Harian Metro: MetroPlus

Harian Metro: MetroPlus


2 lelaki Thai dihukum sebat di Brunei

Posted: 24 May 2013 08:14 AM PDT

Bandar Seri Begawan: Dua lelaki Thailand yang tinggal di Brunei melebihi tempoh yang dibenarkan akan disebat serta dipenjara beberapa bulan, lapor media semalam.

Menurut laman sesawang BruDirect.com, lelaki terbabit ditahan pada Rabu lalu dan selepas dibicarakan, didapati bersalah sehari kemudian. Sombat Chamnanrop, 44, dan Phaisan Saensimon, 32, dihukum sebat tiga kali kerana melanggar peraturan visa Brunei. Tertuduh turut didapati bersalah kerana bekerja di Brunei walaupun tempoh permit mereka sudah tamat. - BruDirect

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


UPSR dilanda ribut

Posted: 09 Oct 2014 03:24 PM PDT

Kudat: Malang berganda kepada 37 murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Panudahan, dekat sini, apabila terpaksa bertempiaran menyelamatkan diri ketika sedang khusyuk menjawab peperiksaan ulangan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana bumbung sekolah berkenaan diterbangkan angin kencang, semalam.

Berikutan kejadian itu, dua murid berusia 12 tahun cedera ringan dengan seorang cedera di paha terkena kipas dan papan lapis yang terjatuh manakala seorang pengawas peperiksaan terkena kayu di kepalanya.


Kejadian berlaku pada jam 8.30 pagi itu menyebabkan bumbung yang menempatkan empat bilik darjah dan bilik pentadbiran sekolah diterbangkan angin kencang manakala cermin kenderaan dipercayai milik guru besar sekolah itu pecah.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan peperiksaan UPSR disambung semula di bilik guru.


Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata, ketika kejadian 37 murid sedang menduduki peperiksaan itu dan tiga pengawas UPSR di blok sekolah papan berkenaan.


"Ketika semua murid sedang menjawab peperiksaan, tiba-tiba bumbung Blok B sekolah berkenaan terbang dipercayai akibat angin kencang. Murid diarah keluar kerana bimbang kejadian buruk.

Foto

SILING bilik peperiksaan UPSR di SK Panudahan, Kudat runtuh dipukul ribut.

"Bagaimanapun, dua murid dan seorang pengawas peperiksaan UPSR cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata, sebaik keadaan pulih, semua murid dipindahkan ke bangunan bersebelahan dan mereka meneruskan menjawab soalan di bilik guru.

Menurutnya, pihaknya sedang mengenal pasti peralatan yang rosak di empat kelas yang menempatkan 90 murid itu.


Difahamkan, ketika kejadian guru besar serta sembilan lagi guru berada di bilik guru iaitu blok bersebelahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

DVD aiskrim

Posted: 09 Oct 2014 02:49 PM PDT

Kuala Lumpur: Taktik licik peniaga asing menjual cakera padat digital (DVD) cetak rompak dengan menyembunyikannya di dalam peti aiskrim di sebuah kedai runcit di Jalan Silang di sini dipercayai sejak tahun lalu, terbongkar apabila diserbu kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan 18 pegawai dan penguat kuasa Bahagian Kawalan Filem (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN), jam 2 petang kelmarin.


Bagi mengaburi pihak berkuasa, peniaga yang turut menjual barangan runcit lain dikatakan hanya mempamerkan contoh salinan atau gambar filem di depan premis tanpa sebarang papan tanda perniagaan itu.

Pengarah BKF KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Sharifah Rohaiza Syed Rozali berkata, seorang lelaki warga India berusia 27 tahun disyaki penjaga premis ditahan.


"Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 6,606 DVD filem dan 84 DVD lucah kebanyakannya filem Bangladesh dan India dianggarkan bernilai RM67,250 yang dirampas untuk tindakan lanjut," katanya, semalam.


Menurut beliau, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 18 (4) (a) dan Seksyen 5 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002.

Bagi kesalahan memiliki filem lucah (Seksyen 5) itu, individu yang disabitkan bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun. Manakala kesalahan mengikut Seksyen 18 memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.


Kata Sharifah, pihaknya memandang serius aktiviti haram seumpama itu terutama membabitkan warga asing yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan negara ini.

"Selain menjalankan operasi dan pemantauan bagi mengekang perkara itu daripada berleluasa di sekitar ibu negara, orang ramai turut diseru menyalurkan maklumat mengenainya bagi membolehkan tindakan dilakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Simpati sudah hilang

Posted: 09 Oct 2014 02:17 PM PDT

Kuala Lumpur: "Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu," kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.

Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang.

Menurutnya, sebelum itu dia menaiki sistem transit aliran ringan (LRT) dari tempat kerjanya di Setiawangsa bersama anak hingga ke KL Sentral sebelum menukar tren ke ERL untuk ke Salak Tinggi.

Katanya, sepanjang perjalanan menaiki ERL itu tren dipenuhi orang ramai berikutan waktu pulang kerja dan dari KL Sentral dia berdiri hingga ke stesen Bandar Tasek Selatan.

Foto

WAN Noor Shila duduk di lantai ERL bersama anaknya berusia setahun.


"Pada masa itu tren dipenuhi ramai orang apatah lagi ketika itu waktu pulang kerja dan saya berdiri sambil mendukung anak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Ibu jari putus dibelit tali pengikat lembu

Posted: 09 Oct 2014 02:14 PM PDT

Bachok: "Saya terkejut apabila lembu itu tiba-tiba agresif dan saya cuba tarik tali yang mengikatnya, namun saya berasa sakit sebelum terlihat satu jari saya melekat pada tali berkenaan," kata penternak lembu, Mohd Subri Mohamed, 49.

Mohd Subri dari Kandis, di sini menceritakan insiden ibu jari tangan kirinya putus akibat dibelit tali pengikat lembu ketika cuba memindahkan haiwan ternakan terbabit ke dalam lori, tiga hari sebelum Aidiladha lalu.


Kejadian pada Khamis minggu lalu itu menyebabkan Mohd Subri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kandis tangan kiri kudung satu jari selepas gagal disambung semula.

Menurutnya, lembu itu dijual kepada seorang pembeli di Kampung Kijang, Pengkalan Chepa untuk dikorbankan sempena Aidiladha yang lalu, namun dia 'dikorbankan' terlebih dulu apabila ibu jari tangan kiri putus.


"Ketika itu jam 7 malam dan saya bersama dua rakan memindahkan lembu untuk dihantar kepada pembeli yang menjalankan ibadat korban.


"Lembu betina itu yang terakhir dimasukkan ke dalam lori, tetapi ia tiba-tiba bertindak luar kawalan mengakibatkan tali pengikat pada lehernya membelit ibu jari saya.

Foto

Illias (kanan) melihat ibu jari kiri Mohd Subri yang putus akibat direntap lembu peliharaan.

"Saya tak sempat buat apa-apa ketika itu kerana rentapan lembu betina berkenaan terus menyebabkan jari saya putus serta-merta," katanya ketika ditemui di Taman Cempaka, Kandis, di sini, petang kelmarin.


Beliau terdahulu menerima kunjungan Penyelaras Parlimen Bachok Datuk Illias Hussin.

Bercerita lanjut, Mohd Subri berkata, selain putus jari, beliau turut mengalami luka kecil di muka dan beraya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama empat hari.


Katanya, reda dengan kejadian berlaku dan tidak serik untuk terus memelihara lembu yang kini berjumlah 50 ekor sejak diusahakan tiga tahun lalu.


Dalam pada itu, Illias berkata, dia segera melawat Mohd Subri sebaik diberitahu mengenai kejadian menimpanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Wanita potong tangan guna tiga pisau

Posted: 09 Oct 2014 02:00 PM PDT

Kuala Berang: Seorang ibu tunggal bertindak di luar dugaan apabila memotong tangannya dalam kejadian di Kampung Durian Kasim, Ajil, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, wanita berusia 23 tahun berkenaan, memotong tangannya dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging tanpa disedari ahli keluarganya.


Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Durian Kasim, Kamarudin Mamat, 53, berkata, mangsa dipercayai mengalami gangguan emosi dan mengambil tiga pisau pemotong daging sebelum terperap di dalam bilik air bersendirian.

Menurutnya, wanita itu dikatakan memotong pergelangan tangan kiri hingga putus tanpa pengetahuan enam ahli keluarga yang ketika itu berada di rumah.


Katanya, adik-beradik mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana wanita berkenaan tidak mengerang, mahupun menjerit ketika melakukan perbuatan ngeri itu.


"Wanita itu berbaju lengan panjang dan keluar rumah dalam keadaan berlumuran darah dan akhirnya rebah di pekarangan kediamannya. Adik mangsa yang kebetulan membaiki kereta di luar rumah ketika itu terkejut melihat kakaknya rebah di luar rumah dengan tangan kiri terputus.

"Remaja lelaki itu segera memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum mereka tergamam melihat pergelangan tangan kiri bersama tiga pisau daging masih berada di dalam bilik air rumah mereka," katanya, semalam.


Kamaruddin berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang bekerja tidak jauh dari rumah mangsa dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat tahu daripada bapa saudara mangsa.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa bersama cebisan tangan kirinya sudahpun dibawa ahli keluarga ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan selanjutnya.


Sementara itu, jurucakap HHT berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima kes wanita berkenaan jam 11 pagi, semalam.


Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk berjumpa pakar perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Kelantan optimis

Posted: 09 Oct 2014 12:19 PM PDT

Kota Bharu: Berbekalkan kelebihan jaringan ketika menewaskan Kedah dalam perlawanan lalu, Kelantan optimis mampu menumpaskan skuad Helang Merah sekali lagi dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Star, malam ini.

Keyakinan itu bersandarkan misi pasukan untuk memburu slot ke separuh akhir selepas mara sebagai finalis musim lalu.

Pengendali The Red Warriors (TRW) George Boateng berkata, semangat semua pemainnya kini berada pada tahap tinggi untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan kalah mati malam ini.

"Moral pasukan sangat tinggi, kami berkeyakinan semua pemain akan menunjukkan kesungguhan sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan," katanya.

Foto

PEMAIN mendengar arahan Boateng.


Dalam aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat minggu lalu, Kelantan menewaskan Kedah 3-1 hasil dua gol Francis Forkey Doe dan Ahmad Fakri Saarani.


Bagaimanapun, bekas pemain antarabangsa Belanda itu tidak memandang rendah keupayaan skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang menjaringkan satu gol di Kota Bharu.

"Jaringan satu gol Kedah itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya bagi kami jika mereka dapat menyamakan kedudukan dari segi agregat. Jika itu berlaku, Kedah akan mara berdasarkan kelebihan peraturan gol tempat lawan,

"Justeru, saya menjangkakan saingan nanti bakal sengit kerana Kedah mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri jadi kami kena lebih berhati-hati dan bekerja keras," katanya.

Boateng berkata, Kedah semestinya akan memberikan tumpuan dan kawalan ketat terhadap Forky Doe, namun ia bukan kebimbangan utamanya.

Bagi jurulatih berusia 39 tahun itu, masih ada beberapa pemain lagi yang mampu menjaringkan gol, antaranya Ahmad Fakri, Khairul Izuan Rosli, Mohamed Shawky, Brendan Gan dan Mohd Badhri Radzi.

"Mereka pasti akan membuat kawalan ketat terhadap Forky Doe tapi secara tidak langsung membuka ruang untuk pemain lain menjaringkan gol," katanya.

Dalam pada itu, beliau gembira Wan Zaharulnizam Wan Zakaria kembali cergas selepas tidak diturunkan pada perlawanan pertama.

Kembalinya pemain itu yang dikenali sebagai Kecik itu akan memberi lebih pilihan kepada beliau untuk merancang strategi memerangkap Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Cheng Hoe enggan mengalah

Posted: 09 Oct 2014 12:16 PM PDT

Alor Setar: Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe enggan mengangkat bendera putih sebaliknya berikrar akan berjuang habis-habisan ketika melayan kunjungan Kelantan bagi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia malam ini.

Turun di gelanggang sendiri di Stadium Darulaman, bekas penolong jurulatih kebangsaan itu menuntut anak buahnya supaya fokus sepanjang 90 minit bagi memastikan impian ke separuh akhir tercapai.

Biarpun menyedari kelebihan berpihak kepada Kelantan dengan keputusan 3-1 di Kota Bahru Jumaat lalu, Cheng Hoe tetap mengambil pendirian positif kerana baginya dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.

"Misi kami hanya satu memburu kemenangan dan mengharapkan lawan tidak menjaringkan gol. Tidak ada dua hala dalam hal ini. Perlawanan ini ibarat final buat kami.

Foto

CHENG Hoe mahu anak buahnya buru gol pembukaan.


"Kami perlu menjaringkan gol awal untuk membangkitkan semangat pemain.


"Jika itu dapat dicapai, saya rasa peluang kami untuk mencatat sesuatu cerah," katanya sambil menekankan supaya anak buahnya mengelak daripada melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan peluang mereka.

"Justeru, saya harap sokongan 30,000 peminat di Stadium Darulaman akan membantu dalam menyemarakkan perjuangan kami."

Katanya, beliau lega kerana ketua pasukan Khyril Helmi Johari mampu beraksi malam ini selepas mengalami kecederaan ketika beraksi di Kota Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

'Tak mustahil!'

Posted: 09 Oct 2014 12:15 PM PDT

Shah Alam: Harapan menggunung penyokong The Red Giants untuk melihat pasukan kesayangan mereka melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia akan dijadikan tonik tambahan dalam pemburuan Selangor untuk mencipta keajaiban apabila bertemu FELDA United di Stadium Mini Temerloh, malam ini.

Pengendali skuad Merah Kuning Mehmet Durakovic percaya motivasi anak buahnya kini cukup tinggi menjelang aksi timbal balik itu biarpun kelmarin barisan pemainnya diganggu segelintir penyokong Ultras ketika latihan sedang berlangsung.

Malah, Mehmet menyifatkan insiden kurang sopan itu sebagai tanda sokongan kuat daripada penyokong tegar gergasi merah yang mahukan anak didiknya melakar kemenangan di halaman lawan nanti.

"Pemain berlatih bersungguh-sungguh hari ini (semalam) dan komitmen mereka cukup baik selepas kejadian semalam (kelmarin).

Foto

PEMAIN Selangor menjalani latihan di Padang SUK Shah Alam.


"Bagi saya kejadian semalam (kelmarin) meningkatkan motivasi pemain yang menyedari betapa penyokong begitu menyayangi pasukan ini dan berharap agar pemain dapat melakukan sesuatu di Temerloh nanti.


"Tiada sebarang tekanan, malah kami lagi bersemangat untuk buktikan sesuatu kepada penyokong kami. Apa yang sudah berlaku sebelum ini harus dilupakan, kami mesti memandang ke depan dan peristiwa semalam menaikkan semangat pemain untuk menghadiahkan kemenangan kepada seluruh penyokong Selangor," katanya kepada Arena Metro, semalam.

Jelas jurulatih yang pernah menjulang piala keagungan itu bersama Selangor sebanyak tiga kali pada musim 1995, 1996 dan 1997 itu tetap yakin peluang barisan kendaliannya tetap ada walaupun kelihatan agak sukar.

"Main untuk Selangor satu penghormatan terbesar buat setiap pemain. Saya sendiri pernah merasai nikmat memenangi Piala Malaysia, sudah tentu saya juga mahu pemain merasai nikmat itu.

"Bukan mudah bertemu pasukan FELDA. Mereka sebuah pasukan yang serba lengkap dan pemain cukup baik serta jurulatih yang bagus.

"Namun, saya yakin peluang untuk menang tetap ada jika kami dapat beri 100 peratus dalam permainan. Tidak mustahil kami boleh meraih kemenangan dan sekali gus layak ke peringkat seterusnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Farizal janji kebal jaga gawang

Posted: 09 Oct 2014 12:14 PM PDT

Kuala Lumpur: Penjaga gol utama FELDA United Mohd Farizal Harun berjanji mahu memastikan pintu golnya tidak dibolosi ketika bertemu Selangor yang pasti memburu jaringan awal buat menghidupkan peluang pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Mini Temerloh, malam ini.

Farizal tidak melepaskan sebarang gol ketika aksi pertama di Shah Alam tempoh hari yang menyaksikan pasukannya meraih kemenangan besar 4-0 buat memberi bekalan selesa sebelum turun mengharungi aksi timbal balik.

"Saya tahu pertemuan menentang Selangor sememangnya menjanjikan aksi sengit bagi kedua-dua pasukan dan saya sudah bersedia 100 peratus untuk memastikan pintu gol FELDA tidak dibolosi esok (malam ini).

"Namun, semua itu tidak dapat dilakukan sekiranya tanpa bantuan daripada rakan sepasukan yang lain.

Jadi saya berharap rakan sepasukan terutamanya di benteng pertahanan bekerja keras mengekang asakan pemain Selangor terutama tonggak import mereka Paulo Rangel," katanya kepada Arena Metro.

Bekas penjaga gol Negeri Sembilan dan Angkatan Tentera Malaysia berusia 28 tahun itu berkata, pasukan yang terkenal dengan jolokan Red Giants itu sudah pasti mahu bangkit daripada terus mempamerkan aksi hambar sebelum ini.

"Kita tahu Selangor kalah minggu lalu kepada kami.

Sudah pasti mereka tidak mahu kecundang lagi dan kita kena berhati-hati serta tidak terperangkap dengan percaturan taktikal pasukan mereka.

"Lagipun, saya ingin mencipta sejarah peribadi sendiri dengan menjulang Piala Malaysia bersama FELDA pula jika diizin tuhan.


Kali terakhir saya mendakap piala itu ketika bersama Negeri Sembilan, dan mahu mengecapi saat manis menjulang Piala Malaysia dengan FELDA," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Bujang Senang nafi spekulasi

Posted: 09 Oct 2014 12:13 PM PDT

Kuching: Walaupun laporan akhbar tempatan menyebut sebilangan pemain Liga Super Sarawak akan beralih angin ke Semenanjung musim depan, namun Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berkata kesebelasan utama pemain pasukan itu tidak terjejas.

Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julahi, bagaimanapun berkata, perpindahan serta pengambilan pemain baharu sudah menjadi lumrah mana-mana pasukan di dunia.

Beliau berkata, penyokong pasukan Sarawak tidak perlu panik berhubung perpindahan pemain kerana persatuan itu mempunyai strategi sendiri untuk membentuk pasukan mantap bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

"Kecuali S Chanturu, semua pemain dalam kesebelasan utama masih berada bersama kita...yang paling penting strategi untuk melakarkan pencapaian yang lebih baik musim depan," katanya di sini semalam.

Foto

JUNIOR Eldstal (kanan) dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor.


"Kita berusaha ke arah itu dan kami memahami kebimbangan dan sentimen peminat," katanya.


Abdullah berkata, dalam sukan bola sepak memang ada penawaran dan permintaan sehubungan itu FAS tidak akan menghalang mana-mana pemain berhasrat beralih angin.

Beliau berkata, ura-ura pemain Junior Eldstal akan menyertai pasukan Selangor musim depan tidak benar kerana masih belum ada pengesahan berhubung perpindahannya.

Menurutnya, kesemua tiga pemain importnya iaitu Muamer Salisbasic, Gabor Gypes dan Ryan Griffiths masih bersama pasukan.

Beliau berkata, Mesyuarat EXCO hari ini yang dipengerusikan Presiden Datuk Sudarsono Osman akan membincangkan isu pemain.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Duduk semeja

Posted: 09 Oct 2014 12:11 PM PDT

Kelana Jaya: Tidak mahu dilabel berat sebelah dan badan sukan tidak bermaruah, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk memanggil kedua-dua wakil pasukan Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) hari ini untuk membincangkan mengenai kemelut perubahan tarikh perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2014.

Menurut Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, kedua-dua wakil Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan bermesyuarat cara baik di Wisma FAM bagi mencari jalan terbaik dan tidak mahu mana-mana pihak saling tuduh-menuduh siapa salah.

"Dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, kami bersetuju kedua-dua belah pihak harus diberi peluang untuk berbincang dengan baik," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu semalam.

Jelasnya, perbincangan yang akan berlangsung pada jam 10 pagi ini bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi mahu menyelesaikan masalah berhubung tarikh perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Jumaat lalu.

Foto

TENGKU Abdullah (kanan) selepas merasmikan Akademi Bolasepak Negara di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), semalam.


"Saya minta maaf bagi pihak FAM, kami akan cari penyelesaian terbaik, kerana tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.


"Tujuan utama pertukaran tarikh sebelum ini untuk memberi tempoh latihan panjang buat pasukan kebangsaan dan skuad bawah 23 tahun negara, bukan hendak tukar sewenang-wenangnya," kata Tengku Abdullah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, mereka sudah menerima surat daripada PBSNT semalam.

"Bagaimanapun, kita membuat keputusan untuk memanggil kedua-dua belah pihak esok (hari ini) bagi mencari satu ketetapan dan memberi peluang mereka berbincang," katanya.

PBSNT kelmarin mengeluarkan kenyataan perubahan tarikh saingan suku akhir kedua Piala Malaysia seperti perlawanan bola sepak antara kampung dan keputusan itu tidak masuk akal, pelik serta tidak bermaruah.

Bagi pihak PBNJ pula Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak PBSNT kerana mempertikaikan penundaan tarikh suku akhir kedua Piala Malaysia membabitkan pasukannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Usah politikkan bola sepak: Tunku Ismail

Posted: 09 Oct 2014 12:08 PM PDT

Johor Bahru: Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta mana-mana ahli politik yang membabitkan diri dalam bola sepak supaya tidak mempolitikkan sukan itu.

Tunku Ismail menerusi kenyataan dalam laman rasmi JOHOR Southern Tigers berkata, bola sepak adalah untuk menyatu-padukan rakyat dan bukan memecah-belahkan mana-mana pihak.

"Sebagai wakil rakyat, anda tidak sepatutnya menambah kemarahan rakyat untuk berbalah.

"Saya agak pelik apabila ada segelintir pihak membantah keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang jelas mengikut peraturan dan undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Persoalan saya kepada individu yang membantah keputusan FAM, adakah mereka ini mahu melihat bola sepak tanah air maju atau melihat FAM melanggar peraturan ditetapkan badan bola sepak dunia itu kerana menggunakan bola sepak untuk kepentingan politik masing-masing," kata Tunku Ismail dalam kenyataan itu.

Kelmarin Tunku Ismail menjelaskan permohonan kepada FAM untuk menunda perlawanan membabitkan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dan Terengganu yang ditunda kepada 17 Oktober ini berdasarkan ketetapan di bawah klausa FIFA.

Ketetapan badan induk bola sepak dunia itu turut menetapkan jika ada pemain dari kelab terbabit dalam apa juga perlawanan antarabangsa maka pertandingan liga tempatan harus dihentikan buat sementara.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengulas undang-undang yang ditetapkan FIFA juga ada menyatakan jika ada pertembungan jadual perlawanan, maka PBNJ ada hak untuk membuat rayuan tanpa melanggar apa juga undang-undang badan bola sepak dunia.

Tunku Ismail dalam kenyataan itu mencadangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid agar bersemuka dengannya bagi menyelesaikan apa jua kemelut mengenai perlawanan yang ditunda itu.

"Saya ingin tanyakan kepada Datuk Wan Ahmad Nizam dan individu berkenaan, adakah ini isu bola sepak atau peribadi.

"Jika ia isu peribadi, tidak perlu kita babitkan penyokong atau FAM.

Saya cadangkan kita selesaikan isu itu secara bertamadun dan bersemuka dengan saya," kata Tunku Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

MB sokong PBSNT boikot aksi 17 Oktober

Posted: 09 Oct 2014 12:08 PM PDT

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri menyerahkan kepada kebijaksanaan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) membuat apa saja keputusan termasuk memboikot perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (Johor DT) sekiranya diadakan pada 17 Oktober ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau sudah memberi mandat penuh kepada PBSNT serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat untuk membuat keputusan mengenai isu berkenaan.

Dalam nada berkias, Ahmad Razif berkata, sekiranya semua perkara mahu dirujuk kepadanya, lebih baik beliau memegang semua jawatan termasuk menerajui badan induk bola sepak negeri.

"Bagaimanapun, sekiranya PBSNT akur dengan tarikh baru yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu pada 17 Oktober ini, kerajaan negeri akan menyediakan 2,000 keping tiket percuma dan 50 bas untuk penyokong pasukan Terengganu sebagai komitmen kerajaan negeri," katanya semalam.

Sambil meluahkan rasa kecewa dengan keputusan FAM menunda perlawanan di saat akhir, beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku hanya kerana disebabkan seorang pemain Johor DT tidak dapat beraksi dalam perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Johor Bahru malam esok.

"Janganlah kerana seorang pemain Johor DT tidak dapat beraksi, maka tarikh asal perlawanan dipinda kerana mengikut permintaan mereka.

"FAM kena mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Hamidin tunggu laporan ceroboh

Posted: 09 Oct 2014 12:06 PM PDT

Shah Alam: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melahirkan rasa kekesalan berhubung insiden kekecohan penyokong Ultras Selangor yang mengganggu sesi latihan pasukan itu di Padang SUK, Kelmarin.

Menurut Hamidin, pihaknya tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai tindakan luar jangkaan penyokong gergasi merah itu sehingga meneliti laporan penuh insiden itu yang akan diperoleh daripada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

"Saya perlu menilai laporan mengenai perkara itu terlebih dulu.

Ini kerana kita tidak tahu apa tujuan sebenar penyokong itu datang ke kawasan latihan pasukan.

"Kita perlu tahu sama ada pertemuan itu diaturkan pihak tertentu atau tidak.

Tapi aspek yang tidak baik dalam bola sepak sepatutnya dihindarkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan FAM dan Pelancaran Akademi Bola Sepak Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)-UiTM di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, semalam.

Difahamkan, tindakan Ultras Selangor itu berpunca daripada rasa kecewa sejurus kekalahan 0-4 kepada FELDA United pada aksi separuh akhir di Shah Alam, minggu lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain UiTM dan FAM menjalinkan kerjasama pintar dengan menubuhkan Akademi Bola Sepak Negara (ABN) yang bertujuan untuk membantu badan induk bola sepak negara itu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Profesor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, menerusi MoU itu dapat membuka ruang dan peluang untuk atlet bola sepak memajukan diri dalam pelbagai aspek ilmu bola sepak.

Majlis itu dilancarkan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Hadir sama, Pemangku Naib Canselor UiTM, Prof Ir Dr Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar UiTM Datuk Dr Abdullah Mohamad Said dan Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Skuad bawah 16 tahun kekal hingga 2016

Posted: 09 Oct 2014 12:06 PM PDT

Kelana Jaya: Selepas cemerlang dan hampir melayakkan diri ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun 2015 Chile, skuad bawah 16 tahun negara akan dikekalkan sehingga 2016 untuk memberi peluang kepada mereka beraksi di Kelayakan Piala AFC Bawah 19.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, pasukan itu juga akan dipantau dengan rapi dari masa ke semasa.

"Kami juga mencadangkan agar jurulatih skuad ini, S Balachandran diberi peluang untuk menimba ilmu di be berapa kelab di luar negara," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan FAM semalam.

Pasukan Bawah 16 negara gagal menempah slot separuh Kejohanan Piala AFC Bawah 16 Tahun apabila tumpas 1-2 kepada Australia di suku akhir di Stadium Muangthong, Bangkok, bulan lalu.

Foto

TENGKU Abdullah bersalaman dengan pemain bawah 16 negara.


Kekalahan itu bermakna mereka terlepas peluang mara ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Chile tahun depan secara automatik.


Dalam pada itu mesyuarat berkenaan bersetuju mewujudkan liga baru dalam kancah bola sepak negara khusus kepada pemain amatur.

"Ia akan dikenali sebagai Liga Bola Sepak Rakyat, mem babitkan semua daerah di dalam negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Sekarang kita tengah berusaha untuk mendapat tajaan dan ia akan bermula tahun depan atau selewat-lewatnya pada 2016," katanya.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif juga mencadangkan agar mewujudkan lebih banyak kejohanan futsal di peringkat daerah untuk melahirkan 1,536 pemain.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jejaki laluan tentera bergajah

Posted: 09 Oct 2014 11:30 AM PDT

Riyadh: Sekumpulan peminat sejarah Saudi berjaya mengesan laluan yang digunakan tentera bergajah Abraha yang cuba memusnahkan Kaabah lebih 1,400 tahun lalu.

Kitab suci al-Quran, dalam satu bab menerangkan secara ringkas kisah mengenai tentera bergajah yang diketuai Abraha Al-Ashram, gabenor Yaman ketika itu.

Allah SWT memusnahkan Abraha dan tentera, termasuk 13 gajah dengan menghantar sekumpulan burung ababil untuk menggugurkan batu kecil ke atas mereka.

"Tiada batu yang mengena askar itu tetapi mereka terbakar dan hancur. Abraha melarikan diri ketika badannya terbakar dan hancur sebelum mati dalam perjalanan pulang ke Yaman," kata ulama dan pentafsir al-Quran terkenal abad ke-14, Ibn Kathir.

Foto

ANTARA kawasan yang dikatakan dilalui tentera Abraha di timur Tathlith.


Kumpulan penyelidik sejarah itu melakukan perjalanan merentasi gunung dan laluan sukar, mengambil gambar mercu tanda penting, bermula di utara Najran, kemudian ke timur Asir sebelum meneruskan perjalanan ke timur Asir.


Antara tapak sejarah penting di sepanjang perjalanan itu ialah lakaran gambar gajah pada tembok Gunung al-Qahr di tenggara Tathlith, perigi lama di Hafaer di timur Asir dan jalan berturap berhampiran Kara di daerah Aqeeq di wilayah Baha.

Ketua bahagian geologi di Universiti Raja Saud, Mohammed Al-Amry, berkata, dia melihat laluan Abraha dan tenteranya di Tathlith dan Baha.

"Kami melepasi kawasan berbatu dan terdapat tulisan dalam bahasa Humairiya di beberapa tempat di gunung sekitar daerah itu," katanya.

Menurut sumber sejarah Islam, Abraha penganut Kristian, merancang mendirikan gereja di Sanaa, sama seperti Kaabah di Makkah.

Dia mahu penduduk Arab datang beribadah di Sanaa bukan Makkah dengan berharap dapat melencongkan kegiataan perniagaan bagi faedah Yaman.

Dia mengemukakan idea itu kepada Raja Habsyah ketika itu yang bersetuju dengan rancangan berkenaan.

Abraha membina gereja itu tetapi masyarakat Arab enggan melakukan ibadah di Sanaa.

Ia mencetuskan kemarahannya, mendorongnya membentuk pasukan tentera untuk menyerang Makkah dan memusnahkan Kaabah.

Dia menumpaskan semua tentera Arab ketika mara sehingga dia tiba di Makkah apabila dia dan pasukannya diserang burung Ababil yang dihantar Allah (SWT).- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Tukar rumah dengan iPhone 6

Posted: 09 Oct 2014 11:24 AM PDT

Detroit: Seorang tuan rumah yang terdesak bersedia menukar rumahnya dengan telefon pintar iPhone 6.

Lelaki itu yang menetap di Austria dan tidak pernah melawat rumah di Michigan City juga bersedia menyerahkan rumah dua tingkat dan tiga bilik itu kepada mereka yang sanggup memberinya iPad 32GB.

Dia membeli hartanah itu empat tahun lalu pada harga AS$40,000 (RM130,000) dengan harapan dapat meraih keuntungan jika dijual balik.

Tetapi dia gagal menjual semula rumah itu sejak mencubanya beberapa bulan lalu, termasuk dengan meletakkan harga serendah AS$3,000 (RM10,000) kerana kejatuhan nilai hartanah di kawasan berkenaan.

Foto

RUMAH di Michigan City yang ingin ditukar dengan iPhone 6 atau iPad 32GB.


Cukai tanah terkumpul untuk rumah itu yang kosong sejak 2010 kini berjumlah AS$12,000 dan perlu dijelaskan oleh pemilik baru.


Ejen hartanah, Larry Else berkata, walaupun dilengkapi besmen dan garaj serta terletak tidak jauh dari bandar Detroit, rumah di kawasan berkenaan sukar dijual.

Menurut Else, ada pemilik rumah di kawasan itu juga yang gagal menjual rumahnya sanggup menukar hartanah itu dengan sebuah kereta Chevy keluaran 1994. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Bunuh, noda mayat emak

Posted: 09 Oct 2014 11:21 AM PDT

Texas: Sebuah mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana seorang remaja belasan tahun membunuh ibunya dengan tukul besi dan kemudian memperkosa mayat mangsa.

Kevin Davis, 18, mengaku membunuh ibunya, Kimberly Hill, 50, di kediaman mereka di Corpus Christi, Texas.

Semalam, juri ditunjukkan dokumen soal siasat Davis dengan polis selepas dia ditangkap.

Davis menceritakan kepada penyiasat bagaimana dia mula cuba membunuh ibunya dengan menjerut mangsa mengguna wayar elektrik.


Apabila ibunya tidak mati, Davis mengambil tukul besi dan mengetuk mangsa kira-kira 20 kali.


Disoal apa yang berlaku kemudian, Davis berkata: "Saya mengadakan seks dengan mayatnya. Itu pertama kali saya mengadakan seks dan ia dengan ibu saya."

Menurutnya, dia tidak keluar dari apartmen berkenaan kerana menunggu adiknya pulang dengan niat untuk membunuhnya juga.

Tetapi kerana bosan menunggu, dia meninggalkan kediaman itu.

Dalam soal siasat berkenaan, Davis juga memberitahu pegawai, dia sudah sekian lama mengimpikan untuk membunuh ibu dan adiknya dan akan melakukannya sekali lagi jika dibenarkan.

Dia menceritakan bagaimana dia berangan melakukan pembunuhan itu - berpakaian suit, memenggal mangsa, memakainya dengan pakaian cantik sebelum mengadakan seks dengan mayat itu.

Apabila ditanya alasan dia membunuh ibunya, Davis berkata, dia bosan dengan hidupnya dan tidak suka bergaul.

"Saya tidak gila. Saya waras. Saya tahu apa yang saya lakukan," katanya.
Davis hanya tersenyum sepanjang perbicaraan semalam.

Juri mengambil masa kurang sejam untuk mendapatinya bersalah dan menghukumnya penjara seumur hidup. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Elaun untuk anak dara Swaziland jauhi seks

Posted: 09 Oct 2014 11:20 AM PDT

Swaziland: Anak dara di Swaziland ditawarkan RM57 sebulan untuk menjauhi seks.

Bagaimanapun, pengkritik berkata, raja ranggi itu yang sudah mempunyai 15 isteri mahu memastikan isterinya yang akan datang bebas daripada wabak berkenaan.

Setakat ini, belum ada cara ditetapkan mengenai bagaimana gadis muda negara itu akan diawasi bagi memastikan mereka tidak pernah melakukan seks.

Anak dara Swaziland menjadi tajuk akhbar setahun sekali apabila puluhan ribu akan menari separuh bogel di depan raja pada acara Reed Dance.

Foto

MSWATI III sudah mempunyai 15 isteri.

Foto

GADIS Swaziland menyertai acara Reed Dance, bulan lalu.

Raja playboy negara itu, Mswati III, dilapor meluluskan skim faedah itu, kononnya dalam usaha menghalang wabak HIV merebak.

Setiap tahun Mswati III, 46, akan memilih seorang anak dara untuk menjadi isteri barunya dalam kalangan mereka.

Bulan lalu, dia memilih seorang gadis berusia 19 tahun menjadi isterinya yang ke-15.

Program berkenaan yang didakwa dibiayai oleh Bank Dunia menawarkan pendapatan kepada gadis di negara yang dua pertiga penduduknya meraih pendapatan kurang RM3.20 sehari.

Pekerja kesihatan, Thabsile Dlamini berkata, kerajaan membayar elaun kepada anak dara supaya mereka menggunakan wang itu untuk keperluan masing-masing dan menolak tawaran wang untuk mengadakan seks.

Kadar HIV di Swaziland kekal 26 peratus ketika ini, antara yang paling tinggi di dunia. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Kerja tiga hari saja

Posted: 09 Oct 2014 11:16 AM PDT

Mexico City: Carlos Slim, taikun Mexico yang juga orang paling kaya di dunia mencadangkan supaya dilakukan rombakan besar-besaran terhadap sistem keseimbangan kehidupan dan bekerja yang akan menyaksikan waktu bekerja hanya tiga hari seminggu.

Slim yang bernilai lebih AS$80 bilion (RM260 bilion) berkata, untuk menyesuaikan dengan sistem itu, waktu bekerja perlu selama 11 jam sehari, bukan lapan jam seperti sekarang dan usia persaraan ditingkatkan kepada 75.

"Dengan cara ini, kita boleh menikmati lebih banyak masa sepanjang hayat.

Tak perlu tunggu hingga kita berusia 60 tahun dan bersara," katanya.

Bilionair berusia 74 tahun itu mengemukakan idea itu pada satu persidangan di Paraguay.

Dia berkata, konsep itu bukan setakat boleh mencergaskan pekerja tetapi juga memberi kesan positif kepada pasaran ekonomi dan kewangan.

"Dengan bekerja tiga hari seminggu, kita akan mempunyai lebih banyak masa untuk berehat, menikmati kehidupan berkualiti," katanya pada persidangan itu.

"Biar mesin yang bekerja 24 jam sehari.


Manusia berhak untuk berhibur, bersantai bersama keluarga dan menjalani latihan untuk bekerja dengan lebih baik.

"Ia akan menghasilkan masyarakat berpengetahuan dan berpengalaman," katanya.

Slim bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada gaji perlu dikekalkan atau dikurangkan selaras dengan hari bekerja yang sudah berkurangan itu.


Namun, dia yakin, ia boleh dilakukan walaupun tidak tahu bila.

Slim berkata, dia sudah melaksanakan sebahagian sistem berkenaan di syarikatnya.

Pekerja di syarikat bekenaan dibenarkan bersara pada usia 50 dan boleh terus bekerja empat hari seminggu dengan gaji penuh.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Jutawan Hong Kong rugi RM4.18 juta

Posted: 09 Oct 2014 11:13 AM PDT

Hong Kong: Sekumpulan lelaki memecah masuk ke rumah jutawan hartanah Cecil Chao dan melarikan barangan lebih HK$10 juta (RM4.18 juta).

Chao yang terkenal sebagai lelaki yang menawar hadiah HK$1 billion kepada lelaki yang berkahwin dengan anak perempuan lesbiannya, tidak mengesahkan jumlah sebenar kerugian yang ditanggungnya.

Bagaimanapun, siasatan awal menunjukkan, antara yang yang hilang ialah enam barangan antik, lima jam dan 20 barangan kemas.

Perompak itu menggunakan besi sepanjang dua meter untuk memanjat masuk ke rumah Chao menerusi tingkap.

Sumber polis berkata, sistem keselamatan rumah berkenaan tidak berfungsi ketika kejadian.

Chao hanya mengulas ringkas mengenai rompakan itu sebelum keluar dari rumah berkenaan bersama-sama teman wanitanya dengan menaiki Rolls-Royce.

Rumahnnya adalah kediaman jutawan Hong Kong ketiga dirompak dalam masa empat hari.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Sembelih keldai jika bekas suami mati

Posted: 09 Oct 2014 11:13 AM PDT

Riyadh: Seorang wanita ditegur selepas memberitahu seorang ulama dalam rancangan televisyen bahawa dia bernazar menyembelih keldai jika bekas suaminya yang kejam meninggal dunia.

Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Umm Mohammed menelefon Sheikh Abdullah Al Mutlaq - anggota Jawatankuasa Agung Ulama - ketika satu rancangan televisyen yang melihatnya menjawab soalan penonton.

"Saya bernazar menyembelih keldai sebagai tanda syukur dibebaskan selama-lamanya daripada kekejamannya.
"Dia terlalu zalim terhadap diri saya serta anak-anak kami," katanya.

Namun Sheikh Mutlaq menjawab: "Perbuatan itu tidak diterima dalam Islam. Kamu perlu memaafkan bekas suami dan mendoakan Tuhan mengampunkannya. Jadilah orang lebih baik daripadanya.

"Namun jika anda masih mahu memenuhi nazar itu kelak, sembelihlah kambing untuk fakir miskin," katanya ketika dalam rancangan televisyen berkenaan, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Pasangan kahwin menerusi radio

Posted: 09 Oct 2014 11:12 AM PDT

Cixi (China): Seorang pengantin perempuan di wilayah Zhejiang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya menerusi radio apabila mereka menyedari dia tidak akan sempat tiba di majlis itu pada masa yang ditetapkan.

Yan Mengxia berlepas dari rumahnya jam 1 petang minggu lalu untuk perjalanan sejauh 300 kilometer ke Yongkang, tempat perkahwinan itu dilangsungkan.

Ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya kerana cuti hari kebangsaan, tunangnya tidak putus-putus menelefon sebuah stesen radio untuk mengetahui keadaan lalu lintas.

Majlis itu dijadual berlangsung jam 4 pertang tetapi Yan tidak juga tiba.


Bagaimanapun, mereka diselamatkan stesen radio itu yang menawarkan majlis itu diadakan secara langsung menerusi gelombang udara. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Suami tak sampai-sampai

Posted: 09 Oct 2014 11:11 AM PDT

Sumenep, Jawa Timur: Seorang pengantin lelaki adalah antara mangsa tragedi bot karam yang setakat ini menyaksikan 19 maut dan 22 masih hilang.

Bot berkenaan ditimpa bencana ketika dalam perjalanan ke Bali.

Bakal isteri lelaki terbabit tiada bot kayu berkenaan ketika ia mengalami kerosakan enjin.

Jiran mangsa, Ainur Rasyid berkata, pengantin perempuan berada di Bali dan menunggu kedatangan bakal suaminya.

Foto

PENYELAMAT menarik naik mayat seorang mangsa bot karam di Selat Madura, semalam.


"Majlis kenduri sepatutnya bermula petang Isnin," katanya.


Bapa pengantin lelaki - dikenali sebagai Ahmad Yani - serta beberapa anggota keluarganya juga berada dalam bot malang berkenaan.

Semalam penyelamat menemui dua mayat wanita dewasa menjadikan jumlah rasmi kematian akibat tragedi itu menjadi 19 orang.

Tiga daripada mangsa yang disahkan itu ialah kanak-kanak.

Ketua operasi mencari dan menyelamat, Asnawi, berkata ada seramai 49 orang di dalam bot berkenaan dan hanya lapan berjaya diselamatkan oleh nelayan kelmarin.

Tragedi berlaku kira-kira 3 kilometer dari Pulau Raas.

Kata Asnawi, sehingga petang semalam 22 orang masih hilang dan semua penumpang adalah rakyat Indonesia.

Bot malang itu bertolak pada jam 8 pagi Isnin dan sepatutnya tiba di Bali tengah hari kemudian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

MUI kecam Jupe mahu hamil melalui tabung uji

Posted: 09 Oct 2014 10:50 AM PDT

Jakarta: Rancangan Julia Perez mendapatkan zuriat melalui proses tabung uji di Malaysia mendapat kecaman daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Ketua Jawatankuasa Dakwah MUI, Cholil Nafis berkata, tindakan Julia itu bercanggah dengan ajaran Islam.

"Itu haram! Kehamilan boleh dilakukan jika ada hubungan nikah.

Sperma yang akan digunakan itu haram andainya diperoleh melalui proses klon atau zina," katanya.


Minggu lalu Julia berkata, dia akan ke Pulau Pinang untuk menjalani proses mendapatkan zuriat melalui kaedah dalam makmal.


Julia yang belum berkahwin mengaku mempunyai sprema penderma yang enggan didedahkan identitinya.

Kata Cholil, walaupun Julia mengetahui siapa yang mendermakan sperma untuk disenyawakan dengan telurnya, Islam masih melarang.

"Jika bukan melalui proses pernikahan, ia adalah haram," katanya.

Undang-undang Indonesia menetapkan setiap pasangan yang ingin mendapatkan bayi tabung uji mesti menyerahkan sijil nikal bagi membuktikan sesuatu pasangan adalah suami isteri.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Harian Metro: MetroPlus

Harian Metro: MetroPlus


Kera masuk kampung

Posted: 27 Dec 2012 12:52 PM PST

KLANG: Kawasan hutan yang semakin berkurangan di daerah ini menyebabkan penduduk Kampung Sementa, di sini, diancam kehadiran kera yang mengganggu kehidupan penduduk sejak empat bulan lalu.

Lebih membimbangkan, kumpulan kera itu bukan saja mengganggu penduduk, malah menyebabkan persekitaran kawasan kotor apabila tong sampah penduduk diselongkar dan ada juga yang menceroboh rumah untuk mencari makanan.

Malah, kumpulan kera itu turut merosakkan tanaman penduduk seperti pisang, tebu dan beberapa pokok hiasan.

Bekas kakitangan awam, Ehsan Ahmad, 46, berkata, sekurang-kurangnya 20 kera liar sering berkeliaran mencari makanan di kawasan kebun di depan rumahnya walaupun belum ada kes serangan haiwan itu ke atas penduduk.

Foto

DI SANA...Ehsan menunjukkan kawasan tumpuan kera berkeliaran.


Katanya, ekoran itu, penduduk menebang pokok di kawasan kebun berkenaan bertujuan menghalau kera terbabit, namun tindakan itu gagal kerana bilangan haiwan itu bertambah setiap hari.


"Beruk di kawasan ini seolah-olah tidak takut manusia. Ini kerana biarpun walaupun pelbagai cara sudah dilakukan termasuk meletakkan perangkap untuk mengurangkan kehadiran haiwan itu, semuanya masih tidak berjaya.

"Selain itu, kami bukan saja takut diserang, tetapi menghadapi masalah untuk menjemur pakaian di ampaian. Pakaian disidai perlu disepit bagi mengelakkan ia dilarikan," katanya.

Ehsan berkata, kumpulan kera itu berkeliaran di kawasan kampung berkenaan tanpa mengira masa, tetapi lebih ketara ketika tengah hari dan petang dipercayai untuk mencari makanan.

"Kera berkenaan seperti mengetahui aktiviti harian manusia kerana menjelang tengah hari, lebih banyak kera berkeliaran berikutan pada waktu itu kebanyakan penduduk menyediakan makanan.

"Saya bimbang dengan tahap keselamatan penduduk di sini, terutama kanak-kanak kerana kera berkenaan boleh bertindak ganas pada bila-bila masa dan boleh mendatangkan kecederaan," katanya.

Sehubungan itu, dia merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) supaya mengambil tindakan sewajarnya sebelum berlakunya kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor, Rahim Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada penduduk mengenai masalah kera yang mengganggu penduduk di kampung berkenaan.

Menurutnya, pihak Perhilitan sudah memasang perangkap dan menangkap 65 kera yang sering berkeliaran di perumahan penduduk.

"Sukar untuk menghapuskan kera yang berkeliaran kerana kawasan berkenaan berhampiran dengan hutan paya bakau yang menjadi habibat asal haiwan berkenaan.

"Namun, kami akan menjalankan pemantauan berterusan untuk memastikan keadaan terkawal dan beruk yang berkeliaran tidak mengganggu penduduk," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai masalah mengenai kehadiran kera di kawasan perumahan mereka boleh menghubungi Pejabat Perhilitan Pelabuhan Klang di talian 03-55193915 untuk menyalurkan maklumat.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28

Najis lembu 'hiasi' taman

Posted: 27 Dec 2012 12:48 PM PST

JASIN: Lebih 200 penduduk Taman Rim Baru Fasa Dua, di sini, mengeluh berikutan berdepan masalah lambakan najis lembu di hadapan rumah mereka sejak setahun lalu.

Penduduk, Mohd Rizal Samsudin, 28, berkata, masalah najis lembu itu berlarutan sejak tiga tahun lalu dan keadaan bertambah teruk setahun lalu.

"Hampir setiap pagi, penduduk berdepan kawanan lembu berkeliaran di hadapan rumah sehingga menyukarkan kami keluar bekerja.

"Selain itu, penduduk terpaksa membersihkan najis lembu yang bertaburan di hadapan rumah dan sepanjang taman perumahan ini," katanya ketika ditemui di taman berkenaan.


Menurutnya, kebiasaannya lembu berkenaan datang secara berkelompok iaitu lebih 10 ekor pada waktu tengah malam hingga pagi.


Katanya, ternakan berkenaan datang dari kawasan bukit terletak berhampiran dengan taman perumahan mereka sejak tengah malam.

"Pada waktu siang, lembu itu tidak kelihatan di kawasan perumahan kami namun najisnya bertaburan atas jalan di hadapan rumah," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Ariff Ramli, 26, berkata, dia terpaksa menutup pintu rumahnya setiap hari bagi mengurangkan masalah bau najis lembu yang bertaburan di hadapan rumahnya.

"Kedudukan rumah saya betul-betul di hadapan padang permainan lokasi kegemaran lembu berkenaan.

"Saya bingung dan rimas dengan keadaan ini kerana terpaksa menahan bau busuk selain segan untuk mempelawa saudara-mara serta rakan datang berkunjung ke rumah," katanya.

Penduduk lain, N Ganesan, 36, berkata, dia dan penduduk kampung sudah beberapa kali mengadukan perkara itu kepada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) namun sehingga kini tiada tindakan.

"Saya dan penduduk sudah berulang kali membuat aduan melalui telefon dan bertemu mereka di pejabat namun sehingga kini tiada perubahan.

"MPJ memberitahu beberapa anggotanya sudah membuat rondaan di kawasan berkenaan namun sehingga kini masalah ini tidak berakhir," katanya.

Dia berharap, pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah lembu berkeliaran dan najis lembu di kawasan itu.

Sementara itu, Yang Dipertua MPJ, Murad Husin berkata, pihaknya membuat rondaan di kawasan berkenaan apabila menerima laporan penduduk.

"Bagaimanapun, ketika rondaan dilakukan, kami tidak menemui haiwan itu dan anggota MPJ akan melakukan pemantauan berterusan di kawasan berkenaan.

"Pihak MPJ akan menangkap haiwan ternakan itu dan mengenakan kompaun RM500 seekor terhadap pemilik lembu terbabit," katanya di sini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28

Tarik 30,000 pengunjung

Posted: 27 Dec 2012 12:47 PM PST

KULIM: Pesta Flora Kulim 2012 yang berlangsung di pekarangan Medan Usahawan, di sini, baru-baru ini, mendapat sambutan menggalakkan apabila dikunjungi 30,000 orang untuk menyaksikan pelbagai spesis bunga termasuk pokok hiasan lain dan pokok buah-buahan.

Pameran buat kali kelima anjuran Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan Persatuan Orkid Negeri Kedah, berlangsung seminggu mulai 17 Disember lalu. Ketua Bahagian Khidmat Masyarakat MPKK merangkap Penyelaras pameran, Zaidi Zainun berkata, sambutan diberi amat baik apabila jumlah peserta dan pengunjung bertambah berbanding tahun lalu.


"Program ini adalah idea MPKK di bawah Program Local Agenda 21 bertujuan mempromosikan flora serta menjadikan Kulim sebagai tempat tumpuan pelancong di samping menambahkan lagi ciri baru daerah yang mengutamakan bandar dalam taman.

"Ia membabitkan 24 pengusaha tapak semaian bunga di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang mempamerkan lebih 100 jenis spesis bunga dan pokok hiasan serta buah-buahan termasuk spesis bunga orkid yang mempunyai bentuk dan warna yang amat menarik," katanya.


Menurutnya, selain pameran dan jualan bunga, ada juga peserta yang menjual barangan perhiasan untuk landskap dan kelengkapan penjagaan tanaman seperti baja pada harga berpatutan.


Katanya, pada masa sama, peserta turut menyertai pertandingan bunga orkid bagi memilih bunga orkid tercantik berdasarkan beberapa kriteria.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28

Huni rumah reput

Posted: 27 Dec 2012 12:46 PM PST

REMBAU: Nasib seorang warga emas di Kampung Chengkau Hulu, dekat sini, ibarat menunggu buah yang tidak gugur apabila permohonannya sejak tiga tahun lalu bagi membaiki rumah rosak teruk dimakan anak-anai, belum mendapat perhatian pihak berkaitan.

Aini Nikmat, 80, yang tinggal bersama anak lelakinya, Afendi Parjo, 44, juga orang kelainan upaya (OKU), kini terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka mendiami rumah yang semakin uzur dan boleh roboh pada bila-bila masa.


"Semakin hari rumah semakin reput dimakan anai-anai dan banyak atap yang bocor sehingga saya terpaksa menadah besen dan baldi setiap kali hujan.

"Keadaan bertambah teruk terutama sekarang musim hujan, habis rumah basah dan tidur malam saya tidak lena kerana bilik dimasuki air namun terpaksa juga tidur dalam kebasahan kerana tiada pilihan disebabkan rumah di tingkat atas langsung tidak dapat digunakan lagi kerana reput," katanya ketika ditemui di rumahnya.


Aini berkata, setiap kali hujan dia menangis memikirkan nasib dan keadaan rumahnya itu serta sentiasa berdoa supaya ada pihak prihatin dan sudi membantunya.


"Nak harapkan anak, mereka semua hanya kerja kampung dan mempunyai tanggungan masing-masing, jadi saya terpaksa mengambil upah mengurut menambah pendapatan.

"Walaupun anak lelaki tinggal bersama, dia tidak dapat bekerja kerana cacat pendengaran dan bisu serta terpaksa bergantung hidup dengan saya.


"Saya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 setiap bulan, namun jumlah itu tidak cukup untuk membaiki rumah yang rosak ini," katanya.

Cucunya, Yazaini Noryazid, 32, berkata, sebelum ini dia pernah membuat permohonan melalui ketua kampung bagi pihak neneknya dan mendapat kelulusan bantuan membaiki rumah, tetapi hairan sehingga hari ini tiada tindakan dilakukan.


"Saya kasihan melihat keadaan nenek yang tua dan tinggal di rumah yang uzur seperti ini tambahan pula jauh dari penduduk kampung.


"Dinding dan lantai rumah semua reput dimakan anai-anai, saya bimbang rumah ini boleh roboh pada bila-bila masa dan boleh membahayakan keselamatan.


"Saya berharap ada pihak dapat membantu dan mengambil tindakan segera untuk membaiki rumah nenek," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28

Usah lepas!

Posted: 27 Dec 2012 12:45 PM PST

SHAH ALAM: Sikap lepas tangan penternak lembu yang membiarkan haiwan ternakan mereka sesuka hati meragut rumput boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya di Persiaran Panglima Hitam, Alam Impian, di sini.

Disebabkan itu, pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati berikutan kehadiran lembu di bahu jalan yang boleh menyebabkan kemalangan. Tinjauan di kawasan berkenaan mendapati sekumpulan lembu berkeliaran di bahu jalan manakala sekumpulan lagi meragut daun pokok ditanam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Pengguna jalan raya, Siti Rohaiza Abdul Khalid, 25, berkata, sikap tidak bertanggungjawab penternak lembu membiarkan ternakan mereka berkeliaran di kawasan itu mengundang risiko kemalangan.

Katanya, penternak terbabit tidak sepatutnya membiarkan ternakan mereka berkeliaran tanpa kawalan kerana ia mengganggu ketenteraman awam dan mengancam nyawa pengguna jalan raya lain. "Aliran trafik di sini sentiasa sibuk walaupun pada waktu malam kerana ini jalan utama menghubungkan taman perumahan dengan jalan utama ke Shah Alam atau Klang.


"Sepatutnya haiwan ternakan itu ditempatkan di kawasan padang ragut yang berpagar supaya tidak terlepas dan berkeliaran hingga ke jalan raya," katanya.


Penduduk, Mohd Danial Daud, 36, berkata, lembu yang dibiarkan berkeliaran turut menyebabkan jalan raya di situ turut dipenuhi dengan najis haiwan itu. Beliau berkata, tidak sepatutnya kawasan perumahan yang baru dibuka selain landskap persekitaran indah dihiasi dengan pencemaran najis haiwan yang mencemarkan pemandangan dan mengganggu keselesaan penduduk.

"Sayang rasanya jika kawasan baru dan mempunyai pemandangan cantik tercemar dengan masalah ini. Ditambah pula dengan status Shah Alam sebagai Bandar Dalam Taman, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku.


"Perkara ini bukan terletak kepada pihak berkuasa semata-mata, tetapi penternak sendiri perlu lebih bertanggungjawab dan tidak hanya lepas tangan. "Mereka harus mengawal pergerakan haiwan ternakan mereka selain menyediakan kandang di tempat yang sesuai," katanya.

Beliau berkata, tidak mustahil satu masa nanti, lembu berkenaan akan memasuki Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan kerana kedudukannya hampir dengan kawasan haiwan itu dibiarkan berkeliaran.


Katanya, awal tahun ini tiga pengguna jalan raya mengalami kemalangan apabila kenderaan yang mereka naiki terlanggar dua ekor lembu yang secara tiba-tiba melintas jalan terbabit.


"Kehadiran lembu yang berkeliaran ini cukup membimbangkan kerana pemandu kenderaan terpaksa membrek secara mengejut ketika mengelak ia melintas jalan, sekali gus meningkatkan risiko berlaku kemalangan," katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, MBSA sudah mengeluarkan notis kepada penternak haiwan berkenaan berhubung masalah itu.


Menurutnya, tindakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) boleh diambil dan penternak yang gagal mengikut undang-undang yang ditetapkan akan dikenakan kompaun selain tindakan lanjut yang diambil MBSA bagi mengatasi masalah ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28

Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Jangan melatah

Posted: 08 Oct 2014 11:30 AM PDT

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana mempertikaikan penundaan tarikh suku akhir kedua Piala Malaysia membabitkan pasukan itu dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT).

Selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Kuala Terenggau, Jumaat lalu mereka sepatutnya bertemu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini dalam perlawanan timbal balik, tetapi ditukar kepada 17 Oktober ini.

Sambil meminta PBSNT jangan cepat melatah, Tunku Ismail berkata permohonan untuk menunda perlawanan itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dibuat berlandaskan peraturan sedia ada yang termaktub di bawah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Justeru, Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menggesa Terengganu supaya menerima keputusan FAM itu dengan hati terbuka.

Foto

TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Foto

HARISS (kiri) terlibat dalam perlawanan antarabangsa.


"Jadi saya harap pihak terbabit usah cepat melatah kerana permohonan kami tidak melanggar undang-undang.


"Kita ikut ketetapan FIFA dan saya ingin menegaskan penundaan perlawanan bukan kerana Hariss Harun yang mewakili Singapura. FIFA sudah mengeluarkan jadual membabitkan perlawanan antarabangsa dan kita kena patuh.

"Dalam undang-undang FIFA ada menyatakan jika berlaku pertembungan jadual perlawanan maka kita ada hak untuk membuat rayuan tanpa melanggar apa jua undang-undang dan FAM menerima permohonan itu berdasarkan fakta yang kukuh," katanya dalam sidang media semalam.

"Selain itu, aksi perlawanan sebenarnya ditetapkan FAM pada 18 Oktober dan saya mengarahkan kerja baik pulih Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dijalankan untuk persiapan saingan Piala AFC tahun depan dan sudah pasti penambahbaikan itu tidak dapat disiapkan jika perlawanan diteruskan Sabtu ini."

Tunku Ismail berkata, keputusan FAM membenarkan perlawanan itu ditunda tepat dan tidak melanggar peraturan FIFA manakala permohonan PBNJ pula dilakukan secara profesional.

Beliau berkata ketetapan badan induk bola sepak dunia itu turut menetapkan jika ada pemain dari kelab terbabit dalam apa jua perlawanan maka pertandingan liga tempatan harus dihentikan buat sementara.

"Seandainya Johor DT layak ke separuh akhir maka jadual kami akan lebih ketat kerana terpaksa membuat persiapan singkat.

"Jadi, saya rasa perasaan tidak puas hati itu tak patut timbul," kata Tunku Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

'Keputusan FAM tunda aksi tak masuk akal'

Posted: 08 Oct 2014 11:25 AM PDT

Kuala Terengganu: "Seperti perlawanan bola sepak antara kampung,"

Itu pandangan dan nada meluat diluahkan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung perubahan tarikh saingan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini ditunda kepada 17 Oktober hanya disebabkan seorang pemain import Johor DT tidak dapat beraksi.

Beliau berkata, keputusan tidak masuk akal dan pelik serta tidak bermaruah itu jelas memperlihatkan badan induk bola sepak negara itu mudah tunduk dengan desakan selain tidak ada prinsip sekali gus menimbulkan pelbagai soalan yang perlu diperjelaskan ketika pemain Terengganu dan penyokong setia sudah bersedia untuk bertandang ke Johor, Sabtu ini.

"Saya ingin buka mata dan timbulkan persoalan kepada FAM, jika mereka membenarkan permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk merombak tarikh disebabkan seorang pemain import tidak dapat beraksi pada tarikh berkenaan, adakah FAM membenarkan juga permohonan Terengganu bagi mengekalkan tarikh berkenaan?

Foto

PERTEMBUNGAN Johor DT (jersi merah) dengan Terengganu pasti ditunggu-tunggu peminat bola sepak tempatan.


"Ini persoalan yang FAM perlu jawab kerana perubahan tarikh ini bukan hanya membabitkan PBSNT tapi ribuan peminat setia Terengganu yang sudah menempah bas, tiket kapal terbang dan penginapan selain sudah memohon cuti untuk bertandang ke Stadium Larkin," katanya.


Menurutnya, bagi PBSNT pula, ini bukan kali pertama tiket kapal terbang dan urusan berkaitan terpaksa diubah kerana sebelum ini jadual asal perlawanan pada 18 Oktober.

"Tapi jika FAM meneruskan permohonan PBNJ itu, ia bermakna kali kedua PBSNT terpaksa meminda tarikh yang sudah tentu membabitkan kewangan tinggi.

"Dalam soal ini, siapa yang mahu menanggung semua kos perjalanan dan penginapan terutama peminat yang sudah membuat persiapan awal, tidakkah FAM berfikir mengenai soal ini atau mereka hanya melihat sebelah pihak," katanya yang mahukan FAM mengekalkan tarikh 11 Oktober.

Selain itu, Wan Ahmad Nizam berkata, ketika perbincangan untuk meminda tarikh itu dibuat, FAM tidak langsung memanggil wakil PBSNT untuk sama berkongsi idea bagi mencapai kata sepakat, sebaliknya hanya menghantar surat bagi memaklumkan perubahan tarikh berkenaan.

"Berdasarkan keputusan ini jelas memperlihatkan FAM berat sebelah dan tidak adil selain tidak mempunyai pendirian tetap yang boleh menyebabkan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya.

Sementara itu, Pengurus PBSNT Marzuki Sulong mengakui kem Terengganu terkejut dengan surat FAM semalam berhubung perubahan tarikh itu hanya disebabkan Hariss mewakili negaranya.

Menurutnya, bagi memastikan perancangan awal pasukan dan peminat Penyu yang akan bertandang ke Johor tidak tergendala, PBSNT sudah menghantar surat bantahan dan rayuan kepada FAM meminta jadual perlawanan pada Sabtu ini dikekalkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Usah putus asa

Posted: 08 Oct 2014 11:22 AM PDT

Kuala Lumpur: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul." Itu perumpamaan paling tepat yang boleh digambarkan mengenai situasi sebenar dalam kem Selangor untuk cuba mengubah keputusan 0-4 bagi berpihak kepada mereka menjelang pertemuan suku akhir kedua bertemu FELDA United di Stadium Mini Temerloh, malam esok.

Pemain utama skuad Merah Kuning sepanjang musim ini, Andik Vermansyah, 22, mengakui tugasan menggunung bakal ditempuhi di Temerloh, Pahang terutama dalam memburu lima atau sekurang-kurangnya empat gol tanpa bolos untuk cuba mengheret tuan rumah ke penentuan sepakan penalti.

"Kalau dilihat dari segi angka, memang kami mempunyai tugas sangat berat di sana. Namun masih ada 90 minit untuk menterbalikkan keputusan agar berpihak kepada kami.

"Paling penting sekarang setiap pemain mesti berusaha sedaya upaya dan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.

Foto

ANDIK (tengah) gesa rakan beraksi bermati-matian.


"Jika bermain dengan sepenuh hati, saya rasa mungkin kami boleh dapat lima atau empat gol. Berbekalkan latihan baik sepanjang minggu ini, saya masih percaya kami punyai peluang mara ke separuh akhir Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.


Andik yang digelar 'Messi Indonesia' melihat kekuatan dimiliki FELDA lebih tertumpu kepada aksi empat tonggak import yang mampu mengubah sesuatu keputusan perlawanan berpihak mereka.

Lantas, pemain kelahiran wilayah Jember, Indonesia itu menggesa agar pergerakan awang import The Fighters diawasi dan dikawal ketat pada aksi kedua itu.

"Apa saya nampak, mereka (FELDA) digerakkan pemain luar yang cukup pantas dan bijak menghidu peluang terutama di depan gawang gol.

"Jika kami dapat mengekang pergerakan penyerang import mereka dan kami bermain bersungguh-sungguh, saya rasa kami boleh mencipta kejutan. Saya berharap, penyokong Selangor dapat mendoakan kami untuk meraih kemenangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

FELDA ada senjata rahsia robek lawan

Posted: 08 Oct 2014 11:18 AM PDT

Bangi: Wira FELDA United yang meledak hatrik ketika memalukan juara 32 kali Piala Malaysia pada aksi suku akhir pertama di Shah Alam, Ndumba Makeche dijangka dikawal ketat barisan pertahanan Selangor dalam aksi timbal balik di Stadium Mini Temerloh, malam esok.

Walaupun begitu, ia tidak mencemaskan pengendali FELDA Irfan Bakti Abu Salim yang kelihatan tenang dan cukup yakin sepanjang sesi latihan biarpun menyedari pergerakan tonggak import dari Zambia itu akan dirantai menjelang perlawanan hidup mati pasukan pelawat.

Justeru, jurulatih berusia 63 tahun itu mengharapkan senjata sulit yang juga rakan segandingan Makeche di jentera serangan Edward Junior Wilson dapat merobek benteng Selangor buat menambah jaringan sekali gus mengesahkan laluan FELDA ke peringkat separuh akhir.

"Saya tetap akan menurunkan kesemua pemain import dalam aksi kedua itu nanti.

Kemungkinan pergerakan dia (Makeche) akan dikawal sepanjang 90 minit.

"Tapi saya masih ada Wilson yang mampu meledak dalam perlawanan itu nanti.

Saya tidak gusar, malah yakin dengan kemampuan penyerang itu menggegar jika ruang diberikan kepadanya malam esok," katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sementara itu, Wilson yang ditemui ketika sesi latihan terakhir semalam sebelum The Fighters itu bertolak ke Temerloh pada tengah hari ini, menanam tekad untuk mencipta hatrik jika khidmatnya digunakan dalam aksi itu nanti.

Penyerang kelahiran Liberia yang mampu bertutur dengan loghat Indonesia itu, sudah merekodkan lima jaringan sepanjang kempen Piala Malaysia dan 15 jaringan dalam saingan Liga Perdana bersama FELDA musim ini.

"Dalam setiap apa jua pertandingan, sasaran saya ingin menyumbangkan jaringan buat pasukan.


Jika diturunkan pada perlawanan itu, saya mahu mencari tiga gol sama seperti dia (Makeche).

"Tapi apa yang lebih penting, kami melangkah ke separuh akhir dan itu matlamat utama," katanya dalam loghat Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Azizon motivasi terbaik The Cops

Posted: 08 Oct 2014 11:17 AM PDT

Seremban: Ketangkasan penjaga gol Azizon Abd Kadir menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya penyerang Pahang wajar menjadi motivasi terbaik buat pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika turun beraksi pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 17 Oktober ini.

Jurulatih pasukan itu Mohd Fauzi Pilus berharap Azizon dapat terus memperagakan aksi lebih baik untuk mempertahankan kubu pasukan.

Menurutnya, biarpun kejayaan sesebuah pasukan bukan bergantung kepada seseorang pemain tetapi kecekapan Azizon tidak dapat dinafikan.

"Azizon antara pemain berpengalaman dalam skuad kami musim ini dan sumbangannya dalam mempertahankan kubu pasukan tidak boleh dinafikan, lebih-lebih lagi dalam aksi suku akhir pertama menentang Pahang, tempoh hari.


"Saya berharap dia dapat terus mempamerkan prestasi terbaik untuk membantu kami mara ke separuh akhir," katanya semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Beri menteri kuasa

Posted: 08 Oct 2014 11:16 AM PDT

Kuala Lumpur: Gesaan bekas atlet angkat berat negara Roswadi Abdul Rashid agar pindaan dibuat terhadap Akta Pembangunan Sukan Negara supaya Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar memiliki kuasa istimewa terhadap persatuan sukan, dilihat suatu idea baik dalam usaha mengembalikan peranan menteri secara menyeluruh.

Menurut pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, jika cadangan itu dapat dilaksanakan mengikut sistem yang betul dan profesional sudah pasti setiap persatuan juga akan dipantau dengan lebih dekat oleh menteri berkaitan yang tidak hanya melepaskan tanggungjawab itu kepada Majlis Sukan Negara (MSN) semata-mata.

"Bagi saya itu cadangan baik daripada bekas atlet itu. Tidak semestinya seorang menteri itu wajib mempunyai kuasa mutlak ke atas persatuan, cuma jika ada sedikit kuasa istimewa kepada setiap persatuan sukan di Malaysia mungkin mereka (presiden persatuan) akan lebih bermotivasi menjalankan tugas.

"Contohnya seperti situasi yang berlaku kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang merudum teruk sejak di bawah kendalian Datuk Ahmad Ismail. Bayangkan sukan sepak takraw yang dicipta negara kita sekarang lebih mundur daripada pasukan Korea Selatan mahupun India yang senang-senang saja menewaskan kita.

Foto

KHAIRY seharusnya memiliki kuasa istimewa terhadap persatuan sukan.


"Tapi, apabila peminat sukan dan rakyat negara ini yang mahukan Datuk Ahmad berundur, beliau buat tak tahu saja.


"Menteri pula tak boleh nak berbuat apa-apa, sekadar mampu menegur. Jika Akta Pembangunan Sukan itu dapat dipinda sedikit, saya rasa menteri boleh mengambil tindakan sama seperti rombakan yang beliau akan lakukan ke atas MSN," katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menerusi pendedahan Arena Metro semalam, pemenang pingat gangsa dalam acara angkat berat pada dua temasya Sukan Komanwel di Manchester 2002 dan Melbourne 2006, Roswadi Abdul Rashid menyeru agar Khairy meminda Akta Sukan dengan memberi lebih kuasa kepada menteri.

Di samping itu, Roswadi juga mencadangkan khidmat dan buah fikiran bekas atlet negara tidak diabaikan begitu saja.

Pada dua temasya sukan terbesar dunia ukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia Incheon 2014, kontinjen negara mempamerkan persembahan merosot apabila gagal mencapai sasaran ditetapkan MSN.

Malah, pungutan lima emas, 14 perak dan 14 pingat gangsa menyaksikan kontinjen negara menduduki tangga ke-14 keseluruhan berbanding edisi di Guangzhou, China, empat tahun lalu. Ketika itu kontinjen negara menduduki tangga ke-10 keseluruhan apabila membawa pulang sembilan emas, 18 perak dan 14 pingat gangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Perlu ada tiga kriteria

Posted: 08 Oct 2014 11:15 AM PDT

Kuala Lumpur: Jika Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhasrat mencari Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) baru, nasihat Datuk Wira Mazlan Ahmad (gambar) harus diambil kira.

Mazlan yang juga bekas Ketua Pengarah MSN menyenaraikan tiga kriteria yang harus diambil kira Khairy jika berhasrat mencari pengganti kepada Datuk Seri Zolkples Embong.

"Paling mustahak individu berkenaan harus tahu mengenai perancangan jangka pendek dan panjang," katanya yang kali terakhir memegang jawatan Ketua Pengarah MSN pada 2005.

Jelasnya, perkara kedua paling mustahak, mekanisme untuk menjayakan segala perancangan.

Foto
Foto

MAZLAN (tengah) ketika mengetuai kontinjen negara di Sukan Komanwel 1998.


"Kedua-dua ciri itu harus dilengkapkan dengan kriteria ketiga, iaitu pemantauan terhadap perancangan yang sudah dibuat," katanya yang pernah mengendalikan kontinjen negara di Sukan Komanwel 1998 Kuala Lumpur yang menyaksikan Malaysia menduduki tempat keempat keseluruhan kejohanan dengan 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.


Dalam masa yang sama Mazlan mengakui menteri perlu mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kedudukan Ketua Pengarah dalam MSN.

Kelmarin, kedudukan Zolkples dilihat terjejas kerana gagal di Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia Inchoen apabila tidak mencapai sasaran pingat emas.

Ini kerana dikhabarkan KBS berhasrat untuk mengadakan pengambilan secara terbuka untuk posisi itu.

Menurut sumber, langkah mengiklan jawatan Ketua Pengarah MSN belum pernah dibuat Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.

Seandainya Khairy sudah mempunyai calon baru yang dirasakan sesuai, besar kemungkinan 2015 MSN bakal berubah wajah dari sudut kepimpinan.

Zolkples sebelum ini mengakui bahawa beliau gagal ketika kontinjen negara tidak mencapai sasaran meraih lapan emas apabila hanya membawa pulang lima emas di Incheon baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Lutut Liu Ying makin pulih

Posted: 08 Oct 2014 11:11 AM PDT

Kuala Lumpur: Pakar beregu campuran, Goh Liu Ying mengakui semakin cergas selepas menjalani pembedahan lutut kanan dan kiri Mei lalu.

Pemain kelahiran Alor Gajah itu berkata, keadaannya sekarang semakin bagus dan dia sudah menjalani proses pemulihan fasa baru apabila dibenarkan melakukan lompatan serta beberapa lagi pergerakan sukar.

"Keadaan saya sudah tidak lagi teruk, setakat ini fisioterapi saya Sandra Fiedler berpuas hati dengan perkembangan terbaru," katanya.

Liu Ying, 25, mengalami kecederaan 'miniscus' lutut kanan dan tisu koyak pada anterior cruciate ligament (ACL) di kedua-dua belah lututnya.

Foto

LIU Ying (kanan) tak sabar kembali berlatih.


"Selepas bedah saya terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan apabila sedikit sembuh saya sudah menjalani latihan ringan di bawah pengawasan Sanra.


"Sekarang saya berasa tidak sakit lagi terutama ketika berjalan kerana lutut kembali mencengkam seperti biasa," katanya yang sebelum ini bergandingan dengan Chan Peng Soon dalam acara beregu campuran.

Pemenang pingat emas acara beregu campuran Sukan Asia 2010 Guangzhou itu berkata, dia akan kembali beraksi pada Januari tahun depan.

"Bagaimanapun, awal tahu itu masih lagi peringkat percubaan kerana mereka akan melihat keadaan saya terlebih dulu sama ada sudah bersedia untuk beraksi dalam kejohanan lebih kompetitif.

"Memang tangan saya ini berasa gatal untuk memegang raket, tambahan melihat rakan seperjuangan berlatih di gelanggang," katanya.

Liu Ying mengakui sebaik menjalani tempoh pemulihan dia akan sentiasa melihat rakan sepasukan berlatih bagi membangkit semangat untuk beraksi semula dengan pasukan kebangsaan.

"Saya perlu bersedia tahun depan kerana menjelang Mei akan beraksi untuk memungut mata melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 Rio.

"Mereka tidak akan membenarkan saya beraksi di peringkat Siri Super sehingga saya betul-betul bersedia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

'Cukuplah 14 tahun'

Posted: 08 Oct 2014 11:08 AM PDT

Kuala Lumpur: Bukan menyerah kalah tetapi mahu ubah haluan, itulah jawapan yang diberikan pelumba berbasikal trek negara, Mohd Edrus Yunos yang menimbang hasrat untuk bersara selepas Piala Asia 2014 Bangkok, bermula esok.

Edrus, 27, mengakui kejohanan itu penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan selepas 14 tahun berbakti dengan meraih beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa.

"Bukan saya menyerah kalah, tapi mahu cuba cara lain pula dalam hidup saya, iaitu mahu mendidik pelumba remaja," katanya yang sebelum ini baru pulang dari Sukan Asia 2014 Incheon.

Jelasnya, bidang kejurulatihan terutama dalam acara pecut menjadi pilihannya namun masih belum pasti sama ada akan membantu John Beasley untuk pasukan senior atau peringkat remaja bersama bekas pelumba kebangsaan, Junaidi Mohamad Nasir.

Foto

EDRUS mahu ubah haluan.


"Kenangan manis bersama pasukan kebangsaan tidak akan saya lupakan terutama dapat meraih emas di peringkat Asia dan juga Asia Tenggara.


"Bagaimanapun sebelum bersara, saya sempat melakukan catatan peribadi terbaik dalam acara pecut 10.18 saat ketika di Sukan Asia baru-baru ini," kata pelumba kelahiran Perak itu.

Ditanya sama ada Beasley akan membawanya menjadi pembantu di Melbourne, Edrus menjelaskan buat masa ini dia dijangka melatih pelumba di Kuala Lumpur terlebih dulu.

"Saya tidak kisah menjadi pembantu jurulatih dengan pasukan mana sekali pun, apa yang saya harap pelumba gigih berlatih dan jangan mudah putus asa.

"Saya juga tidak akan melupakan kenangan manis menjadi pelumba trek yang berpangkalan di Melbourne sejak 2007 dan saya harap program itu diteruskan kerana sangat manfaat buat pelumba," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

KOM tak hantar atlet bertanding jika gagal capai sasaran

Posted: 08 Oct 2014 11:06 AM PDT

Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengambil tindakan drastik bagi memulihkan pencapaian atlet olahraga kebangsaan berikutan prestasi hambar dalam beberapa temasya sukan antarabangsa baru-baru ini.

Tindakan itu termasuk meletakkan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada jurulatih, manakala atlet yang gagal capai sasaran ditetapkan, tidak dibenarkan bertanding di luar negara lagi.

Presiden KOM Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, setiap jurulatih dan atlet perlu mengubah pemikiran dan mencapai KPI yang ditetapkan badan induk olahraga negara itu.

"Selepas ini jika atlet atau jurulatih tidak mencapai KPI, kita tidak akan hantar mereka bertanding di luar negara.

Mereka perlu ada sasaran untuk terus meningkat bukan setakat mendapat pendedahan saja, kita perlukan keputusan!.

"Bagi jurulatih, kalau gagal kita perlu gantikan dengan mereka yang lebih layak, jika kita masih di pemikiran lama, sampai bila-bila, kita akan terkebelakang," katanya.

Zainal Abidin berkata, KOM sudah merombak semula program pembangunan atlet elit dan pelapis olahraga dalam usaha melahirkan atlet bertaraf dunia.


Katanya, Pengarah Teknikal KOM Robert Ballard sudah pun menyediakan kertas kerja berhubung program berkenaan yang menggabungkan atlet elit dan pelapis, di samping menukar sistem kejurulatihan sedia ada.


"Kita ada ramai atlet berbakat, tapi banyak faktor lain yang menyebabkan usaha kita terbantut, misalnya aspek kewangan yang tidak mencukupi, pemikiran atlet dan jurulatih yang masih di takuk lama serta kekurangan infrastruktur," katanya.

Pada Sukan SEA di Myanmar, tahun lalu, skuad olahraga gagal mencapai sasaran lima pingat emas apabila sekadar meraih empat, enam perak dan tiga pingat gangsa.

Pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini, prestasi skuad olahraga terus merosot.

- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09