Harian Metro: Setempat |
- Digilis bas sekolah lepas jatuh motor
- 'Lesen tertinggal di rumah'
- Lelaki dibelasah guna kayu besbol
- IRIMM nak jumpa Hishammuddin
- 'Hanya ingat mati'
| Digilis bas sekolah lepas jatuh motor Posted: Shah Alam: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis sebuah bas sekolah selepas motosikal ditungganginya bergesel motosikal lain sebelum terjatuh di Kilometer 8.3 Lebuhraya Persekutuan berhampiran Seksyen 7, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Mohd Faiz Tasnim Mohd Roshidi, 19, mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan beberapa bahagian badan akibat digilis bas yang gagal mengelak.
Ketua Trafik Shah Alam Deputi Superintendan Roslan Aziz berkata, mangsa tidak dapat mengawal motosikal sebelum bergesel motosikal lain yang berada pada kedudukan sama.
MAYAT mangsa di bawah bas. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat, manakala seorang lagi penunggang cedera ringan dan mendapatkan rawatan di hospital sama," katanya ketika dihubungi, semalam.
|
| Posted: Shah Alam: "Tolong tuan, jangan tahan saya. Saya ada lesen memandu, tapi tertinggal di rumah," itu antara alasan seorang mat rempit yang ditahan kerana cuba melarikan diri dalam Ops Samseng Jalanan dan Cegah Lumba Haram di Dataran Shah Alam, di sini, awal pagi semalam. Remaja berusia 20-an itu cuba melarikan diri sebaik melihat kelibat anggota polis yang mengadakan sekatan jalan raya di kawasan itu.
Walaupun memberikan alasan lesen memandunya tertinggal di rumah, lelaki terbabit disaman kerana kegagalan mengemukakan lesen memandu ketika diminta polis adalah satu kesalahan. Pegawai Penguat kuasa Trafik Shah Alam Inspektor Ahmad Fazuan Md Zain berkata, selain polis, operasi bermula jam 2 pagi itu mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA).
|
| Lelaki dibelasah guna kayu besbol Posted: Akibat menegur perbuatan sekumpulan lelaki menjeling ke arah mereka, seorang lelaki dan rakannya teruk dibelasah dengan kayu besbol ketika mereka melepak di bawah sebuah pangsapuri di Pandan Indah, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 22 tahun cedera di kepala dan seluruh badan selepas dibelasah kumpulan terbabit.
"Sangkaan mangsa kejadian terbabit berakhir di situ meleset apabila selang sejam kemudian tiga kereta berhenti di hadapan mereka sebelum sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyerang mereka," kata sumber. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04 |
| Posted: Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) berharap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjumpa mereka bagi membincangkan isu filem Tamil 'Vishwaroopam'. Presidennya Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tidak adil jika menteri itu hanya bertemu pengedar filem berkenaan, tetapi tidak dengan mereka yang membuat aduan.
"Kami dan Majlis Madrasah India Muslim Malaysia yang menghantar memorandum bantahan mengenai filem itu kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada minggu lalu," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04 |
| Posted: Kuala Krai: "Saya begitu takut ketika itu dan hanya teringat mati apabila penjenayah mengacukan pistol di kepala," kata kakitangan sebuah syarikat pembalakan, Muhammad Haniff Zahadi, 23. Menurutnya, detik cemas itu dilaluinya apabila dilarikan empat penjenayah selepas mengeluarkan wang RM50,000 dari sebuah bank di Kuala Krai, di sini, tengah hari semalam. Bagaimanapun, dua daripada empat suspek anggota 'Kumpulan Aime' itu tidak sempat berjoli hasil rompakan apabila ditembak mati polis di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, kira-kira jam 12 tengah hari. Suspek yang ditembak mati itu masing-masing berusia 22 dan 29 tahun manakala dua lagi rakan mereka berjaya melarikan diri dalam kejadian berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment