Harian Metro: Arena |
- Jangan mimpi!
- Mourinho cemuh Reds
- Suarez dinobat Pemain Terbaik Tahunan PFA
- Tak pernah mengalah
- Ferdinand malu United isi tangga ketujuh
- Harap tuah Arena Allianz
- 'Untuk Vilanova'
- Torino, Lazio, Verona buru tiket Liga Europa
- Marquez gegar Argentina
- Maria juarai hatrik Grand Prix Porsche
Posted: 28 Apr 2014 10:47 AM PDT Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Rashid Sidek membayangkan skuad badminton negara berdepan tugas getir memburu slot ke separuh akhir pada pusingan akhir Kejohanan Piala Thomas di New Delhi, India pada 18 hingga 25 Mei ini. Memandangkan format pertandingan Piala Thomas memerlukan kekuatan seimbang dalam kedua-dua acara perseorangan dan beregu, Rashid berpendapat sasaran diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mara ke separuh akhir mustahil dicapai berdasarkan kepada keputusan pemain perseorangan dan beregu negara dalam beberapa kejohanan antarabangsa yang amat mengecewakan.
"Sepanjang latihan juga, saya dapat lihat kurangnya keyakinan dan motivasi dalam kalangan pemain. Mungkin ini disebabkan mereka juga sedar betapa peluang untuk menyerlah di sana (India) nanti amat tipis," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
CHONG Wei harapan negara di New Delhi. |
Posted: 28 Apr 2014 10:25 AM PDT Liverpool: Pengurus Chelsea Jose Mourinho mencemuh taktik tidak berkesan diamal Liverpool selepas pasukannya mencetus inisiatif buat Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana menerusi kemenangan di Anfield. Kemenangan 2-0 Chelsea kelmarin secara efektif memberi laluan buat City menjuarai liga jika menang semua baki tiga perlawanan.
Liverpool melakar 11 kemenangan berturut-turut sebelum berdepan Chelsea, namun taktik pelawat berjaya mengekang tuan rumah daripada menemui rentak sekali gus membuatkan penyokong Anfield terdiam.
"Permainan bertahan? Saya agak keliru apa yang media fikirkan mengenai permainan bertahan," katanya.
"Apabila Liverpool mula menghantar bola tinggi buat Mark dan (Gary) Cahill serta (Branislav) Ivanovic, ia umpama ikan dalam air kerana terlalu mudah buat mereka tangani." - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29 |
Suarez dinobat Pemain Terbaik Tahunan PFA Posted: 28 Apr 2014 10:22 AM PDT London: Penyerang Liverpool, Luis Suarez memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) England, semalam. Ketika ini tahun lalu, pemain kebangsaan Uruguay itu memulakan penggantungan 10 perlawanan kerana menggigit lengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.
Suarez menerima anugerah itu pada satu majlis di hotel Grosvenor House di London selepas penerbangan dari Liverpool berikutan kekalahan 0-2 kepada Chelsea di Anfield yang menjejaskan usaha kelab Merseyside itu meraih kejuaraan pertama dalam era Liga Perdana.
"Saya sering cuba melakukan yang terbaik buat pasukan dan gembira mendapat anugerah ini, tapi semuanya ini untuk rakan sepasukan dan staf di Liverpool kerana tanpa bantuan mereka, saya tidak akan menerima anugerah ini." Bintang Chelsea, Eden Hazard, yang tidak bermain di Anfield kerana cedera, dipilih Pemain Muda Tahunan Terbaik PFA. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29 |
Posted: 28 Apr 2014 10:19 AM PDT London: Manuel Pellegrini mendakwa beliau tidak pernah hilang keyakinan Manchester City berpeluang memenangi Liga Perdana selepas pasukannya kembali bersaing merebut kejuaraan dengan kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace di gelanggang lawan. Pada minggu yang berpotensi menentukan pasukan mana berhak mengungguli liga, City menggunakan sepenuhnya kekalahan 0-2 Liverpool di tangan Chelsea di laman sendiri dengan persembahan mantap beberapa jam kemudian di selatan London.
