Harian Metro: Arena |
- Rantai Ronaldo!
- Kami punyai kelebihan berbanding United
- Menang penalti!
- DBKL anjur futsal media
- Cari bakat wakil daerah Jempol
- Storm kekal juara
- Petratos, Nwakaeme jadi taruhan
- Keupayaan Karim cukup terhad
- Hoben Jang Hoben tak akan putus asa
- Kim Swee resah
| Posted: Madrid: Penyerang Manchester United Wayne Rooney menganggap Cristiano Ronaldo adalah pemain yang mampu memberi ancaman besar kepada pasukannya pada perlawanan kedua pusingan kedua menentang Real Madrid namun dia tetap yakin Red Devils mampu mengatasi rakan sepasukannya itu untuk mara. Ronaldo akan berdepan United di Old Trafford awal pagi esok buat kali pertama sejak dia membuat kejutan dengan rekod perpindahan pemain termahal di dunia AS$120 juta (RM372 juta) ke Bernabeu lebih tiga tahun lalu.
"Pastinya Ronaldo," kata Rooney ketika ditanya mengenai siapakah pemain yang akan memberikan ancaman.
Wayne Rooney RONALDO "Kami berasakan kami sepatutnya menang pada perlawanan pertama tapi sebaliknya terjadi. Sekarang kami perlu pergi ke Old Trafford dengan penuh keyakinan untuk menang," katanya yang melabel Rooney dan Robin Van Persie adalah pemain yang bahaya. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05 |
| Kami punyai kelebihan berbanding United Posted: MADRID: Pemain tengah Real Madrid Mesut Ozil percaya pasukannya mempunyai kemampuan untuk menewaskan Manchester United pada pertembungan awal pagi esok selepas merekod dua kemenangan ke atas Barcelona minggu lalu. Ozil tidak beraksi ketika Madrid mengalahkan Catalans 2-1 pada perlawanan liga Sabtu lalu namun dia memainkan peranan besar ketika menang 3-1 di Camp Nou dalam aksi Piala Raja Sepanyol Selasa lalu.
Ia akan menjadi perlawanan cukup sukar menentang pasukan yang bagus namun kami sudah menunjukkan kemampuan kami pada perlawanan pertama," katanya.
"Saya dalam prestasi terbaik dan saya gembira dapat bermain setiap minggu. Ini kerana jurulatih percaya dengan kemampuan saya dan saya berterima kasih kepadanya.
"Kami bermain dalam satu pasukan dan jika kami tidak bersatu kami tidak boleh menang di Barcelona. Kami saling menghormati dan kami seperti dalam keluarga kecil." Madrid akan bertandang ke Manchester tanpa beberapa pemain akibat masalah kecederaan pemain selepas pertembungan Clasico Sabtu lalu. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05 |
| Posted: Kuantan: Penentuan melalui sepakan penalti menjadi kelebihan kepada pasukan Temerloh untuk menjulang kejuaraan Kejohanan Futsal Sukan Remaja Pahang 2013 di Dewan Sukpa, Kuantan, kelmarin. Dalam saingan akhir skuad kendalian Mohd Fazran Mohamad Arif itu menewaskan Lipis 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar permainan.
Ia bertujuan untuk memilih 15 pemain yang akan membawa cabaran Tok Gajah pada mini Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 di Kuala Lumpur, Jun depan.
"Dan lebih penting adalah barisan pemain Temerloh terpilih mewakili Pahang pada mini SUKMA 2013 Kuala Lumpur yang dianggap kemuncak kepada kejayaan bagi pemain," katanya.
Dalam kategori wanita, Kuantan A muncul juara, diikuti Maran dan ketiga, Kuantan B. Sementara itu, Nik Nasarudin berkata, selepas mengadakan pertandingan ragbi dan futsal di Kuantan, acara bola jaring, hoki, bola tampar dan sepak takraw akan diadakan di daerah terpilih. "Melalui program Sukan Remaja Pahang yang kali pertama diadakan ini, kita berharap lebih ramai pemain terbaik dan berkualiti dapat dicungkil untuk mewakili Tok Gajah ke mini SUKMA 2013 Kuala Lumpur.
|
| Posted: Kuala Lumpur: Hadiah keseluruhan bernilai lebih RM8,000 bakal menjadi rebutan pada Kejohanan Futsal Media Kuala Lumpur 2013 pada 9 dan 10 Mac ini di Gelanggang Futsal Pusat Komersial Sentul. Kejohanan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disokong oleh 100Plus itu menyaksikan dua kategori dipertandingkan iaitu terbuka lelaki, wanita dan media.
"Kami turut menyediakan Kemeja T untuk 20 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita.
|
| Cari bakat wakil daerah Jempol Posted: Jempol: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Lui Barat, Bandar Seri Jempol muncul juara bawah 18 tahun kejohanan Bola jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Jempol, baru-baru ini. SMK FELDA Lui Barat mengalahkan tuan rumah SMK Bandar Baru Serting 10–9 pada perlawanan akhir di padang sekolah berkenaan.
"Selain penyertaan pelajar bawah 18 tahun daripada 17 buah sekolah termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), kejohanan kali ini turut membabitkan pelajar bawah 15 tahun daripada semua sekolah berkenaan.
Tempat ketiga bawah 18 tahun menjadi milik SMK FELDA Palong 11 dan SMK Batu Kikir (model khas).
Sementara itu lima pelajar SMK Datuk Mansor, empat pelajar SBPI Jempol dan tiga pelajar SMK Serting Hilir Kompleks akan mewakili daerah Jempol bagi kategori bawah 15 tahun, manakala lima pelajar masing-masing dari SMK Bandar Baru Serting dan SMK FELDA Lui Barat serta dua dari SMK Batu Kikir untuk bawah 18 tahun. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05 |
| Posted: Kuala Lumpur: Juara bertahan Storm Taekwondo Club mengekalkan gelaran juara keseluruhan untuk tahun ketiga berturut di Kejohanan Taekwondo Remaja Koko Krunch Nestle ke-8 (wilayah utara) di Dewan Institut Latihan Industri di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin. Kelab yang berpangkalan di Sungai Petani itu memenangi empat pingat emas, lapan perak dan empat gangsa untuk mengungguli carta pungutan pingat dan mengekalkan trofi juara keseluruhan. Mereka juga merangkul trofi juara pasukan wanita.
Fardize Abdullah dari Aelma Taekwondo Club dan Norumar Mohd Firdaus wakil Martial Arts Taekwondo Club dipilih sebagai atlet lelaki dan wanita terbaik. Kedua-dua mereka beraksi dalam kategori bantamweight.
"Kemenangan ini adalah kerjasama semua tiga pihak - kelab, jabatan pendidikan negeri menerusi sekolah dan ibu bapa.
Kelab ini akan mempunyai misi baru di kemuncak final di Kuala Lumpur pada Jun depan.
|
| Petratos, Nwakaeme jadi taruhan Posted: Kota Bharu: Penyerang import Kelantan, Keita Mandjou tidak dapat beraksi menentang Maziya Sports & Recreation (Maziya S R) dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok. Menurut sumber, kokosongan posisi Mandjou memberi ruang bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos dan penyerang Nigeria, Dickson Nwakaeme untuk menerajui jentera serangan The Red Warriors.
"Mandjou mungkin tidak beraksi malam esok kerana empat lagi pemain import bakal mendapat tempat dan langkah ini untuk memperkuatkan pasukan.
"Kita mahu kejayaan lebih besar berbanding musim lalu namun ini bukan tugas mudah malah memerlukan semangat yang tinggi.
|
| Posted: Ipoh: Perak mula menerima hakikat bahawa kemampuan awang import, Karim Rouani cukup terhad. Justeru jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mahu mengulas panjang mengenai persembahan pemain itu yang masih mengalami kemarau jaringan selepas tiga perlawanan termasuk dengan Kelantan, baru-baru ini.
"Selaku pemain import dan penyerang, Karim diharapkan menjaringkan gol. Jadi apa ertinya jika dia terus-terusan mengalami kebuntuan.
"Kami akan terus menggunakannya sehingga dapat mencari pengganti sesuai April nanti. Ketika ini 'tiada rotan akarpun berguna', kata jurulatih itu.
Mengenai pertemuan dengan ATM, Azraai berharap anak buahnya mampu mengulangi persembahan bertenaga seperti ketika seri 1-1 dengan Kelantan di Kota Bahru, Jumaat lalu.
|
| Hoben Jang Hoben tak akan putus asa Posted: Seremban: Negeri Sembilan tidak akan berputus asa dalam misi mencipta kemenangan pertama Liga Super musim ini selepas usaha mereka hampir membuahkan hasil ketika tewas tipis 1-2 kepada Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunus Johor Bahru, Sabtu lalu. Kapten pasukan Norhafiz Zamani Misbah berkata, dia akan bersama rakan lain meneruskan perjuangan bagi mengembalikan semu la maruah pasukan yang kini tercalar apabila gagal meraih kemenangan selepas sembilan perlawanan.
"Memang semua pemain berasa tertekan apabila setakat ini keputusan perlawanan masih belum memihak kepada Negeri Sembilan, walaupun kami sudah diambang kemenangan ketika bertemu Johor DT Sabtu lalu, tetapi kepahitan terpaksa dirasai selepas pasukan lawan berjaya melenyapkan impian kami itu dengan dua gol pada lewat permainan.
|
| Posted: Kuala Lumpur: Tindakan segelintir pihak yang cuba memancing pemain Harimau Muda A mencetuskan rasa kurang senang buat jurulatih Ong Kim Swee yang melihat senario itu boleh menjejaskan persiapan mereka dalam misi mempertahankan pingat emas di Sukan SEA Myanmar hujung tahun ini. Pengendali negara itu mendedahkan ada beberapa pasukan tempatan cuba mendapatkan khidmat pemainnya untuk didaftarkan pada tempoh perpindahan pemain kedua awal April depan dan ia dibuat tanpa pengetahuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Memang ada pasukan yang cuba menawarkan kontrak kepada pemain saya dan mereka melakukannya tanpa pengetahuan FAM. Mereka boleh mengadakan perbincangan enam bulan sebelum kontrak pemain berakhir tapi FAM mestilah dimaklumkan terlebih dulu.
Kim Swee yang enggan mendedahkan pasukan yang sudah mula menghimpit tonggak utamanya itu berkata, beliau bersedia melepaskan pemain berhijrah ke pasukan luar namun biarlah selepas misi mereka di Myanmar selesai.
Melihat kepada prestasi semasa antara pemain yang mula mencuri perhatian pasukan negeri dan kelab tempatan adalah pertahanan Mohd Fadhli Shas, pemain tengah Irfan Fazail dan Gary Steven Robbart serta pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Noor.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment