Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Tagih idea Dollah

Posted: 28 Jun 2014 09:52 AM PDT

Kelana Jaya: Sentuhan jurulatih tempatan terus menjadi sandaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membimbing skuad Harimau Malaya apabila melantik bekas penyerang kebangsaan Dollah Salleh, semalam.

Dollah, 50, yang kini membimbing skuad juara Liga Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditawar kontrak dua tahun selaku ketua jurulatih kebangsaan bagi menggantikan Datuk K Rajagobal yang tamat kontrak pada 31 Disember lalu.

Keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Exco FAM kali pertama bagi penggal 2014-2018 yang dipengerusi Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pemilihan Dollah itu sudah diduga walaupun FAM mempunyai beberapa calon lain termasuk pengendali sementara kebangsaan Datuk Ong Kim Swee serta dua jurulatih warga Jerman, Wolfgang Sidka dan Gert Engels.

Foto

AFANDI (kiri) bersama Hamidin ketika mengumumkan jurulatih baru Harimau Malaya.


Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah dalam sidang media selepas mesyuarat itu berkata, mereka belum memuktamadkan butiran kontrak namun FAM yakin pengendali kelahiran Melaka itu bersedia memikul cabaran baru itu.


"Kami sudah mengadakan perbincangan dengan Dollah sebelum ini dan secara dasarnya sudah ada persetujuan, tapi belum dimuktamadkan lagi.

"Kami akan mengadakan perbincangan akhir untuk memuktamadkan kontrak serta memaklumkan tugas yang akan beliau laksanakan," katanya.

Dollah bukan saja mempunyai pengalaman luas sebagai pemain di pentas tempatan dan antarabangsa malah beliau juga dianggap jurulatih yang mempunyai sentuhan magis apabila menjuarai Piala Malaysia dengan tiga pasukan, Selangor MPPJ, Selangor dan Pahang.

"Beliau mempunyai pengalaman luas, legenda bola sepak negara. Kami juga memilihnya atas dasar rekodnya yang cemerlang sebagai jurulatih.

"Kami mahu melantiknya sebagai jurulatih sepenuh masa dan beliau perlu melepaskan jawatan dengan PDRM. Kami akan selesaikan kontrak Dollah dengan PDRM selepas ini," kata Afandi.

Arena Metro cuba mendapatkan komen Dollah mengenai pelantikan itu namun jawapannya cukup ringkas: "Tak ada komen, terima kasih."

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Beregu gagal lagi

Posted: 28 Jun 2014 09:48 AM PDT

Kuala Lumpur: Impian untuk meraih kejuaraan sulung di peringkat senior dan juga membalas dendam kekalahan pada Piala Thomas 2014 New Delhi, gagal dicapai beregu lelaki negara, Tan Boon Heong-Hoon Thien How,

Boon Heong-Thien How tumpas pada separuh akhir Siri Super Terbuka Australia kepada pilihan keempat dari Korea Selatan, Lee Yong Dae Lee-Yoo Yeon Seong 14-21, 16-21 dalam perlawanan di Kompleks Sukan States, Sydney semalam.

Kekalahan juara remaja dunia 2004 itu bermakna kempen wakil negara pada kejohanan itu berakhir.

Aksi di set pertama memperlihatkan bekas pemenang pingat perak Sukan Asia 2006 Doha itu berjaya memberi cabaran sengit hingga terikat 13-13, namun kesilapan demi kesilapan yang dilakukan menyebabkan mereka ketinggalan 13-20 seterusnya tumbang 14-21.

Set kedua pula menyaksikan pasangan negara itu bermain dengan baik dan pada satu ketika mendahului 7-6, tetapi gandingan Yong Dae-Yeon Seong kembali bertenaga dengan tidak memberi peluang Boon Heong-Thien How bangkit.

Kekalahan itu menyaksikan Boon Heong-Thien How gagal membalas dendam selepas dikecewakan pasangan sama pada perlawanan peringkat kumpulan saingan Piala Thomas Mei lalu.

Ketika itu Boon Heong-Thien How bermain dengan cemerlang apabila hanya tewas 19-21, 19-21 berbanding semalam yang agak jauh jurangnya.

Bagaimanapun, hasrat Korea Selatan untuk bertemu sesama sendiri di perlawanan akhir tidak kesampaian apabila Kim Ki Jung-Kim Sa Rang dikejutkan pasangan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Sin 18-21, 17-21.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Belum lagi

Posted: 28 Jun 2014 09:43 AM PDT

London: Venus Williams tegas mengatakan masih belum terfikir untuk bersara daripada arena tenis walaupun tersingkir awal di Wimbledon.

Kekalahan 7-5, 6-7 (2/7), 5-7 pada pusingan ketiga di tangan Petra Kvitova kelmarin bermakna juara Wimbledon lima kali itu gagal melangkah ke pusingan ketiga sejak 2011.

Pada usia 34 tahun, Venus adalah pemain wanita tertua dalam acara perseorangan Wimbledon dan dia tidak pernah memenangi gelaran Grand Slam sejak menjuarai Wimbledon 2008.

Ia membuatkan khabar angin semakin kencang mendakwa Venus akan bersara lebih awal dan kekalahan di tangan Petra menguatkan lagi andaian itu.

Namun Venus yang beraksi pada kejohanan Wimbledon kali ke-17, menolak kemungkinan itu dan menyatakan hasrat untuk terus bermain.

"Saya belum mahu berhenti.

Ramai yang mahu melihat saya bersara sejak saya berusia 25 tahun lagi.

Atas sebab tertentu, memang ada yang mahu melihat seseorang itu bersara," kata Venus ketika ditanya sama ada Wimbledon bakal menjadi gelanggang terakhirnya.

"Ia sesuatu yang pelik.


Anda seolah-olah tidak menggalakkan pemain tertentu untuk terus bermain."- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Asia tetap positif

Posted: 28 Jun 2014 09:42 AM PDT

Sao Paulo: Asia enggan mengetepikan hasrat menjulang Piala Dunia walaupun mempamerkan prestasi terburuk dalam tempoh 24 tahun apabila keempat-empat wakilnya gagal mencatat sebarang kemenangan.

Kekalahan Korea Selatan 0-1 kepada Belgium, Khamis lalu mengesahkan tidak ada pasukan Asia mencatat kemenangan sejak Itali 1990 apabila Taeguk Warriors ketika itu menjadi satu-satunya wakil benua berkenaan.

Selepas Korea Selatan, Jepun, Australia dan Iran tersingkir daripada saingan, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menganggap ia situasi yang mengejutkan.

Pada Piala Dunia 2010, Jepun dan Korea Selatan berjaya mara ke pusingan kalah mati.

Selepas itu, Asia meminta supaya banyak lagi slot diberikan kepada benua itu pada Piala Dunia dan ia mendapat sokongan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Sepp Blatter.

Bagaimanapun, Presiden AFC Sheikh Salman Ebrahim al Khalifa berkata, meskipun kecewa, kejohanan itu sekurang-kurangnya memberi pengajaran berguna buat pasukan Asia.

"Piala Dunia kali ini memberi pengajaran kepada semua negara Asia.

Pasukan Asia membariskan ramai pemain muda, mereka akan menjadi lebih baik dan yang penting kini kami kekal bersatu.

"Asia perlu akur terhadap kelemahannya, tapi pada masa sama harus mempercayai kemampuan diri sendiri.

"AFC berazam menggembleng sepenuhnya potensi yang dimiliki pasukan Asia," katanya.

Keempat-empat pasukan hanya menjaringkan sembilan gol dalam 12 perlawanan dan bolos 25 kali.

Australia bagaimanapun layak dipuji selepas mereka memberi cabaran bermakna terhadap Chile dan Belanda sekali gus meningkatkan harapan menjulang Piala Asia yang akan dianjurkan tahun depan.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Bantu Suarez!

Posted: 28 Jun 2014 09:40 AM PDT

Rio de Janeiro: Kesatuan pemain dan badan bola sepak sepakat penyerang Uruguay dan Liverpool, Luis Suarez perlu mendapatkan bantuan selepas dijatuhkan hukuman berat kerana menggigit pemain lawan buat kali ketiga dalam kariernya.

Suarez kembali ke Montevideo semalam, tiba lewat daripada jadual selepas presiden Uruguay dan ratusan penyokong berkumpul pada malam sebelumnya untuk memberikannya sambutan wira walaupun disingkirkan daripada Piala Dunia.

Di Rio de Janeiro, Setiausaha Agung FIFA Jerome Valcke berkata, insiden kali ketiga membabitkan Suarez adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

"Dia harus mencari jalan untuk berhenti melakukannya, dia harus mendapatkan rawatan," kata Valcke kepada pemberita di Stadium Maracana.

Kesatuan pemain, FIFPro turut melahirkan pandangan sama namun dalam pendekatan yang lebih bersimpati.

FIFPro menganggap keputusan panel disiplin FIFA yang melaksanakan penggantungan sembilan perlawanan antarabangsa dan empat bulan daripada aktiviti bola sepak sebagai melanggar hak Suarez untuk bekerja selain tidak menawarkan rawatan yang diperlukan.

"Suarez seharusnya menerima segala sokongan diperlukan untuk mengatasi sebarang isu luar padang yang mungkin dialaminya ketika ini," umum kesatuan itu sambil menambah rawatan perlu menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

Valcke atau FIFPro bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci sama ada rawatan itu termasuk terapi mengawal kemarahan atau kaunseling.

Di Itali, Suarez turut menerima sokongan daripada mangsa terbarunya Giorgio Chiellini yang menggambarkan hukuman itu sebagai melampau.

Pandangan sama turut dikongsi jurulatih Uruguay Oscar Tabarez apabila beliau meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa strategik FIFA dalam protesnya terhadap tempoh hukuman itu.

- AP

Foto

AHLI keluarga Suarez mengeluarkan barangan pemain itu di depan rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

EURO 2016 guna teknologi garisan gol

Posted: 28 Jun 2014 09:37 AM PDT

Rio de Janeiro: Presiden UEFA Michel Platini akan memperkenalkan teknologi garisan gol pada Kejohanan Eropah 2016 di Perancis, menurut Presiden FIFA Sepp Blatter semalam.

Platini, bekas pemain tengah Perancis dan jurulatih pasukan kebangsaan, menjadi penentang utama sistem itu sejak menjadi ketua UEFA tujuh tahun lalu.

Sistem itu diguna FIFA pada Piala Dunia buat julung kali.

Platini tidak merahsiakan tentangannya terhadap penggunaan teknologi video bagi memastikan sama ada bola melepasi garisan gol atau tidak, namun Blatter berkata, Platini sudah mengubah fikirannya.

"Saya sudah bercakap dengan Presiden UEFA Michel Platini yang berkata, beliau akan memperkenalkan teknologi garisan gol pada Kejohanan Eropah di Perancis pada 2016," jelas Blatter yang sebelum ini turut pernah menentang sistem itu.

Blatter mengubah fikirannya selepas gol pemain England, Frank Lampard dinafikan ketika menentang Jerman pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

RvP, Robben gempur Mexico

Posted: 28 Jun 2014 09:36 AM PDT

Fortaleza, Brazil: Robin van Persie kembali menguatkan jentera serangan Belanda untuk berdepan Mexico pada pusingan kedua Piala Dunia, awal pagi esok dengan pertahanan lawan, Hector Moreno bakal menentang bekas mentornya, Louis van Gaal.

Van Persie digantung ketika Belanda menewaskan Chile, 2-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan namun akan kembali bergabung dengan Arjen Robben, gandingan paling berbahaya pada kejohanan kali ini.

Kedua-dua pemain itu sudah meledak tiga gol pada peringkat kumpulan bagi membantu Belanda melangkah ke pusingan kedua dengan tiga kemenangan dan 10 gol, jaringan paling banyak dalam kalangan pasukan yang bertanding di Piala Dunia.

Persembahan cemerlang itu menjadikan mereka pasukan pilihan berdepan Mexico namun rekod pertemuan sebelum ini tidak menggambarkannya.

Dalam enam pertemuan, Belanda menang tiga kali dan Mexico dua kali.

Sejumlah 22 gol dihasilkan dalam pertemuan itu, purata empat gol setiap perlawanan, kedua-dua pasukan meledak 11 gol dan perlawanan tunggal di Piala Dunia pada 1998, berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Kepulangan Van Persie menyaksikan Dirk Kuyt kembali ke bangku simpanan selepas tersenarai dalam kesebelasan utama menentang Chile namun jika dia diturunkan, sejak awal atau sebagai pemain gantian, pemain berusia 33 tahun itu akan meraih penampilan ke-100.

Spektrum berbeza berkaitan umur menyaksikan penyerang berusia 20 tahun, Memphis Depay dijangka bermula di bangku simpanan walaupun sudah meledak dua jaringan dalam dua penampilan.

"Saya perlu realistik," katanya di kem latihan Belanda.

"Lebih logik jika saya berada di bangku simpanan dengan kehadiran pemain hebat seperti Robben dan Van Persie.

Memang sukar dipercayai apa yang Robben mampu lakukan dengan bola." - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Chicharito idam singkir Van Gaal

Posted: 28 Jun 2014 09:31 AM PDT

Fortaleza, Brazil: Selepas menamatkan kemarau jaringan dalam 11 perlawanan antarabangsa, penyerang Manchester United, Javier Hernandez berazam menyingkirkan bos barunya di kelab, Louis van Gaal apabila Mexico bertemu Belanda pada pusingan kedua Piala Dunia.

"Sepanjang tahun ini amat sukar.

Pemain amat memerlukan keyakinan dan dalam aspek itu saya kurang.

Hanya segelintir saja masih menaruh kepercayaan kepada saya sejak setahun lalu," kata pemain berusia 26 tahun yang gagal menjaringkan gol dalam tempoh lebih setahun untuk Mexico.

Hernandez yang dikenali sebagai 'Chicharito' (Little Pea), menangis kegembiraan selepas menanduk masuk gol ketiga pasukannya ketika menewaskan Croatia 3-1, Selasa lalu untuk memastikan kemaraan ke peringkat kalah mati dalam enam edisi berturut-turut Piala Dunia.

Tahun yang sukar itu menyaksikan beberapa laporan mendakwa Hernandez akan meninggalkan kelab Inggeris, Manchester United yang akan dikendalikan jurulatih Belanda, Van Gaal selepas Piala Dunia berakhir.

Kembalinya sentuhan jaringan Hernandez dilihat bakal menjadi satu kelebihan kepada Mexico yang mempamerkan peningkatan berterusan sejak pelantikan jurulatih Miguel Herrera tahun lalu.

"Kami perlu kekal tenang, merendah diri dan tidak terbawa-bawa," kata Hernandez.

"Ini salah satu langkah ke depan, sesuatu yang amat penting, namun hanya satu langkah.


Jika boleh kami mahu melakar sejarah menewaskan Belanda dan meneruskan saingan dalam laluan yang kami sendiri tetapkan." - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Buru gol pertama

Posted: 28 Jun 2014 09:30 AM PDT

Recife, Brazil: Costa Rica berazam menjaringkan gol pertama perlawanan apabila bertemu Greece pada pusingan kedua Piala Dunia di Recife, awal pagi esok.

Benteng Greece memiliki reputasi sukar dibolosi dan menjadi semakin sukar untuk dikalahkan jika berjaya mendahului lawan.

Mereka cemerlang melaksanakan sistem bertahan klasik Itali, 'catenaccio' yang menyaksikan pasukan bermain secara bertahan sepanjang perlawanan dan berharap menjaringkan gol tunggal melalui serangan balas pantas dan kemudian bertahan hingga tamat perlawanan.

Penolong Teknikal Los Ticos Luis Marin berkata, pasukannya perlu menjaringkan gol awal untuk menghalang Greece melaksanakan strategi itu.

"Amat penting kami menjaringkan gol awal, terutamanya kerana Greece akan mengetatkan bahagian pertahanan sebaik mereka menjaringkan gol.

"Perlawanan ini pasti sengit.

Meskipun mereka tewas 0-3 kepada Colombia, jaringan lawan akibat kesilapan mudah.

Greece juga amat berbahaya apabila melancarkan serangan balas." "Penentuan sepakan penalti mungkin menentukan keputusan perlawanan dan kami sudah membuat persiapan menghadapi senario itu.

"Yang pasti kami tidak boleh memperkecilkan kemampuan Greece," kata jurulatih kelahiran Portugal itu.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Selesa status bukan pilihan

Posted: 28 Jun 2014 09:26 AM PDT

Recife, Brazil: Jurulatih Jorge Luis Pinto mahu terus mengekalkan status Costa Rica sebagai pasukan bukan pilihan apabila mereka melakukan persiapan menjelang pertemuan dengan Greece pada pusingan kedua awal pagi esok.

Pasukan dari Amerika Tengah itu melakukan kejutan dalam Kumpulan D apabila mengharungi perlawanan tanpa kalah menentang tiga bekas juara Piala Dunia untuk berada di tangga teratas kumpulan.

Walaupun Pinto gembira dapat membantu Costa Rica kembali berada di peta bola sepak dunia sejak kali terakhir mara ke pusingan kalah mati pada Piala Dunia 1990, beliau mengakui masih belum sesuai untuk menganggap Los Ticos sebagai pasukan pilihan.

"Sekarang semua orang tahu mengenai Costa Rica, mereka sedar kemampuan kami.

"Saya tidak tahu sama ada kami mahu menjadi pasukan pilihan.

Kami tidak berasa seperti pasukan pilihan cuma kami sudah memberikan segala-galanya.

"Keputusan yang diraih memberikan kami keyakinan dan kestabilan, ia menunjukkan nilai yang kami ada.

"Kami bersedia dari segi fizikal dan memberikan aksi terbaik selain rasa hormat setaraf ketika kami berdepan tiga bekas juara dunia," katanya.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Pengganas atau wira?

Posted: 28 Jun 2014 09:22 AM PDT

Sarajevo: Ibu negara Bosnia-Herzegovina semalam memperingati 100 tahun pembunuhan yang mencetuskan Perang Dunia I dan mengubah peta dunia selamanya.

Ketika negara Balkan terus dibelenggu perpecahan akibat kejadian berkenaan, beberapa acara berasingan diadakan bagi memperingati kejadian pada 28 Jun 1914 itu.

Pada tarikh itu seorang nasionalis Serbia Bosnia, Gavrilo Princip, 19, menembak mati tokoh bangsawan Austria, Archduke Franz Ferdinand dan isterinya, sebelum kejadian itu menyebabkan pelbagai peristiwa lain yang menjerumuskan kuasa besar Eropah berperang selama empat tahun.

Pembunuhan berlaku di sebatang jalang di Sarajevo apabila Princip menembak mati pasangan suami isteri terbabit.

Sesetengah pihak penduduk memperingati peristiwa itu dengan menghadiri majlis sederhana di Ypres, Belgium - bandar yang menjadi tempat pertama tentera Jerman menggunakan gas beracun untuk kali pertama pada 1915.

Foto

FERDINAND meninggalkan kereta api sehari sebelum dia ditembak mati oleh Princip pada 1914.


Namun perpecahan di Balkan menyebabkan ketua kerajaan tidak dapat hadir bersama-sama di tapak pembunuhan berkenaan.

Sejarawan Serbia di Bosnia, Slobodan Soja berkata, mustahil bagi penganjur membawa semua pihak - Serbia, Muslim dan Croat - untuk hadir dalam majlis berkenaan.

Muslim Bosnia menganggap Princip sebagai pengganas yang mencetuskan bencana, namun puak Serbia melihat remaja terbabit sebagai wira yang cuba membebaskan mereka daripada penjajahan Austria-Hungary.

Sebuah tugu memaparkan Princip setinggi dua meter turut dibina di timur Sarajevo dan mengadakan majlis sesetengah penduduk bandar raya itu mengadakan majlis di situ.

Sebelum perang Bosnia tercetus, Princip sangat dikagumi.

Dua tahun selepas mati di dalam penjara pada 1920, tulang rangka Princip digali dan dipindahkan di Sarajevo, manakala satu jambatan dinamakan sempena dia.


Sejarawan Muslim Bosnia, Husnija Kamberovic berkata, ketika etnik Serbia melakukan pembersihan etnik di situ, watak Princip kembali dianggap hebat.

"Apabila perang tamat, plak yang dibuat bagi memperingati Princip dibuang dan nama jambatan berkenaan dikembalikan kepada nama asal," katanya. -AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Artis, model jual tubuh

Posted: 28 Jun 2014 09:20 AM PDT

Surabaya: Sejumlah model dan artis terkenal Indonesia diyakini terbabit dalam sindiket pelacuran yang mengenakan bayaran antara Rp15 juta (RM4,000) hingga Rp25 juta (RM6,680)

Kegiatan itu terbongkar selepas polis Jawa Timur menahan seorang model berasal dari Surabaya di sebuah bilik hotel empat bintang.

Jurucakap polis berkata, model berusia 25 tahun itu mengenakan bayaran Rp15 juta sebelum bersetuju melayan kehendak seorang lelaki tempatan.

"Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, model itu mengaku tidak beroperasi sendirian, malah ada ejen yang mencari pelanggan," katanya.

Jurucakap polis itu berkata, ejen terbabit juga bukan sembarangan, sebaliknya seorang penyampai televisyen dan pengelola majlis keraian.

Hasil maklumat berkenaan, katanya, penyampai televisyen itu juga ditangkap.


Selain suspek, polis juga merampas pelbagai barang bukti, termasuk wang tunai, dua telefon BlackBerry dan kondom terpakai.


Kata jurucakap terbabit, penyampai televisyen itu mendakwa model yang ditangkap itu bukan satu-satunya selebriti yang ditawarkan untuk ditiduri.

"Dia mengaku ada stok model dan artis yang boleh dibayar untuk memuaskan nafsu.

"Sekurang-kurangnya ada 25 selebriti yang boleh disewa melalui penyampai televisyen berkenaan," katanya.

Pegawai kanan polis Jawa Timur, Heru Purnomo pula berkata, kes berkenaan sedang diteliti.

"Kami masih cuba mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui sejauh mana aktiviti ini beroperasi," katanya.

Sumber pula berkata, kegiatan penyampai televisyen itu sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, sebahagian besar pelanggan mereka ialah lelaki golongan atasan atau ahli perniagaan.

"Kebanyakan urusan mereka berjalan melalui Facebook atau telefon, termasuk penetapan harga dan lokasi," katanya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Amy Adams korban kemewahan

Posted: 28 Jun 2014 09:19 AM PDT

Detroit: Sifat baik hati tidak dibatasi latar belakang kehidupan mahupun populariti seseorang dan ia dibuktikan aktres Hollywood Amy Adams (gambar) yang 'menghadiahkan' tempat duduknya di kelas pertama sebuah penerbangan kepada seorang tentera.

Saksi berkata, pelakon filem American Hustle itu ternampak seorang anggota marin di dalam pesawat dan berbual dengannya berhampiran kokpit.

Katanya, Amy kemudiannya bertanya kepada atendan pesawat sama ada dia boleh bertukar tempat duduk dan segera kembali ke tempatnya.

Aktres yang dilahirkan di sebuah pangkalan tentera AS di Itali itu pada asalnya menempah tempat duduk di kelas pertama.

Namun dia menukar tempat duduk itu dengan tentera marin bertuah berkenaan yang membeli tiket bagi kerusi kelas ekonomi.

Turut berada di dalam pesawat dalam penerbangan dari Detroit ke Los Angeles itu adalah penyampai rangkaian televisyen ESPN, Jemele Hill.

Menurut Jemele, ketika menunggu untuk menaiki pesawat, dia melihat Amy memandang ke arah tentera itu dan kemudian memberitahu sesuatu kepada individu yang bersama dengannya pada waktu itu.

"Selepas menaiki pesawat, saya melihat dia berada di ruangan kelas pertama, beberapa barisan di belakang saya.

Saya rasa mungkin dia berbincang sesuatu dengan atendan pesawat kerana sebelum berlepas dia meninggalkan tempat duduknya dan mereka membawa anggota tentera berkenaan duduk di situ.

Ia sesuatu yang sangat hebat dilakukannya," katanya.

Bintang yang sering menerima pencalonan Oscar itu baru selesai menjalani penggambaran filem Batman vs Superman: Dawn of Justice berhampiran Detroit bersama Henry Cavill dan Ben Affleck.

Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Minta kebenaran sentuh kemaluan

Posted: 28 Jun 2014 09:18 AM PDT

Manila: Pihak berkuasa mencadangkan seorang atase buruh dan seorang pemandu atase negara itu dikenakan tindakan kerana terbabit dalam skandal seks pekerja Filipina di luar negara.

Sumber Jabatan Kehakiman Filipina berkata, kedua-dua suspek berpangkalan di Arab Saudi itu berdepan pertuduhan salah laku dan mencabul.

Katanya, tindakan dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada empat wanita di negara terbabit.

"Seorang daripada mereka berkata, atase terbabit menghubunginya ketika dia mahu mendapatkan bantuan daripada pegawai Pejabat Pekerja Luar Negara Filipina (Polo) kerana dirogol majikannya.

"Ketika dalam perjalanan ke pejabat sumber manusia, atase terbabit meminta mangsa membenarkan dia menyentuh kemaluannya," katanya.

Sumber itu berkata, kejadian berlaku pada 5 Februari lalu.

Katanya, wanita terbabit turut menerima panggilan lucah dan ugutan daripada suspek ketika dia cuba menguruskan penghantaran pulang ke negara asal.

Menurut sumber berkenaan, kejadian itu sangat memalukan.

"Sangat tidak patut lelaki terbabit menggunakan jawatannya untuk bertindak di luar batasan terutama ke atas wanita yang menghadapi masalah di negara asing," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kehakiman dilaporkan menggugurkan dua lagi aduan yang dibuat mangsa ke atas suspek.

Aduan pertama digugurkan kerana pengadu gagal hadir ketika siasatan awal dijalankan, manakala aduan kedua digugurkan kerana kekurangan bukti.

Sementara itu, tuduhan salah laku seks bakal dikenakan ke atas pemandu kepada seorang lagi atase berdasarkan laporan seorang pembantu rumah Filipina yang berlindung di pejabat Polo.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Dian mahu ajar anak berpuasa

Posted: 28 Jun 2014 09:17 AM PDT

Jakarta: Kehadiran Ramadan turut disambut gembira aktres popular Dian Sastrowardoyo yang berhasrat untuk menerapkan semangat berpuasa kepada dua anaknya.

Selain ingin meningkatkan ibadah pada bulan mulia ini, bintang filem Pasir Berbisik dan Ada Apa Dengan Cinta itu juga mahu berkongsi nilai ibadah berkenaan dengan cahaya matanya walau masih belum mengajar mereka berpuasa.

"Saya masih belum mengajar mereka berpuasa kerana baru berusia satu dan tiga tahun, tetapi sudah mengajar mereka mengenai solat.

"Syukur mereka mudah mengikutinya," katanya.

Menurut Dian, kedua-dua anaknya juga mula belajar memakai kain pelikat untuk solat bersama suaminya.

Namun, kata Dian, sesuai dengan usia mereka akhirnya kanak-kanak terbabit mula bermain dan menarik kain ayah mereka.

"Saya berazam untuk berada di rumah setiap kali waktu Maghrib dan berbuka puasa bersama keluarga," katanya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Yingluck miliki aset bernilai RM59.4 juta

Posted: 28 Jun 2014 09:17 AM PDT

Bangkok: Agensi antirasuah Thailand menyatakan kekayaan bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra meningkat sebanyak Bht33 juta (RM3.2 juta) ketika berkuasa di negara itu.

Ketika dipecat, kata pegawai agensi berkenaan, kekayaan Yingluck bertambah manakala kekayaan menteri lain di dalam Kabinetnya berkurangan.

Ketika Mahkamah Perlembagaan memecat Yingluck pada 7 Mei lalu, Yingluck dilaporkan memiliki aset bernilai RM59.4 juta berbanding hutang RM2.7 juta.

Anak lelakinya, Supasek Amornchat pula mempunyai aset sebanyak RM128,678.

Aset milik Yingluck itu tidak termasuk dikuasai pasangannya Anusorn Amornchat sebanyak RM3.5 juta.

Kekayaan bekas perdana menteri itu kebanyakannya hasil daripada saham dimiliki dalam pelbagai firma termasuk SC Asset Corporation.

Pegawai agensi antirasuah berkata, Yingluck turut memiliki simpanan tunai di bank, namun tidak mengisytiharkan jam tangan mewah yang dimilikinya, sesuatu yang dipersoalkan oleh bekas ketua pembangkang Abhisit Vejjajiva.

"Ketika dipersoalkan, Yingluck mendakwa jam tangan itu dijual sebelum dia dilantik menjadi perdana menteri, namun dia tidak menerangkan jenis jam tangan berkenaan," katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan menteri luar, Surapong Tovichak-chaikul pula dilaporkan mempunyai aset berjumlah RM4 juta dan hutang sebanyak RM297,543.

Asetnya berkurangan kepada RM1.1 juta ketika memegang jawatan berkenaan berikutan kerugian dalam pelaburan dan penurunan nilai kenderaannya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

JAM-Indonesia desak KPK siasat Hatta Rajasa

Posted: 28 Jun 2014 09:17 AM PDT

Jakarta: Pejabat Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) kelmarin dikejutkan dengan kes yang mungkin tidak pernah ditangani sebelum ini - pocong.

Dilekatkan dengan gambar calon naib presiden Hatta Rajasa, objek berkenaan dibawa puluhan aktivis pelajar Jaringan Aksi Mahasiswa Indonesia (JAM-Indonesia) ketika mengadakan tunjuk perasaan berhampiran bangunan suruhanjaya itu.

Kejadian itu dilapor media tempatan semalam.

Sambil menaburkan bunga pada 'pocong' berkenaan, mereka mendesak KPK untuk mengambil tindakan ke atas Hatta kerana didakwa melakukan penyelewengan dalam sektor minyak dan gas.

Menurut koordinator gerakan itu, Anyonk Latupono, penyelewengan yang dilakukan Hatta dalam industri berkenaan memberi impak besar melalui kerjasamanya dengan broker dan pengusaha besar.

"Tindakan perlu diambil ke atas Hatta Rajasa kerana menjadi mafia minyak," katanya.

Selain itu JAM - Indonesia juga mendesak tindakan diambil ke atas Hatta berhubung kes rasuah membabitkan kos penghantaran bantuan kenderaan pada 2006.

"Kami mendesak KPK menjalankan penyiasatan menyeluruh mengenai kes ini yang dipercayai membabitkan Hatta yang memegang jawatan sebagai Menteri pengangkutan Indonesia ketika itu.

"Kami di JAM-Indonesia juga menyeru rakyat untuk calon presiden dan naib presiden yang cenderung ke arah rasuah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Bagai burung dalam sangkar emas

Posted: 28 Jun 2014 09:12 AM PDT

Warsaw: Seorang model kaya Poland yang dianggap bagaikan hidup dalam sangkar emas melemaskan anak lelakinya dengan bantal sebelum menikam jantungnya dua kali dengan pisau.

Eliza Kolodziej, 31, membunuh anaknya, Alexander, 6, di bilik tidur mereka di kawasan kediaman mewah di Majdan, pinggir Warsar kelmarin.

Akhbar Poland semalam melaporkan, Eliza mengalami kemurungan melampau sebelum ini dan sedang mendapatkan rawatan pakar psikologi.

Di kalangan jiran setempat, kata sumber, Eliza dan suaminya, Sebastian, dianggap hidup bahagia bersama anak mereka.

Namun, seorang daripada penduduk setempat mengesyaki sebaliknya.

Foto

ELIZA dan anak lelakinya.


"Eliza datang dari keluarga berada, tetapi dia hampir tidak pernah keluar rumah atau bergaul dengan orang lain.

"Justeru, saya mengesyaki dia tertekan dengan cara hidupnya itu," katanya.


Sebastian dilaporkan berada di pejabat ketika kejadian berlaku.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Pengasuh ketagih 'diasuh'

Posted: 28 Jun 2014 09:09 AM PDT

Los Angeles: Sebuah keluarga California terpaksa hidup dalam keadaan sangat tertekan dan ketakutan apabila wanita yang diupah mereka sebagai pengasuh enggan keluar dari rumah berkenaan walaupun sudah dipecat.

Marcella Bracamonte berkata dia dan suaminya, Ralph, menggaji Diane Stretton, 64, pada awal Mac lalu untuk membantu mengasuh anak mereka yang berusia 11, 4 dan 1 tahun.

Namun, kata Marcella, tiga minggu kemudian Diane enggan bekerja dan mendakwa mengalami masalah paru-paru kronik.

"Disebabkan keadaannya tidak membolehkan Diane bekerja, kami memberhentikannya dan meminta dia keluar dari rumah.

"Bagaimanapun Diane enggan keluar, sebaliknya dia mengancam untuk menyaman kami kerana memberhentikannya secara salah serta menzalimi warga emas," katanya.

Marcella berkata, mereka sangat berang apabila Diane hanya terperap di dalam bilik hampir setiap masa.

"Diane tidak membantu memasak, tetapi sentiasa muncul untuk makan dan itulah satu-satunya masa kami dapat melihat dia," katanya.

Berdasarkan keadaan itu, Marcella berkata, cukup jelas ada sesuatu yang tidak kena pada Diane.

"Kini kami hidup dalam kebimbangan," katanya.

Polis pula enggan campur tangan, mendorong Marcella dan suaminya memulakan proses mahkamah untuk mengusir Diane.

Malangnya proses itu mungkin memakan masa sehingga beberapa bulan.

- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Lima mati kerana keracunan halia

Posted: 28 Jun 2014 09:00 AM PDT

Hefei: Lima orang terbunuh kerana keracunan ketika mengambil halia apabila hujan lebat yang menyebabkan sebahagian daripada tumbuhan itu yang reput mengeluarkan gas karbon monoksida.

Sepasang suami isteri ditemui tidak sedarkan diri berhampiran stor halia mereka di Kampung Dafeng di daerah Qimen pagi kelmarin.

Jurucakap polis berkata, pasangan terbabit gagal ditemui sejak Khamis lalu.

Tiga penduduk kampung yang cuba menarik keluar mangsa juga pengsan, mendorong orang ramai menghubungi polis.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di situ.

Kawasan petempatan itu mengalami hujan lebat beberapa hari sebelumnya dan pihak berkuasa percaya ia menyebabkan halia yang rosak mengeluarkan gas beracun.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


'Nama dalam mimpi'

Posted: 28 Jun 2014 10:56 AM PDT

Selayang: "Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam," kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.

Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.

"Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.

"Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur," katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.

Foto

FELIXIA bersama pengunjung di majlis Santai Ramadan Petamaku, semalam.


Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.


"Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah," katanya.

Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.

"Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.

"Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin," katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.

Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.

"Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.

"Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini," katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Gadis cedera dibelasah bapa

Posted: 28 Jun 2014 10:43 AM PDT

Kuala Kangsar: Hanya kerana enggan mengikut bapanya pulang ke rumah disebabkan lebih selesa tinggal bersama ibu saudaranya, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera di muka, mata dan badan selepas dibelasah bapanya.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi, Rabu lalu, suspek yang datang bersama rakannya turut membelasah bapa saudara mangsa yang ketika itu cuba menenangkan keadaan sehingga menyebabkan mukanya bengkak.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang baru pulang daripada makan bersama sepupunya terkejut dengan tindakan bapanya datang bersama rakan dan terus membelasahnya.

Katanya, suspek menelefon anaknya sehari sebelum kejadian dan memintanya pulang ke rumah, tetapi anaknya enggan berbuat demikian kerana mendakwa sering dibelasah bapanya di rumah.

"Suspek yang datang bersama rakannya terus membelasah anaknya sebelum bapa saudara mangsa datang untuk meredakan keadaan.

Bagaimanapun, bapa saudara mangsa pula dibelasah rakan suspek sehingga menyebabkan bengkak di muka.

"Remaja terbabit bukan saja ditampar, malah dipukul serta ditumbuk suspek berulang kali sehingga menyebabkannya cedera di muka, mata dan badan," katanya.

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Seorang maut setiap hari

Posted: 28 Jun 2014 10:42 AM PDT

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya seorang pegawai atau anggota polis meninggal dunia dalam tempoh sehari. Itulah hakikat perjalanan hidup tonggak Sang Saka Biru yang tidak pernah jemu mempertahankan dan memastikan negara ini sentiasa dalam keadaan aman dan damai.

Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, secara purata seramai 32 pegawai dan anggota polis meninggal dunia dalam tempoh sebulan sepanjang tahun ini.

Katanya, ketika pihak tertentu menuding jari kepada PDRM kononnya ganas dan menyalahguna kuasa, ramai tidak tahu seramai 1,342 pegawai dan anggota polis maut manakala 359 yang lain cedera dan terlantar akibat hilang upaya kekal ketika melaksanakan tugas menjaga keamanan negara bagi tempoh lima tahun dari 2010 hingga Mei tahun ini.

"Jumlah itu membabitkan pegawai dan anggota yang terbabit kemalangan, iaitu bencana ketika bertugas serta ketika dalam perjalanan pergi dan pulang ke lokasi tugasan.

Foto


"Sepanjang 2010 saja, tujuh maut manakala 26 cedera ketika bertugas manakala 354 maut dan 25 cedera berpunca daripada sakit akibat tekanan kerja dan kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi tugasan.


"Pada 2013 pula, 18 maut ketika bertugas, termasuk lapan yang terkorban dalam insiden Lahad Datu, manakala 55 lagi cedera ketika bertugas.

"Berdasarkan statistik itu, sekurang-kurangnya seorang pegawai atau anggota meninggal dunia setiap hari. Walaupun kita tidak minta, tetapi ini adalah hakikatnya," katanya kepada Metro Ahad, baru-baru ini.

Mohamad Fuzi berkata, statistik itu turut membuktikan setiap saat pegawai dan anggota polis terdedah kepada pelbagai risiko dan ancaman ketika melaksanakan tugas murni mempertahankan negara.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Beza PT3 dengan PMR

Posted: 28 Jun 2014 10:40 AM PDT

Tidak dinafikan ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan kaedah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan Penilaian Mene­ngah Rendah (PMR). Ikuti temubual wartawan Harian Metro Rosyahaida Abdullah bersama Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Mene­ngah Rendah dan Rendah Lembaga Peperiksaan (LP) Johara Abdul Wahab mengenai PT3.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan PT3 dan bilakah ia mula diperkenalkan?

J: PT3 adalah komponen Pentaksiran Pusat (PP) di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia adalah penambahbaikan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilalui pelajar tingkatan tiga mulai Julai 2014. Pelajar tingkatan satu pada 2012 adalah kohort pertama melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan akan menempuhi PT3 pada tahun ini.

Foto

JOHARA Abdul Wahab

Foto

S: Apakah perbezaan antara PT3 dan PMR? Apakah bentuk penambahbaikan yang sudah dibuat?

J: Secara asasnya, skop pentaksiran PT3 masih sama seperti PMR di mana ia berbentuk pentaksiran sumatif iaitu mengukur penguasaan intelek pelajar secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.

Namun, beberapa instrumen seperti ujian lisan misalnya, diperkukuhkan dalam PT3 untuk memastikan pelajar bukan saja menguasai mata pelajaran terbabit secara bertulis malah secara lisan. Pelbagai instrumen pentaksiran lain seperti kajian kes turut digunakan supaya pelajar benar-benar menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mata pelajaran yang dipelajari.

S: Adakah PT3 turut menilai keupayaan murid dari segi jasmani, emosi dan rohani seperti di­nyatakan dalam PBS?

J: Melalui PBS, terdapat dua komponen dalam bidang akademik dan dua komponen dalam bidang bukan akademik. Dua komponen dalam bidang akademik ialah Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) iaitu PT3. Namun begitu, setiap pelajar akan turut diukur dari sudut jasmani melalui Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta dari segi emosi dan rohani melalui Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pada akhir tingkatan tiga, pelajar akan diberi empat pelaporan iaitu PT3, PAJSK, PPsi dan Pentaksiran Sekolah (PS).

S: Apa pula PS dan mengapa perlunya PT3 sedangkan pelajar turut melalui PS pada akhir ting­katan tiga?

J: PS mempunyai dua bentuk pentaksiran formatif (mengesan perkembangan pembelajaran murid secara berterusan bagi tujuan membaiki kelemahannya membuat penambahbaikan de­ngan serta merta serta sumatif seperti ujian dan peperiksaan bagi mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Makluman awal mengenai perkembangan dan pencapaian murid adalah penting bagi membolehkan pihak sekolah melaksanakan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat merancang program pemulihan yang diperlukan bagi membantu meningkatkan prestasi murid.

S: Apakah peranan LP dalam pelaksanaan PT3?

J: LP menyediakan soalan untuk digunakan guru dalam menjalankan PT3 di sekolah masing-masing. Bagi ujian bertulis misalnya, pihak LP bertanggungjawab menyediakan item, format instrumen, panduan pemasangan instrumen, panduan penskoran item, peraturan pentadbiran dan format pelaporan PT3.
Manakala, bagi ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kajian kes Sejarah dan Geografi pula, LP akan menyediakan instrumen, panduan penskoran dan peraturan pentadbiran. LP juga menyediakan format pelaporan PT3.

S: Bagaimana pula dengan tang­gungjawab pihak sekolah dalam pentaksiran ini?

J: Pihak sekolah bertanggung­jawab dalam melaksanakan beberapa perkara antaranya memasang instrumen ujian bertulis berdasarkan, Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen, memeriksa skrip jawapan murid dan menyediakan pelaporan.

S: Sebelum ini PMR digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan kelayakan kemasukan pelajar lepasan tingkatan tiga ke sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan seumpamanya. Dengan PT3, bagaimana calon dinilai untuk kemasukan ke sekolah terbabit?

J: Di peringkat menengah rendah, murid akan menerima 4 pelaporan iaitu Pelaporan Pentaksiran Sekolah, Pelaporan PT3, Pelaporan PAJSK dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik.

Pelaporan-pelaporan ini memberi gambaran tentang perkemba­ngan , pencapaian dan potensi murid secara menyeluruh. Pelaporan ini boleh digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan murid ke aliran pendidikan peringkat menengah atas.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Rempuh polis

Posted: 28 Jun 2014 10:26 AM PDT

Subang Jaya: Tiga penjenayah 'lalok' selepas mengambil dadah bertindak agresif merempuh kereta peronda polis Ibu Pejabat Polis Subang Jaya berhampiran Batu 3, Subang Jaya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, suspek yang menaiki kereta Proton Perdana menggunakan cermin gelap dikesan anggota polis dalam keadaan mencurigakan berhampiran stesen kereta api di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek yang menyedari kehadiran polis menjadi panik dan cuba melarikan diri.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit menjadi agresif merempuh bahagian pintu hadapan kereta peronda polis berkenaan.

"Susulan itu anggota polis terbabit menggunakan alat pembesar suara dalam usaha meminta suspek menyerah diri.

Bagaimanapun suspek terus memecut lari dari kawasan itu.

"Suspek dikesan melarikan diri menghala ke arah Seksyen 22, Shah Alam sebelum merempuh motosikal ketika melalui kawasan berkenaan," katanya.

Menurutnya, anggota polis Subang Jaya dibantu Unit Peronda Polis Shah Alam memintas kereta suspek di kawasan Seksyen 20.

"Bagaimanapun suspek bertindak mengundurkan kenderaan dan merempuh bahagian pintu kanan kereta peronda polis sekali lagi.

"Suspek berusia 25 hingga 30-an akhirnya ditahan polis.


Siasatan mendapati kereta dinaiki suspek disahkan adalah kereta dicuri," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek didapati positif mengambil dadah hasil ujian dilakukan di IPD Subang Jaya.

"Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah.


Dua suspek adalah warga tempatan dan seorang lagi adalah warga Thailand," katanya.

Menurutnya semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Banking/Financial, Corporate Finance/Inv jobs @ JobStreet.com

Banking/Financial, Corporate Finance/Inv jobs @ JobStreet.com


Developer - Hong Leong Bank Berhad - Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2014 09:37 AM PDT

Opportunity is never lacking in our progressive and forward-thinking Bank. Growing from strength to strength as one of Malaysia's leading financial institutions, there will always be new grounds explored and fresh, untapped possibilities in the employment arena. In this area, our scope is potentially many times bigger as Hong Leong Bank is part of a large conglomerate. We are currently opening up our doors for performers who can impress us with their talents and take advantage of our competitive remuneration package, personal development programmes and challenging career paths.

HONG LEONG GROUP PERSONAL DATA POLICY
 

Hong Leong Group use personal data in accordance with the Hong Leong Group Privacy Notice (New Applicants) which can be found at  http://www.hongleong.com.my/HLG_Privacy_Notice_New_Applicants.pdf
 

By providing to us your personal data, you hereby consent to the processing of your personal data with the said Privacy Notice.

Senior Developer - Hong Leong Bank Berhad - Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2014 09:35 AM PDT

Opportunity is never lacking in our progressive and forward-thinking Bank. Growing from strength to strength as one of Malaysia's leading financial institutions, there will always be new grounds explored and fresh, untapped possibilities in the employment arena. In this area, our scope is potentially many times bigger as Hong Leong Bank is part of a large conglomerate. We are currently opening up our doors for performers who can impress us with their talents and take advantage of our competitive remuneration package, personal development programmes and challenging career paths.

HONG LEONG GROUP PERSONAL DATA POLICY
 

Hong Leong Group use personal data in accordance with the Hong Leong Group Privacy Notice (New Applicants) which can be found at  http://www.hongleong.com.my/HLG_Privacy_Notice_New_Applicants.pdf
 

By providing to us your personal data, you hereby consent to the processing of your personal data with the said Privacy Notice.

Application Support – eChannel - Hong Leong Bank Berhad - Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2014 09:24 AM PDT

JOB DESCRIPTION

Roles & Responsibilities

• Implementation, support and maintenance of applications assigned.
• Responsible for application development, report generation, amendment and enhancement for applications assigned
• Ensure amended and enhanced systems meet user functional requirement specifications
• Ensure that all documentation, processes and methodologies used in the various phases of system development and implementation are in accordance with the Bank's standards
• Prepare, conduct and review of system tests, to ensure accuracy and completeness to ensure problem free-implementation
• Prioritization and assignment of tasks for development and implementation
• Renders production supports in both online and batch environment


Requirement


• Diploma / Degree
• 3 - 4 years of experience in IT Enterprise Applications related functions –  development & support  in financial

environment
• Experience in application server clustering, performance tuning and testing
• In depth understanding of framework design and architecture
• Experience developing applications using components   with Java (J2EE).
• Experience working and administering with WebSphere applications
• Experience with databases like IBMDB2 or Oracle
• Independent worker with good communication skills.
• Analytical Skill 
• Proven track record in enterprise solution delivery
• Operating System Software /Tools Environment familiarity: Unix (AIX), IBM OS400, Eclipse, VMWare, MQ Messaging, Jasper Reposting Tool
• Database Environment familiarity: Oracle Database Server & IBM DB2 in AS/400
• Programming Language familiarity: Java(J2EE), Web services, JavaScript.

Fresh IT graduates with at least 1 year of experience are encouraged to apply

Application Support (.NET) – eChannel - Hong Leong Bank Berhad - Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2014 09:23 AM PDT

Opportunity is never lacking in our progressive and forward-thinking Bank. Growing from strength to strength as one of Malaysia's leading financial institutions, there will always be new grounds explored and fresh, untapped possibilities in the employment arena. In this area, our scope is potentially many times bigger as Hong Leong Bank is part of a large conglomerate. We are currently opening up our doors for performers who can impress us with their talents and take advantage of our competitive remuneration package, personal development programmes and challenging career paths.

HONG LEONG GROUP PERSONAL DATA POLICY
 

Hong Leong Group use personal data in accordance with the Hong Leong Group Privacy Notice (New Applicants) which can be found at  http://www.hongleong.com.my/HLG_Privacy_Notice_New_Applicants.pdf
 

By providing to us your personal data, you hereby consent to the processing of your personal data with the said Privacy Notice.

Software Development & Support – Distributed Systems - Hong Leong Bank Berhad - Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2014 09:22 AM PDT

Opportunity is never lacking in our progressive and forward-thinking Bank. Growing from strength to strength as one of Malaysia's leading financial institutions, there will always be new grounds explored and fresh, untapped possibilities in the employment arena. In this area, our scope is potentially many times bigger as Hong Leong Bank is part of a large conglomerate. We are currently opening up our doors for performers who can impress us with their talents and take advantage of our competitive remuneration package, personal development programmes and challenging career paths.

HONG LEONG GROUP PERSONAL DATA POLICY
 

Hong Leong Group use personal data in accordance with the Hong Leong Group Privacy Notice (New Applicants) which can be found at  http://www.hongleong.com.my/HLG_Privacy_Notice_New_Applicants.pdf
 

By providing to us your personal data, you hereby consent to the processing of your personal data with the said Privacy Notice.

Manager, Compliance Management - Hong Leong Bank Berhad - Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2014 09:22 AM PDT

Opportunity is never lacking in our progressive and forward-thinking Bank. Growing from strength to strength as one of Malaysia's leading financial institutions, there will always be new grounds explored and fresh, untapped possibilities in the employment arena. In this area, our scope is potentially many times bigger as Hong Leong Bank is part of a large conglomerate. We are currently opening up our doors for performers who can impress us with their talents and take advantage of our competitive remuneration package, personal development programmes and challenging career paths.

HONG LEONG GROUP PERSONAL DATA POLICY
 

Hong Leong Group use personal data in accordance with the Hong Leong Group Privacy Notice (New Applicants) which can be found at  http://www.hongleong.com.my/HLG_Privacy_Notice_New_Applicants.pdf
 

By providing to us your personal data, you hereby consent to the processing of your personal data with the said Privacy Notice.

Marketing Executive - LITT TAK SDN BHD - Kuala Lumpur - Cheras, Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2014 09:21 AM PDT

Litt Tak background
Litt Tak, established in 1985, is a leading toy distributor in Malaysia for action toys. Litt Tak represents the two largest toy manufacturers in Japan, in which Bandai and Tomy. Bandai represents the following brands; Gundam, which consists of model kits under the hobby interest category and general toys, which consists of Power Rangers, Ultraman, Ben 10, Masked Rider, and Tamagotchhi.

Under Tomy, the brands represented are Tomica, Plarail, Thomas, Chugginton, Beyblade, Bidaman and some other smaller brands. All these toys are imported from Japan, even though it's manufactured from China.

Besides the two larger brands, Litt Tak is also licensees for various brands ie Barbie under the category of role play toys, Barney for school bags and puzzle as well as Thomas puzzless.

Litt Tak's mission is to make life fun and entertaining for everyone. The aim is to colour ones world with innovative toys. Litt Tak distributes to all department stores and toy stores which consists of Toys "R" Us, AEON, Metrojaya, Parkson, Isetan, Hobby shops, as well as The Store, Billion, hypermarket Tesco, Giant, and AEON BIG.

ETL Developer cum Analyst - Hong Leong Bank Berhad - Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2014 09:20 AM PDT

Opportunity is never lacking in our progressive and forward-thinking Bank. Growing from strength to strength as one of Malaysia's leading financial institutions, there will always be new grounds explored and fresh, untapped possibilities in the employment arena. In this area, our scope is potentially many times bigger as Hong Leong Bank is part of a large conglomerate. We are currently opening up our doors for performers who can impress us with their talents and take advantage of our competitive remuneration package, personal development programmes and challenging career paths.

HONG LEONG GROUP PERSONAL DATA POLICY
 

Hong Leong Group use personal data in accordance with the Hong Leong Group Privacy Notice (New Applicants) which can be found at  http://www.hongleong.com.my/HLG_Privacy_Notice_New_Applicants.pdf
 

By providing to us your personal data, you hereby consent to the processing of your personal data with the said Privacy Notice.

Executive / Senior Executice, BI Developer - Hong Leong Bank Berhad - Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2014 09:19 AM PDT

Opportunity is never lacking in our progressive and forward-thinking Bank. Growing from strength to strength as one of Malaysia's leading financial institutions, there will always be new grounds explored and fresh, untapped possibilities in the employment arena. In this area, our scope is potentially many times bigger as Hong Leong Bank is part of a large conglomerate. We are currently opening up our doors for performers who can impress us with their talents and take advantage of our competitive remuneration package, personal development programmes and challenging career paths.

HONG LEONG GROUP PERSONAL DATA POLICY
 

Hong Leong Group use personal data in accordance with the Hong Leong Group Privacy Notice (New Applicants) which can be found at  http://www.hongleong.com.my/HLG_Privacy_Notice_New_Applicants.pdf
 

By providing to us your personal data, you hereby consent to the processing of your personal data with the said Privacy Notice.

Assistant Manager / Senior Executive BI Analyst - Hong Leong Bank Berhad - Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2014 09:18 AM PDT

Opportunity is never lacking in our progressive and forward-thinking Bank. Growing from strength to strength as one of Malaysia's leading financial institutions, there will always be new grounds explored and fresh, untapped possibilities in the employment arena. In this area, our scope is potentially many times bigger as Hong Leong Bank is part of a large conglomerate. We are currently opening up our doors for performers who can impress us with their talents and take advantage of our competitive remuneration package, personal development programmes and challenging career paths.

HONG LEONG GROUP PERSONAL DATA POLICY
 

Hong Leong Group use personal data in accordance with the Hong Leong Group Privacy Notice (New Applicants) which can be found at  http://www.hongleong.com.my/HLG_Privacy_Notice_New_Applicants.pdf
 

By providing to us your personal data, you hereby consent to the processing of your personal data with the said Privacy Notice.

Harian Metro: MetroPlus

Harian Metro: MetroPlus


2 lelaki Thai dihukum sebat di Brunei

Posted: 24 May 2013 08:14 AM PDT

Bandar Seri Begawan: Dua lelaki Thailand yang tinggal di Brunei melebihi tempoh yang dibenarkan akan disebat serta dipenjara beberapa bulan, lapor media semalam.

Menurut laman sesawang BruDirect.com, lelaki terbabit ditahan pada Rabu lalu dan selepas dibicarakan, didapati bersalah sehari kemudian. Sombat Chamnanrop, 44, dan Phaisan Saensimon, 32, dihukum sebat tiga kali kerana melanggar peraturan visa Brunei. Tertuduh turut didapati bersalah kerana bekerja di Brunei walaupun tempoh permit mereka sudah tamat. - BruDirect

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24

Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Kian hampir

Posted: 27 Jun 2014 10:44 AM PDT

Kuala Lumpur: Gandingan Tan Boon Heong-Hoon Thien How semakin hampir meraih kejuaraan sulung peringkat senior apabila mara ke separuh akhir Siri Super Terbuka Australia di Kompleks Sukan States, Sydney, semalam.

Bekas juara dunia remaja 2004 itu tidak berdepan masalah mengalahkan pasangan China, Cai Yun-Kai Lu 23-21, 21-16 di suku akhir.

Menanti mereka di separuh akhir hari ini pilihan keempat dari Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong yang mengalahkan satu lagi pasangan negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah 15-21, 22-24.

Jurulatih beregu lelaki negara Pang Cheh Chang, mengakui lawan dihadapi kedua-dua pasangan negara semalam sangat kuat namun Boon Heong-Thien How, bekas pemenang pingat perak Sukan Asia 2006 Doha berjaya melepasinya.

Foto

GANDINGAN Boon Heong (depan) dan Thien How serasi.


"Saya akan menganalisis keputusan perlawanan ini dan juga selepas selesainya kejohanan di Australia bagi mencari gandingan tetap," katanya.


Menurutnya untuk jangka masa panjang, beliau mesti mempunyai pasangan beregu yang stabil dan sekarang ini masih belum memutuskan gandingan yang perlu dikekalkan.

Boon Heong-Thien How digandingkan semula di Piala Thomas New Delhi, Mei lalu dan mereka berjaya menumpaskan gandingan nombor satu dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di separuh akhir kejohanan itu.

Hasrat untuk melihat beregu campuran, Chan Peng Soon-Lai Pei Jing mara ke separuh akhir bagaimanapun tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada gandingan Thailand yang juga pilihan kelima kejohanan, Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam 11-21, 15-21.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Sekat penyerang import!

Posted: 27 Jun 2014 10:39 AM PDT

Kuala Lumpur: Skuad negara akan ketandusan penyerang berbakat dan merosot! Itu pandangan Setiausaha Kehormat Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) Datuk Khaidir Buyong susulan penguasaan berterusan penyerang import dalam senarai penjaring bagi Liga Super dan Perdana.

Hanya Norfarhan Muhammad dari Terengganu yang meledak tujuh gol berada dalam senarai 10 pemain teratas Liga Super manakala Indra Putra Mahayuddin menjaringkan 10 gol bersama FELDA United FC dalam kancah Liga Perdana.

Kasut Emas musim ini dimenangi penyerang Brazil, Paulo Rangel yang mewakili Selangor dan penyerang FELDA United, Edward Junior Wilson dari Liberia dengan masing-masing unggul dalam kancah Liga Super dan Perdana.

"Tiada apa yang boleh dilakukan kerana setiap pasukan ingin menang. Sesetengah pasukan menggunakan hingga dua penyerang import.

Foto

NORFARHAN (kiri) ledak tujuh gol buat Terengganu.


"Tapi, dalam jangka panjang, skuad negara yang akan mendapat kesan negatif kerana kita tidak mempunyai penyerang berwibawa untuk diketengahkan di pentas antarabangsa.


"Pada saya, kita harus berwaspada bermula daripada sekarang terhadap perkembangan ini dan seboleh-bolehnya hanya seorang penyerang import dibenarkan beraksi bagi sesebuah pasukan, namun terpulang kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk memantau perkembangan ini. Had empat pemain import tidak perlu dikurangkan cuma penyerang import dalam sesebuah pasukan perlu dihadkan," katanya.

Cadangan Khaidir itu dilihat bagi memberi peluang kepada penyerang tempatan untuk berada dalam kesebelasan utama, bergandingan bersama penyerang import.

Menurutnya, situasi melanda liga domestik ini bakal menjadikan ketua jurulatih baru 'pening kepala' kerana tidak mempunyai penyerang tempatan berkaliber untuk diketengahkan.

Kelibat penyerang tempatan dalam kancah domestik yang sering disisihkan pasti akan menjejaskan prestasi mereka apabila tampil bersama skuad negara kerana seseorang pemain perlu aksi kompetitif untuk mengekalkan prestasinya.

FAM pada 2012 membenarkan kembali penggunaan pemain import selepas mengharamkannya pada 2009, sehingga ada pihak berpandangan kejayaan skuad negara menjulang Piala AFF 2010 buat kali pertama berpunca daripada langkah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Giliran Johor DT II pamer kuasa

Posted: 27 Jun 2014 10:36 AM PDT

Johor Bahru: Selepas Johor Darul Ta'zim (Johor DT) menjuarai Liga Super dan layak automatik ke saingan Piala Malaysia, kini giliran Johor Darul Ta'zim II (Johor DT II) memburu slot ke saingan piala berprestij itu.

Begitupun laluan anak didik Azmi Mohamad tampak sukar apabila berdepan tugas getir bertemu PKNS FC pada saingan play-off Piala Malaysia di Stadium Selayang, malam ini.

Namun bagi Azmi, sasaran untuk layak ke saingan kumpulan piala berprestij itu perlu diteruskan biarpun terpaksa berdepan kesukaran apabila menentang skuad bimbingan jurulatih baru PKNS, E Elavarasan.

"Saya akan turunkan barisan pemain terbaik dengan kelibat Zaquan Adha Abd Radzak, Shahril Ishak dan Aznie Taib menjadi sandaran kami mencari slot ke saingan Piala Malaysia.


"Ketika kami menang 1-0 ke atas Sabah pada aksi terakhir Liga Perdana, saya tidak menurunkan skuad terkuat kerana mahu pemain utama berehat. Perlawanan menentang PKNS menjadi misi utama kami, apatah lagi kekuatan mereka memang tidak boleh dinafikan selepas mengikat Selangor 2-2 pada aksi terakhir Liga Super," katanya.


Justeru, Azmi berkata, beliau akan mempertaruhkan kelibat kapten Izuan Jarudin dan Hardy Charles Parsi yang konsisten ketika digandingkan bagi mengemudi benteng pertahanan.

Kehadiran semula bekas penjaga gol FELDA United, Mohd Anis Faron yang keluar daripada persaraan nyata menguatkan semula gawang gol skuad Merah Biru kerana kehilangan K Sasikumar yang masih dibelenggu kecederaan.

"Pemain harus menamatkan saingan dalam tempoh 90 minit perlawanan dan mengelak daripada beraksi pada masa tambahan atau sepakan penalti," kata Azmi yang turut mengarahkan pemainnya merantai Patrick Ronaldinho.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

'Mereka serasi'

Posted: 27 Jun 2014 10:34 AM PDT

Kuala Lumpur: Teka-teki calon paling sesuai memikul tanggungjawab selaku pembimbing skuad Harimau Malaya bakal terjawab apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semakin hampir menemui jawapan dalam mesyuarat Exco pertama hari ini.

Mesyuarat itu buat pertama kali akan dipengerusikan Presiden baru FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas memenangi jawatan nombor satu itu pada pemilihan Kongres FAM Ke-50, 25 Mei lalu.

Sudah pasti antara tajuk utama akan dibincangkan dalam mesyuarat itu mengenai status ketua jurulatih kebangsaan yang masih kosong sejak enam bulan lalu selepas khidmat Datuk K Rajagobal tidak disambung.

Justeru, timbul beberapa nama untuk memegang jawatan itu terutama pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dollah Salleh dan jurulatih sementara skuad kebangsaan dan Harimau Muda A Datuk Ong Kim Swee menjadi calon hangat.

Namun begitu, legenda negara Datuk Santokh Singh tampil memberi cadangan dengan dua nama baru yang wajar dipertimbangkan iaitu jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B Sathianathan dan jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan.

Menurut Sathianathan, penghormatan diberikan Santokh dengan mengaitkan namanya untuk memegang jawatan berkenaan amat dihargainya.

Begitupun, bekas jurulatih kebangsaan dari 2007-2009 itu memilih untuk kekal bersama The Gladiators kerana menegaskan tidak mampu menangani tekanan.

"Jika benar FAM inginkan khidmat saya, mungkin saya terpaksa menolaknya.

Saya menolak bukan kerana tiada semangat patriotik, tapi tekanan dihadapi cukup hebat seperti pernah saya lalui dulu," katanya.

Malah, Sathianathan turut berkongsi pandangan dengan mencadangkan Dollah dan Zainal diberikan peluang mengendalikan Harimau Malaya.

"Saya melihat Dollah calon paling sesuai dilantik jurulatih dan Zainal pula sebagai pengurus.

Kedua-dua kombinasi ini sangat serasi dan terbukti apabila mereka berjaya membawa perubahan kepada Pahang.

"Apa yang saya lihat, pemain sanggup bermati-matian untuk Dollah kerana karakternya begitu disenangi pemain di bawah jagaannya.


Saya pasti, skuad negara akan lebih kuat jika Dollah dan Zainal diberikan ruang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Lima atlet MMA uji sengat

Posted: 27 Jun 2014 10:34 AM PDT

Kuala Lumpur: Lima atlet dipilih mewakili negara ke Kejohanan Dunia Antarabangsa Persekutuan Seni Mempertahankan Diri Campuran (IMMAF) yang julung kali diadakan di Las Vegas Nevada, Amerika Syarikat, bermula esok hingga 7 Julai.

Mereka membabitkan Prabu Somanaidu, Alllen Solomon Chong, Keanu Subba, Adrian Tham dan Jim Chong Jing Yi yang bakat mereka dicungkil melalui acara Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Fighting Championship (MIMMA).

Kesemua mereka terpilih itu juara kategori masing-masing, sekali gus mengukuhkan kredibiliti mereka untuk mewakili negara ke IMMAF.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilihan atlet seni mempertahankan diri itu sangat membanggakan kerana Malaysia menjadi negara tunggal Asia Tenggara yang mengambil bahagian.

"Tidak dapat dinafikan MMA berkembang pesat di negara kita dan MASMMAA (Persatuan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia) akan terus mengenal pasti dan bekerjasama dengan organisasi MMA seluruh dunia bagi memastikan atlet Malaysia mendapat peluang menonjolkan bakat mereka dalam sukan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Nadal tebus kecewa 2012

Posted: 27 Jun 2014 10:33 AM PDT

London: Rafael Nadal menebus kekalahan mengejut di Wimbledon 2012 kepada Lukas Rosol apabila menyingkirkan lawan dari Republik Czech itu dengan keputusan 4-6, 7-6 (8/6), 6-4, 6-4.

Begitupun, pemain nombor satu dunia, Nadal melakukannya dengan cara sukar apabila tewas set pertama dan ketinggalan 2-4 di set kedua sebelum menyelamatkan satu mata akhir pada tie-break.

Namun, juara 2008 dan 2010 yang tewas di pusingan pertama kepada Steve Darcis pada 2013, memastikan tiket ke pusingan ketiga menerusi mata penamat ketiga.

Penguasaan dan kehebatan pukulannya ketika kemenangan yang menggegarkan Centre Court memadam kekecewaan dan penghinaan diterimanya dua tahun lalu.

"Saya berjuang dan menanti peluang," kata Nadal selepas tewas set pertama buat kali kedua dalam dua perlawanan di saingan Wimbledon tahun ini.

"Saya tidak fikir ia soal balas dendam," tegas Nadal.

"Semua perlawanan berbeza.

Apabila saya tewas pada 2012, ia kerana lawan bermain lebih baik." Juara tujuh kali, Roger Federer melangkah ke pusingan ketiga selepas mengatasi pemain Luxembourg, Gilles Muller 6-3, 7-5, 6-3 dan seterusnya berdepan pilihan ke-30, Marcel Granollers dari Sepanyol atau Santiago Giraldo dari Colombia.

Pilihan kelima dan juara Terbuka Australia, Stan Wawrinka turut layak ke pusingan ketiga selepas menewaskan pemain yang mara ke suku akhir 2010, Lu Yen-Hsun dari Taiwan 7-6 (8/6), 6-3, 3-6, 7-5.

Juara empat kali wanita, Serena Williams (gambar) menyingkirkan pemain Afrika Selatan, Chanelle Scheepers dalam tempoh 49 minit untuk mara ke pusingan ketiga dengan kemenangan 6-1, 6-1 dan bertemu pemain Perancis pilihan ke-25, Alize Cornet.

Foto

NADAL puas hati meskipun belum pamer aksi terbaik.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Rossi 'buru' Marquez

Posted: 27 Jun 2014 10:32 AM PDT

Assen, Belanda: Juara dunia dari Sepanyol, Marc Marquez cuba melakar rekod lapan kejuaraan berturut-turut hujung minggu ini di Grand Prix Belanda manakala pelumba veteran Itali, Valentino Rossi pula berhasrat menghalang niat pelumba itu di salah satu litar kegemarannya.

Rossi yang dikalahkan Marquez buat kali ketujuh di hadapan penyokongnya sendiri di Catalunya 12 hari lalu, mempunyai sebab untuk membuktikan kemampuannya kerana sudah meraih enam kejuaraan di litar Belanda.

Kemenangan juga meletakkan Rossi yang kini ketinggalan 58 mata di belakang Marquez, mengatasi rakan senegaranya, Giacomo Agostini yang juga juara enam kali kategori utama perlumbaan motosikal di Assen di antara 1968-74.

Rossi akan mempertahankan kejuaraan dimenanginya tahun lalu ke atas Marquez.


Dia mendapat rentak kemenangan di Assen selepas dua tahun setengah tanpa sebarang kemenangan.


Rossi turut mahu menghalang pelumba Sepanyol itu meraih kejuaraan kali kelapan seperti dilakukan ketika meraih gelaran dunia 2002.

"Assen trek yang hebat dan menarik buat Yamaha," kata pelumba berusia 35 tahun itu.

Rossi memberi amaran, litar di Belanda itu sukar diramal serta memainkan peranan penting dalam perlumbaan.

"Anda tidak akan tahu adakah ia berlangsung dalam keadaan panas atau sejuk, basah atau kering. Perlumbaan tahun lalu memang tidak boleh dilupakan, tetapi secara jujur tahun ini saya rasa lebih kuat di setiap perlumbaan dan kami harus cuba dan menewaskan pesaing lain," katanya mengenai litar sepanjang 4.542 kilometer itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Herrera, Shaw milik United

Posted: 27 Jun 2014 10:29 AM PDT

London: Manchester United semakin hampir mengikat pemain tengah Athletic Bilbao, Ander Herrera menerusi kontrak empat tahun ketika pada masa sama, Luke Shaw disahkan akan menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu dari Southampton untuk tempoh yang sama, bernilai £27 juta (RM147.5 juta).

United berkata, perpindahan itu sudah hampir selesai selepas Herrera, 24, tidak berdepan masalah dengan kontrak lamanya di Bilbao.

Herrera menyertai Bilbao dari Real Zaragoza pada 2011 dan pernah mewakili skuad bawah 20, 21 dan 23 Sepanyol.

"Bermain untuk United boleh dianggap sebagai satu mimpi menjadi kenyataan," katanya.

"Saya pernah bermain di Old Trafford, tapi ketika itu saya mewakili Athletic Club dalam saingan Liga Europa dan ia antara kemuncak karier saya setakat ini.

Saya mahu membantu United bagi mencapai objektif kelab.

"Saya tiba di Old Trafford Selasa lalu dan seronok tinggal di Manchester dan tidak sabar untuk turun pada perlawanan pertama dengan jersi United." "Saya tidak akan lupakan Athletic Club dan mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan kakitangan yang membantu saya dan saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain kelab itu." Sementara itu, Shaw berkata: "Saya teruja dan gembira kerana dapat menyertai Manchester United.


Saya berada di Southampton sejak saya berusia 8 tahun tapi sudah tiba masanya saya meneruskan kerjaya dan United menjadi tempat paling ideal untuk saya melakukannya." Pemain bek kiri berumur 18 tahun itu meletakkan dirinya sebagai prospek paling hangat di St Mary's, sekali gus mendorong minat banyak kelab besar.

Bagaimanapun, United memenangi perlumbaan mendapatkan tanda tangan Shaw selepas dia berjaya melepasi ujian perubatan kelmarin.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Bahana selisih faham

Posted: 27 Jun 2014 10:29 AM PDT

Brasilia: Karier bintang Ghana, Kevin-Prince Boateng semakin kabur dan secara kebetulan, komitmennya terhadap skuad Black Star itu sudah terjejas sebelum tamatnya saingan Piala Dunia.

Pemain tengah kelahiran Jerman itu digantung daripada skuad Piala Dunia negaranya bersama Sulley Muntari, sejam sebelum perlawanan penting menentang Portugal gara-gara berselisih faham dengan jurulatih Kwesi Appiah serta pegawai Persatuan Bolasepak Ghana.

Ia adalah bahana terbaru membabitkan pemain itu yang sebelum ini pernah terbabit dalam pelbagai kontroversi, tetapi dia juga disanjung banyak pihak kerana kuat melawan isu perkauman dalam bola sepak.

Lapan belas bulan lalu, ketika masih bermain untuk AC Milan dalam satu perlawanan persahabatan menentang kelab bawahan, Boateng membalas kutukan peminat berhubung isu perkauman dengan menyepak bola ke arah kelompok penonton berkenaan.

Beberapa rakan pasukannya mengikut tindakannya itu dan akibatnya, perlawanan terpaksa dihentikan.

Tindakan itu yang disifatkan berani oleh Presiden FIFA Sepp Blatter, mencetuskan debat berhubung isu perkauman di Itali dan keputusannya, perlawanan boleh dihentikan jika insiden seumpama itu berlaku pada masa depan.

Boateng yang mempunyai bapa berdarah Ghana, turut dijemput jawatankuasa bertindak FIFA berhubung isu perkauman untuk memberi ucapan dan pandangannya di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Ia bukanlah satu perdebatan untuk catatan sejarah atau sesuatu yang hanya berlaku di satu negara saja," katanya.

"Perkauman adalah satu masalah besar." Dibesarkan di sebuah bandar di Berlin, Boateng memulakan karier bersama Hertha Berlin dan bermain mewakili Tottenham Hotspur, Borussia Dortmund, Portsmouth, AC Milan dan kini Schalke 04.

Dia mula dikenali di Jerman selepas final Piala FA antara Portsmouth dan Chelsea apabila terjahan kerasnya ke atas Michael Ballack menyaksikan kapten Jerman itu terlepas aksi Piala Dunia.- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

Penangan Suarez

Posted: 27 Jun 2014 10:28 AM PDT

Rio de Janeiro: Terkejut dengan insiden gigitan Luis Suarez, Uruguay akan memastikan mereka tidak terjejas tanpa pemain bintang itu apabila bertemu Colombia di pusingan kedua Piala Dunia, awal pagi esok.

Ketika pemain Uruguay seharusnya memberi fokus penuh terhadap ancaman James Rodriguez dan rakan sepasukan Colombia, mereka secara tiba-tiba menjadi tumpuan satu skandal terbesar dalam sejarah Piala Dunia.

Kelmarin, Suarez digantung sembilan perlawanan antarabangsa selain dilarang terbabit dalam apa jua aktiviti bola sepak selama empat bulan kerana menggigit bahu kiri pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Ia kali ketiga dia didapati bersalah kerana menggigit pemain lawan, insiden terdahulu bersama Ajax dan Liverpool, namun hukuman paling berat itu menyaksikan dia perlu meninggalkan hotel pasukan, sekali gus mengejutkan semua pemain dan pengurusan Uruguay.

Persatuan Bolasepak Uruguay (AUF) akan mengemukakan rayuan manakala kerajaan negara itu menggambarkan hukuman FIFA tidak adil.

Pemberita hadir ke sesi latihan Uruguay di timur laut Natal kelmarin dan ketika Suarez kelihatan gembira menunjukkan tanda bagus kepada jurugambar, rakan sepasukannya pula dilihat sebaliknya.

Kapten Diego Lugano enggan mengulas insiden itu pada sidang media.

"Saya tidak tahu apa yang anda cakapkan".

Insiden berkenaan menjejaskan tumpuan kepulangan Uruguay ke Maracana, gelanggang yang menyaksikan mereka menewaskan Brazil pada final Piala Dunia 1950.

Selepas perlawanan di Rio de Janeiro antara Uruguay dan Colombia, mereka turut mengetahui lawan yang bakal ditentang pada suku akhir di Fortaleza pada 4 Julai sama ada Brazil atau Chile.

Bagi mengisi ketiadaan Suarez, pemain veteran, Diego Forlan dijangka berada dalam jentera serangan bersama Edinson Cavani, sama seperti dilakukannya ketika Suarez terlepas perlawanan pembukaan yang menyaksikan mereka tewas 1-3 kepada Costa Rica.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28