Anak buah Pellegrini sedar apa juga keputusan Liverpool dan Chelsea dalam dua perlawanan terakhir, mereka akan dimahkotakan kejuaraan kali kedua dalam tempoh tiga tahun jika menang baki tiga perlawanan, di Everton Sabtu ini dan kemudian menentang Aston Villa dan West Ham di laman sendiri serta mengambil kira mereka mengekalkan kelebihan jaringan gol berbanding Liverpool.
DZEKO (tengah) dan Toure (bawah) jaring gol City. "Kami sentiasa yakin boleh melakukannya. Selepas kalah kepada Liverpool, saya berkata, ia masih boleh berlaku. Kami hanya perlu menang perlawanan kami," ujar Pellegrini.
"Adakah kami memiliki kelebihan? Tidak. Tapi ia bergantung apa yang kami boleh lakukan selepas ini, ia amat penting. Kami perlu kekal fokus terhadap permainan sendiri." City menang menerusi gol Edin Dzeko pada minit keempat sebelum Yaya Toure menambah gol kedua dua minit sebelum rehat. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29 |
Ferdinand malu United isi tangga ketujuh Posted: 28 Apr 2014 10:18 AM PDT Manchester: Pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand mengaku dia 'malu' dengan kedudukan tangga ketujuh kelab juara Inggeris itu dalam Liga Perdana. United memecat pengurus David Moyes minggu lalu selepas hanya 10 bulan mengendalikan pasukan yang tidak mampu layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
"Saya tidak mahu melihat di mana kami berada. Ia bergantung kepada kami sebagai pemain dan kami bertanggungjawab penuh begitu juga orang lain." United kini berada di bawah kendalian jurulatih sementara Ryan Giggs hingga hujung musim ini. Permulaan buatnya memberangsangkan apabila mereka menang 4-0 ke atas Norwich Sabtu lalu.
"Apabila berjaya, anda tidak mahu melihat dari perspektif negatif. Anda sering memikirkan, 'Apa yang boleh kami menangi dan apa yang perlu kami lakukan untuk menang?' "Saya pasti ia tidak berbeza musim depan. Siapa pun di sini, tidak kira siapa yang mengurus, sasaran kelab ini adalah memenangi trofi dan kami melakukannya secara konsisten dalam tempoh 25 tahun terakhir." - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29 |
Posted: 28 Apr 2014 10:12 AM PDT Munich: Bayern Munich bercadang menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, awal pagi esok selepas tidak pernah tewas kepada kelab gergasi Sepanyol itu di laman sendiri. Real mengunjungi ibu negara Bavaria itu dengan kelebihan jaringan tunggal minit ke-19 disempurnakan Karim Benzema pada separuh akhir pertama di Madrid minggu lalu dan dilihat mahu membalas dendam kekalahan di peringkat sama kepada Bayern dua tahun lalu.
Real mengekalkan rentak positif sejak menundukkan Barcelona pada final Piala Raja Sepanyol disusuli kemenangan pada separuh akhir pertama ke atas Bayern apabila membenam Osasuna 4-0 dalam liga Sepanyol Sabtu lalu.
Pengendali dari Itali itu menegaskan kedua-dua pemain itu cergas untuk diturunkan di Arena Allianz.
"Objektif kami adalah menjaringkan gol, bukan bertahan dan itulah pendekatan akan kami teruskan." Ancelotti tidak pernah tewas kepada kelab Jerman dalam enam pertemuan ketika mengurus AC Milan, namun kunci utama perlawanan awal pagi esok adalah siapa lebih dulu menjaringkan gol. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29 |
Posted: 28 Apr 2014 10:11 AM PDT Madrid: Barcelona mengekalkan peluang tipis merebut kejuaraan La Liga apabila mereka bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengatasi Villarreal, 3-2 di El Madrigal dalam suasana penuh hiba apabila pemain dan penyokong memperingati Tito Vilanova. Bagaimanapun, Atletico Madrid masih berada di laluan terbaik meraih kejuaraan pertama dalam tempoh 18 tahun apabila menang tipis 1-0 ke atas Valencia di tempat lawan.
Namun dua gol sendiri Gabriel dan Mateo Musacchio membolehkan Barca menyamakan kedudukan sebelum Lionel Messi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.
"Kami tidaklah bermain terlalu teruk tapi gol sebelum rehat babak pertama menjejaskan kami. Ketika itu kami ketinggalan 0-2, tapi kami berjuang hingga ke minit terakhir kerana itulah yang boleh dilakukan hingga hujung musim." Terdahulu, Raul Garcia menyerlah buat Atletico apabila menjaringkan gol kemenangan sebelum rehat babak pertama bagi memastikan kemenangan kesembilan berturut-turut liga. Atletico kini hanya memerlukan dua kemenangan saja lagi untuk menjuarai liga. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29 |
Torino, Lazio, Verona buru tiket Liga Europa Posted: 28 Apr 2014 10:10 AM PDT Milan: Torino, Lazio dan Verona meraih kemenangan penting semalam untuk memastikan saingan merebut tempat ke Liga Europa semakin sengit ketika musim Serie A berbaki tiga perlawanan. Selepas gol pembukaan Omar El Kaddouri pada minit ke-15 di Turin, penyerang Ciro Immobile melebarkan penguasaan sebagai pendahulu senarai penjaring dengan jaringan ke-21 musim ini pada minit ke-56 bagi memastikan kemenangan 2-0 Torino ke atas Udinese.
Ketika Napoli berdepan Fiorentina pada final Piala Itali, pasukan yang menghuni tangga keenam dijangka mendapat slot ke Liga Europa tidak kira apa pun keputusan di Rome minggu depan.
|
Posted: 28 Apr 2014 10:06 AM PDT Termas de Rio Hondo, Argentina: Juara MotoGp dunia, Marc Marquez memenangi perlumbaan Grand Prix Argentina, kelmarin untuk mengekalkan rekod 100 peratus musim ini dengan tiga kemenangan dalam tiga perlumbaan. Penunggang Sepanyol berusia 21 tahun itu, yang bangkit selepas permulaan buruk di litar baru Termas de Rio Hondo, muncul pelumba pertama dalam tempoh 43 tahun menang semua tiga perlumbaan pertama kategori perdana itu dari petak utama.
Rakan sepasukan Marquez di Repsol Honda, Dani Pedrosa berakhir di tangga kedua dengan penunggang Yamaha, Jorge Lorenzo meraih tempat ketiga untuk melengkapkan penguasaan Sepanyol di podium.
MARQUEZ bermula buruk di Grand Prix Argentina. Namun dia berjaya menduduki tangga kedua selepas empat pusingan apabila Rossi melakukan kesilapan.
"Permulaan saya tidak begitu bagus dan selepas itu perlumbaan agak sukar kerana ramai penunggang di depan," kata Marquez.
|
Maria juarai hatrik Grand Prix Porsche Posted: 28 Apr 2014 10:06 AM PDT Stuttgart, Jerman: Maria Sharapova merangkul kejuaraan Grand Prix Porsche kali ketiga berturut-turut apabila bangkit untuk menundukkan Ana Ivanovic 3-6, 6-4, 6-1 pada perlawanan akhir, kelmarin. Maria memenangi kejuaraan pertama tahun ini dan ke-30 sepanjang kariernya. Dia kini tidak kalah dalam 13 perlawanan berturut-turut di gelanggang tanah liat tertutup di Stuttgart.
"Saya cuba bertahan," kata Maria. "Bagi separuh perlawanan itu, saya fikir hari ini bukan milik saya, tapi berjaya mengubahnya." Maria bergelut membaca kepelbagaian corak permainan selain perubahan rentak dilaksana Ana. Namun dia berjaya bertahan hingga Ana mula hilang fokus.
Stuttgart satu-satunya kejohanan dimenangi Maria tiga kali. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |