Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


2 pemuda rompak Ashraff dibebas

Posted: 30 Nov 2012 08:48 AM PST

LONDON: Dua lelaki yang dipenjara kerana merompak penuntut Malaysia dalam rusuhan tahun lalu, dibebaskan semalam selepas tuduhan ke atas mereka dibatalkan.

John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London, dan Reece Donovan, 25, dari Romford, Essex, dituduh merompak Muhammad Ashraff Haziq Rossli di Jalan Queen, London.


Kafunda dijatuhi hukuman penjara empat tahun tiga bulan kerana merompak, manakala Donovan dijel lima tahun selepas disabitkan kesalahan merompak, berkelakuan ganas serta mencuri.

Kedua-dua mereka membuat rayuan dan semalam, sabitan mereka dibatalkan Ketua Hakim England, Igor Judge, yang bersidang bersama dua hakim kanan lain. Kejadian menimpa Muhammad Ashraff disaksikan jutaan orang di seluruh dunia melalui video kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan bagaimana dia dirompak beberapa lelaki yang menyamar sebagai penyelamat.


Muhammad Ashraff, 21, adalah penuntut bidang akauntan sebelum itu mengalami kecederaan akibat diserang perusuh ketika berbasikal di Barking, London Timur.


Dia baru saja sebulan berada di London apabila diserang pada 8 Ogos 2011.

Sidang semalam berlangsung secara tertutup di Mahkamah Rayuan, tetapi keputusannya diumumkan secara terbuka. Kafunda dan Donovan sebelum ini mendakwa imej dalam rakaman CCTV itu bukan mereka, tetapi hakim menerima keterangan saksi tidak didedahkan identitinya untuk menyabitkan kesalahan berkenaan. Ketika menjatuhkan hukuman Mac lalu, hakim James Patrick berkata, tindakan Kafunda dan Donovan menjadi imej ikon terhadap rusuhan yang menyaksikan kedai dan premis perniagaan dijarah, manakala orang awam ketakutan. "Kamu adalah sebahagian daripada golongan yang dianggap mengancam dan amat mengejutkan apabila kumpulan ini turut membabitkan kanak-kanak.


"Apa yang lakukan dirakam dan apabila disiarkan di seluruh dunia, ia mengaibkan negara ini," katanya.

Pendakwa tidak memohon untuk perbicaraan semula selepas Judge membacakan keputusannya - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01


Polis Manchester selamatkan 87 anak anjing

Posted: 30 Nov 2012 08:40 AM PST

LONDON: Hampir 90 anak anjing dirampas polis dalam siasatan sindiket pengedaran haiwan itu serta dakwaan penjualan anjing berpenyakit di Internet.

Empat bangkai anak anjing turut ditemui dalam serbuan di Stockport dan beberapa lokasi di sekitar Greater Manchester.


Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan selepas pihak berkuasa menemui serta menyelamatkan 87 anak anjing, termasuk jenis bulldog Perancis, West Highland dan Pomeranian.

Pegawai veterinar bebas yang membuat pemeriksaan ke atas anak anjing bekenaan mendapati, enam daripada haiwan itu perlu dirawat kerana sakit. Pegawai polis Greater Manchester, Mike Cooper, berkata dua suspek kini ditahan sebelum tindakan lanjut diambil.


Jurucakap pertubuhan kebajikan haiwan Britain pula berkata, orang ramai tidak sepatutnya menjadikan anjing sebagai hadiah Krismas. "Anda perlu bertanggungjawab jika memiliki haiwan peliharaan dan ia tidak sepatutnya dijadikan hadiah," katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01


Lebih 100 kubur digali untuk amalan voodoo

Posted: 30 Nov 2012 08:39 AM PST

COTONOU (Benin): Lebih 100 kubur di sebuah tanah perkuburan digali sejak 24 November lalu, disyaki ada kaitan dengan perdagangan haram organ manusia untuk sihir atau voodoo.

Jurucakap polis berkata, insiden berkenaan adalah paling serius pernah berlaku di Afrika Barat.


Katanya, pihak berkuasa di Dangbo sebuah kampung terletak kira-kira 10 kilometer dari ibu negara Benin, Porto-Novo - menjalankan siasatan selepas pekerja tanah perkuburan terserempak dengan beberapa lelaki bertopeng menggali kubur.

Pengarah tanah perkuburan itu, Joseph Afaton, berkata pencerobohan kubur berkait dengan wang.


"Ia digunakan sebagai korban atau sihir," katanya. Anggota badan manusia dan sesetengah haiwan menjadi buruan beberapa kumpulan penduduk di tengah Afrika kerana dipercayai memiliki kuasa luar biasa.


Pedagang haram organ manusia biasanya memperoleh bekalan daripada perompak kubur, tetapi beberapa pembunuhan baru-baru ini turut dikaitkan dengan aktiviti itu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01


100 wanita Thai ditipu di Facebook

Posted: 30 Nov 2012 08:29 AM PST

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 100 wanita Thailand ditipu lebih 100 juta baht (RM10 juta) melalui akaun Facebook lelaki penipu yang berjanji untuk berkahwin dan meminta gambar lucah mangsa yang kemudian digunakan untuk mengugut mereka, kata polis, semalam.

Dua wanita Trang membuat aduan polis mengatakan mereka ditipu untuk menghantar wang hingga 100,000 baht (RM10,000) kepada kumpulan yang mengugut mereka. Masih ramai mangsa lain yang terlalu malu untuk tampil ke hadapan, kata mereka kepada polis.

Anggota kumpulan itu menggunakan gambar lelaki asing berwajah tampan dan mendekati mereka melalui akaun Facebook.

Wanita pertama berkata, dia berkenalan dengan lelaki yang menamakan dirinya "Wyne Smith" dan berjanji untuk mengahwininya, manakala seorang wanita lagi secara tidak sengaja menghantar "gambar tidak senonoh" dirinya kepada "Alex Chris."


Selepas itu, mereka telah beberapa kali diperas ugut supaya menghantar wang ke akaun khusus di wilayah Chon Buri dan Songkhla.


Mereka membuat keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa selepas dipaksa membayar beribu-ribu baht.

Polis berkata, mereka menemui lebih daripada 100 mangsa, kebanyakannya wanita bujang, janda atau balu yang telah ditipu untuk menghantar wang lebih 100 juta baht (RM10 juta) ke dalam akaun kumpulan itu.

Polis mendapati, wang itu dikeluarkan di Malaysia dan telah membekukan semua akaun yang terlibat sebelum lebih ramai wanita menjadi mangsa kumpulan itu.

Polis AntiJenayah dan Pusat Penyelaras Jenayah Transnasional telah dipanggil untuk membantu siasatan. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01


Penoreh getah maut dibaham harimau

Posted: 30 Nov 2012 08:29 AM PST

BANGKOK: Seorang penoreh getah dibaham binatang buas, dipercayai seekor harimau di selatan Thailand, semalam.

Ini merupakan serangan kedua di kawasan itu sejak kebelakangan ini, kata pegawai polis.

Tapak kaki harimau dewasa dan anaknya ditemui dekat tempat kejadian di mana Hyaya Seng, 44 tahun, ditemui mati di ladang getah di wilayah Yala yang bersempadan dengan Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Urupong Chanakul berkata, kepala mangsa hilang dan terdapat luka dalam di perutnya dan kesan cakar di seluruh tubuh.


Katanya, satu serangan haiwan buas, dipercayai harimau, berlaku di kampung berdekatan, tahun lalu. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01


Pasangan Singapura cabar undang-undang label gay sebagai penjenayah

Posted: 30 Nov 2012 08:29 AM PST

SINGAPURA: Satu pasangan gay di sini memfailkan cabaran perlembagaan di mahkamah sebagai usaha mereka supaya undang-undang yang mengharamkan hubungan seks sejenis, dipinda.

Aktivis gay berkata, sejak kebelakangan ini, kerajaan mula bersikap bertolak ansur terhadap golongan gay dan lesbian tetapi di bawah undang-undang Singapura, perlakuan seks yang dianggap sebagai "satu perbuatan yang menjijikkan" dan boleh dihukum dua tahun penjara.

Pasangan itu, Gary Lim dan Kenneth Chee, memfailkan cabaran mereka di Mahkamah Tinggi Singapura.

Chee berkata, mereka berbuat demikian bukan atas dasar takut.


"Saya mengambil tindakan ini kerana saya tahu Seksyen 377A melabelkan saya sebagai penjenayah," katanya.


Kes itu berikutan satu kes di mana seorang lelaki ditahan Ogos lalu kerana mengadakan seks oral dengan seorang lagi lelaki di tandas di sebuah pusat beli-belah.

Apabila dia memohon supaya undang-undang itu diisytihar tidak mengikut perlembagaan kerana ia melanggar kebebasan peribadi, dakwaan itu kemudian ditukar kepada seksyen lain mengenai perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Lelaki itu kemudian didenda Sg$3,000 (RM7,470).

Choo Zhengxi, seorang daripada peguam yang mewakili Lim dan Chee berkata, rakyat Singapura dibenarkan untuk mencabar undang-undang sekiranya mereka berada dalam golongan yang percaya mereka didiskriminasi oleh undang-undang yang melanggar kebebasan peribadi. - Straits Times

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01


Pensyarah kriminologi edar dadah kepada pelajar ditahan

Posted: 30 Nov 2012 08:29 AM PST

ZAMBOANGA : Pensyarah di sebuah universiti ditahan semalam dalam satu operasi polis kerana menjual syabu kepada pelajar.

Komander Balai Polis 6, Ketua Inspektor Elmer Acuna berkata, suspek dikenali sebagai Marvin Pausani Oladja, 24, seorang pensyarah kriminologi.

Acuna berkata, Iladja masuk dalam perangkap mereka apabila seorang pelajar menyamar sebagai pembeli, membeli dadah darinya di luar kampus di Barangay Tetuan pada kira-kira jam 6 petang.

"Suspek melakukan jual beli itu dalam kawasan kampus universiti kepada pelajar yang menyamar sebagai pembeli," katanya.


Polis menemui satu uncang saiz sederhana besar mengandungi bahan berwarna putih kristal dipercayai syabu dan sekeping not 1,000 (RM74.50). - Manila Times

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01


Masjid untuk gay dibuka

Posted: 30 Nov 2012 08:28 AM PST

PARIS: Masjid mesra gay dan lesbian pertama di Eropah mula dibuka semalam di pinggir timur Paris dan bakal mencabar tradisi aliran perdana Islam yang menentang hubungan seks sejenis.

Masjid itu dibina dalam ruang kecil dalam sebuah rumah sami Buddha dan membenarkan pengunjung terdiri daripada gay dan lesbian duduk bersama ketika solat walaupun berlainan jantina.


Pengasasnya Ludovic-Mohamed Zahed adalah aktivis gay Perancis Algeria yang didakwa mengamalkan ajaran Islam.

Di masjid yang dilabel sebagai "masjid mesra gay" pertama di Eropah itu turut menggalakkan wanita menjadi imam solat Jumaat. Ruang solat pula dibina daripada cermin dan menghadap sebuah taman yang dihiasi pelbagai simbol Buddha.


Kata Zahed, 35, ia adalah masjid yang inklusif secara radikal dan menerima orang ramai seadanya.


"Ada keperluan masjid ini dibuka kerana keahlian Muslim Homoseksual Perancis meningkat kepada 325 orang berbanding cuma enam orang ketika ia ditubuhkan dua tahun lalu," katanya.

Setakat ini masjid berkenaan hanya dibuka untuk solat Jumaat dan mula beroperasi ketika pemimpin pelbagai agama di Perancis mengemukakan petisyen membantah rancangan kerajaan Sosialis menghalalkan perkahwinan pasangan gay.


Tiga lelaki gay dilantik menjadi imam di situ.

Masjid berkenaan tidak disokong mana-mana institusi Islam rasmi dan kebanyakan imam menentang pembukaannya.


Pegawai Majlis Muslim Perancis, Abdallah Zekri, berkata mereka sedar kewujudan komuniti gay beragama Islam tetapi membuka masjid khusus untuk mereka adalah keterlaluan. Rektor Masjid Paris, Dalil Boubakeur, berkata projek Zahed itu berada "di luar komuniti Islam Perancis. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/30


Guru belasah pelajar dalam kelas

Posted: 30 Nov 2012 08:27 AM PST

SEOUL: Rakaman video menunjukkan seorang guru membelasah pelajarnya dalam kelas kini menjadi perhatian apabila ia dimuat naik di YouTube awal bulan lalu.

Aksi ganas itu setakat ini ditonton sekurang-kurangnya 51,000 kali.


Laman sesawang koreaBANG melaporkan, rakaman asal klip video itu pernah dipadamkan sebelum ini tetapi salinannya muncul di YouTube.

Melalui video itu, guru terbabit dilihat menampar pelajarnya dan mengancam untuk menumbuk mangsa. Di akhir video, pelajar terbabit memegang lehernya, membayangkan dia mungkin dicekik. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/30


Gajah mati kena renjatan

Posted: 30 Nov 2012 08:05 AM PST

JAKARTA: Seekor gajah Sumatera yang diancam kepupusan ditemui mati, dipercayai terkena renjatan elektrik dari kabel bervoltan tinggi di sebuah taman rekreasi di Tengah Jawa.

Pegawai pelancongan Banjarnegara semalam berkata, bangkai gajah betina berusia 14 tahun itu ditemui dalam kandangnya di Taman Rekreasi Hidupan Liar Serulingmas, Rabu lalu.


"Kabel elektrik masih terlekat pada mulutnya yang rentung terbakar," katanya. - JP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/30


No comments:

Post a Comment