Harian Metro: Setempat |
- Kesal didakwa bukan warga Malaysia
- Hujan 8 jam tanpa henti
- Kereta berapi di stesen minyak
- Dibunuh di rumah urus mayat
- Disamun penceroboh berparang
| Kesal didakwa bukan warga Malaysia Posted: 08 May 2013 09:54 AM PDT Kuala Lumpur: "Saya kesal dengan apa yang berlaku ke atas suami seorang anggota kami dan kejadian ini amat memalukan," kata Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Superintendan Victor Sanjos. Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian Tajudeen Anvar Batcha, 50, yang juga suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir yang diserang sekumpulan penyokong pembangkang pada hari pengundian Ahad lalu.
Akibatnya, mangsa melarikan diri dan membuat laporan polis di Balai Polis Rawang kerana dihalang daripada membuang undi. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
| Posted: 07 May 2013 09:44 AM PDT Bestari Jaya: Hujan lebat lebih lapan jam menyebabkan kawasan penempatan penduduk berhampiran Sungai Selangor, Rantau Panjang, di sini dinaiki air secara mendadak sehingga 0.6 meter menyebabkan 102 penduduk daripada 31 keluarga terpaksa dipindahkan ke Balai Raya Kampung Rantau Panjang bermula jam 10 pagi semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Rantau Panjang, Rahim Mohd Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan hujan lebat tanpa henti menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan rumah penduduk sehingga menyebabkan 97 penduduk resah rumah dinaiki air.
"Tindakan pantas penduduk untuk berpindah ke kawasan lebih selamat mengelak kejadian tidak diingini berlaku memandangkan limpahan air sungai naik dengan mendadak dan melimpah ke kawasan rumah penduduk di kawasan lebih rendah.
![]() BANJIR di Kampung Rantau Panjang mencecah paras pinggang. "Sememangnya diakui beberapa penempatan penduduk di kawasan ini sering dinaiki air sekiranya hujan lebat tanpa henti dalam tempoh yang lama dan keadaan itu tidak dapat dielakkan berikutan rumah berhampiran dengan sungai.
Difahamkan, kali terakhir kawasan itu dinaiki air adalah pada 5 Mac tahun lalu apabila sebanyak 71 keluarga dipindahkan. Pada tarikh sama, banjir turut dilaporkan berlaku di lima kampung di Jeram iaitu Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cheraka, Parit Mahang, Kampung Bukit Kuching Tengah dan Kampung Kuching Hilir. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
| Kereta berapi di stesen minyak Posted: 07 May 2013 09:37 AM PDT Miri: Sepasang kekasih berdepan detik cemas yang hampir meragut nyawa mereka apabila kereta mereka naiki tiba-tiba terbakar ketika berhenti mengisi minyak di Pujut 7, di sini, malam kelmarin. Mangsa, Merbin Angko, 28, dari Tudan di sini, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama teman wanitanya berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi petrol sebelum dikejutkan dengan kepulan asap yang keluar dari bahagian depan kereta Proton Persona miliknya pada jam 10 malam.
"Ketika memandu saya terhidu bau petrol namun tidak menyangka ia masalah besar kerana kereta ini baru dibeli dua tahun lalu dan tidak pernah rosak.
Angko mendakwa, dia tidak melakukan pengubahsuaian terhadap enjin kereta itu.
|
| Posted: 07 May 2013 09:37 AM PDT Sandakan: Hasrat seorang bapa untuk menaiki kereta baru milik anaknya tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian rompakan di rumah pengurusan mayat di Batu 1/2, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam, Lakompet Lakasau, 80, yang juga pengawal keselamatan di rumah pengurusan mayat berkenaan ditemui terbaring berlumuran darah selepas dibelasah tiga lelaki menggunakan kayu dan penyodok pasir ketika tidur di situ.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis bersama Unit Anjing Pengesan (K9) bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.
Menurutnya, mangsa rebah dan terbaring di lantai sebelum dua suspek mengambil dompet mangsa lalu melarikan diri bersama seorang lagi rakan mereka.
Namun, Rowell berkata, hasil keterangan seorang anak mangsa mendakwa bapanya sepatutnya menemuinya hari ini (semalam) untuk memberi wang deposit untuk membeli kereta. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
| Posted: 07 May 2013 09:34 AM PDT Temerloh: Seorang ejen insurans bersama anak lelakinya yang melayan kerenah cucunya di ruang tamu rumah di sebuah taman perumahan, dekat sini, menempuh detik cemas apabila digertak empat penyamun bersenjatakan parang serta kuku kambing sebelum disamun mengakibatkan kerugian RM63,000, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa berusia 70 tahun dan anak serta cucu lelakinya masing-masing berusia 20 dan 12 tahun patuh kepada arahan suspek yang meminta mangsa mendiamkan diri supaya tidak dicederakan.
Menurutnya, selepas merampas semua harta milik mangsa, empat penyamun terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang diletakkan di depan rumah mangsa. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

No comments:
Post a Comment