Harian Metro: Global |
- Kecewa dengan skuad Densus 88
- Ligan trak lepas nahas
- Bapa mati dakap anak
- Bayi HIV berjaya diubati
- Jual mayat jadi pengantin
- Serangan akan berterusan
- Presiden Susilo dituduh paranoid
- Banjir lumpur cetus masalah kesihatan
| Posted: Jakarta: Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Marzuki Alie menyatakan kekecewaannya apabila rakaman video kekejaman skuad elit antipengganas terhadap suspek, semalam. Mendesak supaya polis menjalankan siasatan secara telus, Marzuki berkata, apa yang berlaku itu menyalahi prosedur yang ditetapkan dan mesti dihentikan.
Baru-baru ini, satu klip video memaparkan anggota skuad Densus 88 menyoal siasat suspek tersebar secara meluas.
ANGGOTA Densus 88 menjalani latihan. Sementara itu, Timbalan Ketua Majlis Perwakilan Rakyat, Hajriyanto Y Tohari berkata, anggota Densus 88 melakukan pelanggaran hak asasi manusia serius dan perlu dihukum sewajarnya.
|
| Posted: Mumbai: Seorang wanita lasak yang dilanggar sebuah trak ketika dia menunggang skuter mengejutkan orang ramai apabila dia bangun semula dan mengejar pemandu trak berkenaan. Rakaman video pengawasan menunjukkan wanita itu dilanggar pemandu terbabit yang tidak menyedari wanita itu ada di depan trak berkenaan di satu simpang yang sibuk. Video itu merakam wanita berkenaan membelok ke lorong bersebelahan di depan sebuah kenderaan yang besar di Nagpur, sebuah bandar di negeri Maharashtra, kira-kira 525 batu dari Mumbai.
Pemandu itu terus memandu menyeret wanita berkenaan dan skuternya sambil melintasi jalan yang sibuk. Mangsa yang hanya berpakaian sari dan topi keledar bernasib baik kerana skuternya melindunginya daripada digilis trak itu. Apa yang cukup mengejutkan ialah wanita itu bangun dan terus mengejar trak terbabit yang masih menyeret skuter miliknya.
Menurut rekod, 14 kematian akibat kemalangan jalan raya berlaku setiap jam di negara itu, kadar paling tinggi di dunia. Kebanyakan kemalangan jalan raya di India membabitkan pemanduan secara laju, memandu dalam keadaan mabuk dan pemakaian topi keledar secara tidak betul, tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memasang kerusi bayi dalam kenderaan.
|
| Posted: Tokyo: Seorang bapa mati beku sambil mendakap anak perempuannya berusia sembilan tahun yang terselamat daripada ribut salji semalam. Mikio Okada mati ketika cuba melindungi anaknya, Natsune daripada angin kencang selaju 109 kilometer sejam dalam keadaan suhu jatuh ke paras enam selsius di bawah paras beku.
Mayatnya ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan dia memeluk anaknya yang dibalut dengan jaketnya. Lelaki itu dikatakan berjalan kaki untuk pulang ke rumah selepas traknya rosak. Mereka ditemui kira-kira 300 meter dari trak berkenaan.
|
| Posted: Washington: Penyelidik buat kali pertama berjaya menyembuhkan seorang bayi yang dilahirkan dengan HIV. Ia disifatkan perkembangan yang dapat membantu memperbaiki rawatan bayi yang dijangkiti wabak itu ketika dilahirkan.
Bagaimanapun, virus itu tidak dapat dibasmikan sepenuhnya. Namun, kehadirannya dikurangkan ke tahap terendah yang boleh dikawal tubuh tanpa memerlukan rawatan ubat standard.
|
| Posted: Beijing: Empat orang dipenjara kerana menggali mayat untuk dijual sebagai pengantin dalam 'perkahwinan hantu,' majlis yang menyaksikan lelaki bujang yang sudah mati dikebumikan bersama seorang 'isteri.' Perkahwinan adalah bahagian penting dalam masyarakat China. Meskipun amalan seumpama itu kini semakin jarang, ia masih dilakukan beberapa keluarga yang anak lelaki mereka mati muda sebelum sempat berkahwin.
Sebuah mahkamah di utara Shaanxi menjatuhkan hukuman penjara antara 28 hingga 32 bulan.
|
| Posted: Bangkok: Panglima Tentera Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha semalam berkata, dia pasti serangan ganas pemberontak di selatan negara itu akan berterusan walaupun kerajaan bersetuju berunding dengan mereka. Kata Prayuth, dia begitu pasti kerana banyak kumpulan pemberontak baru kini dibentuk dan mereka tidak tertakluk kepada arahan pihak yang menandatangani rundingan damai dengan Bangkok pada Sabtu lalu.
"Walaupun mempunyai ideologi sama, mereka mahukan kuasa dan tidak akan menerima arahan daripada Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang bersetuju berunding dengan kerajaan," katanya.
Bagaimanapun, kata Prayuth, kumpulan pemberontak baru itu mahukan peranan politik selepas dipinggirkan sekian lama. Justeru, katanya, penentangan pemberontak di selatan Thailand pasti tidak akan dihentikan. Prayuth bagaimanapun mengalu-alukan kesediaan BRN berunding dengan Bangkok.
|
| Presiden Susilo dituduh paranoid Posted: Jakarta: Pemerhati politik dari Universiti Gadjah Mada, Ari Dwipayana, menganggap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono adalah seorang yang paranoid kerana sering mendakwa keselamatan Indonesia terancam. "Setiap kali ada ketegangan politik atau kumpulan yang mempertikaikan pertimbangannya, Susilo sering menganggap keselamatan negara terancam," katanya. Hakikatnya, kata Ari, apa yang berlaku itu adalah sebahagian daripada proses politik dan demokrasi.
"Selagi ia berlangsung dalam batas perlembagaan, ia sepatutnya tidak menjadi masalah," katanya. Ari berkata, antara maksud "ancaman" bagi sesebuah negara ialah rampasan kuasa, gerakan pemisah, sabotaj ekonomi menyeluruh dan tindakan melumpuhkan perkhidmatan awam. Katanya, bukan sekali dua Susilo berasa terancam.
|
| Banjir lumpur cetus masalah kesihatan Posted: Jakarta: Kegagalan menghentikan pengaliran lumpur di Sidoarjo, Jawa Timur sejak 2006 bukan setakat memusnahkan alam sekitar, tetapi turut menjejaskan kesihatan awam. Beberapa keluarga dikatakan mengalami kanser dan penyakit lain akibat daripada bencana itu.
Menurutnya, suaminya meninggal dunia akibat kanser paru-paru empat tahun lalu.
"Ramai anggota keluarga dan jiran saya sudah mula menunjukkan tanda-tanda menghidap kanser," katanya.
Kerugian ditaksirkan Rp 27.7 trilion (RM8.7 bilion).
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment