Harian Metro: Arena |
- Tak bermaya..
- Jelajah Kellie's Castle
- Pusingan kedua ditunda
- Bahang Grand Final kian terasa
- Korea Selatan sengaja kalah
- 'Bayaran setaraf pengorbanan'
- Misi mustahil anak buah Kim Swee
- KAFA batal perarakan kerana pemain penat
- Selangor buru slot AFC
- Jang terus kempunan
| Posted: 02 Jul 2013 10:13 AM PDT Johor Bahru: Malaysia gagal mengulangi aksi cemerlang ketika menewaskan Afrika Selatan, Ahad lalu apabila tewas 1-2 kepada pasukan ranking keempat dunia, England pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia semalam. Kekalahan pertama skuad negara selepas tiga perlawanan itu juga menyaksikan mereka gagal mempertahankan kedudukan teratas Kumpulan B dan menempah laluan sukar bertemu pasukan ranking pertama dunia, Jerman pada suku akhir esok.
"Ini bukan tahap yang dimahukan. Contohnya bahagian pertahanan dan serangan mungkin keletihan selepas bertemu Afrika Selatan dan ia menjejaskan rentak permainan mereka," katanya.
PEMAIN England Oliver Willars (kanan) cuba mengawal asakan pemain Malaysia pada perlawanan semalam. Skuad bimbingan Bobby Crutchley bagaimanapun kembali memberi tekanan selepas itu tapi tiga pukulan sudut penalti dihadiahkan kepada mereka gagal disempurnakan dengan baik.
England kembali di depan pada minit ke-58 menerusi jaringan padang Barry Middleton selepas berlaku situasi kelam kabut dalam kawasan D skuad negara. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03 |
| Posted: 02 Jul 2013 10:10 AM PDT Batu Gajah: Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) memberi sokongan penuh terhadap penganjuran Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) 2013 dijadual berlangsung di kawasan pelancongan bersejarah Kellie's Castle pada 25 Ogos. Yang Dipertua MDBG Datuk Jamry Sury berkata, pihaknya menyambut baik penganjuran program di daerah itu dan disifatkan mampu melonjakkan industri pelancongan serta menarik lebih ramai peminat aktiviti sukan berbasikal ke kawasan itu.
Beliau berkata, selain memastikan program berjalan lancar, pihaknya juga mahu peserta program diberikan layanan terbaik.
Hadir sama, Timbalan Pengarang Kumpulan Abdul Ghafar Ismail, Ketua Unit Perhubungan Awam Korporat MDBG Makhlis Othman serta jawatankuasa kejohanan.
Program ini menjelajah ke lima lokasi pelancongan menarik di beberapa negeri khusus untuk peminat sukan itu.
|
| Posted: 02 Jul 2013 10:09 AM PDT Kuala Lumpur: Selepas kejayaan pusingan pertama siri KBS MAM Kapcai Endurance bagi musim 2013, penganjur mengumumkan pusingan kedua dijadual berlangsung di Litar Dato' Sagor, Perak, pada 6 dan 7 Julai ini terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Keputusan menunda tarikh kejohanan terpaksa dibuat disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Tarikh baru untuk kejohanan di litar itu akan diumumkan kemudian.
Pusingan pertama berlangsung di Litar MIMC, Ayer Keroh Melaka pada 22 dan 23 Jun lalu dengan penyertaan 62 pasukan yang menyertai empat kelas, Kelas 1, 2, 3 dan Terbuka. Berbanding musim pertama, banyak perubahan positif pada pusingan pertama musim ini dengan kebanya kan pasukan bertanding pada pusingan pertama lebih bersedia terutama pemakaian sut perlumbaan lengkap.
Empat pelumba teratas setiap kelas layak secara automatik ke pusingan akhir di Sepang, pada Januari 2014.
|
| Bahang Grand Final kian terasa Posted: 02 Jul 2013 10:08 AM PDT Ampang: Siapa bakal dinobat juara antara juara? Persoalan itu pasti bermain di fikiran 64 pasukan terbaik kategori Bawah 12 dan 16 Tahun yang akan bersaing di Grand Final Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2013 di Ampang Sports Planet, Ahad ini. Selepas mengharungi 14 negeri dengan mencatat rekod penyertaan lebih 1,800 pasukan bertanding secara keseluruhan. Ahad ini menjadi kemuncak program anjuran Nestle Product Sdn Bhd itu dan juara bakal membawa pulang RM15,000, trofi, pingat serta barangan sukan Figos manakala naib juara RM10,000, pingat, barangan Figos dan tempat ketiga bersama masing-masing RM7,000.
"Kami harap pemain, pengurus dan penyokong dapat mempamerkan semangat kesukanan tinggi.
|
| Posted: 02 Jul 2013 10:07 AM PDT Johor Bahru: Ketua jurulatih Korea Selatan Shin Seok Kyo mengaku pasukannya memang beraksi untuk kalah ketika tewas 0-3 kepada Argentina di peringkat Kumpulan A semalam bagi membolehkan mereka beraksi di waktu malam pada peringkat suku akhir esok. Seok Kyo berkata, tiada guna mengerah tenaga pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A semalam kerana ia tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada mereka.
"Saya memang mahu pasukan berada di kelompok bawah kerana kemungkinan ia membolehkan kami dapat beraksi pada waktu malam bertemu pasukan teratas kumpulan," katanya.
"Apapun saya tetap berpuas hati dengan tiga perlawanan yang kami lalui pada peringkat kumpulan," katanya.
Namun di sebalik meraih kemenangan itu, ketua jurulatih Markus weise menganggap tiada bezanya tiga keputusan yang diraih anak buahnya itu kerana apa yang lebih penting baginya perlawanan suku akhir yang akan bermula esok.
|
| Posted: 02 Jul 2013 10:06 AM PDT Kuala Lumpur: Bayaran setimpal antara faktor harus diambil kira Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) andai badan induk tanah air itu mahu memperkenalkan pengadil profesional sepenuh masa. Mungkin untuk membayar gaji satu perlawanan kepada pengadil hingga 6,000 euro (RM24,713) seperti diterima pengadil Sepanyol bagi mengadili sesuatu perlawanan ataupun pengadil Inggeris 1,170 euro (RM4,820) terlalu tinggi bagi FAM, namun bagi kualiti yang bakal diberikan pengadil profesional, wajar gaji diterima juga setimpal.
Jumlah ini jika dilihat terlalu rendah kalau dibandingkan dengan apa yang diterima pengadil di negara yang mempunyai liga bertaraf dunia itu.
"Kalau nak menjadi pengadil profesional, seseorang itu perlu meninggalkan pekerjaan sedia ada. Persoalan sekarang adakah bayaran yang mereka terima itu setimpal untuk menjadi pengadil profesional kerana tiada yang berani berhenti kerja jika masa depan mereka sebagai pengadil profesional tidak terjamin," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Menurut Hamidin, perkara itu akan dibincangkan dengan teliti bersama Jawatankuasa Pengadil selepas ini bagi melihat mekanisme terbaik untuk melaksanakan skim itu.
|
| Misi mustahil anak buah Kim Swee Posted: 02 Jul 2013 10:05 AM PDT Kuala Lumpur: Skuad Harimau Muda A tiba di Kazan, Russia semalam dengan membawa misi mustahil di Sukan Universiti Dunia (Universiade 2013) selepas skuad kendalian Ong Kim Swee itu kehilangan tiga pemain tonggak pada saat akhir. Dua pemain tengah, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa dan Adam Nor Azlin berusia 17 tahun terpaksa diketepikan kerana masalah pendaftaran manakala pemain pertahanan, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris mengalami kecederaan sekali gus menyebabkan pengendali itu hanya memiliki 16 pemain bagi mengharungi saingan Kumpulan C temasya sukan itu.
"Kini saya hanya miliki 16 pemain untuk mengharungi lima perlawanan dalam 11 hari apabila Amirzafran pula mengalami kecederaan dan tugas kami di kejohanan ini pasti lebih sukar. "Bukan mudah mencari pemain pengganti kerana Sukan Universiti Dunia ini tidak sama dengan kejohanan lain kerana kami boleh mendaftar hingga 50 pemain untuk dipanggil pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi Arena Metro di Kazan.
"Bagi saya, ini satu misi mustahil kerana saya kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan serta hanya mendapat tiga pemain luar daripada lapan pemain yang dipanggil. Jika semua lapan pemain yang saya senaraikan dapat bersama, saya yakin mempunyai skuad yang agak seimbang.
"Saya harap pemain memanfaatkan pendedahan selama tiga bulan di Eropah menentang kelab di Slovakia, Republik Czech dan Austria sebelum ini untuk memberikan tentangan sengit," kata Kim Swee.
|
| KAFA batal perarakan kerana pemain penat Posted: 02 Jul 2013 10:04 AM PDT Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) terpaksa membatalkan majlis perarakan meraikan kejayaan menjulang Piala FA yang sepatutnya berlangsung hari ini kerana pemain keletihan. Majlis perarakan yang sepatutnya bermula dari Gerik dan melalui Jeli serta Tanah Merah sebelum tiba di Kota Bharu itu terpaksa ditangguh kepada satu tarikh lain yang akan ditetapkan KAFA. Tan Sri Annuar Musa menerusi kenyataan dalam laman Facebook miliknya berkata, pemain Kelantan keletihan selepas terbabit dalam perlawanan dengan Perak yang berlangsung semalam, malah gergasi Pantai Timur yang menjulang Piala FA dua tahun berturut-turut itu juga memerlukan rehat bagi berdepan LionsXII di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini.
Justeru perarakan 3hb (hari ini) terpaksa ditangguhkan. InsyaAllah kita atur cara lain, biar selesai Liga dulu," katanya.
"Kita akan pulang seperti biasa bersama piala dimenangi namun majlis perarakan terpaksa ditangguhkan," katanya.
|
| Posted: 02 Jul 2013 09:56 AM PDT Kuala Lumpur: Ketika perebutan kejuaraan Liga Super sudah berakhir malam tadi, Selangor terus bersemangat untuk memburu slot ke pentas Piala AFC dengan membelasah T-Team 4-1 di Stadium Shah Alam. Tiga mata dikutip anak buah Irfan bakti Abu Salim itu cukup penting buat Selangor mengekalkan kedudukan di tempat kedua daripada dirampas pencabar terdekat Johor Darul Takzim (DT) yang turut merakam kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan di gelanggang lawan.
Dalam perlawanan malam tadi pemain veteran Gergasi Merah, Mohd Amri Yahyah meletakkan pasukan tuan rumah di depan menerusi jaringannya seawal minit ke-11.
Tonggak pertahanan Gergasi Merah, Nasriq Baharom terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan pasukan Pantai Timur itu dengan meledak gol keempat pada minit ke-72 sebelum penyerang import, Francis Forkey Doe melengkapkan kemenangan bergaya Selangor pada minit ke-83. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03 |
| Posted: 02 Jul 2013 09:55 AM PDT Seremban: Negeri Sembilan terus kempunan mendapatkan mata kemenangan apabila kecundang kepada Johor Darul Takzim (DT) 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi. Negeri Sembilan memberi tentangan sengit kepada Johor DT sebaik wisel perlawanan dimulakan dengan melakukan beberapa percubaan tepat ke pintu gol pelawat itu membuatkan pertahanan Harimau Selatan terpaksa bekerja keras mengekang asakan.
Bagaimanapun, usaha anak buah Fandi Ahmad untuk mendapatkan gol akhirnya berhasil apabila tendangan deras Jasazrin Jamaluddin dari jarak kira-kira 20 meter di sebelah kiri pintu gol pada minit ke-25, menggegar jaring tuan rumah dan kekal sehingga separuh masa pertama tamat.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment