Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tuah Norris

Posted: 29 Jul 2014 09:01 AM PDT

Virginia: Selepas menanggung sengsara kerana terpaksa hidup dengan kecacatan wajah selama 15 tahun, Richard Norris tidak menyangka sama sekali dia terpilih menjadi penghias majalah fesyen lelaki antarabangsa, GQ.

Norris mengalami kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya ketika berusia 22 tahun apabila tertembak muka sendiri ketika mengalihkan selaras senapang yang diletakkan di almari.

Secara tidak sengaja senapang itu meletup dan hampir memusnahkan sama sekali mukanya.

Norris, 39, kemudian menjalani pelbagai pembedahan rumit, termasuk menggunakan organ orang lain bagi memulihkan kecacatan itu.

Foto

WAJAH Norris sebelum dan selepas menjalani pembedahan.

Foto

WAJAH Norris pada muka depan majalah GQ.


Hasilnya Norris kelihatan lebih muda dan tampan seperti bintang filem.

Lebih mengagumkan, dia menerima ribuan surat daripada peminat setiap tahun.

Kecuali matanya, setiap bahagian muka Norris diganti dengan organ penderma, termasuk lidah, dalam pembedahan yang diketuai seorang pakar pembedahan plastik di Baltimore, Dr Eduardo Rodriguez pada Mac 2012.

Walaupun pembedahan itu berjaya, Norris perlu mengambil pil setiap hari dan harus berhati-hati menjaga kesihatannya.

Dia tidak boleh berjemur, terlalu sejuk, meminum alkohol atau terjatuh kerana sedikit luka mampu memberi impak buruk kepada wajahnya.

Namun bagi Norris yang berasal dari Hillsville, Virginia, dia yakin kisahnya memberi inspirasi kepada ribuan orang lain yang memerlukan pembedahan plastik.

"Harapan bakal menghidupkan peluang namun keyakinan memberikan perubahan besar dalam kehidupan," katanya.

Dia dipilih untuk pemindahan wajah itu selepas beberapa kali melakukan pembedahan bagi mengembalikan fungsi mulutnya.

"Pemindahan muka adalah antara beberapa pilihan yang tinggal," katanya.

Pembedahan yang memakan masa selama satu setengah hari itu membabitkan lebih 150 doktor, jururawat dan kakitangan Pusat Perubatan Universiti Maryland.

Menurut Rodriguez kejayaan pembedahan itu adalah sesuatu yang menakjubkan.

"Sebelum ini ramai yang memandang Norris kerana dia memakai topeng dan mahu melihat wajah sebenarnya.

"Kini mereka mempunyai sebab lain untuk merenung wajahnya," katanya.

Pegawai perubatan hospital berkenaan berdepan cabaran baru untuk mengajar Norris 'menggunakan' wajah barunya selepas 15 tahun tidak bercakap dan makan secara normal.

Selain itu Norris juga perlu melalui beberapa lagi pembedahan kecil memperbaiki tisu lembut di wajahnya seperti kelopak mata.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

Jadi cantik pun susah!

Posted: 29 Jul 2014 08:56 AM PDT

Astana: Pemain bola tampar wanita Kazakhstan menjadi sasaran kritikan ramai kerana dianggap terlalu cantik untuk bergelar seorang atlet.

Malah jurulatih pasukan bola tampar kebangsaan Kazakhstan, Nurlan Sadikov juga berpendapat kecantikan Sabina Altynbekova, 17, mengganggu fokus pertandingan.

Sabina mula mendapat perhatian dunia maya sejak gambarnya beraksi dalam Kejohanan Bola Tampar Wanita Bawah 19 Tahun Asia 2014 di Taiwan tersiar di Internet baru-baru ini.

Namun kecantikan yang dimiliki Sabina turut membawa impak negatif kepada pasukannya.

Foto

SABINA


Menurut Nurlan, pasukan bola tampar wanita Kazakhstan sukar beraksi cemerlang dalam keadaan begitu.


"Reaksi penonton seolah-olah hanya ada seorang pemain dalam pasukan dan kejohanan ini," katanya.

Akhbar di Kazakhstan juga melaporkan penonton hadir ke sesuatu perlawanan hanya untuk melihat Sabina dan tidak menghiraukan tentang perjalanan pertandingan.

Sabina bagaimanapun berharap, segala populariti dan perhatian yang diterimanya tidak mengganggu fokusnya sebagai seorang atlet bola tampar.

"Pada mulanya saya gembira dan rasa dihargai tetapi lama-kelamaan ia mula melampaui batas.

"Saya mahu fokus kepada karier dan mahu dikenali sebagai seorang atlet bola tampar, bukan kerana paras rupa," katanya.

Populariti Sabina mula berkembang di laman sosial apabila berita mengenainya mula tersebar luas di Internet menyebabkannya tidak menang tangan menjawab semua pertanyaan peminatnya di seluruh dunia

Mengaku beragama Islam, Sabina turut menunjukkan keprihatinannya kepada isu Gaza. "Sayangi Palestin, Tuhan bersama kalian," katanya melalui Twitter. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

Tragedi rumah terbuka JK

Posted: 29 Jul 2014 08:52 AM PDT

Makassar: Keghairahan orang ramai menghadiri rumah terbuka bakal Naib Presiden Indonesia di Makassar mencetuskan suasana tidak terkawal sehingga menyebabkan seorang budak lelaki meninggal dunia akibat sesak nafas.

Sejumlah yang lain pula pengsan kerana terhimpit.

Rumah terbuka Jusuf Kalla (JK) diadakan semalam dan digunakan penduduk setempat bagi melihat ahli politik terbabit dengan lebih dekat.

JK baru saja disahkan memenangi pemilihan presiden bersama regunya, Joko Widodo.

Pada majlis itu, JK sempat mengagih-agihkan sumbangan berbentuk kuih raya serta wang tunai bernilai Rp50,000 (RM13.65).

Saksi berkata, kekecohan mula timbul apabila tetamu yang hadir berasak-asak dan berebut-rebut untuk menerima sumbangan daripada JK dan keluarganya.

Apabila keadaan tidak terkawal, katanya, orang ramai mula panik dan beberapa daripadanya pengsan.

"Saiz muka pintu di rumah itu cukup besar dan tiada sesiapa ditugaskan berkawal menyebabkan pengunjung tolak-menolak sesama sendiri," katanya.


Pengunjung yang pengsan kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Menurut saksi hanya selepas itu polis dan pengawal keselamatan membuka laluan lain bagi mengurangkan kesesakan di pintu utama.

Sementara itu, stesen televisyen TV One melaporkan kanak-kanak dikenali sebagai Hadika, 11, meninggal dunia akibat kejadian itu.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

Zionis belum puas ganyang Gaza

Posted: 29 Jul 2014 08:51 AM PDT

Gaza City: Wilayah Gaza mengalami satu daripada malam paling menggetarkan sejak serangan rejim Zionis Israel bermula tiga minggu lalu apabila ia dihujani bom sejurus selepas perdana menterinya membayangkan konflik itu bakal berpanjangan.

Satu-satunya stesen janakuasa yang ada di Gaza juga rosak teruk semalam apabila tentera Israel melakukan 60 serangan udara menyasarkan tapak yang ada kaitan dengan kumpulan Hamas.

Suasana malam di Gaza juga terus diterangi nyalaan suar ketika tentera Zionis melancarkan serangan dari udara, laut dan darat.

Ketika pagi menjelma kepulan asap hitam jelas dilihat di sekitar Gaza City.

Sekurang-kurangnya 60 orang maut di Gaza, termasuk kemungkinan ada antaranya adalah kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Foto

LELAKI ini mencium dahi seorang daripada lapan anaknya yang maut dalam serangan malam kelmarin di rumah mayat Hospital Shifa.


Jurucakap tentera Israel berkata, apa yang berlaku semalam membayangkan "peningkatan tekanan secara berperingkat" ke atas Hamas.


Kelmarin sebuah taman awam sebuah kem pelarian dan klinik pesakit luar Hospital Shifa menjadi sasaran bom Israel, menyebabkan kematian seramai 46 orang.

Di taman itu saja sekurang-kurangnya 10 maut dengan 9 daripadanya kanak-kanak yang sedang bermain buaian di kem pelarian Shati di pinggir Gaza City.

Serangan itu berlaku hanya beberapa minit selepas klinik pesakit luar Hospital Shifa digegarkan dengan letupan bom dan mencederakan beberapa orang.

Kru kamera dilarang merakamkan kesan serangan itu.

Pegawai polis Gaza berkata, serangan itu dilakukan tentera Zionis Israel namun Tel Aviv menafikannya, malah menuding jari kepada "pengganas." Setiausaha Agung PBB menyatakan kebimbangannya terhadap laporan tentera Israel menggugurkan risalah untuk memberi amaran kepada penduduk utara Gaza supaya berpindah ke lokasi lain.

"Agensi PBB tidak mempunyai sumber membantu kebanjiran penduduk Gaza yang berpindah dari kawasan berkenaan," katanya.

Pegawai kerajaan berkata sekurang-kurangnya 1,115 orang - kebanyakannya orang awam - terbunuh sejak konflik terbaru Hamas - Israel bermula pada 8 Julai lalu.

Di pihak Israel pula seramai 53 tentera Zionis dan tiga orang, termasuk satu warga Thailand, awam maut.

Jurucakap agensi bantuan PBB Chris Gunness berkata sejumlah petugas kemanusiaan di Gaza maut.

Ketika ini PBB mengendalikan 82 pusat perlindungan yang menempatkan 182,,604 penduduk Palestin di Gaza.

Sementara itu sebuah rumah yang pernah didiami Perdana Menteri Ismail Haniyeh ranap terkena bom semalam.

Namun Ismail berkata, runtuhan itu tidak akan mematahkan semangat pejuang Hamas untuk terus melancarkan penentangan bagi membebaskan Palestin.

Selain rumah Ismail, sembilan bangunan, tiga masjid dan empat kilang musnah disasar Israel.

Turut dibom, stesen televisyen dan radio Hamas serta bangunan kerajaan.

Kementerian Kesihatan Hamas pula berkata, tujuh keluarga "lenyap" dalam serangan semalaman kelmarin.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Gangsa untuk 'ibu hebat'

Posted: 27 Jul 2014 09:02 AM PDT

Glasgow: Ibu hebat! Begitulah ucapan Dayana Widyan Marhazli, dua tahun, apabila ibunya Nur Suryani Taibi (gambar) memenangi pingat gangsa 10m air rifle Sukan Komanwel kelmarin.

Biarpun masih kecil, Dayana petah bercakap dan dia sangat merindui ibunya lebih-lebih lagi apabila terpaksa berjauhan ketika menyambut Aidil Fitri hari ini.

"Pingat ini untuk dia yang sama-sama menemani saya sewaktu Sukan Olimpik London 2012," kata Suryani di Lapang Sasar Barry Buddon.

Dia mencatatkan 184.4 mata, tewas kepada dua penembak India, Apurui Chandela yang memenangi emas selepas mengumpul 206.7 mata dan perak milik Ayonika Paul, 204.9 mata.

Foto


Menurut pemenang pingat emas Sukan Komanwel New Delhi 2010 itu, kejayaan yang hadir di Glasgow adalah yang pertama selepas bersalin dan membesarkan Dayana.


"Saya berehat agak panjang bagi memberi masa untuk keluarga dan hanya aktif menembak awal tahun ini.

"Malah pemilihan saya ke Glasgow ini sebenarnya lebih kerana bonus berdasarkan kemunculan ramai penembak muda.

"Saya bersyukur pingat gangsa ini hadir beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri dan saya tidak sabar meraikannya bersama keluarga terutama Dayana," katanya.

Suryani menjadi fokus lensa dan media antarabangsa apabila menyertai Sukan Olimpik London dalam keadaan sarat mengandung.

Dia bagaimanapun gagal memenangi sebarang pingat namun semangat dan kegigihannya itu mendapat pujian ramai.

Menurut Suryani lagi, dia kini semakin bersemangat untuk membidik pingat emas apabila acara kegemarannya 50m rifle tiga posisi bermula hari ini.

"Insya-Allah saya akan memberikan saingan sebaik mungkin untuk mendapatkan pingat emas pula selepas ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Sayu beraya di perantauan

Posted: 27 Jul 2014 08:58 AM PDT

Hari ini masuk hari kedua langit Glasgow mendung sambil diselangi hujan renyai-renyai bermula petang hingga malam.

Hari ini juga, saya berada pada hari terakhir Ramadan yang mulia.

Esok, Syawal hadir dan seluruh umat Islam meraikan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Ini juga kemenangan buat saya yang kali pertama berpuasa di Eropah.

Di Scotland, kami berpuasa 19 jam dan bukan calang-calang orang boleh bertahan apatah lagi hanya beberapa jam selepas berbuka, kami terpaksa menyambung puasa.

Dugaan pula bukan kepalang terutama apabila sampai di penghujung Ramadan, laman Facebook serta sistem pesanan ringkas (sms) kami sarat dengan ucapan dan lagu-lagu raya serta gambar kesesakan lebuh raya seluruh Malaysia yang dimuat naik rakan di tanah air.

Foto

KATRINA Ann (kiri) bersama keluarga memberi kata-kata galakan kepada Farah Ann dan skuad negara di Glasgow.


Serentak itu, kampung halaman memanggil pulang.

Bila jauh di perantauan ini, barulah rasa sunyinya apabila menyambut Aidilfitri di perantauan.


Suasana sibuk ketika balik kampung, berjam-jam sesak diatas jalan raya, lagu raya tak henti di corong radio, bunyi mercun diselangi meriam buluh dan 'hidupnya' kampung dengan lampu pelita di setiap halaman rumah menjadi semakin kerap terbayang di minda.

Di kampung saya - Durian Tunggal, Melaka - petang terakhir puasa biasanya akan ada pesta membeli daging segar dan sarung ketupat.

Orang Melaka panggil 'mantai'.

Waktu beginilah kesempatan berjumpa rakan lama dan siapa tahu terserempak 'buah hati' zaman sekolah dulu.

Dan bila malam, surau dan masjid tidak henti-henti bertakbir raya dan di pagi Syawal, baju melayu sudah siap disediakan dan meja penuh dengan juadah ketupat, rendang dan lemang sebelum beramai-ramai ke masjid.

Begitulah kuatnya panggilan semangat raya ini hinggakan rakan sebilik saya tidak henti memasang lagu-lagu raya dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Datuk Ahmad Jais, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Allahyarham Puan Sri Saloma, Allahyarham Datuk Rafeah Buang, Allahyarham Datuk Sharifah Aini serta ramai lagi.

Semakin dekat menyambut Syawal, semakin kuat 'volume'nya.

Dia kemudian termenung panjang kerana kami di sini akan terus bertugas pada pagi Aidilfitri.

Mengambil semangat Hari Raya, kami bercadang memakai baju melayu dan berjalan ke Masjid Utama Glasgow menyusuri laluan pejalan kaki sepanjang Sungai Clyde .

Itu panduan yang diberikan seorang warga Malaysia di sini.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada seluruh keluarga serta saudara mara, rakan sepejabat di Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times, pengamal media lain, rakan-rakan DIB-ITM 82-85 dan semua yang mengenali saya.

Salam dari saya dan jumpa lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Mohd Hafifi kota janji

Posted: 27 Jul 2014 08:52 AM PDT

Kuala Terengganu: Bayangkan 'ma' (ibu) berada di depan menyaksikan Hafifi beraksi dan jangan lupa berselawat sebelum mengangkat bebanan seberat 69 kilogram," itulah kata-kata semangat Noor Rizan Embong, 48, kepada anaknya, Mohd Hafifi Mansor, 25, yang menjadi penyumbang pingat emas pertama negara dalam acara angkat berat di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.

Ketika menghubungi anaknya semalam, Noor Rizan juga menasihatkan Mohd Hafifi agar tidak lupa melaungkan perkataan 'ma' seperti diamalkan pada setiap kali menyertai pertandingan angkat berat sejak berusia 14 tahun.

Bagaimanapun, ibu tunggal enam anak itu terkilan kerana tidak dapat menyaksikan Mohd Hafifi mengangkat bebanan walaupun berjanji menyaksikannya beraksi melalui siaran langsung disiarkan televisyen, kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

"Hafifi sekali lagi menelefon saya mengucapkan terima kasih selepas selesai menjalani ujian doping, dua jam selepas beraksi.


"Dia juga sempat mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan memohon keampunan atas kesilapan dilakukannya serta berjanji kepingan kilauan emas pertama negara diperolehi adalah hadiah paling bermakna dan berharga sempena lebaran tahun ini," katanya ketika ditemui di kediamannya di Lorong Pmint Perdana 1, di sini, semalam.


Menurutnya, kejayaan Mohd Hafifi merangkul pingat emas pertama pada pertandingan di pentas antarabangsa pagi semalam adalah hasil ketekunan dan usahanya menjalani latihan.

"Memang dia ada berjanji sesuatu untuk hadiahkan kepada saya sesuatu sebelum ke Glasgow jika menang emas, tetapi yang jelas dia janji bawa pulang pingat emas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

'Skuad campuran' taruhan Kim Swee

Posted: 27 Jul 2014 08:50 AM PDT

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee menaruh keyakinan tinggi dengan kemampuan anak buahnya memberi saingan di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan, meskipun mempertaruhkan 'skuad campuran'.

Mengikut perancangan, pengendali berusia 43 tahun itu akan menggabungkan 12 pemain skuad Harimau Muda A yang kini beraksi dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Australia dengan 13 pemain Liga Super dan Liga Perdana.

Bagaimanapun, apa yang menyulitkannya masa yang agak singkat untuk mengumpul kesemua pemain sebelum berlepas ke Incheon pada 13 atau 14 September ini.

"Saya hanya boleh kumpul kesemua pemain ketika saingan Piala Malaysia berehat pada 3 September ini.

Dalam sesi latihan itu saya akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan satu pasukan tempatan pada 6 September dan selepas itu kami akan ke China untuk menentang skuad B-23 China di Qingdao pada 10 September sebelum ke Incheon.

"Masa yang ada agak singkat untuk saya mencorak strategi kerana akan menggabungkan pemain Harimau Muda A dan pemain luar termasuk tiga pemain lebih umur 23 tahun," katanya kepada Arena Metro.

Bagaimanapun sedikit melegakan buat Kim Swee kerana kebanyakan pemain luar yang bakal dipanggil menyertai skuad B-23 itu bekas anak didiknya ketika bersama Harimau Muda A.

"Apa yang positif adalah kebanyakan pemain luar bekas pemain Harimau Muda A seperti Wan Zack Haikal (Wan Noor), Mohd Fadhli Shas, Wan Zaharulnizam (Zakaria), A Thamil Arasu, Irfan Fazail, Rozaimi (Abd Rahman) dan Nazmi (Faiz Mansor).

Saya amat mengenali pemain ini kerana pernah bersama saya sebelum ini," katanya.

Namun, apa yang menjadi persoalan tahap kecergasan dalam perlawanan beberapa pemain yang lebih banyak memanaskan kerusi simpanan bersama pasukan masing-masing.

"Walaupun pemain ini pernah bersama saya tapi apa yang merisaukan mereka jarang beraksi, malah ada di antaranya langsung tidak diturunkan dalam perlawanan liga sebelum ini.

Foto

KIM Swee


Saya harap mereka ini masih mempunyai tahap kecergasan yang baik," kata Kim Swee.

Bagi kuota tiga pemain lebih umur, jurulatih itu akan memanggil pemain pertahanan dari Johor Darul Ta'zim Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan S Subramaniam, pemain tengah Kelantan, Brendan Gan, penyerang Polis Diraja Malaysia, Bobby Gonzales dan Mohd Nor Farhan Muhammad dari Terengganu bagi sesi pemilihan.

Skuad kendalian Kim Swee diberikan sasaran sekurang-kurangnya menyamai pencapaian 2010 di Guangzhou, China apabila mara ke pusingan kedua dengan menduduki tangga ketiga Kumpulan A sebelum tumpas kepada Iran 1-3.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Peluang Harimau B tebus hampa

Posted: 27 Jul 2014 08:49 AM PDT

Kuala Lumpur: Skuad Harimau B kendalian Mohd Razip Ismail berpeluang menebus duka di Liga Singapura (Liga-S) apabila tampil bersaing di Piala Hassanal Bolkiah 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 23 Ogos ini.

Barisan pemain bawah 21 tahun negara itu mengharungi saingan mengaibkan di Liga-S apabila menghuni tangga tercorot dalam 12 pasukan yang bertanding dengan sekadar mencatatkan tiga kemenangan selepas tampil dalam 18 perlawanan.

Hakikat itu diakui Razip yang mahu pemain mempamerkan kebangkitan apabila bersaing di Brunei dengan Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama tuan rumah yang juga juara bertahan, Brunei selain Vietnam, Singapura dan Kemboja manakala Thailand mengetuai Kumpulan A bersama-sama Myanmar, Laos, Filipina dan Timor-Leste dengan dua pasukan teratas melangkah ke separuh akhir.

"Liga-S sememangnya bukan tahap kami, namun dalam aspek pendedahan sememangnya banyak yang kami terima.

Ia sesuatu yang bagus untuk pemain muda dan saya berharap pengalaman yang mereka timba di Liga-S mampu diterjemahkan ke kejohanan ini.

"FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) belum menetapkan sebarang sasaran, namun saya secara peribadi berharap kami mampu melangkah ke separuh akhir.

Walaupun sukar kerana ini kejohanan antarabangsa pertama skuad ini, jika pemain mampu beraksi dengan baik dan bebas daripada kecederaan, ia mampu direalisasikan," katanya dengan penuh yakin.

Skuad bawah 21 tahun negara tidak mempunyai sebarang kejohanan utama tahun ini selepas kelayakan Piala Asia Bawah 22 yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan tahun ini ditunda ke tahun depan.

Mengenai saingan Liga-S, Razip berkata, misinya kini bagi memastikan Harimau Muda B tidak menamatkan kedudukan di kedudukan tercorot dengan pusingan kedua berbaki tiga perlawanan.

"Selepas menamatkan pusingan kedua, kami akan meneruskan saingan pusingan ketiga membabitkan pasukan di kedudukan ketujuh hingga 12.


Jadi misi utama kami mengelak daripada berada di kedudukan tercorot," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Tak mungkin kami lepas: azman

Posted: 27 Jul 2014 08:48 AM PDT

Kuala Lumpur: Selepas menamatkan penantian 21 tahun menjulang Piala Malaysia musim lalu, Pahang melaungkan amaran kepada pencabarnya untuk terus mengekalkan mahkota kejuaraan.

Ketua pasukan Mohd Razman Roslan berkata, kesemua rakan sepasukan kini berada dalam keadaan terbaik dan sudah bersedia untuk misi mempertahankan Piala Malaysia bermula 13 Ogos.

Menyedari halangan pertama bakal hadir dari JDT II, Razman bagaimanapun tidak akan membenarkan lawan meraih sebarang mata kerana mahu memastikan mereka mengucup piala berprestij itu.

"Kami akan lakukan apa saja untuk mempertahankan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

Walaupun cabaran kali ini lebih getir berbanding musim lalu, saya percaya pengalaman yang kami miliki akan menjadi aset paling berharga kepada pasukan.

"Bagi saya, LionsXII dan FELDA United bukan calang-calang pasukan, tetapi kami tidak boleh ambil mudah cabaran JDT II.

Saya harap perjalanan Pahang di peringkat kumpulan berjalan lancar," katanya.

Razman, 30, yang sudah merangkul dua gelaran musim ini membabitkan Piala FA dan Piala Sumbangsih, mengingatkan rakan sepasukan berwaspada dan tidak terlalu yakin hingga boleh memakan diri sendiri.


"Usaha untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia amat sukar kerana pasukan lain pasti berusaha untuk merampasnya daripada kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

'Saya tak terdesak'

Posted: 27 Jul 2014 08:48 AM PDT

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih negara Jamaluddin Hassan masih belum berminat menggunakan khidmat dua tekong, Tunku Nor Azwari Tunku Ishak dan Noor Azman Abd Hamid yang menimba ilmu di Liga Takraw Thailand (TTL) sejak awal tahun ini.

Skuad negara akan mengharungi saingan Piala Raja Thai di Fashion Island, Bangkok menentang pasukan terbaik dunia pada awal bulan depan.

"Saya baru saksikan persembahan Azman di Piala Emas Khir Johari baru-baru ini, namun belum berkesempatan melihat aksi Nor Azwari.

Bagaimanapun saya rasakan tidak perlu untuk memanggil mereka ketika ini kecuali kedua-duanya mampu mempamerkan perubahan ketara.

"Saya fikir cukuplah dengan lapan tekong dalam skuad negara ketika ini.

Kami masih belum terdesak untuk mencari tekong baru," katanya.

Kedua-dua bekas pemain negara itu beraksi bersama Kelab Takraw Phrae (PTC) dari Februari hingga bulan lalu dan menamatkan saingan liga di kedudukan ketujuh daripada 10 pasukan yang bertanding Mengenai saingan di Piala Raja Thailand, Jamaluddin berkata, tiada sasaran khusus ditetapkan kerana tumpuan utama untuk membentuk dan mencari kombinasi mantap menjelang Sukan Asia di Korea Selatan, September ini.

"Kami akan membawa 15 pemain ke kejohanan itu dengan harapan mereka mampu mempamerkan persembahan terbaik apabila kami memberi peluang terutamanya di pentas tertinggi seperti ini," katanya.

Skuad takraw berdepan tekanan hebat untuk meraih emas pada temasya utama terutamanya di Sukan SEA dan Asia selepas kegagalan berterusan.

Kali terakhir skuad negara memenangi emas di Sukan SEA pada edisi 2005 di Filipina manakala di Sukan Asia di Hiroshima, Jepun pada 1990.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Persediaan tanpa hala tuju

Posted: 27 Jul 2014 08:47 AM PDT

Kuala Lumpur: Seperti anak ayam kehilangan ibu, itu yang berlaku kepada pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh selepas jurulatih Julian Winn meninggalkan pasukan itu sejak berakhirnya perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 sejak awal Mac lalu.

"Kini kami belum ada jurulatih dan saya akui ia menjejaskan persiapan untuk beraksi dalam beberapa perlumbaan selepas Aidilfitri," katanya.

Pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu mengakui dia hanya berlatih pada waktu malam bersama pelumba lain di negeri itu.

"Saya berlatih untuk mengekalkan prestasi kerana selepas ini akan beraksi di Jelajah Hainan (Oktober) dan Jelajah Jawa Timur (September) namun persiapan ini tanpa jurulatih.

Bagi saya jurulatih terbaik yang pernah dimiliki TSG hanya Sebastien Duclos." Harrif yang juga pelumba pecut bagi acara lebuh raya, mengakui jika ada seorang jurulatih tetap ia sedikit sebanyak mampu menaikkan motivasi pelumba TSG.

"Jika ada jurulatih, sekurang-kurangnya mereka mampu menekan kita untuk menjadi lebih bagus," katanya yang meletakkan sasaran untuk kembali menyerlah di Hainan nanti.

Ini bermakna perlumbaan Jelajah Jawa Timur boleh dianggap persediaan terbaik buatnya, jika menang ia boleh dianggap sebagai bonus.

"Saya akui kini tidak banyak perlumbaan, mungkin lepas Hari Raya ini saya hendak tebus semula di mana-mana kejohanan, saya nekad mahu naik podium.

"Saya tidak puas hati dengan prestasi di LTdL tahun ini, selepas terbabit kemalangan dan ia menjejaskan rentak kayuhan saya.

Saya jadi seperti takut hendak bersaing dalam kelompok besar menuju ke garisan penamat," katanya.

Harrif terbabit dalam kemalangan di peringkat kedua LTdL 2014 dari Sungai Petani ke Taiping dengan dia menduduki tempat ke-30 bagi kedudukan keseluruhan Raja Pecut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Zaqhwan tunggu tiket wild card

Posted: 27 Jul 2014 08:46 AM PDT

Kuala Lumpur: Pelumba berbakat negara Mohd Zaqhwan Zaidi berharap dapat beraksi menerusi tiket wild card pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 24 hingga 26 Oktober.

Zaqhwan yang bernaung di bawah pasukan Givi Honda Yuzy Racing pada saingan Kejuaraan Cup Prix Malaysia berkata, dia sememangnya cukup teruja jika mendapat peluang beraksi pada saingan bertaraf dunia itu, apatah lagi di halaman sendiri.

"Kalau ada peluang untuk beraksi pada saingan MotoGP, sudah tentu saya tidak akan sia-siakan peluang itu.

"Sebab pengalaman beraksi pada kejohanan seperti MotoGP sememangnya memberi banyak pengalaman kepada diri saya sendiri," katanya.

Zaqhwan mengakui pasukannya serta Honda sendiri ada berbincang mengenai perkara itu tetapi tidak secara rasmi.

"Mereka ada nyatakan minat melihat saya beraksi menerusi tiket wild card.

Apapun terpulang kepada pasukan dan Honda.

"Kalau mereka rasa saya layak diberi peluang, saya akan cuba melakukan yang terbaik," katanya.

Zaqhwan antara pelumba cukup berpotensi ketika ini dan berdasarkan pengalamannya beraksi di Cub Prix serta Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), dia dijangka menjadi pilihan utama untuk meraih tiket wild card menerusi kategori Moto2 pada saingan Oktober nanti.

Pada Jun lalu, Zaqhwan mengharumkan nama negara apabila menamatkan perlumbaan Supersports di tempat kesembilan Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) menerusi tiket wild card.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Rooney wira United

Posted: 27 Jul 2014 08:45 AM PDT

Denver: Wayne Rooney menjaringkan dua gol manakala Juan Mata menambah satu lagi gol untuk membantu Manchester United mengalahkan AS Roma 3-2 pada aksi persahabatan semalam.

Keputusan itu meneruskan rentak kemenangan di bawah kendalian pengurus baru Louis van Gaal selepas mereka mencatat kemenangan besar 7-0 pada perlawanan pertama ke atas Los Angeles Galaxy dalam jelajah pra-musim United di utara Amerika, Rabu lalu.

Pada pertemuan menentang kelab Serie A itu, Roma mendominasi awal babak pertama tetapi Rooney berjaya mencuri tumpuan dengan jaringan pada minit ke-36 apabila merembat masuk bola dari jarak 25 ela selepas mendapat hantaran Mata.

Dua minit kemudian, Rooney mencipta gerakan untuk Mata menyumbat gol kedua dan Rooney menjadikan kedudukan 3-0 menerusi sepakan penalti sebelum babak pertama tamat selepas pemain baru Roma Urby Emanuelson menjatuhkan Danny Welbeck.

Miralem Pjanic menjaringkan gol pertama Roma dengan penuh bergaya pada minit ke-75 apabila membuat sepakan lambung dari jarak jauh untuk menewaskan penjaga gol gantian United Ben Amos.

Francesco Totti menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 untuk menghangatkan lagi pertarungan.

Formasi 3-4-1-2 yang diterapkan oleh Van Gaal sekali lagi berkesan dan United bermain dengan bertenaga meskipun di dalam cuaca panas.

"Ia sesuatu yang menarik untuk beraksi selama 45 minit dan ia tambah manis apabila menjaringkan gol jadi saya gembira dengan keputusan itu," kata Rooney.

"Namun apa yang penting untuk kami mendapatkan semula kecergasan...

ia perkara yang perlu kami tingkatkan namun secara keseluruhan kami gembira dengan kemenangan ini." Perlawanan itu menarik minat 54,000 penonton untuk membanjiri stadium Sports Authority Field, gelanggang pasukan NFL Denver Broncos.- AFP

Foto

ROONEY (tengah) kembali mendapat sentuhanA.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Pitam disengat tebuan

Posted: 27 Jul 2014 10:08 AM PDT

Kuala Pilah: Kegembiraan seorang remaja pulang berhari raya di kampung bertukar tragedi apabila dia cedera disengat seekor tebuan tanah, di rumah neneknya di Kampung Beting Ulu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Mohd Amir Zakwan Asmuni, 15, sedang memotong rumput untuk persiapan Aidilfitri.

Bapa saudaranya, Mohd Jefri Pakemen, 37, berkata, dia melihat Amir membersihkan halaman rumah dan tiba-tiba Amir memberitahu kepalanya disengat.

"Saya terkejut diberitahu dia disengat lalu saya memeriksa kepalanya. Amir kemudian pitam dan dikejarkan ke klinik berhampiran," katanya.

Foto

ANGGOTA bomba memusnahkan sarang tebuan di dalam almari pakaian.


Menurutnya, hasil pemeriksaan dia menemui ratusan tebuan tanah dari dalam sebuah bilik tidur yang dipercayai terbang keluar melalui tingkap dan salah seekor menyengat kepala anak saudaranya.


"Rumah itu tidak dihuni tiga bulan sejak ibu, Siti Suraini, 82, menunaikan umrah. Sekembali dari menunaikan umrah, ibu terus menetap di rumah saya di Bangi, Selangor. Aidilfitri kali ini kami sekeluarga bercadang menyambutnya di kampung," katanya mereka sekeluarga baru tiba di rumah ibunya itu, pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

'Tiada istilah raya buat saya'

Posted: 27 Jul 2014 10:04 AM PDT

Alor Gajah: "Tiada lagi pelukan, ciuman dan huluran tangan daripada arwah untuk memohon maaf pada pagi Syawal," luah Maimon Sarpan, 74, ibu kepada ketua pramugara pesawat penerbangan MH17 Mohd Ghafar Abu Bakar, 54.

Bagi Maimon, Aidilfitri kali ini tidak lagi bermakna apabila anaknya itu terkorban ketika bertugas dalam nahas tragik yang turut mengorbankan 297 nyawa selepas pesawat berkenaan dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine.

Menurutnya, tragedi itu juga pasti membuatkannya merindui sikap manja, jenaka dan gelak tawa arwah setiap kali ketika berkumpul bersama ahli keluarga pada Aidilfitri di kediamannya di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, di sini.

"Tiada istilah raya buat saya tahun ini, sunyi sepi...alam membisu. Selalu jika arwah ada, dia yang menjadi 'budak-budak' kerana bermain bunga api dengan anaknya.

Foto

MAIMON sedih terkenangkan Mohd Ghafar (gambar kecil) yang terkorban dalam nahas MH17.


"Sudah menjadi kebiasaan arwah dan keluarganya akan pulang selepas menziarahi pusara anak ketiga mereka di pagi Aidilfitri dan rumah ini menjadi lebih ceria dengan kepulangan mereka," katanya.


Menurutnya, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, dia tidak mempunyai semangat membuat sebarang persiapan raya sejak dari awal Ramadan termasuk membeli pakaian atau membuat kuih.

Katanya, dia juga tidak menyangka permohonan maaf Mohd Ghafar kerana tidak dapat beraya bersamanya Aidilfitri ini disebabkan tugas menjadi kenyataan selepas pesawat dinaiki terbabit nahas berkenaan.

"Aidilfitri ini adalah tahun pertama arwah tidak dapat beraya dengan saya, tetapi tidak sangka rupanya tidak dapat menyambut Syawal bersamanya buat selama-lamanya.

"Jika kebiasaannya saya membuat kuit tart kerana anak termasuk arwah suka memakannya, tidak tahu kenapa walapun tepung sudah dibeli sebelum tragedi itu lagi saya berasa berat hati untuk membuatnya," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Gaza pilu sambut Aidilfitri

Posted: 27 Jul 2014 09:47 AM PDT

Tiada istilah Aidilfitri untuk rakyat Gaza pada tahun ini. Kehilangan lebih 800 rakyat Palestin yang gugur syahid selepas tercetusnya Perang 10 Ramadan sudah cukup menggambarkan betapa perit hari raya kali ini untuk warga Palestin.

Suasana hari raya juga tidak kelihatan di Palestin, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang masih meriah dengan kerlipan lampu serta ketawa riang kanak-kanak kecil menjelang takbir raya yang berkumandang hari ini.

Aidilfitri di Palestin pada tahun ini dilinangi air mata anak-anak kecil Palestin yang kehilangan orang dicintai, berikutan kemanusiaan sudah tercabul sejak tercetusnya perang ini dan yang tinggal hanya luka kesedihan akibat tindakan tidak prikemanusiaan tentera Israel yang membedil Bandar Gaza tanpa belas kasihan.

Biarpun berlakunya genjatan senjata sementara antara Hamas dan Israel bertujuan untuk menghormati Aidilfitri, namun keadaannya pasti tidak sama. Rakyat Palestin tiada 'nafsu' untuk merayakannya kerana sudah terlalu banyak kehilangan.

Foto

ASAP serangan bom menyelubungi ruang angkasa Gaza, semalam. Israel kembali menyerang awal semalam selepas Hamas didakwa mencabuli gencatan senjata dengan melancarkan misil.


Jika di Malaysia, anak-anak kecil sedang girang bergembira bersama sanak saudara menyambut Aidilfitri, namun keadaannya sangat berbeza di Palestin dan kanak-kanak kecil di sini hanya mengharapkan keamanan. selain linangan air mata yang bercucuran.


Ini suasana Palestin ketika ini. Saya turut bersedih dengan setiap kehilangan, setiap gugurnya rakyat Palestin dan setiap terhakisnya kemanusiaan yang jelas terlihat sepanjang Perang 10 Ramadan ini.

Saya sememangnya bersedih bukan kerana berkongsi kesedihan dengan mereka, tetapi saya turut merasa kehilangan apabila beberapa rakan karib saya turut gugur dalam menegakkan satu perjuangan yang dipanggil keadilan.

Ahmad Bala'wi dan Ali Seyam. Itu antara dua nama yang juga sahabat saya yang gugur syahid. Mereka dekat di hati saya, mereka kerap saya temui, berbual mesra, bergurau senda, bercerita perihal Palestin dan perjuangan. Namun mereka sudah tiada, sudah mengadap Allah Yang Esa.

Jauh di sudut hati saya, mereka amat dirindui, bukan saja kepada saya, malah kepada rakyat Palestin kerana biarpun negara mereka ditindas, dikoyak-koyak oleh rejim Zionis, namun hati mereka seputih salju.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Insiden penuh hikmah

Posted: 27 Jul 2014 09:43 AM PDT

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam di Malaysia mengambil iktibar daripada beberapa tragedi yang melanda negara mutakhir ini termasuk nasib malang menimpa rakyat Palestin.

Beliau berkata, semua ujian dan rintangan yang kebetulan berlaku dalam bulan Ramadan itu memberi pengajaran berguna mengenai keperluan membina kekuatan dan ketahanan umat Islam negara ini dalam menempuh pelbagai cabaran.

Malah, katanya, ia juga penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh yang progresif dan berdaya maju.

Perdana Menteri ketika menyampaikan Perutusan Aidilfitri 2014 mengingatkan umat Islam akan kepentingan kesatuan dan sentiasa berpadu dengan mengukuhkan ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan yang tulen antara sesama Islam.

"Dengan itu, barulah umat Islam akan disegani, tidak dilihat lemah atau mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang lain," katanya.

Ucapan Perdana Menteri disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.

Najib turut melahirkan rasa syukur kerana usul tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, diluluskan sebulat suara oleh semua wakil rakyat termasuk pembangkang pada persidangan khas Dewan Rakyat, Rabu lalu.

"Keputusan ini satu permulaan yang baik, untuk kita sebagai umat dan rakyat Malaysia, bertaut hati, dengan mengukuhkan solidariti sebagai satu negara, 1Malaysia," katanya.

Selain itu, Perdana Menteri juga menyeru umat Islam mengambil iktibar akan ikhtiar yang sudah diambil dalam mempertegak dan mempertinggikan syiar agama, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Beliau menarik perhatian di Malaysia, amalan Islam dipraktikkan dalam kerangka Maqasid Syariah melalui pendekatan wasatiyyah yang, sekali gus menolak fahaman ekstremisme dan liberalisme yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Najib mengambil contoh penubuhan Lembaga Tabung Haji, institusi kewangan dan perbankan Islam selain institusi dan lembaga zakat di negeri-negeri sebagai antara langkah Malaysia menuruti syariat Islam.

Beliau dalam pada itu menekankan kepentingan membangunkan ilmu, kemahiran teknologi dan inovasi serta nilai insaniah demi kemaslahatan umat Islam di negara ini.

"Kita dapat saksikan kesungguhan kerajaan melakukan pengislahan demi pengislahan dalam aspek meningkatkan pendidikan dan modal insan rakyat supaya mampu bersaing dan setanding dengan negara maju lain.

"Antara nilai kejayaan itu seperti itqan yakni tekun, taa'wun iaitu budaya tolong menolong, berhikmah atau bijaksana dan amalan istiqamah serta taqwa.

Semua nilai ini sangat mustahak, dalam usaha kita mencapai status negara maju menjelang tahun 2020," katanya.

Justeru, beliau menyarankan semua umat Islam di negara ini sentiasa bertransformasi, bersiap siaga, melihat jauh ke hadapan dan membina harapan demi kemakmuran bersama.

Perdana Menteri sekali lagi merakamkan takziah dan balasungkawa serta kesedihan yang amat mendalam kepada semua mangsa korban tragedi MH17 termasuk anggota keluarga mereka.


"Sudah tentu, saya amat merasai serta tidak sanggup membayangkan betapa luluhnya hati mereka apabila bangun di pagi hari raya tanpa orang yang tersayang.

"Lantaran itu, banyakkan bersabar dan reda dengan ketentuan Ilahi.


Pastinya, banyak hikmah boleh dipelajari daripada peristiwa tragik ini," katanya.

Bagi pihak kerajaan, Najib merakamkan penghargaan atas sokongan pemimpin dan masyarakat dunia yang bersimpati dan menghulur bantuan kepada Malaysia bagi menghadapi insiden malang penerbangan MH370 dan MH17.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, beliau tidak sesekali melupakan jasa dan anggota pasukan keselamatan sama ada yang masih bertugas di perbatasan mahupun yang sudah meninggal dunia.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia menghentikan segala sengketa dan menggalakkan amalan ziarah-menziarahi.

- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Raya hanya berkurung

Posted: 27 Jul 2014 09:30 AM PDT

Gua Musang: "Sejak peristiwa itu Aidilitri saya hanyalah dengan berkurung di dalam rumah. Semuanya kerana wajah saya yang tidak lagi seperti dulu lagi," kata Nor Ain Abdul Aziz, 20, yang baru dua tahun pulih daripada melecur akibat disimbah cuka getah oleh bapa tirinya lima tahun lalu.

Bagaimanapun, gadis malang itu yang tinggal di Kampung Baru Mutiara, Aring 1, dekat sini, tidak berpeluang menjadi seperti dulu apabila wajahnya mengalami kecacatan akibat melecur dan kedua-dua matanya buta meskipun berulang kali menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Katanya, dia cuba melupakan peristiwa pahit itu namun adakalanya gagal mengawal perasaan apabila terkenang tindakan kejam bapa tiri yang turut merosakkan masa depannya.

"Ketika kejadian saya baru berusia 15 tahun dan belajar di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku namun sudah berdepan insiden itu yang menyebabkan saya menderita hampir seumur hidup.

Foto

NOR Ain (dua dari kanan) dikunjungi Zamzani yang menyampaikan sumbangan raya di rumahnya.


"Saya juga tidak tahu apa yang saya harus lakukan untuk masa depan saya dengan keadaan begini. Mungkin juga saya berkurung saja di rumah kerana tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Zolkples tak cemas

Posted: 26 Jul 2014 09:06 AM PDT

Tiada langsung riak cemas di wajah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong apabila kontinjen negara masih ketandusan pingat emas Sukan Komanwel yang memasuki hari ketiga kelmarin.

Beliau yang tenang dan sentiasa mengikuti perkembangan atlet negara dari venue ke venue, tetap mengharapkan kejutan dilakarkan atlet yang nama masing-masing tidak ada dalam senarai tujuh pingat emas disasarkan kontinjen negara.

"Masih terlalu awal dan saya yakin kita akan mendapat emas pertama dalam sehari dua lagi. Mungkin sebentar lagi..siapa tahu.

"Saya tetap meletakkan harapan kepada atlet kita tidak terkecuali mereka yang tidak disandarkan harapan emas untuk membuat kejutan. Antaranya dari venue angkat berat, namun rezeki kita belum hadir lagi," katanya.

Foto

AZIZULHASNI (kanan) diharap bawa pulang emas untuk negara.

Foto

PASUKAN boling padang diramal raih emas.

Foto

ZULHELMI bawa pulang pingat perak.


Kontinjen negara setakat ini meraih satu pingat perak menerusi atlet angkat berat Zulhelmi Md Pisol dalam kategori 56 kilogram dan satu gangsa disumbang skuad gimrama berpasukan.


Berdasarkan aksi atlet negara yang semuanya sudah memulakan acara masing-masing kecuali terjun, ternyata sasaran tujuh emas itu boleh bertambah.

Antaranya menerusi skuad badminton, skuasy, menembak, terjun, memanah dan boling padang.

"Saya masih yakin keupayaan atlet angkat berat yang tidak pernah gagal menyumbang emas sejak Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, Manchester (2002), Melbourne (2006) dan New Delhi (2010)," katanya.

Namun, riak berbeza terpancar di wajah Chef di Mission Datuk Ong Poh Eng dan beliau agak kecewa apabila atlet angkat berat masih belum menyumbang emas.

Beliau yang berada di venue angkat berat tidak senang duduk menyaksikan Constantine Clement gagal dalam kategori 62 kg.

Atlet Sabah itu antara sasaran skuad angkat berat negara selain Mohd Hafifi Mansor untuk meraih emas bagi mempertahankan dua pingat emas yang dimenangi di New Delhi empat tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

Poh San kempunan

Posted: 26 Jul 2014 08:51 AM PDT

Glasgow: Pingat gangsa yang hampir digenggam, terlucut daripada tangan gimnas negara, Wong Poh San apabila tewas tipis 0.32 mata dalam acara individu all rounder Sukan Komanwel kelmarin.

Dia yang mengumpul 55.875 mata terpaksa menerima hakikat pingat itu bukan miliknya sekali gus terpaksa berputih mata menyaksikan gimnas Wales Laura Halford mendaki podium dengan 56.225 mata.

Pingat emas milik Patricia Bezzoubenko dari Kanada yang mencatat 59.175 mata dan perak Francesca Jones dari Wales 57.350.

"Memang saya agak kecewa gagal memenangi pingat selepas mencatat mata kedua tertinggi dalam aparatus gelung dan riben.

"Namun, saya terlepas banyak mata dalam acara bola dan club.

Itu yang memberi peluang kepada Laura untuk memintas saya.

"Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri dan saya akan cuba yang terbaik dalam acara individu esok (hari ini).

"Ini peluang saya untuk meraih pingat kedua selepas memenangi gangsa dalam acara berpasukan," kata atlet berusia 17 tahun dari Johor itu.

Seorang lagi gimnas negara, Amy Kwan hanya terdaya menduduki tempat keenam dengan 53.475 mata.

Dia yang mencatat mata ketiga terbaik dalam aparatus bola berazam untuk menebus kegagalannya itu.

"Acara esok (hari ini) adalah individu dan peluang kemenangan tetap terbuka.

Pemenang pingat all rounder tidak semestinya menguasai acara individu dan saya berazam melakukan yang terbaik sambil perlu mengelak daripada melakukan kesilapan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

Ospina cabar Szczesny

Posted: 26 Jul 2014 08:49 AM PDT

New York: Pengurus Arsenal Arsene Wenger percaya ketibaan David Ospina pasti mencabar kedudukan penjaga gol Wojciech Szczesny untuk merebut jersi No 1 Gunners.

Arsenal bersetuju dengan yuran perpindahan £3.2 juta (RM17.2 juta) yang diminta Nice untuk penjaga gol yang cemerlang bersama Colombia di Piala Dunia itu sekali gus membantu negaranya mara ke suku akhir sebelum tewas kepada tuan rumah Brazil.

Dilaporkan, penjaga gol berusia 25 tahun itu dibawa masuk untuk membantu Szczesny, tetapi Wenger menegaskan persembahan di padang akan menentukan siapa lebih layak berada di posisi itu.

"Anda tahu pada mulanya Szczensy akan menyarung jersi No 1, tetapi kemudian semuanya akan ditentukan menerusi aksi di padang dan jika Ospina lebih baik, dia akan bermain," katanya.

Ospina akan menyertai Alexis Sanchez dan Mathieu Debuchy sebagai pembelian baru di Emirates musim ini manakala kelab itu juga dikaitkan dengan perpindahan William Carvalho dari Porto dengan harga dianggarkan £35 juta (RM188.6 juta).

Wenger percaya Arsenal kini mampu bersaing dalam pasaran pemain untuk memberi cabaran berterusan meraih gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bercakap ketika sidang media menjelang perlawanan persahabatan dengan New York Red Bulls, Wenger bersetuju Arsenal bakal mengulangi kejayaan seperti masa lalu.

"Itulah matlamat kami, tetapi saya rasa kami masih belum konsisten," katanya.

"Ia era yang berbeza kerana kami membina stadium baru dan perlu melunaskan pembayarannya.

Kami masih kekal dalam kelompok atasan, tetapi kami mahukan lebih lagi.

"Kami kini berada setaraf kelab lain berbanding lima atau enam tahun lalu."- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

Lallana rehat enam minggu

Posted: 26 Jul 2014 08:48 AM PDT

London: Liverpool mengalami tamparan hebat semalam apabila pemain tengah England, Adam Lallana terpaksa diketepikan hingga enam minggu berikutan kecederaan lutut.

Lallana yang berpindah dari Southampton ke Anfield dengan bayaran £25 juta (RM134.7 juta) awal bulan ini mengalami kecederaan itu di pusat latihan kelab di Universiti Havard, Boston.

Pemain berusia 26 tahun itu yang juga menyertai skuad England ke Piala Dunia di Brazil diperiksa kakitangan perubatan Liverpool dan tidak memerlukan pembedahan, tetapi dia tidak mungkin pulih sepenuhnya untuk permulaan Liga Perdana Inggeris yang bakal bermula 16 Ogos ini.

"Tiada sebarang had waktu diletakkan untuk dia kembali cergas, tetapi kecederaan seperti ini boleh menyebabkan pemain berehat sehingga enam minggu," demikian kata kenyataan yang disiarkan di laman web Liverpool.

Lallana akan menjalani pemeriksaan lanjut oleh pasukan perubatan Liverpool di Amerika Syarikat dan juga sebaik kembali ke England nanti.

Ketiadaannya pada awal musim kempen Liverpool memberi kesan buat pengurus Reds Brendan Rodgers yang berharap dapat menggunakan pemain tengah itu sebagai tonggak utama dalam rombakan pasukan berikutan penjualan penyerang Luis Suarez ke Barcelona.

Lallana menjalani sesi latihan keempat bersama Liverpool dengan beberapa pemain kelab yang turut beraksi di Piala Dunia.

Pemain tengah itu yang mempamerkan aksi hebat musim lalu menjadi sasaran beberapa kelab tetapi berjaya ditawan Rodgers.

Bagaimanapun, kecederaan itu pasti menghalangnya untuk kembali berdepan kelab lamanya Southampton.

Liverpool yang menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris musim lalu juga berdepan cabaran getir menentang Manchester City dan Tottenham pada awal musim depan.

Fokus Lallana adalah untuk kembali ke tahap kemuncak tepat pada masanya untuk saingan Liga Juara-Juara September ini.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

Sinar Sakura

Posted: 26 Jul 2014 08:47 AM PDT

Baltimore: Sakura Yokomine membenam par dari jarak 15 kaki di lubang ke-18 untuk melengkapkan kebangkitan Jepun sekali gus membolehkan negara Matahari Terbit itu kekal tidak tewas pada Kejohanan Mahkota Antarabangsa LPGA.

Ketinggalan enam mata dengan baki tujuh lubang, Sakura dan Ai Miyazato bangkit untuk menang ke atas pasangan Australia Katherine Kirk dan Lindsey Wright.

"Ia satu perasaan yang sangat hebat," kata Ai.

"Kami mencatat birdie secara berturut-turut sekali gus memberikan diri kami peluang.

"Kami yakinkan diri dan berkata kami perlu meneruskan aksi sebegitu kerana tidak tahu apa yang akan berlaku.

Kami hanya mengekalkan sikap positif." Mika Miyazato dan Mamiko Higa turut ketinggalan sebelum menang 3-2 ke atas Karrie Webb serta Minjee Lee.

Karrie membenam birdie di lubang ketiga tetapi Mamiko mencatat pukulan serupa untuk memenangi tiga lubang seterusnya selain di lubang ke-11 untuk menang.

Keputusan ke atas Australia itu membolehkan Jepun kini mengatasi negara lain pada kejohanan yang menampilkan lapan pasukan itu.

Foto

BIRDIE dilakar Sakura pada lubang ke-17, 18 jamin kemenangan Jepun.


Jepun mengumpul lapan mata diikuti Thailand (lima) manakala Taiwan, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing mengumpul empat mata.

Sepanyol, Sweden dan Australia pula mengumpul tiga mata dan memerlukan kemenangan kerana hanya lima pasukan teratas layak ke acara akhir membabitkan aksi perseorangan.

Hari ini, Jepun akan bertemu Korea Selatan, AS menentang Thailand, Sepanyol melawan Taiwan manakala Sweden bersaing dengan Australia.

Katherine dan Lindsey mendahului Sakura-Ai 5-0 selepas tujuh lubang dan dilihat tidak bermasalah untuk menang hinggalah Sakura mencatat birdie dan menang di lubang ke-12.

"Kami kehilangan rentak dan itulah punca kekalahan kami," kata Katherine.


"Ia sangat memalukan dan mengecewakan." Jepun hanya memerlukan par untuk menang di lubang ke-13 dan bogey untuk menang di lubang 14 sebelum Ai melakar birdie di lubang ke-16 diikuti birdie oleh Sakura di lubang ke-17 dan 18.

"Ia mengecewakan," kata Katherina.

"Kami akan cuba tingkatkan tumpuan esok." Sementara itu, keputusan lain menyaksikan Thailand mengatasi Taiwan, AS mengalahkan Sepanyol manakala Korea Selatan seri dengan Sweden.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

Impian Isner berbunga

Posted: 26 Jul 2014 08:46 AM PDT

Atlanta: John Isner mengekalkan peluangnya untuk mempertahankan gelaran Kejohanan ATP Atlanta selepas menundukkan pemain Australia, Marinko Matosevic 7-6 (10/8), 6-4 di suku akhir, semalam.

Sehari selepas Isner melakukan 30 ace, tetapi masih perlu bergelut untuk mengatasi Robby Ginepri di pusingan kedua, pemain Amerika Syarikat (AS) itu hanya mencatat 17 ace untuk mengatasi Matosevic.

Isner kelihatan agak longlai di set pertama, tetapi berjaya mengheret perlawanan ke tie-break sebelum menang.

"Saya sedar Matosevic tidak selesa dan dia juga menyedari saya turut mengalami masalah sama," kata Isner.

"Banyak kali situasi sebegitu memberikan saya kelebihan kerana saya berpeluang melancarkan servis laju.

"Pada awal set kedua, cuaca agak panas dan ia menambah kesukaran kami.

"Saya hanya ada satu pilihan iaitu perlu bermain secara agresif.


Ternyata ia berbaloi buat saya." Isner juara di Atlanta tahun lalu dan naib juara 2010 dan 2011, akan berdepan seorang lagi pemain AS, Jack Sock untuk memburu tempat ke final.

Sock bangkit daripada ketinggalan 1-4 di set pertama untuk mengatasi pemain Slovakia, Lukas Lacko 7-6 (8/6), 6-2.

Sock kini layak ke suku akhir kelimanya tahun ini.

"Permulaan permainan saya terlalu buruk," kata Sock.


"Dia mempamerkan aksi menarik dan langsung tidak memberi saya peluang untuk melawan.

Mujur saya berjaya bangkit untuk mengalahkannya." - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Cedera ditembak lanun

Posted: 26 Jul 2014 10:43 AM PDT

Kota Tinggi: Tujuh lelaki bersenjatakan pistol dan parang melarikan pelbagai barangan berharga milik kru sebuah kapal tangki dalam kejadian rompakan di 2.5 batu nautika, barat laut Teluk Ramunia di Pengerang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.40 malam, seorang anak kapal MT Jix Lang yang juga warga Indonesia dan belum dikenal pasti identitinya cedera selepas ditembak di leher oleh anggota kumpulan terbabit.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Tanjung Sedili Kapten Maritim Amran Daud berkata, kapal tangki itu berdaftar di Ulan Bator, Mongolia dan membawa muatan Marine Gas Oil (MGO) sebelum diceroboh tujuh lelaki.

"Hasil maklumat diterima, dua bot dan sebuah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diarah ke lokasi kejadian.

Foto

KRU kapal yang cedera diberi rawatan kecemasan.


"Kami cuba mengejar bot dinaiki lanun terbabit yang menghala ke arah Pulau Lima, tetapi mereka menghilangkan diri ke kawasan perairan negara jiran," katanya.


Menurutnya, apabila anggota APMM menaiki MT Jix Lang, pihaknya mendapati seorang kru berusia 30-an cedera ditembak.

"Kami turut menemui dua pistol dan parang ditinggalkan lanun ketika mereka melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami.

"Hasil siasatan terhadap kru kapal, kami percaya lanun terbabit adalah warga Indonesia berdasarkan dialek mereka.," katanya.

Menurut Amran, pihaknya yakin motif utama kumpulan itu adalah untuk merompak muatan MGO, namun gagal.

Katanya, lanun terbabit hanya sempat melarikan barangan peribadi milik kru seperti telefon bimbit.

"Ketika kejadian, 14 kru berada di atas kapal membabitkan enam warga Indonesia, Myanmar (7) dan satu dari China. Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk diberi rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

Rakyat kita cedera dibom keluar hospital

Posted: 26 Jul 2014 10:41 AM PDT

Betong: Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam kejadian letupan bom di pekan Betong, dalam Wilayah Yala, Selatan Thailand, petang kelmarin, dibenarkan keluar dari Hospital Betong.

Konsulat Malaysia di Thailand Mohd Rozaimi Harun berkata, seorang lagi mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital sama kerana mengalami pendarahan dalaman, namun dilaporkan stabil.

Menurut Mohd Rozaimi, kedua-dua rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Jeemihan, 27, dan Seoh Choo Then, 68.

Kedua-duanya berasal dari Baling, Kedah.


Katanya, Seoh masih dirawat dan ahli keluarganya dimaklumkan berkaitan perkara itu.

"Wakil kami juga dihantar ke Betong untuk memantau keadaan di sana," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, berdasarkan perkembangan semasa, Mohd Rozaimi menasihatkan rakyat Malaysia tidak mengunjungi bandar di selatan negara jiran itu kerana keadaan tidak menentu dan banyak ancaman keselamatan, terutama terhadap pelancong.

"Kami mempunyai sebab untuk percaya wujud ancaman terhadap bandar di sempadan negara ini dan pelancong turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab.

"Kami percaya ia taktik untuk menakut-nakutkan pelancong, seterusnya melumpuhkan ekonomi di selatan Thailand," katanya.

Menurut beliau, pihak konsulat juga memantau rapi setiap perkembangan terkini di kawasan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

Ibu maut ditetak

Posted: 26 Jul 2014 10:40 AM PDT

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga emas mati dipercayai ditetak anak perempuannya di sebuah rumah kedai di Jalan Sentul, di sini, pagi kelmarin.

Mangsa yang berusia 74 tahun itu ditemui terbaring di atas tilam di dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah oleh seorang lagi anaknya kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas pengadu menghubungi talian kecemasan selepas mendapati ibunya tidak sedarkan diri.

"Pengadu seorang wanita berusia 30-an memberitahu kakaknya yadipercayai kurang siuman memukul ibunya hingga mati di rumah mereka di tingkat empat sebuah rumah kedai.

"Hasil pemeriksaan pasukan forensik di lokasi kejadian menemui mangsa sudah meninggal dunia dalam keadaan telentang di atas tilam di dalam bilik tidur di rumah berkenaan," katanya.

Menurutnya, terdapat kesan tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam pada bahagian kiri muka mangsa selain kesan luka dan calar pada badan dan tangan.

Katanya, polis menahan anak mangsa berusia 45 tahun untuk membantu siasatan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

Kuasai kawasan nahas

Posted: 26 Jul 2014 10:40 AM PDT

Selepas lebih seminggu pesawat MH17 membawa 298 penumpang dan kru dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan seluas 20 kilometer persegi di Grabovo, 100 kilometer dari sini, punca kejadian malang itu belum terungkai dan mungkin memakan masa untuk mengenal pastinya.

Ini kerana belum ada siasatan menyeluruh dapat dilakukan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OCSE), malah siasatan hanya membabitkan pemerhatian tanpa sebarang bahan bukti boleh dibawa keluar dari kawasan nahas untuk dianalisis.

Keengganan kumpulan pemberontak pro-Russia yang menguasai kawasan nahas membenarkan pihak berkuasa antarabangsa membawa keluar serpihan bangkai pesawat untuk siasatan lanjut mungkin menyebabkan penyiasatan mengambil masa untuk diselesaikan.

Hanya dua kotak hitam pesawat diserahkan kepada kerajaan Malaysia oleh pemberontak untuk dianalisis.


Konflik berlaku antara pemberontak dan kerajaan Ukraine sejak tiga bulan lalu menyebabkan kawasan berkenaan tegang kerana tentera kedua-dua pihak saling berbalas tembakan bagi menguasai antara satu sama lain. Kebanyakan pertempuran berlaku di kawasan luar bandar.


Walaupun pemberontak dituduh menembak pesawat berkenaan menggunakan peluru berpandu, ia dinafikan pemimpinnya Alexander Borodai yang mendakwa mereka tiada peralatan canggih seperti itu.

Malah, mereka pula menuduh jet pejuang kerajaan Ukraine menembak pesawat itu. Sejak itu, kedua-dua pihak saling tuduh menuduh dengan mengemukakan bukti masing-masing yang sehingga kini tiada diketahui siapa yang benar.

Peperangan yang berlaku juga menyebabkan bandar Donestk bagaikan 'bandar hantu' kerana banyak aktiviti ekonomi terbantut dan rakyat menganggur.

Lapangan terbang antarabangsa bandar ini juga ditutup hingga menyukarkan perhubungan dengan negara luar.

Perintah berkurung yang dikuatkuasakan antara jam 11 malam hingga 5 pagi memburukkan lagi keadaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

Kenal pasti mayat masuk hari keempat

Posted: 26 Jul 2014 10:38 AM PDT

Kiev: Kerja mengenal pasti semua mayat mangsa nahas MH17 yang berada di Kharkiv, 300 kilometer dari sini, yang masuk hari keempat, dijangka selesai hari ini.

Walaupun sebelum ini dikatakan kerja mengecam dan memeriksa mayat mangsa nahas boleh dibuat segera, ia perlu dilakukan berhati-hati bagi mengelak bahan letupan kerana mayat itu diserahkan pemberontak pro-Russia selepas pemimpinnya mengadakan perjanjian dengan kerajaan Malaysia.

Sehingga kini, 189 keranda mengandungi mayat mangsa tiba di Eindhoven, Belanda dan 38 lagi dijangka dihantar semalam.

Pesawat pengangkut milik tentera udara Belanda itu dijangka meninggalkan Kharkiv sebaik kerja pengecaman terakhir dibuat pasukan forensik.

Kerja mengecam semua mayat terakhir itu kini giat dijalankan pakar forensik dari Malaysia dan Belanda.

Semua mayat mangsa yang tiba di Eindhoven akan dibawa pula ke Hilversum untuk proses pengecaman seterusnya yang akan dijalankan dengan menggunakan cap jari, rekod pergigian dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Proses dilakukan mengikut garis panduan dan piawaian antarabangsa.

Semua mayat mangsa nahas yang dimuatkan dalam beberapa gerabak diserahkan pemberontak pro-Russia, Isnin lalu, apabila pemimpin pemberontak Alexander Borodai bersetuju berbuat demikian selepas berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui perbualan telefon.

Pihak pemberontak juga menyerahkan dua kotak hitam kepada wakil Malaysia.

Jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 di timur Ukraine itu dijangka dapat dibawa pulang ke tanah air dalam jangka masa dua atau tiga minggu lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27