Harian Metro: Arena |
- 'Pengadil berat sebelah'
- Kali ke-4 tawan Dubai
- Nadal gah jinak rakan senegara
- Stacy juarai kejohanan Juara-Juara Wanita HSBC
- Hadiah lumayan buat pemenang
- KSK naib juara Liga Persahabatan Piala KSK
- 164 peserta sertai Kejohanan Melaka Go-Kart Challenge
- SRC FT bukti kehebatan
- Peluang jejak Anfield
- SKKD buat kejutan
| Posted: Madrid: Pertahanan Barcelona, Gerard Pique mendakwa pengadil berat sebelah selepas pasukannya dinafikan sepakan penalti pada saat akhir ketika kecundang 1-2 di tangan Real Madrid, kelmarin. Tandukan Sergio Ramos sembilan minit sebelum tamat ternyata menjadi gol kemenangan selepas Karim Benzema dan Lionel Messi menjaringkan gol buat pasukan masing-masing pada babak pertama.
"Kami berkata kepada pengadil bahawa ia jelas di mata kami, namun kami sudah tahu bagaimana perkara ini berlaku. Menentang Real Madrid, jika perlawanan sengit, pasti semuanya berpihak kepada mereka," kata Pique.
Gerard Pique "Namun, jelas kami mempunyai tiga atau empat perlawanan buruk dan ini serius kerana Barcelona perlu sering kali menang." Kemenangan itu juga lebih mengejutkan buat tuan rumah selepas pengurus, Jose Mourinho melakukan tujuh pertukaran pemain berbanding pasukan yang mengalahkan Barca 3-1 pada Piala Raja Sepanyol, Rabu lalu dengan pemain bintang, Cristiano Ronaldo bermula di bangku pemain simpanan.
|
| Posted: Dubai: Novak Djokovic meneruskan rentetan kemenangannya kepada 18 perlawanan untuk merangkul kejuaraan Terbuka Dubai kali keempat dalam tempoh lima tahun semalam, sekali gus memantapkan statusnya sebagai pemain terbaik dunia selepas mengalahkan Tomas Berdych 7-5, 6-3 pada aksi final. Pemain Serbia itu tidak kalah sejak Oktober, tidak keciciran sebarang set di Dubai dan dia kini menang semua 13 perlawanan menentang pemain kelompok 10 terbaik sejak Andy Murray menundukkannya pada final Terbuka AS tahun lalu.
"Tomas seorang pemain yang fantastik dan final ini tidak mudah, ia mungkin berlaku sebaliknya," kata Djokovic.
Berdych, yang menyelamatkan tiga mata penamat sebelum mengejutkan Roger Federer pada separuh akhir kelmarin, turut melakukan 'break' pertama pada final itu, mengelirukan Djokovic yang meluru ke depan dengan satu lambungan ke penjuru gelanggang untuk mendahului 3-2.
"Saya memberinya terlalu banyak ruang untuk menguasai mata, itulah puncanya," kata Djokovic.
|
| Nadal gah jinak rakan senegara Posted: Acapulco, Mexico: Rafael Nadal mengungguli rakan senegara dari Sepanyol, David Ferrer 6-0, 6-2 untuk memenangi Terbuka Mexico kali kedua semalam dan meneruskan kemunculan semulanya dengan kejayaan selepas berehat lama kerana kecederaan. Nadal, yang menduduki ranking kelima dunia, memerlukan hanya satu jam untuk mengatasi pilihan utama, Ferrer dan gembira dengan persembahannya.
"Hati saya tergerak untuk terus bertanding, saya perlu bermain pada kejohanan seterusnya," katanya.
"Rafa terlalu bagus berbanding saya hari ini," kata Ferrer. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04 |
| Stacy juarai kejohanan Juara-Juara Wanita HSBC Posted: Singapura: Pemain Amerika Syarikat, Stacy Lewis melakukan pukulan terbaik sepanjang hayatnya dalam laluan menang menerusi satu pukulan selepas hari terakhir mendebarkan pada kejohanan Juara-Juara Wanita HSBC, semalam. Stacy, yang mendahului selama dua hari, terikat dalam pertarungan tiga penjuru dengan Choi Na Yeon dan Paula Creamer apabila dia melakukan pukulan menakjubkan dari fairway pada lubang ketujuh par-lima yang singgah hanya beberapa inci dari lubang.
"Ia mungkin pukulan terbaik pernah saya lakukan," kata Stacy mengenai pukulannya yang hampir mencatat albatross. Namun dia mengakui menerima saingan hebat hingga ke lubang terakhir.
|
| Posted: Putrajaya: Hadiah wang tunai RM48,000 menjadi rebutan pasukan futsal seluruh negara pada Kejohanan Futsal 1 Malaysia Sempena "1 Million Purple Walk" pada 9-10 Mac ini. Kejohanan di Kompleks Futsal Presint 8 Putrajaya itu adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Kelab Bolasepak Futsal Arena.
Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita serta IPT Lelaki dan Wanita.
Borang penyertaan boleh diperolehi menerusi www.syoknyasukan.com dan www.gofutsal.com.
|
| KSK naib juara Liga Persahabatan Piala KSK Posted: Baling: Walaupun gagal meraih juara, pasukan Kelab Sukan Kupang (KSK) tetap berpuas hati muncul kedua terbaik dalam Liga Persahabatan Piala KSK 2013 berakhir di padang awam Keda Kupang di Baling, Kedah, baru-baru ini. Kalah 1-3 dalam masa permainan sebenar kepada Charok Bemban FC dalam aksi akhir cukup berbaloi oleh jurulatih Mohd Noor Ahmad kerana pemain KSK menunjukkan semangat melawan kental.
"Kesilapan kami hanya kerana hilang tumpuan dan terlalu berhati-hati sekali gus membolehkan lawan mendominasi setiap aksi pemain KSK. Kami bakal kembali dengan lebih formasi selepas ini," katanya.
Dengan gelaran naib juara, KSK menerima satu set jersi dan piala iringan yang disampaikan Presiden KSK, Nazril Fahmi Abdullah. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04 |
| 164 peserta sertai Kejohanan Melaka Go-Kart Challenge Posted: Melaka: Seramai 164 peserta menyertai Kejohanan Melaka Go-Kart Challenge yang berlangsung di Litar Motorsport Antarabangsa Melaka (MIMC) Durian Tunggal, baru-baru ini. Program anjuran Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) itu turut membabitkan belia dan agensi kerajaan.
Menurutnya, mereka akan berentap dengan pemenang peringkat Pusat Pengajian Tinggi dan kategori pelancong untuk merebut hadiah wang tunai yang disediakan penganjur.
Malah peserta terbaik turut berpeluang beraksi di peringkat lebih tinggi terutama dalam kalangan remaja termasuk menceburkan diri dalam sukan permotoran di peringkat kebangsaan.
|
| Posted: Kangar: Pasukan SRC FT muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Kolej Komuniti Arau (KKA) peringkat negeri apabila menewaskan cabaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 di D'Futsal Centre, kelmarin. Penentuan sepakan penalti dilakukan selepas perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan terikat 2-2.
"Kami terpaksa menggandakan usaha bagi menghadapi Click FC kerana mendapat saingan hebat, namun terikat 1-1 sebelum kami berjaya ke final apabila menang 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti," katanya.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah KKA, Zaidah Jaafar.
|
| Posted: Kuala Lumpur: Berikutan sambutan hangat pada edisi pertama, Standand Chartered Road To Anfield 2013 meneruskan kejohanan yang menawarkan hadiah paling lumayan dan berprestij dalam sejarah penganjuran sukan futsal tanahair. Pasukan terbaik grand final bakal menjejaki Stadium Anfield malah berpeluang menyaksikan perlawanan Liverpool menentang Queens Park Rangers (QPR). Itulah ganjaran terhebat disediakan oleh Standard Chartered kepada pemenang grand final nanti.
Pada majlis pelancaran turut dihadiri legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun. Beliau seterusnya melancarkan program itu sambil diiringi Ketua Negara Bahagian Perbankan Konsumer Standard Chartered, Sonia Wedrychowicz di Ampang Sports Planet.
|
| Posted: Seremban: Sekolah Kebangsaan Kampung Daching (SKKD) terus mencatat keputusan cemerlang apabila muncul juara bola tampar perempuan bawah 12 tahun peringkat Majlis Sukan-Sukan Daerah Seremban (MSSD) Seremban 1, baru-baru ini. Kejayaan itu meneruskan rentak cemerlang selepas pasukan sepak takraw SKKD muncul juara pada peringkat sama tahun lalu.
Tidak diletakkan harapan tinggi, pasukan bola tampar perempuan SKKD ternyata mempamerkan semangat juang cukup tinggi pada setiap perlawanan yang diharungi.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment