencana sama pada 2010 hingga menyebabkan lebih 400 orang mati.
"Melihat magnitud gempa itu dan jaraknya dari pusat gempa dengan kawasan darat, saya tidak fikir ia memberi kesan mendalam," katanya. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| 'Superman' tangkap pencuri daging Posted: 06 Jul 2013 10:54 AM PDT Sheffield: Dengan pergerakannya yang lebih pantas daripada troli, Luke Junior mempamerkan aksi serta-merta berpakaian Superman untuk menangkap seorang pencuri daging. Orang ramai bersorak apabila Luke menangkap pencuri berkenaan.
"Saya mendengar pengurus pusat itu menjerit 'Tangkap orang itu!'" katanya.
"Saya kembali kepada kanak-kanak berkenaan dan memberitahu mereka supaya jangan melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang," katanya. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Posted: 06 Jul 2013 10:54 AM PDT Beirut: Tentera rejim Bashar al-Assad semalam dilapor sudah memasuki beberapa bahagian bandar raya Homs yang dikuasai kumpulan penentang. Aktvis yang berpangkalan di bandar raya berkenaan, Tarik Badrakhan berkata , tentera Syria berjaya menawan beberapa bangunan di daerah Khaldiyeh.
Tentera Syria melancarkan serangan besar-besaran ke atas bandar raya itu sejak tujuh hari lalu. Media yang dikuasai rejim Bashar melaporkan tentera negara itu menembak mati beberapa penentang ketika memasuki Khaldiyeh.
Homs ialah bandar raya strategik terletak antara Damsyik dan kawasan pantai Syria yang menjadi kubu kuat rejim Bashar.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Bagi Syria melaporkan, serangan udara tentera Bashar turut menyasarkan kawasan dikuasai penentang di timur Damsyik, antaranya kubu kuat kumpulan berkenaan di Zamalka.
|
| Snowden ditawar suaka Venezuela, Nicaragua Posted: 06 Jul 2013 10:53 AM PDT Managua: Presiden Nicaragua dan Venezuela semalam menawarkan suaka kemanusiaan kepada pembocor perisikan Amerika Syarikat, Edward Snowden. Tawaran berkenaan dibuat sehari selepas pemimpin Amerika Selatan berkumpul untuk mengecam tindakan beberapa negara Eropah menghalang pesawat Presiden Bolivia melalui ruang angkasa mereka kerana menyangka Snowden berada dalam pesawat terbabit Presiden Nicaragua Daniel Ortega dan rakan sejawatannya dari Venezuela Nicolas Maduro mengemukakan tawaran berkenaan dalam ucapan berasingan di negara masing-masing.
"Selaku ketua negara, kerajaan Venezuela mengambil keputusan menawarkan perlindungan atas peri kemanusiaan kepada Edward Snowden supaya dia boleh menetap di tanah tumpah darah pemimpin kemerdekaan Simon Bolivar dan mendiang Presiden Hugo Chavez 'tanpa dianiaya empayar,'" kata Maduro, merujuk kepada Amerika Syarikat.
|
| Setengah juta tunai solat Jumaat terakhir Syaaban Posted: 06 Jul 2013 10:52 AM PDT Makkah: Kira-kira setengah juta umat Islam menunaikan solat Jumaat terakhir Syaaban di Masjidil Haram kelmarin. Menurut pihak berkuasa Masjidil Haram, keadaan itu berlaku memandangkan peningkatan jemaah umrah ketika ini, berbanding beberapa minggu lalu.
Bilangan dijangka meningkat 10 hingga 15 peratus minggu depan sempena solat Jumaat pertama bulan Ramadan apabila semakin ramai umat Islam tiba untuk menunaikan umrah.
Kira-kira 6,000 anggota polis ditempatkan di seluruh bandar suci itu untuk mengawal keselamatan, termasuk mencegah kegiatan penyeluk saku. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Tarikh mohon visa umrah dilanjut Posted: 06 Jul 2013 10:51 AM PDT Makkah: Menteri Haji Arab Saudi, Bandar Hajjar semalam melanjutkan tarikh akhir permohonan visa umrah kepada 10 Ramadan bersamaan 18 Julai depan. Bercakap kepada wartawan, Bandar berkata, langkah itu bagi membenarkan lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah berkenaan.
"Meskipun kami mengehadkan jumlah yang mahu menunaikan umrah tahun ini kerana projek pembesaran Masjidil Haram, kami tidak mahu menghalang umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.
|
| Gaji pembantu rumah Ramadan RM2,940 sebulan Posted: 06 Jul 2013 10:51 AM PDT Dammam: Gaji pembantu rumah di Arab Saudi menjelang bulan puasa ini meningkat mendadak, daripada SR1,500 kepada SR3,500. Ini akibat permintaan terlalu banyak hingga syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembantu rumah tidak dapat memenuhi permintaan itu.
"Kami kehabisan pembantu rumah. Cuma ada pembantu untuk disewa, tetapi upahnya lebih mahal iaitu hingga SR6,500 sebulan," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment